Monday, July 30, 2012

Semut: Kereta Diserang Tentera Semut

Salam Sejahtera ...

U all pernah tengok semut dalam kuantiti yang SANGAT BANYAK? Pergh... serius sangat mengelikan, menggeramkan bila melihat semut menyerang kereta ini. Macam nak bunuh-bunuh jew dan yang paling sengsara ialah keadaan ini cukup menggelikan. Meremang bulu roma!!!!!

Tengok rakaman gambar-gambar ni :
Gambar :  Waaaa waaaa waaaa... sedap yer awak bermaharajalela di kereta saya!!! cis....

Gambar :  Sangat menggelikan ... Ni semua berpunca daripada parking bawah pokok. Pengajaran sungguh ni. Keempat-empat pintu jadi macam ni. Kalau ada 10 pintu, jadi mahligai si semutlah jawapannya.

Gambar : Sangat mendukacitakan... Hampir 3 hari leeza perlu memastikan tiada seekor semut pun di kereta ini. 1 botol Shieldtox leeza habiskan.


      TITIK SANTAI :   
Leeza sedar-sedar "serangan" ni masa dah sampai sekolah. Perjalanan ke sekolah, leeza tak perasan pula. Gelap lah katakan..... Eiiii..... Lepas ni kena lebih berhati-hati.

Sunday, July 29, 2012

Anak Murid Hardcore

Salam Sejahtera ...

"Hardcore" pasti terbayang sesuatu yang ganas. "Harcore" boleh dikategorikan kepada beberapa aspek. Kali ni leeza nak kongsi "hardcore" tahap rendah. Tergaru-garu juga dibuatnya, tersenyum pun ada, geleng kepala pun ada apabila leeza mula mahu menanda buku ini ....


Aduhai.. kalau ya pun cik kak, cantumkanlah dulu sebelum awak hantar kepada saya yer... Tak pasal-pasal hilang bahagian belakang tu, sibuk pula cari satu sekolah. 
Atau
"Cikgu... mana bahagian belakang buku saya? Saya dah hantar pada cikgu, bila cikgu pulang, dah tak ada?"

Tak pasal-pasal cikgu juga yang salah yer... Hiii... cikgu tak sempat juga nak tolong sambungkan... Mohon dicantum sendiri... hehehehe

Titik Santai :
Murid sekarang, apa yang berlaku, cikgu yang dicari... Sampai orang sms ganggu dia pun, dia tanya cikgu kenapa si X asyik sms saya... adoi.. tepuk dahi aku dibuatnya!!

Saturday, July 28, 2012

FAST 5 (2011) CARS LIST

FAST 5 (2011) CARS LIST:

1965: 
Chevrolet Corvette Grand Sport (Fast Five)


1965:
Chevrolet Corvette Grand Sport (2)

1966:
Ford GT40 
1970 :
Ford Maverick

1972 :
Nissan Skyline GT-R Coupe
1972: 
Pantera Detomaso
1996 :
Toyota Supra
2006 :
GMC 2500 Yukon
2007:
Porsche GT3 RS
2009 : 
Nissan 370Z
2009:
Nissan 370Z
2010 : 
Dodge Challenger
  2010 : 
Dodge Challenger (2)

2010 : 
LexusLFA
2010 : 
Subaru STi 
2010 : 
Subaru STi
Dom Toretto : 1970 :
Dodge Charger
Ducati Street Racer
Gurkha LAPV
Honda NSX
Koenigsegg CCX
Nissan GT
 Train Heist Truck

Others site :
http://automodifiedesign.com/fast-and-furious-5-fast-five-cars-list.html


         TITIK SANTAI :  
Sorry lah pada reader, entri ni leeza buat untuk rujukan akan datang leeza dan koleksi leeza.
Sebab leeza minat movie ni.


Wednesday, July 25, 2012

The Amazing Spider-Man: Review

Salam Sejahtera ...


Secara keseluruhannya, leeza sangat berpuas hati dengan movie ni. Sanagt teruja, hero handsome dan mak we hero pun cute jew. Paling leeza tak boleh tahan ialah... ada BABAK SEDIH... For ur infomation lah kan, leeza ter "menangis" lah tadi... sedih lah babak pak cik dia mati.... huuuuu...................


