Monday, January 30, 2012

Gula-gula kapas, Anda Ingat?

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)
HeLLo0o0o...


DULU DULU DULU :  

Masa u all kecik-kecik dulu lah kan... u all pernah makan tak gula-gula kapas YANG DIJUAL OLEH BABU ... Dulu saya panggil babu, tak tahulah kalau org lain. 

Babu yang jual roti petang-petang, dok pon pon pon... ada tempat letak roti yg besar di belakang motornya.... Ingat tak?


Setahu saya, dulu 20-30 sen jer gula-gula kapas tu....


NOW NOW NOW :
Babu jual roti dah tak ada dah ....
Gula-gula kapas pula hanya terdapat di kedai yang jual kaya ball tu... Yang selalunya ada kat pasaraya macam carefour, econsave ker, jusco ker... 

Ni dia gula-gula kapas sekarang ...



Kaya Ball pun ada...

Titik Santai :   
Dah mula praktikel...
Huuuuuuuuu....
Jadikan hari ini paling indah dalam hidupmu.
4 ever with Love ... :-p

Saturday, January 28, 2012

Saya Sakit Mata, Anda pula?

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)
HeLLo0o0o... 

Dalam masa 2 minggu, saya kena sakit mata 2 kali. Cukup mendukacitakan dan menyakitkan HATI ini. Sebab, kuliah padat dan keriangan dari pagi sampai ke petang. Nak ngadap LCD , pergh pedih sih...

Kajian Santai Leeza :
Kebarangkalian 87% (kenapa 87 erk) faktor makanan dan dalaman badan saya terlalu panas.

Cara Atasi Masalah :  

Pertama : Beli ubat di kedai ubat-ubatan cina yang dikenali sebagai YONG DAM... Sebiji RM2. 1 hari makan minimum 6 biji. Kalau adik saya dia makan sehari 12 biji. sbb tak nak bagi sakit mata.

****Tapi menurut adikku ini, ada ubat yang set punya, yang memang untuk sakit mata atau ketumbit ni. RM27 untuk sehari sahaja.

Kedua : Beli bunga kekwa dan rebus .. minum untuk sejuk kan badan ...
Ketiga : Beli Optrex ni gambarnya ...... Actually saya tak guna sgt benda ni.
Demikian .... Sangat berharap tidak kena sakit mata lagi... sbb tak suka sangat sangat sangat .......

Titik Santai :   
Selamat Berpraktikel.....
Encik Lokman dan Encik Zulkarnain....

Friday, January 27, 2012

Gula-gula Rabit, Siapa Ingat?






Tengok gambar ni... Agak-agak u all tahu tak apa ni???? Ingat ker tak makanan ni? 
Dahulunya begitu dikenali, namun kini begitu jarang sekali ditemui ...... 

 Gula-Gula Rabit !!!!

Tahun baru cina.... Makan kacang .. bukan 1 jenis jer, malahan berjenis-jenis, makan kuih kapet, minum air kotak, makan limau ....
The End ... sakit perut .... hihok......

Titik Santai :    
Semakin hari semakin sibuk.
Namun akan kucuri masa yang sibuk itu utk kuhabiskan dengan keluarga dan insan tersayang ....
Chaiyok liza .....
- Ringan-ringan tangan klik iklan Says dan Churp churp- TQ...

Wednesday, January 25, 2012

Seni Visual Dalam Pendidikan (Gambar Asli)

Gambar Asli Tanpa Sebarang EDITING.....
Dari Pameran Seni Visual Dalam Pendidikan .... 











Pameran yang diadakan di IPG KBM. Selanjutnya turut dijelaskan di  SINI. Selamat Mengunjung!!!

Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Cai : 2 Jenis makanan Yang Mungkin Dilupakan?

Tahun baru cina menjelang tiba ... So nak cakap GONG XI FA CAI banyak banyak banyak kali... Apa-apaun nak cakap GONG XI FA CAI kat mereka yang menyambut ... 

Kepada datuk sebelah ayah saya... GONG XI FA CAI... Moga tahun naga ini, rezeki bertambah. 

Tahun Baik, Rezeki Baik, Kesihatan Baik.

Semalam, spend time kat MID VALLEY ... Kongsi sikit cerita kuih tradisional Cina yang kian jarang saya jumpa. 

Dulu masa zaman budak-budak, selalu jer jumpa... 


Selain tu ... U all pernah makan tak gula-gula ketuk-ketuk..
Kadang-kadang saya terfikir lah kan..  
makanan cina pun ada yg kian dilupakan oleh masyarakat mereka...
Zaman kian berubah ... Bagi saya dua jenis makanan ini (yang atas & di bawah ni), 
kian dilupakan.Sungguh bernilai.


