Friday, August 31, 2012

Rekod Yang Dilakukan Pada 31 Ogos 2012

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Leeza juga tidak ketinggalan menyumbang tweet... Memeriahkan majlis lah katakan.
Apa yang berlaku... Keamanan perlu dikekalkan... Love Malaysia, kita ketepikan kesengketaan dan merainya demi pejuang terdahulu. Siapa kita hari ini tanpa mereka dahulu....

Ayuh belia... majukan diri demi negara.

  TITIK SANTAI :  
Seronok sangat pergi Dataran tadi.. Nanti leeza buat entri. haaaaa....

Thursday, August 30, 2012

Contohi Pengurusan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Anda kenal dengan Tan Sri Zeti? Pernah suatu ketika, leeza tengok berita dan terlihat gambar wanita ini. Tidak leeza ketahui siapa tapi leeza hanya ingat namanya. Leeza google dan mencari gambar beliau dengan lebih lanjut. Mula-mula sebenarnya leeza tertarik dengan raut wajahnya. Haaaa... itu yang tertarik spergi google tu...

Sejak hari tu, barulah leeza sedar akan wanita yang leeza tertarik dengan penampilan dan percakapannya di berita itu adalah salah seorang wanita yang wajar disanjungi. Pernah juga leeza pinjam buku kat library IPG leeza tentang kisah beliau. Leeza tertarik dengan kejayaan yang dimilikinya. 

Jom baca sedikit kisah beliau :

Dipetik daripada akhbar KOSMO, SABTU 25 Ogos 2012. Halaman 5
      TITIK SANTAI : 
Masa leeza baca buku pasal beliau, ada kenyataan berkaitan beliau sanggup menerima jawatan gabenor semasa ekonomi kita berada dalam keadaaan yang tidak stabil dan pelantikan beliau merupakan satu keputusan yang sangat bijak.  

Tuesday, August 28, 2012

LAWAK : Tetamu Senja itu Apa?

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Leeza nak guling-guling dibuatnya... Satu petang tu, leeza dengar deklamasi sajak TETAMU SENJA.. then, leeza update status kat FB..... 

 
Boleh pula kawan leeza ni jawab, NYAMUK AEDES... aiyaaa.... dan kebetulan, leeza post status ni pun around 6.30 petang..... 

Kesimpulannya, apa yang tertulis jangan dinilai dengan makna tersurat semata-mata ya, fikirkan juga makna tersirat. Dalam konsep kat atas ni, leeza rasa kawan leeza tu just gurau-gurau kot. herk herk....

OK.. Tetamu senja ni tajuk sajak ya... haaaaaa

     TITIK SANTAI :   
Leeza tak pernah terbayangkan 2 perkataan, tajuk sajak, boleh dijadikan satu bahan lawak. hihok

Sunday, August 26, 2012

Lepak Makan: Restoran Said Ali Sri Rampai

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Tak lain tak bukan, kita cerita lagi pasal makan... Siapa yang tak nak makan dalam dunia ni kan. Makan tu satu kewajipan untuk sehari. heeeee 

Masa bulan puasa lepas, leeza and the geng berbuka puasa di RESTORAN SAID ALI, SRI RAMPAI. Kita tengok menu-menu yang sempat dirakam dulu k. 


Leeza makan buffet, RM19.90 per person. 21 orang maka berapa erk? haaaa kira sendiri lah yer...

 Kategori semuanya seafood....

Ni antara menu yang kawan-kawan leeza ambil.. Sebenarnya leeza tak gerak pun ambil makanan, sebab malas. haaaaa... so leeza makan apa yang kawan leeza ambil. Lagipun, bukannya habis pun diaorang makan.

Selepas kenyang, beginikah caranya? aiyaaaaa

       TITIK SANTAI :  
Makan dan terus makan dalam hidup ini. Hidup mesti ceria dan perut mesti kenyang.
Tapi kita juga mesti ingat mereka yang tidak berpeluang menikmati hidangan seperti diri kita.

Saturday, August 25, 2012

Like PREMIUM RUSH

Salam Sejahtera ...  HeLLo0o0o...

Semalam barulah berkesempatan tengok wayang ... Lepas dinner kat secret resipe, leeza serbu panggung, movie PREMIUM RUSH. Kagumlah dengan cerita dan suka aksi-aski membawa basikal mereka.

Pandangan leeza, filem ni boleh diterima. Walaupun jalan cerita yang agak ringkas tapi aksi masih ada dan tidak membosankan, jalan cerita juga yang bermotif ditunjukkan oleh pengarah David Koepp

Ringkasnya, u all boleh lah terjah panggung tengok filem ni. Tak mengecewakan.. 

AKSI : 3.5 / 5 bintang
PERJALANAN CERITA : 3.5 / 5 bintang
PELAKON : 3.5 / 5 bintang
LATAR :  3/ 5
KESIMPULAN : 3.5 / 5 bintang

SINOPSIS FILEM : <SINI>

Yeah... ni lah watak utamanya... Haaaaaa

Dalam cerita ni, semua pelakon maintain berpeluh jer. Al-maklumlah, kayuh basikal tanpa henti.
 