Action filem ni overall berpuas hati dan boleh diberi pujian. Apa-apaun filem ni memuaskan hati leeza dan leeza beri 4.4/5 Bintang... Bagi leeza tak rugi lah tengok movie ni....

Oh yer, terima kasih kepada roomate yang telah booking tiket ni masa leeza tengah kelas. Thumb up for my dear roomate k... hehehehe....... Selamat Balik Kampung... Hati-hati di Jalan Raya!!!  Jangan lupa buah tangan untuk i k... haaaaaa


Berikut sedikit info yang diambil dari laman GSC! 
Release Date: 05 July 2012
Language:
 English
Running Time:
 2 Hours 16 Minutes
Director:
 Marc Webb
Cast:
 Andrew Garfield, Emma Stone, Rhys Ifans, Sally Field, Martin Sheen

Synopsis:
 The Amazing Spider-Man is the story of Peter Parker, an outcast high schooler who was abandoned by his parents as a boy, leaving him to be raised by his Uncle Ben and Aunt May. As Peter discovers a mysterious briefcase that belonged to his father, he begins a quest to understand his parents' disappearance - leading him directly to Oscorp and the lab of Dr. Curt Connors, his father's former partner. As Spider-Man is set on a collision course with Connors' alter-ego, The Lizard, Peter will make life-altering choices to use his powers and shape his destiny to become a hero. 

Titik Santai :   
Next time jomm layan wayang lagi k....... Ohh yer... Kami berbuka di pizza hut jew... hmmm malas nak pilih2 dah.. Di Mid Valley.. Minggu ni dah 2 kali pergi Mid Valley... haaaaaa.....

Tuesday, July 24, 2012

Bali Indonesia: Kind Hotel Pilihan Baik

Salam Sejahtera ...  HeLLo0o0o...


Pada mereka yang merancang untuk bercuti ke Bali. Leeza cadangkan u all pergi lah 5 atau 6 hari. Jangka masa ni sesuai utk meronda puas-puas di Bali. Kalau u all pergi 3 atau 4 hari. U all kena pilihlah tempat yg macam mana yg u all nak pergi. Tengok budaya mereka ker? Kraf mereka ker? Nak buat aktiviti laut ker? Bersantai ker? So jumlah hari bergantung pada aktiviti u all.

Antara hotel yang berdekatan dengan laut ialah Kind Hotel. Harga tidak terlalu mahal namun kemudahan yang disediakan baik!! Spa dia pun murah. Baru RM20 duit Malaysia. Best!

Jomm roll gambar Kind Hotel ....... 

Gambar Kind Hotel
Gambar Spa, Kunci Bilik, Air minuman (air yang diberi ketika kita sampai), Tempat minum di tepi pool.
Pemandangan Yang Indah ......
Harga kalau tak silap leeza RM150 - RM250 ke atas. Depend lah.. U all walk in ker? atau booking. ada beza harganya. dan masa leeza walk in .. tgh promotion. so murah. RM180 per night. Biasalahkan.. hotel ni kadang-kadang selalu jer naik turun harganya....

Titik Santai :   
Jom terjah Bali.... Nikmati pemandangan indah di sana... 
dan banyak patung-patung... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, July 23, 2012

Pertandingan Kemahiran Malaysia (Gangsa)

Salam Sejahtera ...

Pertama sekali nak ucapkan TAHNIAH kepada my lovely hero. Walaupun tempat ketiga, awak tetap hebat di mata saya. (ayat skema nyer)

Jangan touching sangat sebab lambat wish k... Agak handsome gak lah kalau awk merajuk! haaaaaaaaa.....
(ayat tak jujur tu)

Selamat berjuang dan maju jaya.... Usaha yang gigih akan membuah hasil. So tak rugilah kan awak tido 2 jam jew sehari!!!

Titik Santai : 
Teruskan usaha melakar nama di persada dunia ini.

Sunday, July 22, 2012

U all pernah cuba buat MILO macam ni?

Salam Sejahtera ...

Gambar yang diambil dari laman FB.... Leeza tak pernah cuba pun buat macam ni, tapi pernah lah juga adik leeza bagi tahu sedap... Siapa yang pernah cuba, beritahu leeza pengalaman u al... haaaaaaaa

Kalau u all pernah cuba, beritahu pengalaman k.. Nak try juga ni. heeeeeeeeee

Titik Santai : 
2 hari ni sibuk dengan kurses kepegawaian .... Masuk air kepala ni dibuatnya. Next week exam pula... Tesis lagi, laporan internship lagi... Dah longlai lah tubuh badan ni.

