Monday, May 28, 2012

Lepak Makan: Asap Otak, Terjah Mamak ABC

Salam Sejahtera ...  HeLLo0o0o...

Teringat masa minggu study week. Berhasap jer kepala ni.. Paling tak syok study paper Penyelidikan Tindakan dan Bimbingan Kaunseling. Bukan apa, semua yang leeza study, tak masuk-masuk dalam kepala ni. Mungkin petanda dah lanjut usia kot..... 

Nak roll tempat leeza lepak untuk release tension dan kasi sejuk ini kepala otak.

Bukan ker kedai mamak tempat pilihan orang ramai lepak-lepak.
Macam-macam ragam der kalau lepak kedai mamak.

Lakna leeza bedal, Roti Nan pun leeza bedal.
Stress!!!

Ini menu akak leeza....

Seronok rasanya dapat makan dan kenyangkan perut.
Lain kali kita roll lagi k.
Daaa~

Titik Santai:
Moga-moga leeza dapat markah yang baik dalam exam.
Doa-doa pointer naik!!!




Saturday, May 26, 2012

Lepak Makan: Alexis, Bangsar. (PavLova)

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)

Hai semua, rasanya kek yang bernama PAVLOVA semakin dikenali sejak rancangan SEIA SEKATA SCHAWAL... termasuklah diri ini yang begitu terpengaruh dengan gambaran keenakan kek itu. Habis sahaja paper hari Khamis, mau tak diterjah seluruh bangsar dan blog-blog yang berkaitan kek PAVLOVA ini. 

Tanpa berfikir panjang, leeza and the geng sepakat, seia dan sekata nak makan PAVLOVA... ALEXIS menjadi serbuan kami berempat. Nak rasa kek "PENGIKAT KASIH".... jOmmm roLL jamuan makan malam kami...


 Alexis Bistro Bangsar, Jalan Telawi 3.

 Selak-selak menu, lama giler kami selak menu, sebab tak tahu lah nak makan apa. Tak ada gambar! 
Haaaaaaaaaaa......

Expresso (RM10) dan Resberry Soda (RM12.50)

Sekarang kita roll plak dinner kami. Disebabkan tak makan dari pagi, So menu lebih sikit lah kan.
Exam 8.30 hingga 11.00 pagi, jumpa lecture untuk penambahbaikkan porposal dah samapi pukul 1.00 petang.
Pukul 2.00 ada taklimat laporan penyelidikan sampai pukul 4.00 petang....
Lepas tu apa lagi, tidur zzZzz..ngantok sangat study untuk exam... hu hu hu

-Polo Pizza (RM32)-

-Menu kedua-

-My Dear Chicken Rice-

-Antara Rating Yang Tinggi-

Moment paling syok... Perghh.... sedap!!!
Ohh My Dear Pavlova !!!! 

-Yummieeee-

Demikianlah lepak makan leeza.

Titik Santai : 
Dah hilang dah gian nak makan PAVLOVA.
Happy dan kenyang...
Penghujung sem yang mantap ...

Saturday, May 12, 2012

Mereka Layak Ke Konsert Akhir Mania

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Selang-selang dok tengok cerekarama, sempat juga singgah  Konsert Mania... Siapa yang akan langkah ke akhir... Jom RoLL.......

STACY

HAZAMA

JAC

ARIL 

HAFIZ

Titik Santai :  
Sebenarnya, leeza tak tengok sangat pun... Tengok cerekarama sambil tengok Mania...

Kes Sakit Jiwa Pelajar Menjelang Exam Meningkat

Salam Sejahtera ..

Tajuk entri macam tajuk berita sih... Saja bikin gempak saja tu....

Hai semua.... You all pernah tak mengalami "sakit jiwa" ketika menjelang detik-detik nak exam. Contohnya, macam "Susah amat-amat nak ingat apa yang u all baca!!" atau "Baca - baca - baca - dup dup fikiran melayang tah ke mana... pergh lagi-lagi skrg ni sibuk dok tengok wedding Awal, mau tak ke laut fikiran

Bukan apa lah kan... Sebenarnya, dah seminggu study week ni, mengadap buku mengalahkan apa jer, (betul ker ngadap buku? MUKA BUKU yaaa....)  tapi hasilnya aiyooo... nak cuba huraikan, tergagap sana sini. Apa kes....

Ada cadangan nak study yang MUDAH INGAT? Rasanya dah kekeringan idea arrrrrrrr... 

Jom roll cara santai leeza study.... 

Rasanya dah cukup semak dah meja ni.... Pasal ada novel "Siti Rozmizah tuu?"
leeza puasa daripada baca novel tu sebab nak exam tau!!!

Apa jenis pensel warna yang leeza tak guna, rasanya semua guna...
siap pensel warna zaman sekolah dulu pun guna....