Titik Santai :  
Gong Xi Fa Cai.....

Saturday, January 21, 2012

Papa I Love You

Salam Sejahtera ...
Entri ni sebenarnya berkaitan review filem PAPA I LOVE YOU. Baru jer tengok, sebab kuliah teramat sangat padat dan "keriangan" ...

Setiap hari kelas sampai petang. kalau tak 4.30 petang, 6.30 petang lah jawabnya. Kadang-kadang tu apa pensyarah cakap saya macam blur jer,  fikiran saya ni dah melayang sampai ke hujung dunia. Serius tak masuk.  I' AM SORRY ...

Ulasan : 
  1. Filem ni banyak nilai dan pengajarannya. Contoh : Babak Mia menasihati Lisa Surihani cukup menyentuh perasaan. Ada air mata mengalir... (Bak kata lecture saya "Kalau tengok movie dan nangis.. ANDA TIDAK LAYAK JADI KONSELOR!)
  2. Seorang anak kecil yang begitu memahami dan kasih sayang seorang papa terhadap anaknya cukup mengharukan.
  3. Filem ni juga ajar kita erti kemaafan. Seteruk mana pun kesilapan papa kita, sebagai anak, kita wajar memaafkannya. 
  4. Keseluruhannya : Saya memberi ......
Titik Santai :  
Apapun kesilapan kedua-dua ibu bapa kita, kita wajar memaafkan mereka
Air yang dicincang tidak akan putus. 
Hargai mereka ketika mereka masih hidup. Sesungguhnya, nilai kasih sayang keluarga itu sungguh bernilai.
Andai kita berbakti kepada ibu bapa kita, percayalah, anak kita juga akan berbuat demikian pada kita suatu hari kelak.

Ucapan untuk papa saya : 
I LOVE U SO MUCH.... and ofcouse i miss mama a lots!

Wednesday, January 18, 2012

Cara Sediakan Laporan Dokumentasi

Kali ni nak share share pasal DOKUMENTASI atau Laporan Dokumentasi. Cara nak sediakan buku dokumentasi @ laporan dokumentasi. Saya share maklumat ni sebenarnya nak memudahkan rakan-rakan yang mungkin akan dilantik memegang jawatankuasa ni. 

Sebelum tu, kalau ada salah silap, kekurangan sila maklumkan. Apa yang dinyatakan ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri. Boleh jadi penyediaan dokumentasi bagi pihak tertentu berbeza dengan saya.

Ni dua contoh dokumentasi yang dihasilkan :

Dokumentasi Pementasan Teater Kanak-kanak Mesin (2011)
Cover depan dan Cover belakang
Cover Buku Dokumentasi Perkhemahan Unit Beruniform PPK 2010

Kandungan sesebuah buku dokumentasi :
  1. Kertas Kerja
  2. Jawatankuasa
  3. Pendahuluan : macam sekapur sirih ... buatlah ulasan serba sedikit tentang perkara yang bakal dilakukan.
  4. Laporan Aktiviti : Buatlah laporan berkaitan aktiviti yang terlibat. Kalau ada gambar lebih baik.
  5. Penutup : lebih kepada penghargaan jawatankuasa dokumentasi itu sendiri atau penghargaan keseluruhan jawatankuasa yang terlibat.
  6. Lampiran : Masukkan semua bahan-bahan bercetak yang terlibat seperti, kad jemputan, brochur, buku program, laporan kewangan, gambar-gambar aktiviti dan sebagainya.
Berikut beberapa kepingan gambar kandungan dokumentasi yang pernah dihasilkan :

Ni semua bahagian lampiran ; Gambar-gambar.

Ni Partition sesebuah dokumentasi. Nak buat boleh , tak buat pun boleh.
 Partition juga : kenapa ni warna hijau. 
Sebab ni copy yang pertama. 
Dokumentasi Teater Mesin, saya buat 3 copy atas permintaan pensyarah.
Ni contoh laporan Teater Mesin 2011.
Ada laporan ada gambar.





Yang ni pula laporan Perkhemahan Pandu Puteri 2010.
Sama juga, ada laporannya ada gambarnya.
Titik Santai :    
Demikianlah hasil dokumentasi saya.
Andai ada sebarang penambahbaikkan silalah maklumkan.
Andai ada persoalan, sangat mengalukan kalian meninggalkan komen.
Insyaallah saya akan membalasnya.
"Sharing is Caring" tapi jauh-jauhkanlah dari palagiat / ciplak hak milik orang.

