Saturday, June 30, 2012

Semporna, Sabah: Pulau Busungan Hangat

Salam Sejahtera ...

Entri percutian di Pulau Busungan diselit dengan bait-bait ayat yang 
menggambarkan sejuta rasa.


NUKILAN :
Sejauh mana aku tergambar kehidupan mereka di sini. Saat dan detik ini aku benar-benar mengenal erti kesyukuran yang asli. Kehidupan kanak-kanak yang jauh berbeza di sini.


NUKILAN :
Marilah kita melihat sesuatu perkara itu sekurang-kurangnya dari 3 sudut yang berbeza.
Kerna kita akan mendapat sekurang-kurangnya 3 perkara yang berbeza. 
Justeru, buatlah keputusan di atas sesuatu perkara itu dengan menilai 3 hasil itu.


NUKILAN : 
Bingkisan yang mencerita sesuatu rasa yang tidak bisa aku rungkaikan dengan sebaris ayat sekali pun. Permukaan yang biru belum tentu asalnya adalah BIRU. Yang Sebenar tetap ada yang mengetahuinya.


NUKILAN :
Rangka sebuah rumah perlu dibina kukuh. Agar masa mendatang tidak roboh ditiup angin.
Ibarat kata-kata perlu diluah dan dinyata kukuh, agar masa mendatang tidak memakan diri.


NUKILAN :
Di sebuah pulau yang asing lagi tidak pernah singgah namanya pada diri ini, kutemui  ini. 
Ibarat dalam dunia ini banyak perkara di luar jangkaan kita yang akan berlaku. Jadi wajarlah kita tabah menghadapi saat tidak diduga.

Titik Santai :
Kali ini entri yang berlainan, kerana saat membuat post ini, seribu emosi singgah di hati. Sehingga tidak lagi membicarakan keindahan pantai ini. 

Nama pulau di atas ialah PULAU BUSUNGAN. Pulau yang baru dibuka penempatannya dan indah sekali. Air yang amat jernih!!!!


Friday, June 29, 2012

Bila Saya Tengok Abraham Lincoln:Vampire Hunter (2D)

Salam Sejahtera ...

Hari isnin lalu, sempat juga leeza singgah menonton wayang sebelum leeza melangkah kembali ke SK Taman Midah 2 untuk membuat kajian tindakan. Sebenarnya tak ada niat pun nak tengok wayang. Nak isi masa lapang dan membayangkan bakal menghadapi bebanan kerja yang banyak, so better pergi manjakan diri dulu...... 

Pilihan movie leeza :

Detail movie nie : (kredit daripada SINI: GSC WEB )  
Release Date: 21 June 2012
Language: English
Genre: Thriller / Horror
Running Time: 1 Hour 45 Minutes
Director: Timur Bekmambetov
Cast: Benjamin Walker, Rufus Sewell and Dominic Cooper

Synopsis:
Abraham Lincoln: Vampire Hunter explores the secret life of one of the greatest US presidents, and the untold story that shaped a nation. Visionary filmmakers Tim Burton and Timur Bekmambetov (director of Wanted) bring a fresh and visceral voice to the bloodthirsty lore of the vampire, imagining Lincoln as history's greatest hunter of the undead.

Disebabkan alpa dan begitu teruja tengok wayang, tak tahu pulak tengok 2D rupanya.. Masa bayar tu terkejut juga, harga tiket RM15. Rupa-rupanya 2D, ingatkan harga tiket melambung!

KESELURUHANNYA :   
Saya hadiahkan 3 BINTANG untuk (2D) ABRAHAM LINCOLN: VAMPIRE HUNTER. 

Titik Santai :   
Oklah, dah lama dah tak terjah panggung. Kira kali ni lepas gian dan rindu jer... Well..... Tertunai sudah permintaan orang tersayang. hmmmmmmmmmmmm  


 

Wednesday, June 27, 2012

Bali Indonesia: Tarian Kecak Wajar Ditonton

Salam Sejahtera ...

Kecak adalah jenis tarian Bali yang paling unik. Kecak tidak diiringi dengan alat muzik/gamelan atau apa-apapun alat muzik. Tetapi tarian ini diiringi paduan suara kira-kira 70 orang pria. Tarian ini berasal dari jenis tari sakral ‘Sang Hyang’. Pada tari Sang Hyang, seorang yang sedang dimasuk roh, berkomunikasi dengan para dewa yang sudah disucikan. Dengan menggunakan si penari sebagai media penghubung para dewa untuk menyampaikan sabdanya. Pada tahun 1930-an, mulalah diselitkan cerita Ramayana ke dalam tarian ini.

