Tuesday, December 18, 2012

Petua Mengukuhkan Kasih Sayang

SaLam Sejahtera ...

Isu perceraian, pergaduhan dan pergolakan rumah tangga semakin menjadi-menjadi. Kali ni leeza ingin berkongsi dengan anda semua tentang Petua Mengukuhkan Kasih Sayang. Perkongsian kali ini bukanlah daripada buah fikiran leeza sendiri, tetapi daripada hasil bacaan leeza dalam majalah Astro (majalah astro pun aku layannn). Leeza cuma berpendapat maklumat ini sangat berguna untuk kita.
Kasih Sayang ~ Carian Google

Majalah Astro keluaran Disember 2012, Halaman 23 menerangkan 12 Petua Mengukuhkan Kasih Sayang.
  1. Bersyukur dikurniakan pasangan. Terima dan sayangi pasangan seadanya.
  2. Kekalkan sifat-sifat positif dan bentuk sifat-sifat baharu yang disukai. Cinta yang murni seharusnya berteraskan iman dan taqwa.
  3. Jadikan pasangan kawan paling akrab. Pamerkan kasih sayang melalui perkataan, perbuatan dan hadiah. Puji dan hargailah sekerap mungkin.
  4. Sentuhan dan belaian sayang adalah kaedah asas yang penting.
  5. Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan reda. Kebanyakan konflik rumah tangga tercetus akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya.
  6. Ambil berat tentang dirinya dengan kaedah sesuai atau disukai pasangan
  7. Bersangka baik, bermaaf-maafan, belajar berbual dan mendengar.
  8. Hubungan seks yang sihat dan memberi kepuasan kedua-dua pihak.
  9. Nyatakan kebenaran dengan hikmah. Ada perkara tak perlu diucapkan.
  10. Berubah secara positif agar pasangan teruja untuk sama-sama berubah.
  11. Lakukan kerja ruma htangga bersama-sama.
  12. Elak melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan.
Demikianlah perkongsian leeza ... Tak dapat amalkan semua, dapat 6 pun ok. Tidak akan ada perubahan andai kita tidak mula melakukan.
TITIK SANTAI :: :: ::  
Jarang selak buku astro, tapi sekali selak, memang baca betul-betul. 
2. Sekarang tengah sibuk dengan part time (uruskan kedai buku), paling stress ialah masa tutup akaun, buat lejar tak sama dgn duit yg masuk. Dah 5 tahun tinggalkan dunia "prinsip akaun"... tak akan nak bawa buku rujukan prinsip akuan form 5 kot... Cepatlah habis disember ni.. haaaaa

 

42 comments:

  1. masih single lagi :-( nice sharing leeza :-)

    ReplyDelete
  2. betul . yang penting kena banyak bersyukur apa yang ada .

    hargai .. :)

    ReplyDelete
  3. wow ada tips ! hehe.. terbaikk..

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan tips yang diberikan.sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. AIIIHHH! Boleh guna tips ni bila kahwin nanti , kihkih

    ReplyDelete
  6. thanks leeza... leh buat panduan utk semua info nie.....

    ReplyDelete
  7. thanks Leeza.. sgt berkesan tips ni.. moga rumahtangga kita nanti sihat walafiat ye. Amin..

    ReplyDelete
  8. ok kak leea dah boleh kahwin!
    jgn tggu lama2~

    ReplyDelete
  9. yang no.3 itu, aku kira benar dalam setiap apa pun. *senyum*

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  10. teringin nak berkasih sayang dgn somi...tp xda somi lagi...hihi....

    **xder astro..tv yg ada pun jrg tengok...x sempat..waahaha

    ReplyDelete
  11. semoga kita mampu manfaatkan setitis
    kasih yang telah Tuhan anugerahkan sebaiknya :)

    ReplyDelete
  12. Redza...kalau sifat tu ada dalam hati kita. Insyaallah.