     TITIK SANTAI : 
Sebenarnya dah lama sangat dah leeza tak tengok wayang. Total Recall pun leeza tak tengok lagi tau. Sebelum ni tengok spider-man jer.. masa bulan puasa.. ehh bulan puasa, lama lah sangat leeza tak tengok wayang erk.. haaaaaaaaaaa


Kulit Berminyak! Baca Ni..

(dipetik daripada majalah EH! keluaran SEPT 2011)



Nilai Wajahmu   
Kadang kala tidak semua bahagian pada wajah kita berminyak. Oleh itu, anda harus tahu bahagian yang berminyak kerana perawatan yang silap akan mengakibatkan wajah semakin teruk.

Cari Produk Yang Sesuai  
Pakai produk yg betul itu paling utama lah. Lebih baik pilih kosmetik untuk kulit yang sensitif.
Pelembap Wajib Digunakan
Pelembap boleh bantu kawal keluaran minyak.

Pemakaian Kosmetik         
Pastikan kulit dalam keadaan bersih dan kering semasa pakai barang kosmetik. Sebab kulit yg basah akan buat solekan tidak mesra dgn kulit. Kulit yg tidak bersih dan kita pakai kosmetik masa tu akan mengakibatkan jerawat.

Jaga Kebersihan 
Kulit berminyak cepat kotor, jadi elak sentuh wajah anda dengan tangan.

Lakukan Perawatan Khusus 
Contoh, rawatan muka dan lulur. Perlu dilakukan utk kekalkan kulit yang sihat dan sempurna. Guna bahan spt timun, tomato. Contoh, sebiji buah timun, belah 4 memanjang. Bahagian dalam yang berbiji itu digosok ke wajah yg sudah dibersihkan. Biar 10-15 minit, bersihkan dgn air suam. Seterusnya, sapu pelembap utk kecilkan pori-pori yg terbuka. Digalakkan tidak guna kosmetik selepas buat rawatan wajah. Biarkan wajah rehat.

CARA LAIN :
  • Utk hindari terbentuknya bintik hitam, campur bijirin gandum, jus dari lemon, dan titiskan minyak zaiton ke dalam air suam. Sapu pada wajah lalu bilas dgn air.   
  • Utk mengurangkan kilauan minyak, campur air buah lemon dgn air dan tambahkan sedikit cuka. Gunakan kapas utk disapukan pada wajah. Tunggu hingga kering & gunakan perawatan muka selanjutnya.

    TITIK SANTAI :  
Kadang-kadang bila baca majalah, ada pula idea nak dibuat entri. Leeza muar turun daripada majalah jer info di atas ni. Memandangkan ada seorang rakan yang menghadapi masalah kulit berminyak. Leeza share lah apa yang leeza terbaca.



Friday, August 24, 2012

Petikan Dikir Barat




Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar.
 
Di Kelantan persembahan ini lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thailand pula dikenali dengan Dikir Karut. Dikir barat juga boleh dijadikan permainan dan biasanya dimainkan oleh masyarakat pada musim menuai padi serta pada majlis perkahwinan. 

Orang yang memainkan peranan utama dalam pasukan dikir barat ialah Tukang Karut. Tugas Tukang Karut ialah berpantun dan bersyair. Tukang Karut akan mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari. Tukang Karut merupakan watak yang mempunyai kebolehan semulajadi kerana tidak semua orang boleh menjadi Tukang Karut.
Tok Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pertunjukan dikir barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mengarut. Tok Juara tidak menyanyi tetapi berdikir sambil duduk. 

Awok-awok adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat. Awok-awok akan menyanyi korus sambil duduk dalam kedudukan secara bulatan. Tugas awok-awok ialah mengikut atau mengulangi seni kata yang didendangkan oleh Tok Juara atau Tukang Karut mereka.

Alat-alat yang diperlukan untuk membuat persembahan Dikir Barat ialah Rebana Ibu, Rebana Anak, Gong, Marakas dan Canang. 

TITIK SANTAI :
Apa yang leeza post ni adalah koleksi petikan yang pernah leeza guna untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Harap maklum... heeeee

Thursday, August 23, 2012

Kelebihan Seorang Ibu

Kelebihan Seorang Ibu: Cuti raya ni, leeza belek-belek blog leeza. Tengok bahagian draft, bahagian imported... Terbuka entri ni. Leeza sendiri tidak tahu dari mana entri ni datang, tapi ada dalam bahagian imported. Rasanya leeza cut paste tah dari mana... Sebelum tu, leeza nak mohon maaf pada blog berkenaan. Leeza tak dapat buat backlink, sebab leeza tak tahu linknya... 
  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagu satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.
  5. Wanita yang beri minum susu  badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang memberi minum susu badanya kepada anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  7. Wanita menyusui anaknya yang sedang menangis maka Allah SWT beri pahala satu tahun solat dan puasa.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah SWT beri 12 tahun pahala ibadat
Leeza buat entri ni sebagai rujukan leeza sendiri... dan ingatan buat leeza sendiri. 