Tak rugi sebenarnya kalau u all pergi Bali dan melihat budaya mereka. Jomm roll gambar tarian kecak.

Gambar sebelum mula tarian kecak. Senja. Yang sebelah kanan ni, gambr kuil di hujung bukit.
Ohh yer, di sini kan... Ada banyak monyet yang nakal. Suka hati dia jer nak curi apapun yang ada. Masa tu leeza ada ternampak, seekor monyet telah mencuri selipar pelancong.. Tak pasal-pasal berkaki ayam pelancong tu. Kesian giler, tgk gaya pelancong tu dah separuh abad. darah kaki dia. huuuu .... Ada juga yang kena curi cermin mata, kamera dan sebagainya. Masa kat sini, leeza pun tak berani lah nak keluarkan apa-apa.. Amek gambr pun masa dalam tempat tarian kecak ni. Sbb tempat ni dijaga sikit.

Gambar sebelum tarian kecak dimulakan. Masa ni bau minyak jer!!
Gambar 1 : Permulaan : perhatikan cuaca.
Maka, bermulalah tarian ini. Dengan hanya iringan sebutan 'cak cak cak' menjadi seperti muzik. Tengok wanita itu.. Matanya... hooooooooooooooooooooooo

Gambar : Pertengahan dah ni. Tengok cuaca gambar yg bawah. sudah semakin gelap.
Persembahan ini hanya akan bermula jam 6.30 petang. Semakin lama, semakin gelap. Mungkinkah mereka buat pesembahan spt ini yg dahulunya berunsurkan kepujaan, perlu dilakukan pada waktu senja. Faham-fahamlah kan senja itu ....

Gambar Ending dah.
Tarian ini tidak lah menakutkan sangat. Hari pun dah gelap. Perjalanan keluar dari tempat ni, takut gak. Sebab gelap, kot-kot ada monyet yang mencuri... huuuu............

Harga tiket tak ingat lah... Sorry.. tapi u all kalau pergi Bali.. Mesti tengok ni. Jgn lepaskan peluang... Peringatan hati-hati k. 

Titik Santai :  
U all tak akan menyesal tengok tarian ni. Tarian yang ada unsur kecindan dan sebagainya. 
'Kecak and Fire Dance : Balinese Cultural Show'   

Tuesday, June 26, 2012

Kinabalu Park, Kundasang Wajib Pergi

Salam Sejahtera ... HeLLo0o0o...

Hari kedua leeza berada di Kota Kinabalu. Leeza plan ke Kundasang. Awal pagi kira-kira jam 8.30 pagi, leeza dah bertolak ke Kundasang. Sepanjang perjalanan, singgah di RUMAH TERBALIK (klik).

Perjalanan berapa jam tah... tak ingat lah.. Yang penting perjalanan ke situ, macam pergi Cameroon Highland. Kalau lori banyak, bas banyak.. So lambat lah kita sampai. Kalau u all need for speed jer lah.

Nak masuk Kinabalu Park, RM3 per person k. Boleh bawa masuk kereta kalian. Dalam tu ada Taman Botani juga. Leeza tak masuk. Malas nak jalan. Haaaaaaaa

Sebelum masuk, u all akan terima map, so u all kena pandai-pandai teroka sendiri k. Di situ juga u all boleh sampai ke Kaki Gunung Kinabalu. Jangan lepaskan peluang k. Nak tahu tak, leeza tak pergi pun Kaki Gunung Kinabalu tu. Sebab hujan dan terlepas pandang. Haaaaa rugi rugi....

Gambar di Nibalu Park.

Gambar Di Kundasang!!
Gambar Pemandangan di Kundasang

Titik Santai :   
U all jangan terlepas peluang pergi Kaki Gunung Kinabalu k. Ingat tu........


Friday, June 22, 2012

Jumlah raket patah sama dengan ribuan ringgit

Salam Sejahtera ...

Siapa minat main badminton? Mahir dalam sukan badminton? Actually leeza suka main badminton dan selalu gak lah join kawan-kawan main. Area Bangsar selalu tempat kami lah tu. Sebab tu jer yang paling dekat dengan tampat study kami & murah. Haaaaaaaa

Sepanjang kami main ni, tak sah lah kalau tali raket tak putus. Itu adat lah kan. Comform ada yang putus punya. Leeza pernah gak putus tali raket. Melayang RM50 ... Apa yang dipukulkan tah...

