Tuesday, April 24, 2012

BBM : Syair Pesanan Ibu

Salam Sejahtera ...

Syair Pesanan Ibu ( hasil Zurinah Hassan)


SOALAN :  
Tuliskan mesej bagi setiap rangkap syair di atas. 
Taip jawapan anda pada ruangan komen.


Titik Santai :   
Berikut merupakan bahan pengajaran yang berlangsung pada 25 April 2012. Syair di bawah merupakan hak cipta Zurinah Hassan iaitu Pesanan Ibu. Namun syair ini telah diubahsuai untuk pengajaran leeza.

Tuesday, April 17, 2012

Bali, Indonesia: Ukiran Kayu

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)
HeLLo0o0o...

Kali ni kita berjumpa dengan rakaman gambar ukiran kayu di Bali, Indonesia. Kasi roll gambar ituu........

Ukiran Kayu Pertama... Tengok sedalam-dalamnya, apa yang anda nampak?

Gambar ini kalian tengok sampai juling... hahahaha .......

Mari menari... kasi tari .....

Kesenian yang halus... Ukiran yang mantap... nak beli, tidak cukup ongkosnya sihhh....

Ukiran ini semuanya 3D....Kalian nampak or tidak di sebaliknya... leeza no komen...

Paling Suka Sukie..... Sebab gambar ni sangat istimewa...

Warga tua... ukiran yang perfect toooo......

Sekian dari santai leeza : Rakaman gambar ukiran kayu. 
Titik Santai :   
Ukiran kayu yang dilihat di sini, sangat cantik dan menarik. Andai diberi peluang memilikinya satu, pasti saya beli satu.... Tapi ukiran-ukiran manusia, leeza tak nak ... macam takut jer.. hihok...



Sunday, April 15, 2012

BBM: Latihan Kenal Pasti Kesilapan Ejaan dan Tanda Baca

Salam Sejahtera ...

Latihan Mengenal Pasti Kesilapan Ejaan dan Tanda Baca :  


Perhatian kepada pelajar 4 Budi, SK Taman Midah 2. Anda diminta menaip semula jawapan pada ruangan komen di bawah. 

Titik Santai :  
Semoga Segalanya Berjalan Dengan Lancar.

BBM: Contoh Petikan Berita Kejadian Tanah Runtuh

Salam Sejahtera ...

Berikut merupakan petikan Berita Tanah Runtuh untuk pengajaran pada 17 April 2012. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------  

SIMPANG PULAI, Sabtu - Sekurang-kurangnya empat cerun bukit dikenal pasti mengalami pergerakan kecil tanah berikutan hujan lebat sejak tiga hari yang lalu. Jabatan Kaji Cuaca Ipoh melaporkan semua cerun tersebut berada dalam keadaan terkawal.

     Cerun-cerun yang terbabit adalah di jalan susur ke Simpang Pulai, jalan ke Pos Slim dan ke Kampung Bukit Raja. Para pengguna yang sedang menuju ke Tanah Tinggi Cameron diminta berhati-hati semasa melalui jalan tersebut.
   
     Menurut Pengarah Jabatan Kaji Cuaca Ipoh, Encik Akmal, pergerakan kecil tersebut dijangka akan berlarutan selagi hujan tidak berhenti. Justeru, pihak Jabatan Kaji Cuaca akan sentiasa memantau lokasi demi memastikan keselamatan pengguna di jalan itu terjamin.

     Dalam pada itu,  beliau mengingatkan para pemandu agar mematuhi had laju yang telah ditetapkan iaitu 50 km sejam. Jangan sekali-kali memotong kenderaan di hadapan. Selain itu, lampu kenderaan hendaklah dipasang ketika hujan atau semasa kabus tebal.

    "Kami juga berharap pengguna akan segera menghubungi kami seandainya mereka ternampak pergerakan tanah di mana-mana lokasi berhampiran. Talian kami ialah 05-80889994," tambah beliau lagi.

 Kosa Kata :  
  1. cerun - lereng bukit
  2. terkawal - dapat diatasi
  3. berlarutan - berterusan
  4. had - batas

Titik Santai : 
Sekali lagi leeza menggunakan blog ini sebagai ruangan mengajar leeza di sekolah. Terima kasih kepada yang memahami. :-)

Thursday, April 12, 2012

Latihan Kata Tanya

Salam Sejahtera ... Latihan Kata Tanya untuk anda...

Bahan berikut merupakan bahan bantu mengajar leeza tentang tajuk Kata Tanya. Pengajaran dilaksanakan secara "online"...