      TITIK SANTAI :  
Perkongsian yang bermakna... Tiada niat untuk melakukan sebarang palagiat. 

Wednesday, August 22, 2012

Dugaan Syawal Kita

Salam Sejahtera ...
"Adakah muka aku macam kat atas ni??" haaaaa
 
Orang sibuk beraya sana sini, leeza dah berkampung kat rumah dua hari. Raya ketiga sepatutnya beraya juga, tapi dah tak larat dah. Demam dan selsema membantutkan perjalanan leeza. Raya ke-4, duduk rumah mengadap lappy kesayangan ni. Buat assignment Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Stress otak rasanya...... 1 lagi assignment GENRE KESUSASTERAAN! Lagi pecah otak.

Bukan stress tak dapat beraya tapi stress nak mengarang pada masa-masa cuti ni. Tambah dengan cuaca kat KL yang mendung tiada penghujung. Katil asyik memanggil, TV menjerit-jerit kat ruang tamu suruh dibuka. Haizzzz..........  

Siapa yang melalui krisis yang sama seperti leeza... Haaaa kongsi cerita u all.... Nampaknya, adik leeza begitu juga, angkut satu beg buku, tapi tak sentuh pun lagi. hmmmm

       TITIK SANTAI :  
Cepatlah demam assignment berlalu... Lepas ni demam VIVA pula... haaaa.. demam sampai hujung tahun lah jawabnya.


 

Ketahui Suara Hati Si Jejaka

Dipetik daripada Majalah REMAJA keluaran 1 Jun...


SUARA HATI SI JEJAKA

  • Sedar atau tidak, si jejaka amat peka akan persekitaran mereka. Mereka juga seorang yang begitu sensetif dan prihatin. Walaupun mereka tidak mempamerkannya secara zahir, tetapi sifat beginilah yang ada dalam diri mereka. Oleh sebab itu, mereka layak menjadi seorang pemimpin.
  • Walaupun terkenal dgn sikap cool, actually mereka ni resah berhadapan dgn perempuan yg mereka suka.
  • Ramai lelaki tidak mempamerkan sikap cemburu mrk, tetapi hakikat mereka mudah cemburu bila kekasihnya sering menyebut nama lelaki di hadapannya.
  • Adalah memalukan bg seorang lelaki jika tidak dapat membantu perempuan. Ramai lelaki lemah dgn air mata wanita terutama air mata wanita yang mereka kasihi.
  • Lelaki juga sedih kalau hubungan percintaan mereka putus di tengah jalan. Ikutkan hati mereka nak nangis juga spt perempuan tapi control macho.
  • Lelaki akan cuba menunjukkan sifat KELAKIANNYA di hadapan wanita yang diminatinya.
  • Lelaki tidak dapat belajar tentang perempuan di perpustakaan. Jadi, wanita perlu memberi masa dan ruang kepada mereka mengenali anda.
  • Terdapat lelaki yang begitu setia pada kekasihnya. Walaupun ramai perempuan di sekelilingnya, tapi kamu tetap nombor 1 di hatinya.
  • Apabila lelaki bercakap direct to the point, maksudnya dia mengharapkan perempuan memahaminya dan take it serius. Jadi lelaki yg cakap berputar-belit ini kebarangkalian penipu. (60%)
  • Jika seseorang lelaki meminati perempuan, tidak semestinya perempuan itu cantik, sopan-santun, lemah-lembut. Malahan lelaki suka wanita yang mempunyai persamaan dengan dirinya.

    Tuesday, August 21, 2012

    KL Masih BERNYAWA pada 1 SYAWAL

    Salam Sejahtera ...

    KL "bernyawa" dengan pelancong, pekerja asing  [baca lanjut di sini]

    KUALA LUMPUR — Walaupun warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri namun beberapa kawasan di ibu negara masih dibanjiri dengan pelancong dan rakyat tempatan yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah dan meluang masa bersama keluarga dan kenalan.
    Tinjauan mendapati pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menjadi tumpuan warga tempatan, pelancong serta pekerja asing.
    Seorang pelancong dari Kuwait, Ahmad Yassir, 35, ketika ditemui berkata, sambutan Aidilfitri di Malaysia adalah unik sekali kerana rakyat pelbagai bangsa dan agama turut menyambut perayaan itu secara bersama.
    "Malaysia adalah negara yang indah dan aman dan orang di sini mesra dan kami suka datang ke sini untuk menjamu pelbagai jenis makanan dan membeli-belah.
    "Kami gembira untuk datang ke sini pada musim perayaan Aidilfitri kerana 1 Syawal disambut dengan meriah sekali di sini,” katanya.— BERNAMA

    Berita di atas ni leeza salin daripada laman KOSMO... Semalam leeza tengok berita dan tertarik dengan isu ini. Bukan apalah, leeza ni dah beberapa tahun beraya di KL dan suasananya tahun demi tahun terasa perbezaannya. Tahun ini, mendengar dan melihat situasi ini, sememangnya 100% benar.