Raket patah!! Pernah tengok kan kat TV. Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan ker.. memang ada patah raket. Tapi ni haaaaaaa... geng-geng leeza yang pernah patah raket dengan jaya dan bergaya nyer.. 

Jom roll......

Gambar Raket Patah 1
Ni kira dimaafkan lah juga patahnya. Sekadar patah dua yang tak berapa nak teruk sangat. Tapi menangis gak tu.. Harga raket beratus kot. huuuuuuu (bukan leeza punya)

Gambar Reket Patah 2
Kategori ni dah naik extreme.. Ada sebatang tu baru beli jer. Baru masuk tali.. Pergi tarik sampai 30.. Sekali smash .. melayang lah raket brother!!!!  
Lepas tu bro tu berlagak tak ada apa-apa konon... Tak per lah.. Biasalah raket patah. Dalam hati mau tak meraung.. Raket RM300+... Hua hua.....


Patah Seribu Hati dia...
Patah Tumbuh Hilang Berganti. Haaaa.... Sabar jer lah... hmmmm... Apakan daya.. Kira jumlah raket yang patah.. Boleh mencecah ribuan wo.... 


Titik Santai :   
Patah Tumbuh Hilang Berganti... Duit melayang terbang ke sana sini.... Demi minat tu.. oklah juga..
Leeza pun dah beli sebatang raket yang best.. waaaa.... jangan patah plz.. jangan patah...!!!! 

Tuesday, June 19, 2012

Bali Indonesia: Hotel Pan Pasific Sesuai Untuk Honeymoon

Salam Sejahtera ..

Ketibaan kami disambut dengan iringan muzik klasik Bali.
Nak tahu tak, Hotel THE SUPER BEST yang pernah leeza duduk ialah di Bali, Indonesia. Pan Pasific, Tanah Lots di Bali. Memang 5 Bintang.. Leeza bagi perfect kat hotel ni dari semua aspek. Segala kemudahan ada di sini. Gelanggang Squash, Tennis, Sauna, Spa, Gym, Perpustakaan dan sebagainya. Kategori perfect lah. 

Jom roll gambar kat sana. 
 Antara kemudahan yang ada... Banyak lagi sebenarnya!!

Dalam bilik siap ada tempat iphone lagi tau... Tuuu gambar leeza punya iphone. (promote pula)
Yang katil tu.. tempat bersantai tepi swimming pool...
Swimming pool ada 3 layer kot... Macam theme park mini vs honeymoon mood.. 

Pemandangan layer terbawah swimming pool Pan Pasific Bali.

Salah satu tempat makan di Hotel itu. Gempak tak? tepi laut jer sebenarnya tu...

Jom main bola keranjang di pool...  Caya tak pool dia. Tak tengok belah2 atas lagi. Smart jer.. 
Tak rugi punya!!

Termasuk di sini.. ada Padang Golf... Tapi jangan risau, bola golf tak akan terjatuh di kepala anda. Haaaaaaaaaa

Nak kata mahal sangat tak juga. Actually leeza stay Pan Pasific, Tanah Lots ni hanya semalam. Kalau tak silap leeza, semalam RM200-350 rasanya. Not sure lah. Selalu leeza booking hotel, melalui AGODA.. U all boleh try.... 

Titik Santai :    
Kalau diberi peluang untuk datang sini. Seriusly, sedepa, seluas tangan leeza tadah wooo...

Monday, June 18, 2012

DIR... KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA : Anda Mahu Tengok?

Salam Sejahtera ...

Selalu ringan tangan berkunjung ke  laman Istana Budaya. Inilah persembahan koir yang bakal berlangsung di IB. Ermmm... Siapa tidak mahu mendengar alunan lagu Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad. Leeza sendiri tidak pernah rasa jemu dan bosan mendengar koleksi lagu beliau.

Mungkin leeza tak berkesempatan untuk berkunjung dan mendengar persembahan koir itu. Tapi leeza nak promosi pada mereka yang berminat.... Well leeza dah mula intership + nak setle kan tesis yang bakal dibentangkan pada bulan September nanti.

