Monday, December 10, 2012

Malaysia vs Thailand: Semuanya Giler!

SaLam Sejahtera ...

Pengalaman leeza di Stadium Bukit Jalil melihat Malaysia vs Thailand dapat digambarkan dengan perkataan "GILER". Sorry kalau ada yang rasa leeza guna bahasa kasar sangat, tapi ni Giler yang digunakan sebagai "kata penegas"... haaaaa

  • GILER SESAK : Perjalanan dan cari parking makan masa 1 jam 30 minit. Sedangkan kalau hari biasa nak ke sana 20 minit jer. Masa balik, makan masa 1 jam 30 minit juga.
  • GILER SEMANGAT : Jerit sakan, nyanyi sakan sampai nak terkeluar anak tekak.
  • GILER PENAT : Sampai satu tahap tu, leeza duduk diam jer tengok ... Sebab ambil masa untuk merehatkan tekak dan tangan yang dok kibar-kibar bendera.
  • GILER LAPAR : Ni paling hardcore arr... Perut macam ada puting beliung, lagi-lagi bila Thailand gol. Rasa lapar tu macam 7 hari tak makan.
  • GILER KERETA : Kereta dan motor tak payah cakap, banyak yang amat. Yang giler nyer, sebab minyak kereta daripada RM60 dah tinggal RM30.
  • GILER SESAT : Ok, yang ini tak jadi pada leeza. Ni jadi pada 4 orang mamat yang leeza nampak dah 3 kali lalu depan kereta leeza. Masa tu leeza otw nak keluar dari tempat parking. Kira-kira 40 minit gak lah nak keluar dari tempat parking.
  • GILER PARKING :  Padan dengan muka leeza, jalan agak jauh sebab kena parking kat SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL .. Kat belakang plak tu.
Pengalaman kelakar kat stadium tadi :    
Sepasang suami isteri ni, mereka sampai di stadium masa rehat, dalam erti kata lain selepas tamat 1st half. Yang lawaknya leeza terdengar pak cik tu cakap,

"Perlawanan Malaysia mula pukul 8.30 rasanya...  Tak mula-mula lagi ker...

"Aduhai pak cik oi... Sekarang rehat.. Bukan baru nak mula... errrr........" Leeza bisik dalam hati sambil tersenyum dibuatnya!!! 

Pengalaman masa Malaysia Gol ...
Leeza berdiri dan semestinya jerit G0o0o0o0o0oLLLL... Then yang paling tak sangka, macam ada air mata mengalir lah... Lagi-lagi bila dah gol, stadium bergema dengan nyanyian lagu ....

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Oklah, setakat ni sahaja leeza boleh share. Thx so much pada mereka yang sudi membaca entri leeza. Pada Fyqa Solehah dan Cik Lyeen Cupcakes ... Next time nak join tengok bola di KL.. Roger jer leeza. 
**Cik Lyeen, tahun depan andai leeza posting KL, kita tengok final piala Malaysia erk. hehehe...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda menonton perlawanan Malaysia vs Thailand. Walaupun di rumah.. Boleh juga share. Demi negara tercinta. Selamanya Harimau Malaya. Jangan lupa ungkapan ...

"Busuk-busuk Harimau Malaya, Orang Kita Juga..." leeza suka ayat ni, sebab ianya mengingatkan leeza agar kita sentiasa sokong Harimau Malaya macam mana pun persembahan mereka.  

**Mohon share & like jika anda puas hati dengan entri ini. 

33 comments:

  1. Leeza ni mmg betoi2 minat bola yek...kalau M mmg x sanggup ngan semua GILER yg Leeza list tu..

    ReplyDelete
  2. tak sanggup g stadium naik kete..naik motor or lrt takpe

    ReplyDelete
  3. huuu.. kita tak ada lagi pengalaman
    tengok bola di stadium. ada peluang nanti nak juga merasa :)

    ReplyDelete
  4. salam
    Peminat setia harimau malaya erk? MU minat giler tak?