    Masa solat sunat AIDILFITRI, masjid yang dikunjungi, penuh dengan warga asing ini. 80% adalah terdiri daripada mereka. Leeza ingatkan lengganglah masjid ni, rupanya sangkaan leeza meleset. Malahan, lebih ramai dariapda biasa, lebih ramai dari hari-hari solat tarawikh. Sampai ke luar masjid.  Bangga juga dengan mereka kerana mereka bertapak agak jauh untuk ke masjid itu.

    Apa-apapun, leeza rasa ayat "sunyi KL bila menjelang RAYA ..." tidak dapat digunakan lagi. KL tak lah sunyi sangat. hiiii.....

          TITIK SANTAI :   
    SALAM LEBARAN SEMUA... MAAF SEKIRANYA ENTRI NI ADA MENYINGGUNG HATI MANA-MANA PIHAK....

     

    Monday, August 20, 2012

    Pulut dimasak dalam PERIUK KERA

    Salam Sejahtera ... Salam Lebaran ...

    Nampaknya kita dah menjejakkan kaki pada lebaran ke-2. Beberapa hari cuti pun habis, assignment pun leeza tak sentuh lagi. Dua pulak tu. Adoi...... Hari ni leeza nak bergerak ke NILAI. Beraya di rumah mak cik. Pastinya LAKSA JOHOR menanti leeza di situ.  

    Mak cik leeza ni memang pakar masak LAKSA JOHOR... Setiap tahun memang tak ada menu lain, LAKSA JOHOR adalah wajib dan wajib baginya. hehehehe

    Tahun ni, ada 1 jenis makanan unik yang leeza rasa..... Tadaaaa...... Leeza dapat makanan ni daripada mak cik kat area BANDAR TUN RAZAK. herkkkk..... menjelang lebaran, kenal tak kenal, terima jer.. aiyaaaa....

    PULUT DIMASAK DALAM PERIUK KERA.....

    Seterusnya ....

          TITIK SANTAI :     
    Oklah reader, leeza nak melangkah kaki dah ni. Balik nanti, leeza BW semua bloglist dan yang meninggalkan komen. Mohon maaf di atas segala kesulitan.

    Tuesday, August 14, 2012

    Cara Nak Buat Mural

    Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

    Masa INTERNSHIP bulan Julai hari tu, antara aktiviti yang perlu dijalankan ialah MURAL. Ohh tidak, leeza tak ada pengalaman buat mural. Kira ni pengalaman pertama lah ni. Berbekalkan idea yang kering kontang, leeza gagah juga lah nak design apa yang patut. Guna ilmu design header blog jer.....

    Gambar : ni lah dinding sebelum kami siapkan mural.... 
    Pertama sekali, kena kikis lah dinding ni guna alat masak roti canai tu... errrr.......
    Kedua, leeza perlu cat dinding dengan warna putih... ala-ala kontrakter yang baru dapat tender baharu. masyuk duit!!! haaaaaaaaaaaaaaaaa

    Gambar : Kena tekap huruf, kena lukis huruf, bancuh warna, dan kena ada kemahiran melukis.
    Tengok gambar tu, itu adalah impak mereka yang tidak mempunyai kemahiran melukis seperti leeza.

    Gambar : Beginilah jadinya... Leeza sendiri tak sangka... Tak lah lawa mana, tapi leeza puas hati dengan wallpaper belang-belang tu.. macam header leeza tak? haaaaa.... 
    Cara mudah nak buat belang-belang tu guna jer tape yang warna putih tu... jadilah nnt.

          TITIK SANTAI :    
    Dalam perjalanan menjadi seorang pendidik, begitu banyak yang leeza kutip. Moga segalanya dapat menjadi bekalan yang terbaik untuk leeza hadapi dugaan pada masa akan datang.

          BISIK HATI: 
    Terus lakar apa yang  kamu mahu, kerana tiada siapa akan menghalang. Yang menanggung adalah kamu, bukan dia.


    Sunday, August 12, 2012

    Bahasa Blogger Teruk Sangat Ker?

    Salam Sejahtera ...

    Dewan Bahasa keluaran Jun 2012 memuatkan beberapa artikel yang menyentuh tentang isu bahasa dan media internet (blog, web, laman sosial). Suatu ketika pernah leeza pernah bertanya pada seorang blogger yang terkenal tentang penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam blog. Juga leeza pernah membaca entri berkaitan penggunaan bahasa dalam blog dan seumpamanya. Setiap insan mempunyai pendapat masing-masing.


    Kenyataan iniSebagai pendidik, kita perlu membetulkan bahasa kita, jaga bahasa yang ditutur dan ditulis. Jangan merosakkan bahasa.