Seperti Biasa, Kalau Nak Beli Tiket, di sini : 
http://www.ticket2u.biz/


 

SINOPSIS 

Selepas 20 tahun pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad, namun lagu-lagu ciptaan serta nyanyiannya yang cukup dekat dengan budaya serta kehidupan masyarakat seharian masih lagi segar dalam ingatan kita semua. Sebagai satu penghormatan atau tribute kepada ikon muzik Malaysia yang disenangi serta disayangi ramai ini, Koir Kebangsaan yang genai 20 tahun penubuhannya akan mempersembahkan Dir… Koir Kebangsaan Malaysia. Apa yang menarik, dalam konsert ini nanti, Koir Kebangsaan ini akan mengalunkan vokal harmoni mereka menerusi 23 buah lagu Allahyarham Sudirman yang hits seperti Terasing, Antara Hujan dan Air mata, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Itu, Pelangi Petang, Merisik Khabar, Hujan dan One Thousand Million Smiles. Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan pergerakan, lakonan dan lontaran suara ahli Koir Kebangsaan ketika persembahan.

 HARGA TIKET UNTUK PERSEMBAHAN NI :  
RM10, RM20 dan RM30

Kredit Sini ; Klik Sini

Titik Santai :
Kalau ada kesempatan, rasanya nak ajak lah my dear pergi.... Hmmmmm....... Nak kew? 

Sunday, June 17, 2012

Ekstravaganza Dikir : Segalanya Dikir! : Jomm Tengok

Salam Sejahtera ...
KrediT dari laman IB

Sedang melawat laman Istana Budaya, tertarik pula dengan persembahan yang bakal diadakan di Istana Budaya itu, iaitu  Ekstravaganza Dikir : Segalanya Dikir! 
Rasa macam nak tengok jer... Tapi masa tu macam ada kursus kepegawaian .... issyhhh.......

Antara artis yang terlibat :  
Hazama (1 Julai), Ziana Zain (1 Julai), Awie Wings (2 Julai), Alif Satar, Jamal Abdillah, Lan & Typewriter, Wakaka Crew, Noraniza Idris, Bob AF, Danial Lee (Malaysian Idol), Halim Yazid, Jen Enduro, Fendi Kenali, Sabri Yunus, Roy Kapilla, Shruti, Eyo Hock Seng, Dennis Lau, Jimmy Palikat, Ito Blues Gang, Poe dan Sesastre

HARGA TIKET :   
RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60

TARIKH :     
1 dan 2 Julai 2012
 
Kalau u all nak tempah tiket boleh lawat sini  
www.ticket2u.biz
Hotline : 03-41478600


Titik Santai :      
Dah lama rasanya tak jejak ke Istana Budaya. Last jejak masa teater Tun Mahthir. Bakal jejak untuk teater Tun Siti Hasmah yang bakal berlangsung pada 30 Ogos - 8 September. 

Friday, June 15, 2012

Semporna, Sabah: Antara Menarik dan Hiba

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Siapa pernah pergi Semporna? Kali ni sharing sikit pasal Semporna, Sabah. Jom tengok rakaman gambar perjalanan leeza ke Pulau Mabul. Nak ke Pulau Mabul, kita akan naik bot di Semporna.

Di sini kita akan tengok kehidupan masyarakat di laut. Bajau Laut, setahu leeza Bajau Laut ini satu ketika dulu terkenal dengan kepahlawanan mereka. Dalam bahasa moden, pahlawan laut.. he he he 

Yang atas tu, Jeti Umum : Tempat nak pergi ke pulau-pulau di situ. Yang bawah, tu, Resort berdekatan jeti.



Amacam resort dia? Ok tak? Leeza pun tak duduk situ. Masa pergi ni, kawan leeza punya pak cik hantar. 

gambar yg atas tuuu lah bot kami. Antik tak??? haaaaaa yg ada bumbung tu sblh kanan.
Gambar rumah masyarakat di laut...
Semestinya kenderaan utama mereka ialah bot. Bukan macam kita kereta, mahupun bas, motor ker. 
Sah-sah pergi sek naik bot....

Gambar 3 beranak menaiki bot ker? sampan ker? apa erk?
Masa tengok ni, ada setitik perasaan hiba terlintas. Siap melambai si anak kecil itu. Si nenek berusaha mendayung melawan arus. Moga segalanya baik-baik. 
"Bagaimanakah kehidupan harian mereka? Ingin sekali diketahui!!"