Kepada 4 Budi SK Taman Midah 2 (2012), anda digalakkan untuk menaip jawapan anda pada ruangan komen di bawah. Ikut arahan guru untuk menghantar jawapan anda di sini.   

Selamat Menjawab ! 

Titik Santai :
Sekali diingatkan bahawa entri ini merupakan salah satu bahan bantu mengajar leeza di sekolah. Harap maaf sekiranya buat masa ini, entri lebih berfokuskan kepada sekolah. 

Bahan Bantu Mengajar : Berita Kemalangan

Salam Sejahtera ...

Kemalangan Tiga Buah Kenderaan



SKUDAI, Sabtu – Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku jam 11 malam semalam. Kemalangan itu melibatkan sebuah lori balak, sebuah motosikal dan sebuah kereta Naza Ria. Kemalangan itu telah mengorbankan dua nyawa dan seorang mangsa masih lagi dalam rawatan.

         Pemandu lori disyaki memandu dalam keadaan yang mengantuk dan penunggang motosikal memandu dalam keadaan berbahaya serta tidak memakai topi keledar. Pemandu kereta dikatakan sedang berbual melalui telefon sambil membawa kereta. Mangsa tidak memakai tali pinggang keledar.

Erma, 32 tahun iaitu pemandu kereta terkorban di tempat kemalangan. Ng Hi Rau, yang berusia 20 tahun iaitu penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke hospital. Motosikal mangsa dikatakan terperosok ke bawah lori.

Roh Rajan, 54 tahun iaitu pemandu lori hanya cedera di kepala dan patah tangan kerana tersepit. Kayu-kayu balak juga dikatakan berselerak di atas jalan raya.

Pihak berkuasa berpesan agar semua pengguna jalan lebih berhati-hati dan tiba di destinasi dengan selamat. “Pandu Cermat Jiwa Selamat.”

Titik Santai : 
Petikan di atas merupakan bahan bantu mengajar dan hanya rekaan semata-mata.   

Tuesday, April 10, 2012

Bali, Indonesia: Tenunan & Canting

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)
HeLLo0o0o...

Entri berkaitan percutian ke Bali, Indonesia. Rakaman gambar berikut diambil ketika hari pertama leeza berada di sana. Tak banyak sangat gambar yang di "update".... 

~ Tenunan ~



Kawasan Tenunan di Bali.


 Alat Canting Batik.

Lain-lain berkaitan BALI : 

Titik Santai :  
Actually banyak lagi gambar dirakamkan.. dalam iphone.. malangnya, iphone hari tu ada masalah apa, hilang semua..... too bad.......
 

Tuesday, April 3, 2012

Jawapan Peta Minda

Salam Sejahtera ...

JAWAPAN PETA MINDA : 


Sekian.
"Usaha Tangga Sebuah Kejayaan"
"Hidup Dengan Penuh Keikhlasan"

Titik Santai :  
Demikian, bahan pengajaran dan pembelajaran leeza untuk 7 April 2012.
Kepada pembaca blog santai leeza, harap maklum, 3 entri yang di post pada kali ini adalah berkaitan dengan pengajaran di sekolah. Hanya rekaan semata-mata. 

Contoh Peta Minda

Salam Sejahtera ...

CONTOH PETA MINDA atau PENGURUSAN GRAFIK 
PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
(4 April 2012)



Titik Santai :   
Bahan pengajaran 4 April 2012.
Pengajaran dan pembelajaran secara online .....

Bahan Pengajaran : Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri

Salam Sejahtera ... 

Anda berminat dengan  
Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri ?

Anda ingin menyaksikan 
pertarungan yang mendebarkan secara langsung

Anda berani
berlawan dengan pesilat-pesilat yang diundang?

Mari memeriahkan PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.
Datang beramai-ramai, kami menanti anda di 
Dewan Sekolah SK Taman Midah 2.

BUTIRAN LANJUT :  


KEISTIMEWAAN :   
  1. Masuk adalah percuma.
  2. Anda dapat mempelajari kemahiran asas silat.
  3. Anda dapat mengetahui maklumat yang lebih mendalam tentang silat.
  4. Seorang pengunjung bertuah bakal merima set pakaian seni mempertahankan diri SILAT.
Titik Santai :    
Butiran di atas hanya rekaan semata-mata. Butiran ini merupakan salah satu bahan pengajaran yang bakal berlangsung pada 4 April 2012. Terima kasih.