    Sekarang, leeza tertanya, sejauh mana blog leeza, entri-entri leeza menggunakan bahasa yang betul, bahasa yang tidak merosakkan anak-anak bangsa. Jujurnya, leeza akui leeza bukan dalam kelompok mereka yang menggunakan bahasa 100% betul. Itu leeza akui dan leeza belum mampu serta masih mencuba untuk menyempurnakan penggunaan bahasa Melayu leeza pada tahap yang optimum.

    Oleh yang demikian, leeza boleh katakan, leeza cuba meminimakan penggunaan bahasa dan ayat yang tidak gramatis.


    Antara ayat-ayat dalam artikel Dewan Bahasa :

    Penggunaan bahasa yang salah akan menggambarkan kelemahan dalam kemahiran bahasa dan yang paling buruknya akan memaparkan kelemahan diri.



    Bentuk dan struktur bahasa yang sedemikian (bahasa rojak, bahasa pasar & penggunaan singkatan sesuka hati) bukan sahaja berlaku dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa lain di dunia ini. Keringkasan bentuk amat diutamakan dengan mengetepikan persoalan nahu bahasa yang semestinya dikekalkan dan dijaga.



    Apabila memperkatakan penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti rendah ini, secara langsung hal ini akan menyentuh aspek kesantunan dalam bahasa yang turut tidak diberikan perhatian utama. Ungkapan kasar seperti mulut puaka, mulut longkan, muka pecah penggung, yang suatu ketika dulu dianggap tabu untuk ditulis, namun kini menjadi perkara yang biasa.

    Dipetik daripada Dewan Bahasa Jun 2012, halaman 7-10.


    Contoh :
    Study – studi
    Sini – cni
    Pergi – p / pi
    Kenapa – napa / nape
    Kau – ko
    Pun – pown
    Begitu – gitew
    Mantap – mantaps
    Gila - giler

    Titik Santai : 
    Entri ni TIDAK bermaksud untuk membuktikan kesalahan mereka yang tidak menjaga bahasa, (leeza sendiri ada guna bahasa yang salah)... Tapi entri ini leeza buat sebab perubahan dan perkembangan era globalisasi yang menyebabkan bahasa kian berubah. Apa yang penting, guna bahasa mengikut situasi yang betul dan tujuan kita. Kita sedar akan apa kita buat dan khalayak mengetahui maksud yang hendak disampaikan. Jangan TERLALU menghukum mereka yang silap, sebagai manusia, kita sama-sama lah meningkatkan kualiti diri. Sekali lagi, leeza sendiri banyak juga mengubah bahasa yang sedia ada.

    Komik juga ada laras bahasanya, setiap tempat dan situasi ada laras bahasanya.

    PEDAS : 
    Apa perasaan anda kalau orang cakap  "PAHAL KO B*D*H SANGAT, MENGEJA PUN TAK RETI."
    Mungkin kesilapan ejaan itu 1 kesilapan yang sangat besar sehingga dimaki "B*D*H"... haaaaa



    Saturday, August 11, 2012

    Buat Steambot Sendiri

    Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

    Pejam jelik dah hampir 3 minggu kita berpuasa... Leeza teringat juadah berbuka puasa hari pertama leeza, keluarga dan rakan-rakan. Tak sempat hilang penat kursus kepegawaian badminton, leeza bersedia untuk menyediakan juadah berbuka 1 ramadhan. 

    Sejujurnya, leeza ni nak masuk dapur, boleh dikira dengan jari. Kemahiran memasak belum sebati dalam diri ini. Bilalah nak pandai + nak rajin memasak ni... aiyaaa... malang bakal suami dibuatnya... haaaaaa..... Betul tak bakal suami?

    Jommm roll gambar juadah berbuka 1 ramadhan...

     Gambar : Setting meja jap yer..... 

    Gambar : Bahan-bahan ni semua beli siap.. kuah jer buat sendiri.

    Gambar : Dah mula berbuka...
    Nak buat sup ni, caranya...
    1. Goreng ikan bilis tanpa minyak...  (agak-agak jew ikan bilis nyer)
    2. Masuk air dalam kuali yang kita goreng ikan bilis tu. (jangan keluarkan ikan bilis tau)... Sukatan air ikut suka kita lah...
    3. Lepas mendidih air tu... boleh dikeluarkan ikan bilisnya. Seeloknya guna lah penapis, bagi sup tu nampak bersih sikit.

    Kesimpulannya, leeza tak tahu lah nak tulis macam mana resepinya.. haaaa.... sorry!

        TITIK SANTAI :  
    Sah-sah tak reti memasak minah ni kan.. haaaaaaa......
    Leeza terus mencuba dan berusaha untuk menjadi pandai atau A+ dalam memasak. arrrr......

    Thursday, August 9, 2012

    My Precious You: Hargai Kasih Ayah (3.8 star)

    Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

    Minggu lepaskan leeza sibuk dengan menonton drama bersiri Korea sebanyak 54 episod. Kali ni leeza nak review drama tu. Pada mereka yang minat menonton korea, anda dialu-alukan menontonnya. 

