Wednesday, December 5, 2012

Terima Kasih Tun Mahathir: Perlu atau Tidak?

Terima Kasih Tun Mahathir: Perlu atau Tidak?
SaLam Sejahtera ........ 

Entri ni tak ada kaitan dengan PRU 13.. Haaaa.. cuma leeza rasa berbangga sebab memiliki seorang pemimpin negara yang sangat awesome iaitu Tun Mahathir..  LOVE U TUN MAHATHIR !! Tak salah bukan untuk kita hargai apa yang pernah beliau buat. Manusia itu sememangnya tidak sempurna tapi adakala renungkan seketika apa yang pernah Tun Mahathir telah lakukan. Sejauh mana kebenaran kenyataan-kenyataan yang tidak elok tentang beliau itu? Leeza sendiri tidak pasti. Yang leeza tahu, Tun Mahathir mempunyai pemikiran yang awesome! Walaupun kita tidak suka akan pentadbiran beliau, tapi apa yang pernah dilakukan, sewajarnya kita menyatakan sebaris ayat TERIMA KASIH PEMIMPIN...



Ada orang kata tak payah berterima kasih kepada Mahathir. Itu dah tugas dia majukan negara. Kesian.

Siapa kata kita tak perlu berterima kasih kepada pemimpin yang ada termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad? Bukankah dalam Quran menyebut supaya menghormati ibu bapa dan pemimpin?

Macam ni lah, suatu hari kalau ada anak, dah besar, anak tu bersikap kurang ajar, anda tanya kenapa tak hormat ayah dan mak?
terima kasihlah sikit jasa ayah dan mak untuk besarkan kamu?

Mana lah tahu dia pun jawab "Tak payah terima kasih. Itukan tanggungjawab ayah". Masa tu Allah dah terbalik kat muka sendiri baru tahu.

Tun Mahathir pernah cakap masa Minum Petang Peminat Tun Mahathir Januari lalu, "Orang Melayu ni memang kena selalu ingatkan supaya bersyukur, kalau tak mudah lupa!"


TITIK SANTAI :: :: ::  
Terima kasih tidak sukar untuk diutarakan ... Sekali lagi leeza nak cakap, Terima Kasih Tun Mahathir... Tabik pada Tun M...
 

24 comments:

  1. Tun Mahathir banyak jasa menaikkan nama negara dimata dunia..jasanya harus dikenang..terima kasih Tun Mahathir
    bangga ada pemimpin seperti Tun Mahathir..

    ReplyDelete
  2. wakaka.. betul tu Tun Mahathir.. orang melayu ni kena selalu ingatkan supya beryukur kalau tak mudah lupa.. hehe

    tengok negara dah aman tapi masih lagi nak kucar kacirkan negara yang dah aman.. adeh

    ReplyDelete
  3. remy memang respect dgn Tun Mahadhir...... Idola pemimpin remy....

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak..Tun mmg awesome..:D
    pemimpin yg wajar utk kita say TERIMA KASIH TUN!!..Lyeen pun sgt2 minat beliau..walau apa org nak kata..dia adalah salah seorang pemimpin yg berjaya membuka ruang minda masyrakat..:D

    ReplyDelete
  5. Pemimpin yang di segani bukan kat Malaysia tapi di dunia. Masih akktif dalam usianya lebuh 80 tahun. Terima Kasih yang di zahirkan untuknya seikhlas hati. Aina sangat2 suka Tun.

    ReplyDelete
  6. mmm... payah le nal ckp. kang di tegur kata BZ body.

    ReplyDelete
  7. yang penting sentiasa bersyukur..dan terus berusaha..jgn mudah lupa..

    ReplyDelete
  8. tun mahathir , tanpa beliau, siapalah malaysia di mata dunia sekarang . hihik :D blogwalking .

    ReplyDelete
  9. tgh amik mood nk komen2 ni..hahah...mmg perlu! beliau byk berjsa dgn negra tau..otak dia tu smpaikan saintis dunia nk beli..bijak! nak otak cmtu gak..haha

    ReplyDelete
  10. remy nak ajak join segmen....

    http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/12/simple-giveaway-pink-orange-shoppe.html

    ReplyDelete
  11. Penduduk Langkawi sentiasa hargai Tun sb di bawah pemerintahan beliau la Langkawi membangun dan maju serta terkenal di mata dunia..

    ReplyDelete
  12. sangat perlu untuk ucap terima kasih.. walaupun itu tugas dia, tpi bukan sekadar tugas. kerana Tun M juga berusaha untuk melaksanakan tugas itu.

    ReplyDelete
  13. AJ kagum dengan Tun Dr. Mahathir..... =D

    ReplyDelete
  14. terima kasih tun Mahathir.. sangat suka bila dapat pemimpin camni...

    ReplyDelete
  15. masa interview panel ada tnya sape idola awak..siap gtaw tun mahathir :)

    ReplyDelete
  16. pemimpin yang telah banyak berjasa kepada kita. dialah bapa pemodenan. terima kasih sangat2 :)

    ReplyDelete
  17. Sy suka Dr M sbb dia buat KLCC & PUTRAJAYA! xsume org punya idea & mampu nk laksanakan dgn baik..

    ReplyDelete
  18. Tun Mahathir adlh pemimpin yg bijak dan membuka minda rakyat supaya maju kehadapan...Tiada pemimpin seperti beliau lg...

    ReplyDelete
  19. saya pun bangga dan suka Dr M. i lop you lah, hihihi . dan terima kasih. saya mewakili rakyat malaysia :D

    ReplyDelete
  20. Ini lah wajah Idola Pemikir tentunya tun M yang berjasa kepada bangsa dan agama

    ReplyDelete
  21. sampai skrg sy mmg suka tun dr mahathir jer.. tabik spring utk dia.. he's my idola! ;)

    ReplyDelete
  22. dia tetap pernah menjadi pemimpin kita. baik atau buruk itu pandangan masing-masing. ucap terima kasih itu sangat perlu kepada sesiapa pun yang pernah berjasa tak kira besar atau kecil.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.