Monday, January 16, 2012

Pertumbuhan lelaki dan perempuan

Salam Sejahtera ...

Tengak belek-belek majalah astro, ada info ni...
Saya pun memindahkannya ke entri.

  1. Kadar pertumbuhan wanita bermula lebih awal berbanding lelaki. Ketika berada di sekolah rendah sehingga di awal sekokah menengah, pelajar perempuan kelihatan lebih tinggi dan lebih matang dari pelajar lelaki.
  2. Kebiasaannya kematangan lelaki bermula pada awal sekolah menengah. Ketika itu pertumbuhan mrk berlaku dgn drastik. Pelajar lelaki dahulunya lebih rendah mula mengalami perubahan dr segi suara, ketinggian dan bentuk tubuh badan. Berbeza dgn perempuan yg mpunyai punggung yg lbh besar bbanding bahu.
  3. Sejak kecil, kanak-kanak lelaki lbh aktif dan gemarkan aktiviti fizikal bbanding kanak2 perempuan yg lbh gemar aktvt bsifat verbal. Sifat ini disebabkan kandungan serotinin dan oksitoksin lelaki yg kurang bbanding perempuan.
  4. Disebabkan saiz corpus callasum wanita 25% lbh besar bbanding lelaki, perempuan mpunyai kelebihan melakukan pelbagai pekerjaan pd satu2 masa. Corpus callosum merupakan sekumpulan saraf yang mghantar signal merentasi 2 bahagian otak manusia.
  5. Otak seorang lelaki lbh mjurus kpd simbol, gambaran abstrak & imej. Mrk lbh mudah mguasai ilmu matematik & fizik bbnding pelajar wanita yg perlu berusaha lbh gigih utk mguasai mata pelajaran tsebut.
Titik Santai :  
Lelaki dan perempuan memang diciptakan berbeza... 
Moga You All sihat sejahtera dan happy selalu....
Singgah-singgahlah iklan SAYS dan CHURP CHURP kat sebelah tu.
TQ..

Sunday, January 8, 2012

Flying Swords Of Dragon Gate : Keluar Panggung, Pening. (Review)

Salam Sejahtera

Flying Swords Of Dragon Gate : 

Filem tontonan minggu ini. Bukan apa, dah tak tahu nak tengok filem apa, terjah jer lah. Filem yang mengambil masa 2 jam 3 minit ini menimbukan rasa fening-fening. Minat tengok aksi Jet Li.

Sebenarnya tak banyak yang boleh saya review kan, faktor saya sendiri agak pening semasa menonton filem ini. 

Coretan Santai Leeza : 
  1. Jalan cerita yang panjang tu kira ok lagi, tapi pening-pening lalat dibuatnya nak faham motif watak-watak dalam cerita ni.
  2. Cukup mendukacitakan, grafik sangat low lah... Rasa tak puas hati sgt.
  3. Sound lawan-lawan tu dah gempak.. Tapi CGI adoii..... no komen...
  4. Jet Li memang mantaplah kan.... Terbaik !!!
  5. Solekan pelakon ada yg tak kena... T0ing T0ing....

Habis tengok filem ni, ikutkan sambung tengok ALVIN AND CHIPMUNK... Tapi gara-gara dan pening-pening lalat, saya balik dan tiket pun burn jer. Kalau tahu, tak payah lah amek tiket ALVIN... 
aigoooo.......

Watak dan Perwatakan : 3.5 Bintang
Nilai dan Pengajaran : 3 Bintang
Ilmu : 3.5 Bintang
Latar : 2.9 Bintang
KESELURUHAN : 

Titik Santai :   
Cuba letak cermin di hadapan diri sebelum menyatakan kelemahan insan lain.

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Wanita Lebih Suka Cari Teman Baiknya

Salam Sejahtera ...


SOALAN :  
Kenapa Wanita Lebih Suka Cari Teman Baiknya???