Friday, July 20, 2012

Nukilan Dia 1: Jangan Dikata Manusia Itu Palsu

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Hanya Membaca Nukilan Hati Dia dan Mereka.


Sezaman aku menyimpan tarianku, tidak mahu terus dicabar, mencabar bahkan merosakkan pentas yang seolah rapuh itu. Aku mula belajar dan terus dipelajari dek harian yang aku tempuhi.

Bahagia mendatang... Duka melambai pergi... Tatkala aku tidak lagi memikirkan tentang mereka. Sungguh kalian perlu hidup apa yang terdampar di depan mata, bukan melihat pada suatu yang belum nyata. Itu sungguh memeritkan, mencabar diri akhirnya terjatuh, tersungkur tidak lagi berdaya bangkit menghadapi realiti.

Lupakan saja duka lama, bayangkan saja harapan, yakin saja pada kini, nescaya kamu bisa berdiri kukuh, megah menghadapi realiti. Tidak mahu lagi aku dengar radio bicaramu menyatakan hidup ini pahit, bahagia itu tipu, manusia itu palsu.

-Membaca Nukilan Hati Mereka-

Titik Santai :
Bukan mudah kita mahu hidup dalam masyarakat ini. Jarang sekali kan kan kan leeza buat entri mcm ni... Haaaaa.... Entri leeza kew ni.. Like to read tis....

Samarinda: Ameera, Dah Habis Download

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Semalam seharian leeza dok fokus download drama bersiri Samarinda: AMEERA.... Khusyuk jew layannnn drama ni... Yeeeahhh.... I LOVE RITA RUDAINI SO MUCH!!!! Tak sangka demam AMEERA tak habis-habis lagi walaupun drama tu dah tamat.....


Pada siapa yang nak... BOLEH LAH TERJAH SINI.. Cik Leeza download kat SINI SINI SINI

Titik Santai :     
Sangat suka dengan Rita Rudaini ni...... haaaaaaaaa.......... well well....

Thursday, July 19, 2012

Perasmian Program Sopan Santun dan Budi Bahasa

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Tanggal 16 Julai 2012, leeza dan rakan-rakan mula sibuk dengan program yang akan berlangsung. Seperti yang telah dimaklumkan pada entri yang lepas, leeza dan rakan seperjuangan akan menjadi penganjur bagi Program Sopan Santun dan Budi Bahasa. 

Berikut kita roll gambar pada hari pertama program iaitu 16 Julai 2012 :

Gambar :  
  1. Perasmian dengan mencantum puzzle gambar Budi Bahasa Budaya Kita
  2. Backdrop perasmian
  3. Persembahan Nyanyian Kior (4 Amanah)
  4. Ucapan Tuan Guru Besar
  5. Jawatankuasa bergambar dengan poster.... haaaaaaaaaaaaaa

Gambar : Aktiviti Tayangan Video Berserta Kuiz Tahun 3.

Bakal menyusul beberapa entri yang berkaitan... Insyaallah...

Kenangan bersama murid di SK TAMAN MIDAH 2.....

Titik Santai :   
Program Sopan Santun dan Budi Bahasa tapi ada sedikit tragedi yang hilang sopan santun dek emosi yang memuncak... Harap maaf rakan.....



Wednesday, July 18, 2012

Akhir Samarinda:Ameera (Perasaan Anda)

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Dari pagi sampai ke detik 10.30 malam tadi, leeza asyik menantikan Samarinda: Ameera... Hmmm macam tak sabar jew nak tahu ending cerita tu. Leeza tengok Ameera sebab minat sangat kat Rita Rudaini... Suka dengan perwatakan Rita yang kemelayuan style... ceh ceh... ni dari sudut pandangan leeza...

Berakhir sudah cerita ni kan.. Tak dapat lah tengok Rita Rudaini dahhh.. huuuuu........


SOALAN : 
Setuju tak dengan ending cerita ni?
Apa perasaan u all bila tengok drama ni?
Peristiwa yang paling u all tak boleh lupa?