Dari meja landing ke katil dah leeza study... akhirnya menguap 100 kali... bikin panas jer..

Penyelesaian terakhir - leeza tulis key word kat kertas mahjong... masa tulis ni ok lagi.. SEMANGAT..
tapi bila baca.. menguap... apa kes.... 

KESIMPULANNYA....
U all ada cadangan lagi...
Lontarkan pada patik... hahahahaha


Titik Santai :   
Bimbingan dan Kaunseling... gaya macam aku jer yang perlu Bimbingan dan Kaunselingnya. Susah der nak ingat semua ni... cepat-cepat lah lepas exam... Aku mau ke negeri Borneo menenangkan fikiranku....

Terapi apa yang diperlukan untuk diriku? Siapa nak jadi Kaunselor aku ni? haaaaaaaaaaaa

Tuesday, May 8, 2012

BaLi, Indonesia: Cuci Mata Di Sini

Salam Sejahtera ...

Kali ni leeza upload gambar-gambar yang dirakam sepanjang perjalanan leeza di Bali. Rakaman gambar hari pertama leeza di Bali.... Kasi R0o0oLLLL........ (gaya melodi)

Pemandangan Indah.. Kawasan ini dimaklumkan tempat kesan gunung berapi meletus. Pemandangan di sini OK lagi lah jika nak dibancingkan di Bandung. Di Bandung, siap nampak lagi hasap-hasap macam nak meletup jerrrr.....

Dalam kereta, dah alang-alang pegang kamera, apa lagi snap saja lah... Macam kereta MyV jer..

1 Perkara yang unik memang menjadi kegemaran leeza ... 

Patung sebegini merata-rata yang licin mahupun berlumut. Teramatlah banyak.

Sempat snap.... hihihi
ni pun santai leeza sempat snap snip snop juga... hehehehe
Mereka sedang membuat patung yg sungguh besar. Seminggu lagi ada perayaan, dan mereka akan mengadakan perarakan patung setinggi tiang lampu ini.

Pemandangan Hijau ..... Love it...

Burung-burung pun berkicauan, Menyanyikan lagu indah....

Sekian sahaja daripada krew santai leeza... (ada krew ker??)

Titik Santai :   
Berjumpa di segmen Bali lagi, banyak lagi yang tak sempat dijadikan entri.   




Saturday, May 5, 2012

Lepak Makan: Di Williams Italian Mamak

Salam Sejahtera ...

Semalam leeza terjah area PJ untuk memenuh perut di malam hari. Kecewa dengan penantian akad nikah SCHA dan Awal, leeza terus ke PJ. Gerai yang kelihatan macam gerai biasa dan sempoi jer, decor tak ada sangat pun. Tapi makanan dia 5 bintang woooooooo...........

INFO :
Williams Italian Mamak
Jalan SS26/4,
Taman Mayang
47300 PJ
Selangor
Business Hours: 6.00pm - 3.00am (daily)

Info yang boleh diberi ialah SEAPARK, SS26. kedai ni kat hujung deretan kedai dan berhadapan dengan rumah orang. Area kedai ni kat KOLEJ LINCOLN.

Jom tengok menu santaileeza....

kiri : menu leeza apa nama dia, leeza pun tak tahu.. Ringkasnya PASTA SEAFOOD.
(RM 40, sbb ada ketam)
kanan : menu akak leeza ni, BEEF STEAK (ada nama lain gak sbnrnya) (RM35)

kiri : adik punya, CHICKEN apa tah.. tapi saiz ayam tu boleh dikatakan setangah ayam. (RM35)
kanan : Lamb Chop, 4 slice dia bagi dan ada kentang n side dish yang biasa. (RM35)

Ni sama dengan yang atas.... Yummiee... 
Tak muak pun makan.

 Dah teramat sangat kenyang ni.....

Minuman dan pencuci mulut kami...
Harga setiap minimum RM8, pencuci mulut RM15.

Apa-apapun, semuanya puas hati.. Jumlah RM semalam ... RM182
Link Lain Sini : 
http://chillout-soulout-freakout.blogspot.com/2012/01/williams-mamak-ss26.html

KOLEKSI WILLIAM >>SINI<<

Titik Santai :   
Nak pergi lagi lah, nak cuba masakan lain pula... Tunggu duit masyuk erk.....
Kasi roll lepak makan...


Thursday, May 3, 2012

Sedutan Video Photoshoot PreWedding SchAwal

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo)
HeLLo0o0o...

Leeza upload video tentang prewedding awal ni. Bukan apa, actually, leeza minat Awal n Scha... Nak simpan semua berkaitan weeding mereka lah... Ceh ceh ceh.... 

Sekali lagi leeza maklumkan, sumber ini leeza download dari FB mereka untuk dijadikan koleksi leeza. 



Titik Santai :   
~~~ menanti detik SchAwal ~~~~
Moga segalanya berjalan lancar....