Yang ini pastinya moden sikit. Pakai bot berenjin, tapi ada payung. errrrr kreatif.
Nasib tak terbang payung tu kan.... Cuaca kat sini, tak payah cakap. Panas gilerz!!

Gambar gerai makan berdekatan Pulau Mabul
Titik Santai :   
Kalau u all berkesempatan untuk mendalami kehidupan mereka. Kongsikan bersama saya. Sesungguhnya pengalaman saya di sini iaitu negara saya sendiri, sangat berbeza dan diluar jangkaan saya. 

Wednesday, June 13, 2012

Bali, Indonesia: Cuci mata di tepian laut

Salam Sejahtera ...

Dah lama rasanya, leeza tinggalkan bumi Indonesia. Percutian yang penuh dengan segala memori itu mana mungkin leeza lupakan. Kali ini entri tentang percutian leeza di sana. Aktiviti yang tidak mungkin leeza buat di Malaysia. Kenapa? Entahlah.... haaaaaaaaa... tak ada jawapan yang pasti.

Aktiviti Parasilling... u all pernah buat? Ni pun 1st time leeza buat. Sejarah tercipta di Bali lah jawapannya. Mula-mula tu takut juga, kot-kot terjatuh kat tengah-tengah laut tu, tak ker menyesal jawapannya. Dah lah kat negara orang... huuuuuuuuuu

Leeza menginap di Kind Hotel, dan di sini juga leeza buat spa & main parasilling tu. Banyak lagi aktiviti laut yang boleh u all buat. Spa kat sini murah bebenor! RM15 – 40 jer... 1 jam..

Oklah, sebelum leeza nak berspa, leeza pergi parasilling dulu. Nak tengok-tengok pemandangan lautan area Bali ni....

Jommm roll gambar aktiviti air.

Bestnyer berehat di sini... Rindu pulak!
Sebelum kita nak buat apa-apa aktiviti air ni, kita tinjau-tinjau dulu suasana di sini. Leeza tengok-tengok orang-orang di sini main. Waaa bukan main yer u all happy.... Pastinya aku pun tergoda sekali sih!!!!


Mula-mula nak main ni, tapi tak tahu kenapa leeza tukar plan. Harga 200 ribu rupiah (15 minit = 3 round).... so leeza tak main benda ni.. Kalau tak, dah fly sana sini sih..........


 Hoooo mereka main Banana Bot.... Sekali lagi..leeza tak main lorh..... Sebab kat Malaysia dah ada. Tapi mungkin sini beza kot... Laut India lah katakan!!




Inilah yang leeza nanti-nantikan.... Gugup sih nak main........... Laaaaaa.... tapi best giler.. tak dapat diucapkan dengan kata-kata lah apa yang leeza nampak sepanjang leeza berada di atas tu. Kalau boleh bawa kamera mmg dah bawa... haaaaaaaaaaaaaaa.... ohh yer harga.. 150 ribu rupiah. pandai-pandailah convert... haaaaaaaa


Oklah, jumpa lagi di lain masa erk... Santai Leeza kasi roll.... merapu dahhh!!!

Lain-lain berkaitan BALI : 
Barong dan Kris Dance di Bali [klik sini]
Hardrock Cafe Bali. [klik sini]

Titik Santai :   
Kalau u all nak try, try lah.. memang best.. tapi pastikan u all jangan terlepas peluang nikmati pemandangan yang terhidang k. haaaaaaaaaa

Tuesday, June 12, 2012

Apa ada di Istana Negara?

Salam Sejahtera ...

Tak habis bercuti di Sabah, penat tak hilang.. Selang 2 hari, leeza terjah Istana Negara pulak. Bukan apa, 16 Jun ni tarikh akhir Istana Negara tu dibuka untuk umum. Apa lagi, nak tengok suasana Istana Negara ni macam mana kan. Apa lagi.... kukuatkan diri juga lah pergi. Haaaaaa...

Bayaran RM3 untuk mereka yang mahu mengambil gambar. Itu sahaja.... Tak banyak yang boleh leeza ceritakan di sini. Sebab buku yang leeza dapat masa lawatan tu, tak baca lagi... hoooo..... 

Jom Roll 3 4 Keping Gambar Lawatan...

Gambar barangan yang dipamerkan.