    Sebab apa leeza pilih drama ni :
    • Sebab drama ni kisah keluarga... Pengorbanan ibu dan bapa... Kisah seumpama ini, amatlah leeza suka.
    • Drama yang menyelitkan kisah cinta, pengorbanan cinta dan keikhlasan dalam percintaan.
    • Kisah ini juga mengajar kita erti kesedaran, tatkala kita berada di atas, bila-bila masa sahaja kita akan tergolek ke bawah.
    • RAHSIA, PENIPUAN.. haaaa tidak akan selama-lamanya dapat disembunyikan. Ni leeza suka, sebab kita adakala suka berahsiakan, suka buat sesuatu itu secara tersembunyi, tapi akhirnya, rahsia itu tetap akan diketahui. Tak mungkin dapat dirahsiakan.
    • Bila rahsia itu terbongkar, masalah lebih besar dan membebankan semua pihak.
    • Sesuatu yang dirahsiakan akhirnya merobek hati... hmmmmm
    • Pengorbanan AYAH.. jarang sekali orang mengenang tentang AYAH.. drama ni jelas menunjukkan kasih seorang AYAH.

    SINOPSIS DRAMA : READ MORE HERE
    There have been numerous scenarios reflecting sacrificing life-styles of mothers, in comparison to fathers'. Let's talk about our fathers' stories of current time; a father who endures many hardships and servilities for his family's continuous of well-being, a father who sacrifices his time and efforts to make the most earnings for his children to have a chance of receiving better education, a father who's not recognized and being isolated in his family regardless of all his struggles in his lonely battlefield of work, a father who choose the family's betterment instead of his own by meeting the need of the family members instead of his...

    Despite the efforts, our lonely father is losing his status and presence in the family and is neglected by his people of family. Sometimes we forget the unseen fact of our lives; at our starting point, and in our every journey, he's been always there for us to encourage and to motivate our beginning.

    He's got the world's greatest name, 'Father'.

    WATAK :

    Bapa tunggal yang begitu protektif.

    Anak merupakan segala-galanya buat dirinya.

    Dia kembali bangkit dan mengejar impian kerana hadirnya seorang wanita dalam hidupnya.

    Sebuah keluarga yang serba kekurangan kembali sempurna dengan kehadiran seorang wanita yang mencintainya tanpa mengambil kira akan status ekonominya.

    Bapa tunggal yang membesarkan anak-anaknya. Apabila dewasa, anak-anak tidak berhenti memberi masalah kepada si ayah. Manakala si ayah tidak pernah menyalahkan anak-anak mereka tetapi meletakkan segala kesilapan adalah tanggungjawab dirinya. 

    Sering menyatakan dirinya tidak memberi kasih sayang dan didikan yang baik untuk anak-anak.

    Seorang ayah sanggup melutut kepada orang lain demi kebahagiaan anaknya.

    Perempuan yang baju hitam tulah wanita yang hadir dalam keluarga di atas tu dan menceriakan keadaan. Tapi dugaan pasti akan bertandang pada pasangan yang mahu mengecapi kebahagiaan. Apa dugaannya? Dahsyat... Tengok lah nanti...

    KESIMPULANN : 
    3.8 BINTANG... Ikutkan nak bagi 4 bintang, tapi cerita ni episod panjang... haaaaa 

         TITIK SANTAI :   
    Nak tengok drama ni meh terjah sini ...... MY PRECIOUS YOU
    Pada kawan-kawan yang nak.. boleh minta jer kat leeza. leeza ada EP 10-54 jer.. yang EP 1-9 leeza tak ada, sebab dah tengok kat TV.






    Saturday, August 4, 2012

    Lepak Makan: Swensen's Subang Jaya

    Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

    Siapa pernah terjah tempat makan SWENSEN'S SUBANG JAYA... Sebelum leeza tamat internship hari tu, salah seorang cikgu sekolah ni belanja leeza dan rakan makan di SWENSEN'S... pendek kata, budimu akan kukenang... Friendship forever k ... Kak Noraini & Kak Norlisza.

    So you all jom tengok apa kita orang makan.... Yummie.....

     
    Gambar : Creamy Mushroom
    Nampak kecil, tapi macam giant, sebesar buah kelapa tau!
    Dah lah kami order 2 ni. 

     Gambar : Meet Ball kot. tak ingat namanya.
    Sangat sedap dan rasanya sungguh ngum!!

     
    Gambar : Dari kiri Ring a ding, Swensen's Banana Split, Cookies Summit.
    Sangat menarik kan.. Yummie sangat!

    Gambar : sama jer dengan yang atas....

    U all kalau suka makan aiskrim sedap-sedap, boleh lah terjah sini.
    Ohh yer, harga keseluruhan ... tak boleh nak cakaplah, orang belanja kan..
    RM1++.00....

    Well.. my lovely bro (Mr Shah), bila awak nak belanja saya di sini??