Tak ada chance nak rasa happy ending ..... arrrghhhhh..... so jawapannya KURANG SETUJU. 
Pengorbanan seorang isteri.. dan ending si suami pula berkorban.... hmmmmm...... banyak perngajaran juga... Boleh lah kann...
Peristiwa paling tak boleh lupa... Bila Si Ziela tu jadi jahat dan mula menindas Ameera...

KESELURUHANNYA : 4 BINTANG...... (Sebab i like Rita!! haaaa)

Titik Santai : 
Menanti lakonan seterusnya Rita Rudaini... heeeeeeeeeeeeee

Wordless: Ziana Zain Punya Pasal

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Punyalah malas nak download lagu yang ada kat internet... Apa lagi roger jer lah peminat Ziana Zain minta lagu.. Haaaaa...

Mohd Haiqal a.k.a QARL ni pemiant no 1 Ziana Zain juga bakal guru. Kenal dia masa berpraktikel di SK BANDAR TUN RAZAK 2 tahun lepas.

Terjah Blog QARL ni... serius peminat Zaina Zain... SINI


Dahhh layann dah lagu ni semua dalam kereta tadi.... Puas hati ... hehehehe
Terima Kasih MR QARL...

Titik Santai :
Bestnyer lagu lama-lama.... Layannnnnn

Tuesday, July 17, 2012

Jawapan Murid Bikin Panas!

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Hari ni leeza dan rakan-rakan menganjurkan Program Sopan Santun dan Budi Bahasa. Pertandingan yang dijalankan semalamialah tayangan video berserta kuiz berdasarkan video yang ditonton. Leeza nak cerita jawapan murid yang buat leeza blur blur sotong.....

Oklah, video tu kisahnya lebih kurang macam ni....  ada seorang watak yang rumahnya terbakar dan rakan-rakan mangsa berusaha untuk menolong mangsa.



Salah satu soalan kuiz : APAKAH YANG TERJADI PADA IJAT (mangsa)?

Jawapan Murid : TAK ADA APA-APA YANG BERLAKU PADA IJAT, CUMA RUMAH DIA TERBAKAR JERRRRR.......


Titik Santai :   
Apa daaaa.... dalam banyak-banyak benda, ayat tu juga yang ditulis. Tak ada sensetiviti langsung!  Hanginnya hati mak!!!!

Monday, July 16, 2012

Program Sopan Santun dan Budi Bahasa (Sebelum)

Salam Sejahtera ...

16 Julai hinggalah 18 Julai, leeza akan sibuk sebagai penyelaras (tak lah besar mana pun tugasannya, sebab kawan-kawan ada!!) Program Sopan Santun dan Budi Bahasa. Program ini tidak akan berjalan dengan baik tanpa rakan-rakan dan guru-guru yang membantu. Rakan seperjuangan yang menjayakan program ini, leeza nak ucapkan ribuan terima kasih....

Bersusah-susah SEKARANG, Bersenang-senang KEMUDIAN.

Gambateh semua... Chaiyooook...... Bachaaaaaaa (korea style) .... haaaaaaaaaaaaaaa

Gambar : Persembahan Nyanyian Koir Budi Bahasa Budaya Kita di bawah pimpinan Puan Noraini.... Chaiyok......!!!!   [baru latihan dah gegar bangunan sekolah tau, belum betul-betul lagi... haaaaaa]

Gambar : Persediaan bahan-bahan untuk pertandingan. Moga segalanya berjalan dengan lancar.

Titik Santai :  
Banyak perkara leeza belajar sepanjang ke arah menjayakan program ini. Contohnya, buat kertas kerja, bagi taklimat, jemputan ke taklimat, buku program, persediaan bahan dan macam-macam.... Pengajaran yang bermakna sepanjang di sekolah ini.

Sunday, July 15, 2012

MasterChef Celebrity Final

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Yeah....... Dah Terjawab semuanya!!!! Mereka Layak ke FINAL.... CELEBRITY LELAKI!! waaaaa.......

 TAHNIAH.... "Saya boleh bayangkan nenek saya ..." selalu Dato Fazley cakap .....


Tak habis-habis dengan lawaknya... Terhibur leeza tengok... haaaaaa

Tahniah daripada Santai Leeza!!!!!