Cuba teka benda yang atas sekali tu.. Yang macam kunci tu apa? Haaaaa..... Itu cop mohor tu.. Masa leeza tgk, punyalah terkejut beruk.. Dahsyat nyer....
Gambar yang sempat gak adik  amek.
Ramai manusia yang bergambar di sini... hooooooo

Luar Istana Negara
Leeza masuk ikut pintu 2. Pintu utama penuh amat sih... Tak berdaya den... Akan datang jer lah leeza bergambar kat depan pintu Istana Negara. Bukan orang KL jer berkunjung di sini, plat kereta rata-rata negara .. siap ada sabah lagi tu.. haaaaaaaaaaaa..............

Buku yang diterima masa lawatan
Titik Santai :   
Pada siapa yang berkesempatan, singgah-singgah lah di Istana Negara k. Dapat luaskan ilmu pengetahuan.....

Monday, June 11, 2012

Menarik di Sabah: Bukit Bendera, KK.

Salam Sejahtera ... HeLLo0o0o...

Kembali dengan coretan percutian di Sabah. Kali ni leeza akan roll  percutian di Kota Kinabalu pulak.  Lately ni "rajin" pulak update blog, well.... padahal tengah cuti sem. Naik sem mengadap TESIS... sah-sah blog tah melayang ke mana.....

Kalau u all pergi Kota Kinabalu, jangan lupa terjah Bukit Bendera, KK. Dari situ boleh lihat seluruh bandar KK. Nak tahu tak, leeza pergi Bukit Bendera guna GPS kot. Ingatkan Bukit Bendera kat Pulau Pinang jer, rupanya Sabah pun ada bah... haaaaa... pening gak guna GPS. 

Seperti biasa... roll gambar... leeza memang suka amek gambar......

Bukit Bendera, Kota Kinabalu.


Nak cerita sikit masa leeza kat KK.... Selalu ajer sesat kat sana. Biasalah, drive sendiri kan, tak ada guide. Then pakai GPS yang agak lambat nak cari jalan. Elok-elok OK, jadi pening sbb nak tgk GPS nyer, nak dengar GPS nyer, nak tgk pemandangan kiri kanannya. Pergh........ akhirnya PENING KEPALA... ulur candu lah jawabnya... 'Minyak Cap Kapak'.


2 keping gambar sahaja kali ni. Huuuu....... So pada mereka yang akan terjah Kota Kinabalu, jangan lupa naik ke Bukit Bendera k. Free jer... Sekadar tengok pemandangan indah di sini. Yang pasti amek gambar, memang best.... Sukses....

Titik Santai :  
Saya mencoret dengan kata hati saya. Berlandaskan pengalaman hidup saya.
Adakala tanpa kita sedari, apa yang kita pilih, kita buat.. sama seperti insan lain. Yang penting kita tidak menciplak dan "palagiat".... 
Terus maju... Selamat Bercuti ke Kota Kinabalu..... 

Entri lain tentang Sabah : 

Sunday, June 10, 2012

BLOG REVIEW BERSAMA PCB

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Dah lama rasanya leeza tak join segmen-segmen ni. Bukan apa, kekangan masa dan desakan waktu yang menghimpit diri. Cewahhhh... Kali ni leeza nak join segmen review blog ni. Nak tahu juga pandangan orang kan. So u all jommm lah join. Tak rugi dan mungkin mendatangkan keuntungan kepada kita. Nak join klik banner di bawah ni.....



Baiklah, kembali kepada syarat-syarat segmen ni kan. Oklah... leeza nak menjawab dan mematuhinya.

Follow blog ini , Follow twitter PCB (jika ada akaun twitter) dan Follow FB Page PCB. (Dah berjaya dilaksanakan) 
Dalam entri, anda dikehendaki menyatakan
  • bilangan follower blog terkini
  • blog pilihan anda
  • harapan anda dalam berblog
  • link akaun twitter atau FB anda (jika ada)
So far bilangan follower blog Santai Leeza 288. 

Blog pilihan leeza actually banyak juga, selalu kalau ada masa memang terjah bloglist yang ada kat wall tu. Selalunya leeza perlukan masa baca blog ini ...... klik sini. Haaaaaaaaaa....... Yang lain tu tak bermakna leeza tak suka, u all terbaik juga. Cuma yang ini bahasanya cukup memukau dan baca blog ni beri leeza sumber untuk terus berkarya dalam dunia puisi. 

