Friday, December 7, 2012

Zaiton:Ceritaku, Jatuhnya ZS (Download)

SaLam Sejahtera .....

Siapa yang dah tengok filem Zaiton:Ceritaku? Leeza dah tengok, download punya.. he he he Tak tahu lah kenapa leeza begitu tertarik nak tahu kisahnya. Sedangkan leeza bukanlah minat pun Zaiton Sameon, kenal pun tak. Setakat kenal lagu MENARUH HARAPAN .. Tapi sekarang ni dah kenal, dan dah pun tahu perjalanan kehidupan Zaiton Sameon!


Nak download klik kat poster nie : Ada page yang boleh download...

     Leeza boleh katakan kisah Zaiton Sameon ni sebenarnya lebih kepada pengajaran kepada kita. Juga pada para artis yang mungkin boleh dijadikan pengajaran. Bagaimana Zaiton Sameon mengalami perubahan dirinya.. Daripada orang biasa menjadi ARTIS dan selepas satu kejadian, ZS mengalami zaman kejatuhan. Begitu dahsyat dugaannya...


     Kematian si ibu, adakah ZS puncanya? Andai ya.. Pasti satu tamparan yang hebat, tidak cukup dengan kehilangan anaknya kerana kemalangan yang berlaku, ibunya pula meninggal dunia kerana dirinya. Kejadian itu seolah-olah berpunca daripada ZS, tapi bagi leeza ZS bukan sengaja. Daripada kisah ini leeza melihat sekelip mata sesuatu yang dikecapi itu hilang. Besar dugaan itu.

     Adik-beradik pula sibuk nak menghabiskan duitnya dan akhirnya ZS membawa diri. Siapa tak terasa apabila adik-beradik dah anggap dirinya menyusahkan. Perjalanannya di tengah-tengah kota menemukan ZS dengan seorang lelaki budiman. Di situlah ZS menumpang dan meneruskan kehidupan. Zaman kajatuhannya itu membuat TIADA SIAPA pun kenal Zaiton Sameon tu siapa... Perghhh..... Menitis air mata tengok cerita ni...

     Barulah leeza tahu kisah Zaiton Sameon. Seorang penyanyi yang pernah meletop satu ketika dulu dengan lagunya Menaruh Harapan, rupa-rupanya tidak bertemu dengan zaman kebangkitannya sebagai artis. Tapi leeza rasa ZS sudah bangkit daripada kehidupannya. 

     Anda semua yang belum tengok cerita ni, tengoklah.. Memang jalan ceritanya tidak sehebat cerita Istanbul Aku Datang, tapi yang pastinya ada nilai murni yang wajar dipelajari. Sesungguhnya, langit tidak selalunya cerah. Tontonlah cerita ini dan sama-samalah jadikan ikhtibar. Moga kita dapat lalui kehidupan dengan lebih baik. 
    
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza nak ucapkan terima kasih kepada Zaiton Sameon kerana sudi berkongsi cerita ini dah tahniah kerana anda berani untuk berkongsi kepada masyarakat seterusnya dapat dijadikan ikhtibar.
 


25 comments:

  1. thanks kngsi link..
    sambil2 duk umah ni ok gak layan :)

    ReplyDelete
  2. Kita nak download jugakkk...thanks bagi link.

    ReplyDelete
  3. aku tidak berkesempatan menonton filem ini di panggung tempoh hari kerana hari tayangan yang sangat singkat. lepas ni nampaknya boleh download saja. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. kiranya ni memang kisah benar la kan??hmmm

    ReplyDelete
  5. AJ belum tengok lagi.....
    Tapi orang yang dah tengok cakap best.....

    ReplyDelete
  6. membesar dgn kemunculan zaiton sameon...... betul dugaan dia byk sangat masa tu.... tapi ada yg takde dlm filem...... simpati dgn apa yg menimpanya.....

    ReplyDelete
  7. tapi rata2 yang menonton filem ni, rata2 cakap terbaik tau.. memang penuh dengan pengajaran di dalam kehidupan.. saya pun nak tengok la

    ReplyDelete
  8. Salam, memang buku terbitan Fixi memarik untuk dibaca. Semua karyanya ditulis oleh mereka yang tidak 'terkurung' dalam genre jiwang.

    ReplyDelete
  9. Sy xberkesempatan nk layan muvie ni semua. Nanti nanti baru nk tengok.. Tp suka dgn lagu menaruh harapan tu

    ReplyDelete
  10. meletop la....zaiton sameon...

    ReplyDelete
  11. memang sedih perjalanan hidupnya itu. pernah tengok sesi temubualnya kat TV memang sedih.. sampai ada org anggap dia gila..

    ReplyDelete
  12. ayie memang membesar dgn lagu2 zaiton sameon....masih ingat lagi dia nyanyi lagu menarih harapan kat pertandingan muzik2 tv3 pd masa tu...

    ReplyDelete
  13. nak dowload tpi limit broadband da smpai.hahahaha

    ReplyDelete
  14. M pun br layan petang semalam..mmg sedih la kisah hidup dia kan..

    ReplyDelete
  15. hari tuh kami pun ada tgk disebalik tabir zaiton sameon nih. aku pun kira nak buat entri tntang zs. hiihi . dulu auntie saya cakap dia nih fofilar zaman dulul. sampaisaya sendri x kenal, hihi nak download lah.

    ReplyDelete
  16. Wah, cerita apa ni Leeza? Nad takpernah tahu pun..

    ReplyDelete
  17. teringin sgt nak tgk cerita n tahu kish dia..tq2 hery nk try cuba tgk....

    ReplyDelete
  18. jarang layan muvie melayu...terlalu slapstik n tipikal..download pun jika dh khabisan stok muvie mnarik..ni klu pada skala 10, nk bg berapa ni?

    ReplyDelete
  19. wak pon sodey jugak tengok citer zaiton jugakkk.. UUhuu

    ReplyDelete
  20. Wilma nak tengok sangat filem nie...
    Nanti Wilma nak download...

    ReplyDelete
  21. oh gitu kisahnya,. aku hanya tahu kisah anak die tu je.blh la seduttt

    ReplyDelete
  22. oh gitu kisahnya..aku cuma tahu ttg anak die je..kesian juga kt die. blh la sedutttt nanti

    ReplyDelete
  23. http://miseyz.blogspot.com/2012/12/movie-zaiton-ceritaku.html

    ReplyDelete
  24. Hurmmmmm belum sempat tengok.myb kena tunggu astrok siar, then boleh save

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.