Saturday, December 8, 2012

Hidup Ini Anda Yang Tentukan Gayanya: Titik Hitam

SaLam Sejahtera ........

"Hidup Ini Anda Yang Tentukan Gayanya: Titik Hitam", begitulah bunyi tajuk entri leeza. Dah lama tak mengomel tentang erti kehidupan. Mari baca kisah yang serba ringkas ini. 


SATU TITIK HITAM

     Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, seorang guru mengeluarkan sehelai kertas putih yang di tengah-tengahnya terdapat satu titik hitam yang besar. Sambil menunjukkan kertas itu kepada murid-muridnya, dia bertanya,
Apakah yang kamu lihat murid-murid?

Murid-muridnya pun menjawab,
SATU TITIK HITAM CIKGU !!!

Guru itu hanya tersenyum dan berkata-kata,
Kenapa awak semua hanya berfokus pada titik hitam yang melambangkan kegelapan itu? Apakah awak tidak melihat bahagian yang besar dari kertas ini iaitu yang berwarna putih itu??"


Ringkaskan cerita ni, tapi dah cukup buat kita berfikir. Betul tak? Leeza akui bukan mudah untuk kita hadapi setiap dugaan dalam hidup ini. Lebih malang bila dah jatuh ditimpa tangga. Dah lah banyak masalah, tak ada orang pula yang sudi memahami. Lebih berat lah otak betul tak? 

2. Apa yang boleh leeza sampaikan di sini, kehidupan ini memang "licik" penuh dengan segala macam dugaan. Tapi yang mencoraknya diri kita. Kalau kita kata kita mahu GEMBIRA, maka kita akan gembira. Seperti kisah di atas, kenapa kita perlu fokus pada titik hitam, kenapa kita tak nak fokus yang putih, atau sebenarnya kita tak nampak yang putih itu? Itulah kehidupan, yang perit, yang duka, yang gelap tu jugalah yang diberi perhatian, yang dok sibuk-sibuk nak kejar. Hakikat yang warna putih tu lagi banyak tapi kita "buta" untuk melihatnya. Renung-renungkan... "kedebuk kena batang hidung aku, cisss!"

3. Pendek kata, andai kita hanya nampak yang gelap, kita kena dan paksa diri kita untuk fikir tentang yang TERANG yang ada dalam kehidupan kita. Percayalah kehidupan ini pasti ada gembiranya. Mana mungkin kita dilahirkan untuk berduka sahaja. Pemikiran positif akan menjaminkan kehidupan yang terang dan indah. "Yerrr benar, chaiyok chaiyok..."

4. Andai hari ini kamu bermuram, berduka.. Maka kamu sedihlah sepuas-puasnya, nangislah selebat-lebatnya macam hujan yang lebat sekarang ni,  agar esok kamu tidak perlu lagi nak berduka dan bersedih. Habiskan semua duka itu dan esok mula dengan ceria dan senyum pada matahari, menanti pula pelangi. Ok babe...? Leeza percaya awak, awak dan awak semua boleh gembira dan mampu bangkit daripada kehidupan yang duka itu.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza tak tuju entri ini kepada mana-mana pihak. Penulisan ini sekadar renungan bersama bahawa setiap orang berhak untuk hidup gembira. Jadi jangan biarkan diri kita sendiri meletekkan hidup kita ini penuh air mata. Leeza percaya yang membaca entri ini faham maksud leeza. ;-)
 


Sila-silah Like, Share dan seumpamanya. Teruskan menulis.
----------

24 comments:

  1. kalau kita corakkan khdupan kita dgn warna warni maka bhgialah hidup kita. kehidupan kita yg tentukan...

    ReplyDelete
  2. kita selalu fikirkan masalah
    yang kecil daripda kehidupan yang besar..

    ReplyDelete
  3. tp kekadang kite tak dapat nak habiskan kesemua kesedihan tu... setuju sangat dengan entry n...

    ReplyDelete
  4. Bro nampak cikgu tengah pegang kertas yang ada titik hitam di tengah2.

    Cikgu cantik sekali :)

    Ok x jawapan nie

    ReplyDelete
  5. Entri yang menarik dan banyak pengajarannya :-)
    Wilma pun macam murid2 tu...Nampak titik hitam tu jak...Padaal besar2 warna warnah putih tu ^_^

    ReplyDelete
  6. kadang2 kita xnmpak kebahagian bila da rasa susah.. maksudnya putus asa.. dugaan itu pasti untuk menguji hati dan iman.. kita kena kuat dan tabah serta sentiasa positif:)

    ReplyDelete
  7. betul,orang mesti nampak titik hitam tu..putih punya la luas,,orang x pandang pun..


    sama jugak dgn manusia. bila dia buat satu kesalahan kecil,org akan fokus pada kesalahan 2 walaupun b4 ni dah belambak kebaikan yg dia buat..:)

    ReplyDelete
  8. berbalik kepada kehidupan.... hitam lumrah utk satu yg buruk...putih lambang kebaikan..... sebanyak mana kebaikan kita... kalau ada satu titik hitam tu... itu yg akan org nampak dulu.....betul tak?

    ReplyDelete
  9. kita sndiri mencorak kehidupan sama ada menuju kebaikan atau keburukan..

    ReplyDelete
  10. mmg iffah tgk ttk itam tu je

    ish

    ade pengajaran dr ape y cikgu tu buat

    ReplyDelete
  11. Leeza aku ada satu titik hitam di tepi bawah kanan bibir ku harap maklong ^_^

    ReplyDelete
  12. betul tu setuju! nice entry sis. full of motivation :)

    ReplyDelete
  13. kehidupan itu penuh dengan warna..warna yang kadang2 kita suka, kadang2 kita terpaksa menyukainya...

    ReplyDelete
  14. adat resam kehidupan ada bermacam2 rasa...ada suka ada duka...ada kalanya ditengah2 suka tak duka pun tak...

    ReplyDelete
  15. Setuju ngan Wilma..mmg menarik entry ni..Tq for sharing Leeza..

    ReplyDelete
  16. betol ! kalau bukan kita yg tentukan hidup kita sendiri , sapa lagi ?? :)

    ReplyDelete
  17. nice akk..bila cikgu berkata2..hehe..:D

    ReplyDelete
  18. maksudnya, hidup ini penuh dengan suka dan duka. xakan ada manusia tidak pernha menjatuh kan air mata, hihi. eh betul erk,

    ReplyDelete
  19. diri sendiri menjadi penentu hala tuju

    ReplyDelete
  20. dr titik hitam tu, kita bole lukis mcm2 bentuk dan garisan. makna nyer, drpd kegelapan, kita bole hias ia menjadi something yg lebih bermakna. errr... paham x?

    ReplyDelete
  21. btol2.. kita tntukan sdri hala tuju :)

    ReplyDelete
  22. hitam walau kecil pun org boleh nampak . putih ?? kehidupannnnnn

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.