    ReplyDelete
  13. demi kerukunan rumah tangga harus saling bertolak ansur kan....

    ReplyDelete
  14. kena setia pada yg satu..gaduh2 tu standard la kan..jgn la gaduh terus cari yg lain..huhu

    ReplyDelete
  15. kena amal ni.Ahaks!HAHAHA..=_=
    rajin kan akk baca buku astro..haha..btw, gud luck jd reff bdmntn nnt..:D

    ReplyDelete
  16. Bagus tips ni. kalau dapat katalog astro ni, x sempat bukak plastik, terus jual kat apek paper lama

    ReplyDelete
  17. ok. berperangsaka baik tu memang wajib. sebab bila kita berprasangka baik. setan nak hasut pun terbantut.

    sentuhan dan belaian. tak yah la lelama. 7 kali sehari dalam 7 saat dah cukup. kata ustaz kalau lelama belaian tu kang tak jadi nak pergi kerja lak.

    usik usik la pasangan kita mcm cuit cuit gitu. kekadang pi je peluk belakang dia. kejap je. ingat 7 kali sehari. sure kalau pasangan berjauhan akan rindu rindu. sendiri rasa da...

    ReplyDelete
  18. Petua menarik utk di jd panduan... Psngn skrg bnyk romantik sblm dan slps kahwin...

    ReplyDelete
  19. Semua petua tu kalau ikut InsyaAllah berkekalan rumahtangga :) aida sendiri pun tak pernah buka buku astro. haha.

    ReplyDelete
  20. ok pass kesemuanya...syukuralhmdulillah kami sentiasa mencari kbhgiaan..doakan kami dan sy doakan leez dpt jg bila tiba masanya nt..amin.

    ReplyDelete
  21. Thanks 4 sharing Leeza..memang bila bab dah kawin nie tatacara dan tips seperti di atas amat berguna..in fact yang tengah bercinta pun boleh cedok tip yang bersesuaian kan???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. itu semua adalah petua dan tip yang terbaik sebenarnya... bila tak ada semua tu, itu yang menyebabkan rumah tangga menjadi retak..

    ReplyDelete
  23. Kasih Sayang ini kadang2 kita terlalu subjektif...memang susah terutama lelaki ni...huhuhuuh
    Thanks for info...dapat 6 pun cukup kan..hehehehhe

    ReplyDelete
  24. tengkiu share tips yg bagus ni. betul tu, kdg2 selalu jer gaduh ngn psgn kita padahal hal remeh temeh jer...

    ReplyDelete
  25. thanks sharing kak..iman xkwin ag tapi iman jdikkan guide tok kwinkang

    ReplyDelete
  26. tips yg bagus...tapi susah nak buat semua tu..masing2 ada ego..

    ReplyDelete
  27. astro de majalah ke? hahaa..lg pelik shida xtau pun ^_^

    insyallah akan dipraktikkn mna yg baik.. :)nice sharing dear :)

    ReplyDelete
  28. yang penting sume y baik2 je kene amlkn

    ReplyDelete
  29. bagus petua nie..tapi kena tunggu kahwin baru blh amalkan..hehehe

    ReplyDelete
  30. alamak, kite single lagi.. hee.. ape2 pun, nice sharing :D

    ReplyDelete
  31. Info yang bagus & berguna . Thanks for sharing eh Leeza . :D

    ReplyDelete
  32. haha.. majalah astro pun boleh jgakk.. =P

    ReplyDelete
  33. huhuhu..:)

    kina pom dah banyak lupa..:)

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum leeza...perkongsian yg menarik ni...:)

    ReplyDelete
  35. boleh diaplikasikan kepada semua org utk kekalkn hubungan baik.. erk, kcuali hubungan tuu**..

    ReplyDelete
  36. perkongsian yang menarik..kadang2 kita mmng ambik mudah dgn semua ni..insyaAllah akn cuba praktikkan after mried..insyaAllah.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.