    ReplyDelete
  5. bab parking tu memang tak boleh nak agak2.. hehe :)

    ReplyDelete
  6. gamboii, memang gilerr habis nih. haha

    ReplyDelete
  7. Hardcore punya fan leeza ni.. Hehe.. Baby penyokong jgk tp xmampu nk g. Jauh la awak..
    Aummmm teruskan perjuanganmu wahai harimau malaya

    ReplyDelete
  8. yup..semangat yang xdpt di bayangkan...bersorak bila gol...tp jgn putus asa...bila thailand gol gak saat2 akhir...adesss

    ReplyDelete
  9. Sumpah mmg giler bestlah kak..teringin jugak nak jerit2 tu..mesti best..kalau kat rumah ni kena cover2 takut jiran sebelah mengamuk...T_T...Lyeen tgok kat umah pun kjap2 bdri..kjap2 duduk..HAHAH..

    ReplyDelete
  10. Akak tak negok bola takut kena serangan jantung...hahaaa...

    ReplyDelete
  11. ntah2 saya kot yg lalu lang depan Leeza tu.. haaaahaaaa sesat x jumpe kete!

    ReplyDelete
  12. Wah , Best nya boleii g tengok kat stadium . Anis hanya mampu memberi sumbangan sokongan kat rumah jer HAHA .

    Err , Mesti sesakk gila kan . Btw , Fed up jgk tgop boa semalam . Coz egtkan kita boleii menang semalam , tp last-II , sempat jugak Thai masuk 1 gol . Tapi hebat Malaysia main semalam .

    13/12 second semi-final kat thai pulak . Jom same-II bagi sokongan yangg jitu . ! :D * walaupun kat umah jerr . =.=

    ReplyDelete
  13. memang terbaek leeza.....
    remy pun layan kalau kat stadium.... tapi bab jem, padat , sendat tu yg kekadang memualkan.... pening nak melayan.... time muda2 dulu boleh ler....he3

    ReplyDelete
  14. haha betul! sgt best smlm...itu bru lah smgt penyokong..haha

    ReplyDelete
  15. hahahha i sbnanye pon plan nk nonton kat stadium but last mnt cancel sbb tgl berdua je kwn2 lein de hal..haiyooo neway tgk kat umh je n jerit sesorg je r..hehe hopefully they will score in d coming match kn..harimau malaya msti menang!!! amin..

    ReplyDelete
  16. tak pernah smpai lg ke SNBJ.
    kalo setakat stadium negeri tmpat sendiri pernah r..
    mmg syok.
    jauh beza dari tgk kat tv ni..

    ReplyDelete
  17. so, keputusannya mcm mana..kata seri...pastu lawan lagi ke macam mana?

    ReplyDelete
  18. wah tengok secara live..best nya..:)

    ReplyDelete
  19. wuuuaaa!!!niesa pun teringin nak tgk HM lawan live..kalau Sarawak-KL leh pg nek keta mmg dah lama niesa join leeza jd tukang sorak..best!!

    ReplyDelete
  20. wahhhhh tentu best kan... betul2 giler....

    ReplyDelete
  21. bestnye dapat tengok dekat stadium.. teringin nak pi tengok dekat stadium tu.. heee :D

    ReplyDelete
  22. ***tak faham pasal komen apa awak tulis tu...hehehe

    ReplyDelete
  23. walaupun seri je. tapi kami tetap semangat. bila harimau masuk gol.. reyuh rendah umah kami. siap pergi beli kacang & air aice cream soda lagi. semata mata nak layan bola...

    last tok gajah dapat sumbat bola. adussss... pedihnya.

    ReplyDelete
  24. giler semua tu pun x pe...janji puas hati lihat pasukan kesayangan beraksi live depan mata. ye x? :)

    salam kenal dari belalang hijau

    ReplyDelete
  25. sedih woo tgh harimau malaya seri ngan thailand mlm tdi

    ReplyDelete
  26. Mmg giler2 nie..Tengok dkt tv je..

    ReplyDelete
  27. ultra malaya jugak ker? bgus2..tak penah p stadium. tgk LIVE depan TV jer :) tp still sokong kaw2 team harimau malaya

    ReplyDelete
  28. wow ! smgt nye dia.. eh leeza kl ye, lenkali g leh jumpa.. hehe

    ReplyDelete
  29. bestnya pergi.. klau sy mmg tak pergi lah.. tak sanggup nak meredah lautan manusia.. tak tahan bersesak2 dengan org ni.. ada jugak yg pitam nnti.. huhu

    ReplyDelete
  30. Owhhhhh rupanya menonton secara live. Tengok screen tv je dh giler, apa lg bila terselit dicelah2 ultrassss malaya

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.