Jawapan :   

MASALAH :  
  • Teman Baiknya lebih memahami isi hatinya. 
  • Mampu mengatakan perkara yang sedap didengar oleh dirinya. 
  • Ambil serius terhadap masalah yang dihadapi dan pendengar yang baik.
SHOPPING : 
  • Ada wanita yang memang suka shopping dengan rakan karibnya berbanding BF mereka. 
  • Sebab : citarasa BF mereka berbeza. Dah lah berbeza, ada jer yang tak kena.
  • Ini tak boleh, itu tak boleh. Wanita pun bosan lah kan... Semua kedai kat Mid Valley disinggah, the end satu pun tak beli. 
  • Kalau dengan rakan karib mereka, mereka boleh share pendapat. Biasalahkann....
MINAT :  
  • Kalau minat dah beza dengan BF tu, memang payah lah juga. Melainkan kita saling memahami. Toleransi antara satu sama lain.   
  • Contoh, kalau wanita itu seorang kaki Korea, BF tak minat langsung dan tak tahu langsung pasal Korea ni. Macam mana wanita ni nak berbual dengan BF dia. Pasti wanita tu nak bual pasal benda yang dia suka. (Begitu juga sebaliknya)
  • Ada juga BF tak minat bola, tp GF bukan main minat gilerrrr.... bila kena isu-isu hangat bola macam (UEFA ker, EPL ker, Worldcup ker)... Mesti dia nak cakap pasal isu tu, so dia carilah rakan bual yang sehaluan.
  • Cuba tunjuk minat sikit lah, kata sayang... so berkorban sikit jer... 

KECANTIKAN :  
  • Sangatlah jarang ada lelaki yang suka berbual pasal kecantikan. Wanita ni lain, suka bebenor cakap pasal kecantikan. 
  • Kadang-kadang nak potong rambut pun fikir banyak kali, salon mana, style apa. Mungkin benda-benda macam ni tak sesuai dibincang dengan BF sebab BF tu tak tahu nak komen apa. 
  • So, wanita pun pergilah cari rakan karibnya.
Apa yang saya nyatakan kat atas ni, berdasarkan apa yang saya rasa dan pemerhatian kat kawan-kawan saya yang lain. Sesungguhnya, setiap orang itu berbezakan....  
 You All Boleh Juga Nyatakan Pengalaman You All
Titik Santai :   
Apa-apapun, setiap hubungan yang terjalin haruslah ada persefahaman. Cuba memahami antara satu sama lain dan MENGHORMATI kebebasan pasangan kita
Kalau tak suka pun, cuba cakap secara baik, bincang secara matang..
Okie dokie... Peace!! Fighting ... !!!

Tuesday, January 3, 2012

Man Of Honor/Glory Jane: Pupuk Semangat Juang. (Review)

Salam Sejahtera 
Tamat sudah drama korea Man Of Honor / Glory Jane. Drama yang mempunyai 24 episod ini berjaya memberi impak yang mendalam dalam rutin hidup ini. Kesabaran menanti drama ini setiap minggu di laman drama wiki akhirnya tiba penghujungnya. 

Refleksi Diri :   
  1. Hakikat hidupnya tidaklah semalang yang sedang dia lalui membuat saya begitu mengerti makna KESYUKURAN. Sikap positif watak Yun Jae In membuatkan kita berfikir, sesukar manapun kehidupan, kita harus harunginya. Fighting !!!
  2. Banyak sikap positif yang ditunjukkan watak Yun Jae In dan wajar dijadikan contoh kepada kita semua. Senyuman yang cukup comel pada waut wajah gadis ini.
  3. Suka semangat juang yang ada dalam diri Gim Yeong Kwang dan Yun Jae In.
  4. Terharu dengan kisah keluarga Gim Yeong Kwang terutama watak emak dan nenek dia.
  5. Drama yang berunsurkan pengorbanan dalam aspek cinta dan keluarga. Walaupun kisah cintanya mereka tidak jelas kelihatan namun pengorbanan di sebaliknya mengaitkan segala yang berlaku
  6. Kepada mereka yang kaki drama Korea, rekamankan kat kalian tengok drama ni. Tapi unsur cintan cintun memang kurang ya. (harap maklum)
  7. Ending agak slow sikit.. tu jer.... 
Watak Yang Meninggalkan Kesan :   
 
Yun Jae In

Gim Young Kwang

Seorang Perancang Yang Baik !!

Watak Air Mata Santai Leeza : 

Watak Kejam Maut :   Benci giler
------------------------------------------------------------------------------------------------
Nilai dan Pengajaran : 4.5 Bintang
Watak dan Perwatakan : 4.7 Bintang

KESELURUHANNYA : 

Titik Santai :  
Sekali lagi, saya bukanlah kaki drama korea
Hanya pilih drama yang akan memberi pengajaran kepada diri saya untuk melalui kehidupan ini dengan lebih bermakna.
Dalam setiap drama pasti dapat memberi tauladan kepada kita untuk memajukan diri. 
"Pastikan Esok Lebih Sempurna"
Fighting !!!
**Siapa yang nak drama ni, boleh lah minta, dah complete download 24 episod.**