           TITIK SANTAI :   
    Apa-apapun, leeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu SK TM2. U all memang sempoi..
    Tahun depan, leeza pula berada di tempat u all...
    Insyaallah, segalanya berjalan dengan baik..

    Lepas makan jadi macam ni ....
    Sangat memalukan!!

    ***JEBENGOTAI : leezatak boleh komen kat blog awak..? kenapa?

    Friday, August 3, 2012

    Sejarah Bencana Tsunami

    Salam Sejahtera ... 

    Bersua lagi kita di Santai Leeza... Haaaa..... Kali ni perkongsian fakta dan ilmu di Santai Leeza... Yoooo.... Jomm roll ilmu Sejaran Bencana Tsunami. Tahukah anda Tsunami dah wujud 6100 sebelum Masihi lagi.

    6100 Sebelum Masihi :  
    Tsunami yang pertama yang direkodkan di lautan Atlantik Utara akibat pergeseran dasar laut sehingga menimbulkan pergeseran tanah di dasar laut.

    1650 :  
    Letusan gunung berapi Santorini Pulau Yunani mengakibatkan tsunami yang menghancurkan teluk utara Pulau Kreta.

    1755 :   
    Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal.

    1883 :  
    Letusan gunung berapi Krakatau di Selat Sunda mengakibatkan tsunami besar, setinggi 40 meter dan mengorbankan sejumlah 36 ribu orang.

    1946 :  
    Gempa bumi yang berlaku berhampiran Alaska dan menghasilkan ombak tsunami setinggi 35 meter.

    1960 :   
    Kejadian gempa bumi yang paling besar dalam sejarah dengan kadar 9.5 skala Ritchter di Lautan Pasifik yang menghasilkan ombak setinggi 25 meter.

    1976 :  
    Tsunami berlaku pula di Filipina.

    1998 :   
    Gempa bumi di perairan Papua New Guinea mengorbankan sejumlah enam ribu nyawa.

    2004 :  
    Kajadian gempa bumi di Lautan India mengorbankan sejumlah 150 ribu nyawa. Gelombang tsunami ini telah melanda banyak negara seperti Acheh, Malaysia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Somalia, Kenya dan Tanzania di timur Afrika.

    2011 :  
    Gempa bumi berukuran 8.9 skala Retchter di wilayah timur laut Pulau Honshu, Jepun mencetuskan tsunami setinggi tujuh meter dan mengorbankan 12 ribu nyawa,. Tsunami ini juga telah menyebabkan kerosakan pada reaktor nuklear Fukushima yang menyebabkan radioaktif tersebar di persekitaran dan di laut.

    Titik Santai :  
    Demikianlah info tentang bencana Tsunami. Dipetik daripada majalah Dewan Pelajar, keluaran Mei. Hasil penulisan Qaseh Amra.

    Lepak Makan: Williams Italian Mamak 2

    Buka puasa 1 Ogos 2012, mencatatkan sejarah buat leeza dan roomate. Sejak bulan 6 roomate leeza nak pergi WILLIAMS ITALIAN MAMAK dan akhirnya leeza pergi juga rabu hari tu. 

    Jomm roll gambar makan-makan kami sampai nak tertidur kat kedai!!


    Gambar : Sosej panjang 2, Daging cincang, Salami 3, Pepperroni (banyak), Daging itik, Kambing 2 slice, Kepak Ayam 2, Rib dan Mashed Potato.

    Sepanjang makan ni... Bukan main lah roomate leeza asyik cakap.. "SEDAP... SEDAP..." 
    HARGA : RM50... Sebenarnya, ada set yang kecil. Leeza tak sangka pula yang akan banyak macam ni.

    Sampai satu ketika, tiba-tiba roomate cakap... MENGANTUK NYER.... kepala macam pusing-pusing.. haaaa..... sebenarnya masa tu, leeza pun dah mengantuk sangat. Makanan banyak lagi tak habis. Rib, sosej dan daging cincang tak sentuh lagi.....

    ROOMATE : Tolong lah... tolonglah.... LEPAS NI JANGAN BUAT MACAM NI LAGI... 
    LEEZA : Tergelak gila-gila..... angkara tamak kot kami ni...

    Masa untuk pencuci mulut... mata kembali segar!
    Gambar : PAVLOVA WILLIAMS... HARGA RM15... leeza bg 2 bintang... yang hari tu makan lagi best...

    MINUMAN KAMI....
    Yang gelap tu... RIBENA LAICI...  RM8
    Yang lagi satu tu... HERB SODA... (serai, brokoli, laici, nanas, asam boi)

    DEMIKIANLAH HIDANGAN KAMI..
    JUMLAH PEMBAYARAN RM80...

        TITIK SANTAI :  
    Lain kali datang lagi try makanan lain pula. sedapnyer... leeza tetap suka dengan HERB SODA!

    TENGOK SEMUA BERKAITAN WILLIAM MAMAK >>SINI<<

    Wednesday, August 1, 2012

    Jadual "Padat" Sangat Dengan?

    Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

    Hari Isnin, Selasa dan Rabu... hari leeza penuh dengan drama korea. Siapa pernah dengar drama korea yang bertajuk MY PRECIOUS YOU / "Precious Sons and Daughters" /  "My Precious Child" ... Sekarang drama tu ada ditayangkan di KBS.. hujung minggu jew ada... Drama yang disiarkan pada 2008-2009..

    Sekarang ni, leeza sangatlah "SIBUK" dengan menonton drama ni...

    ISNIN balik dari kuliah pukul 10 pagi terus layan korea sampai ke petang pukul 5. Episod yang leeza layannn EP 22 hingga EP 27... 

    SELASA balik kuliah leeza  layan korea seharian... EP 28 hinggalah EP 39....

    RABU dah layann sampai EP 45... 

    Tesis dan assginment tah melayang ke mana? kesal juga membazir masa, tapi drama ni banyak unsur yang boleh kita pelajari. I like this type of drama.

    Kelihatan seperti leeza ketagih dan demam drama ini. Atas sebab apa... u all akan tahu nanti bila leeza review drama ni.

    Ada orang kata leeza gila.. layannn drama yang panjang...
    Ada orang pula kata, "sorrylah... drama korea panjang-panjang ni tak layann...."
    Ada orang kata... "TAK MINAT KOREA.."

    Tak per, sebenarnya kita menonton bukan sebab apa, selagi sesebuah drama, teater, filem itu mempunyai nilai dan mesej yang tersendiri pasti anda akan suka tanpa  dapat menyatakan alasan yang kukuh kepada orang sekeliling anda. 

    Leeza suka belajar sesuatu daripada situasi, kisah dan contoh yang leeza lihat. Setiap manusia mempunyai cara pembelajaran mereka tersendiri. Hidup ini, kita bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, tapi keperibadian yang baik juga. Kita bukan sahaja memerlukan guru ilmu, juga "guru keperibadian."

         TITIK SANTAI :  
    Jadilah insan yang tabah! dan berani menghadapi kenyataan di hadapan anda.


    Petua Mudah Ingat Pelajaran

    Salam Sejahtera ... Sihat semua????

    Kata-kata Mr. Kevin Trudeau, “I dint have learning disability, I just had an untrained memory”.
    Saya bukan lemah dalam belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih

    Hayati kata-kata di atas, leeza rasa sangat bertepatan. Adakala diri kita ni, bukannya ‘bodoh’, tak pandai.. tapi kita tidak melatih ingatan kita. Jomm baca PETUA MUDAH INGAT PELAJARAN.  
    (diambil dari majalah Dewan Pelajar, keluaran Mei 2011) Hasil tulisan Osman Affan

    Dewan Pelajar: Keluaran Mei 2011

    SATU : 
    Ulang dan baca semula apa-apa yang dipelajari dalam masa dua hari.
    • Manusia akan lupa 9 drpd 10 perkara ttg apa yg dipelajari dalam masa 2 hari shj. 
    • Dlm khdpn harian, byk perkara yg berlaku di sekeliling kita. Dalam banyak-banyak perkara itu, kita hanya mampu ingat satu perkara dalam satu masa. 
    • Jadi bukan mudah untuk kita memberi tumpuan. 
    • Oleh sebab itu, kita kena lah buat ulangkaji. Bukan bila balik kuliah atau sekolah, beg dan segala bagai nota, dicampak ke tepi sudut. Haaaaa......

    DUA :
    Tumpukan Sepenuh Perhatian Semasa Belajar
    • Abaikan perkara lain yg berlaku di sekeliling kita. 
    • Berikan tumpuan sepenuhnya pada pengajaran guru/pensyarah. 
    • Cuba fahami apa yang mereka sampaikan. 
    • Tukarkan kata-kata pensyarah atau guru kepada gambar di dalam minda kita.

    TIGA :
    Ingat akan apa yang dipelajari menggunakan bahasa memori.
    • Yaaa... bahasa memori... Bahasa memori itu maknanya “GAMBAR”. 
    • Dengan menukarkan maklumat kpd gambar, kita akn lebih mudah mengingati akn sesuatu berbanding dengan hanya mendengar sahaja. 
    • Ada satu sebab utama kita perlu melakukan hal ini. Untuk pengetahuan semua,
    Kelajuan manusia bercakap adalah antara 150-200 patah perkataan seminit.
    Kelajuan manusia berfikir adalah antara 300-500 patah perkataan seminit.

    Perkara ini membuktikan bahawa, apabila pensyarah/guru kita mengajar, kita mempunyai kepantasan yang maksima untuk berfikir tentang perkara-perkara lain. Kalau kita dengar dan curahkan segalanya dlm bentuk gambar, kita mampu memberi tumpuan. 

    Titik Santai :  

    Kita dilahirkan dengan fikiran dan kenapa kita tidak mahu menggunakan fikiran kita ke arah yang lebih baik. Jadilah insan yang menggunakan fikiran semaksima yang mungkin.