Harapan leeza dalam menjadi seorang blogger ni ringkas jer, bukan untuk kontroversi mahupun popuriti, tapi untuk inspirasi kehidupan. Apabila kita menulis, kita berfikir, apabila kita berfikir kita sebenarnya telah menjadi seorang insan yang berkembang. Idea dan minda kita dikongsi dalam blog dapat membantu insan lain. Seterusnya, leeza harap blog terus diterjah dan rakan blogger dapat kongsi segalanya serta terus maju dengan idea yang mantap. Oleh sebab itu, “Hiduplah dengan barisan idea yang bernas dan perisai minda yang kebal” agar kita sentiasa berkembang dan berada di hadapan. 

Demikianlah coretan leeza... Jom join ramai-ramai.....

Titik Santai :   
Jom join ok... Sama-sama tingkatkan dunia blog........

Friday, June 8, 2012

Bila Saya Tengok Man Sewel Datang KL

Salam Sejahtera ...

Lepas melawat Istana Negara, makan ikan bakar area Istana Negara (lama). Leeza pergi Aeon (Jusco) Cheras Selatan, tengok wayang. Adik leeza lah nak sangat tengok wayang. Plan nak tengok Snow White atau MIB. Malang sih, tiket habis. Nak ker duduk 1st or 2nd row??? Tak sanggup lah... So nak layann HOORE HOORE... Tup Tup tengok tak sampai 10 orang pun, sedangkan show pukul 1.35 dan leeza kat kaunter pukul 1.35.. still tak ada orang tengok. So tengok lah MAN SEWEL ... agak-agak kami sewel tak tengok movie tu?

Tak pernah terlintas nak tengok movie ni. Dah layannn .... Oklah.... 3 Bintang... Tak lah bosan sangat.. Cuma Sound System terlalu kuat.. Bingit telinga dibuatnya!!


Sinopsis: (kredit dari sini)
MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man...pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.   Teruskan membaca di sini ...

Ending cerita ni OKlah juga... gambar real Shuib dan Sarah....
Sekadar nak isi masa lapang boleh lah.. Nak harapkan kesan dan impak yang mendalam, tidak kot. Lagipun ni bukan action movie. huuuuuuuuuuuuuu..........

2.8 BINTANG : Man Sewel Datang KL.
 
Titik Santai :    
Dah lama amat-amat leeza tak tengok cerita melayu yang berkonsepkan komedi sebegini di panggung. Kurang minat menonton movie seperti ini di panggung. Kalau kat TV, memang layannn.....
 

Thursday, June 7, 2012

Hot Di Kota Kinabalu: Rumah Terbalik [Gempar]

Salam Sejahtera ...HeLLo0o0o...

Pernah pergi Rumah Terbalik? Kereta Terbalik? Segala benda dalam rumah TERBALIK? Pernah tengok tak? Nak tengok live, jom pergi Kota Kinabalu, Sabah. Teruja. Walaupun tiket RM10, tapi rasanya berbaloi. Plus nak buat RUMAH TERBALIK ni, kosnya mencecah 1.5 Juta. Arkitek dari Filipina. Terus terang, leeza memang teruja sangat.

Ohh yer, kalau u all ada STUDENT CARD, masuk murah.. RM5 sahaja. So, sesiapa yang nak datang, bawa student card k. Jimat... Macam kawan leeza. Dia bayar RM5 ....

Oklah, tak suka tulis banyak-banyak... Jom roll gambar Rumah Terbalik. Actually, dalam rumah terbalik ni, tak boleh amek gambar.. huuuuu.... leeza story sikit lah kan.. Segala benda yang ada dalam rumah adalah terbalik, jamban, meja, kerusi, buku, alas kaki di atas kepala kita jer... duit, roti, singki, komputer, mesin basuh, alatan jahitan dan sebagainya......

RUMAH TERBALIK, KK.
RUMAH TERBALIK PENUH....
KERETA TERBALIK...
Selamat Berkunjung Ke Rumah Terbalik!!
Keseluruhannya, memang leeza puas hati. So jom ramai-ramai terjah Rumah Terbalik. Yang ada STUDENT CARD... ingat bawa student card anda. RM5 jer tau kalau ada student id... INGAT!!! 
(Sbb apa leeza asyik pesan, sbb leeza sndiri pun lupa. haaaaaaaaa)
Nak tahu cerita lanjut tentang RUMAH TERBALIK, Santai Sini.

Titik Santai :   
Selamat Berkunjung ke Kota Kinabalu. Hargai Insan di sekeliling anda.
Setiap gambar ada lagu. -Yuna
Setiap gambar ada cerita. -Siapa??