Titik Santai :  
Kepada 3 celebrity yang tersingkir, tidak bermakna ada kalah. Sebenarnya anda juga hebat. Well, adat pertandingan, mana ada semua orang menang. Pasti ada kalah..... All the best...
Soo Wincci masih dengan kata-katanya "Sekarang saya dah pandai masak KARI...."

Friday, July 13, 2012

Adab Di Dalam Kelas

Salam Sejahtera ...

Leeza pernah mengajar, pernah berpraktikel. Adakala hadir juga dalam diri untuk membandingkan anak murid DAHULU dan SEKARANG. Jauh bezanya... Dahulu pengaruh tidak meluas, namun kini... pengaruh dari pelbagai pelusuk akan mengganggu anak-anak kita, adik-adik kita. hmmmmmm 

Kali ni, leeza nak berkongsi tentang ADAB DI DALAM KELAS. Apa yang leeza senaraikan di bawah, bukanlah daripada perpepsi leeza sendiri, tapi dengan rujukan majalah Dewan Pelajar. Jommm baca....
Dewan Pelajar: Keluaran Mei 2011.
Kita hendak mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab yang telah digariskan di dalam kelas supaya dapat menyemai semangat cinta akan ilmu di dalam diri.

ADAB DI DALAM KELAS : 
  1. Membaca doa sebelum memulakan pembelajaran.
  2. Bertertib dan duduk dengan sopan.
  3. Mendengar penerangan guru dengan teliti.
  4. Mewujudkan persaingan sihat semasa aktiviti pembelajaran.
  5. Sentiasa bersabar ketika belajar.
  6. Sentiasa mengulang kaji pelajaran semasa ketiadaan guru.
  7. Sentiasa menghirmati guru yang mengajar.
  8. Mencatatkan nota atau fakta penting tentang pelajaran. 
  9. Tidak berbuat bising semasa ketiadaan guru.
KEBAIKAN YANG ANDA PEROLEHI : 
  1. Mendapat keberkatan
  2. Anda disenangi oleh guru dan rakan-rakan
  3. Mudah memahami pelajaran dan menerima ilmu yang diajar oleh guru.


Sebenarnya, yang paling utama kita kena beri tumpuan pada guru mengajar. Jangan bercakap, jangan bermain... Atau janganlah nak buat-buat dengar or faham. Bila guru bertanya.. lintang-pukang lah tak tahu jawab....

Titik Santai :   
Sesetengah maklumat di atas dipetik daripada Dewan Pelajar, keluaran Mei 2011. Hasil penulisan Haziah Che Husin. 
Moga para pelajar mampu memahami dan terus menjadi seorang pelajar yang cemerlang serta berguna untuk bangsa dan negara.

Thursday, July 12, 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Sebagai tanda sokong pada contest ini, apa lagi santai leeza menyertai contest yang dianjurkan, sekali gus mempromosi blog ni... (mungkin lah secara tak langsung dah promosi)... hehehehe


Pendek kata, kalau u all nak masuk contest ni... Silalah singgah blog penganjur ni k. HADIAH LUMAYAN juga tau... Yang penting masuk contest bukan utk hadiah. Just 4 fun k...


SINOPSIS HEADER :  (haaa siap buat sinopsis)
      Sebenarnya header leeza tak banyak gambar pun. Sekadar gambar kamera dan pensel warna. Maksud disebaliknya : 

PENSEL WARNA :  Hidup ini ada macam-macam perkara. Leeza simbolikkan dengan pensel warna yang ada pelbagai warna dan ada maksud yang tersendiri.

KAMERA : Maksudnya, setiap kenangan itu akan kita gambarkan dlm fikiran kita. Tidak kira manis atau pahit. Pasti akan tergambar dalam fikiran kita.

Kedua-dua gambar itu dikaitkan dengan ayat "HIDUP DENGAN BARISAN IDEA DAN PERISAI MINDA". Kita perlu hidup dengan pelbagai idea untuk majukan kehidupan yang dilalui dan perlukan PERISAI MINDA agar kita tidak ditipu dan jatuh ke lembah hina.

SANTAI LEEZA : Leeza mahu hidup dengan santai dan disertai idea & minda yang gempak! 

Titik Santai : 
Sekian sahaja serba ringkas ini.......