Sunday, September 30, 2012

BAIT: Latar yang simple

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Jumaat lepas, leeza terjah panggung lagi. Puas hati.. Meraikan habisnya pembentangan penyelidikan tindakan. Makan-makan bersama-sama orang tersayang dan menonton wayang serta shopping... Thumb up...

Oklah, leeza nak review cerita BAIT ni. Haaaaa.... 


       Movie ni barisan pelakonnya ok ok sahaja.... Pelakon memainkan peranan yang baik lah pada pandangan leeza. 

     Kedua, leeza agak borink dengan latar tempat ini. Konflik yang terkurung di pasar raya dengan 2 ekor jerung yang menggerunkan. Seriusly, leeza terkejut beberapa kali juga lah... Siap orang depan leeza (lelaki ) terjerit "Gilaaaa arrr".... leeza gelak dengar... memang tetiba jer jerung tu kuar....

        Movie ni menggambarkan setiap orang itu mempunyai sejarah hidup mereka tersendiri. Dalam erti kata lain, setiap insan pasti ada kisah duka mereka sendiri. Bila mereka terkurung di situ, semuanya bersatu dan lupakan kedukaan sejarah hidup utk terus hidup. Inilah nilai yang leeza dapat daripada movie ni.

        Oklah ya... itu sahaja... 

RATING :  
  1. LATAR : 2.8 / 5
  2. PELAKON : 3 / 5
  3. AKSI : 3 / 5
  4. NILAI : 3 / 5
  5. KESELURUHAN : 2.8 / 5

       TITIK SANTAI :    
Lepas ni nak tengok filem DREDD (yaaa ker ejaannya tu)..... hooooo 
2. Lalui kehidupan ini dengan penuh keceriaan... Sayangi insan yang menyayangi anda...

Saturday, September 29, 2012

Inai di muka Kucing

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Tak banyak yang nak dikongsikan... Cuma kes buli ke atas kucing leeza, si manja. Haaaa.... Kucing yang pengecut dan kini leeza buli dia.. 

Ceritanya, leeza gatal sangat dok nak menginai jari... si manja ni pun sibuk juga nak bermanja dengan tuannya ini.. Apa lagi, leeza pun dok sapu lah sikit-sikit kat muka dia... haaaa 

Celit 3.. kat tangan pun ada tu.. Tapi tak sempat nak snap.
Agak-agak bila my bro balik dari Terengganu dan dia tengok kucing kesayangan dia ni macam ni, dia melenting dan membebel macam mak nenek tak?

Sebab pernah sekali kucing ini terlepas dari rumah, dia membebel dan buat muka ketat 14... isyhh... haaaaa

      TITIK SANTAI :  
Sebenarnya bila ada inai di muka dia ni.. Macam hodoh jer.. Tak cute langsung.. comot dan selekeh... huuuu

Thursday, September 27, 2012

Blog Review: Manusia Egois Yang Mahal Air Mata

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Blog Review : Manusia Egois Yang Mahal Air Mata
http://hana-ahmad.blogspot.com/

Klik untuk berkunjung sini

Leeza masih mentah dalam dunia blog ni, nak komen banyak-banyak pun tak lah pandai sangat. Bimbang juga kalau ada mengguriskan hati mana-mana pihak. Kali ni leeza cuma nak share atau dalam erti kata lain review blog yang buat jiwa leeza agak tenteram membacanya. 

Blog pilihan leeza minggu ini ialah Kak Hana.... Blog yang bertajuk MANUSIA EGOIS YANG MAHAL AIR MATA. Haaaa sekali baca pun dah seperti kena petir hati ini. Nak dihuraikan ayat ini, pastinya ada manusia yang memang susah menangis dan terus dicap ego.. yer ker?? haaaa.... oklah... ni ringkasan feedback leeza...


Di atas ni leeza dah letakkan kandungan blog 5 kotak penuh (5 bintang)... Leeza boleh katakan, tak semestinya blog itu perlu menarik, berwarna-warni atau banyak gambar.. Putih pun menarik juga.

Blog seperti ini khusunya memang untuk mereka yang minat berbahasa.. Leeza selalu menjadi silent reader entri-entri kak hana ni... Well.... cari idea untuk berkarya...

Baiklah.. bila u all free... try lah berkunjung... Masyuk saja ... haaaaaa.... 

      Titik Santai :   
Insyaallah, leeza akan cuba mempromosikan blog-blog yang leeza selalu kunjung... 
Andai ada sebarang kekurangan daripada pihak leeza, leeza mohon maaf k.

Tuesday, September 25, 2012

Anda Kena Ketumbit?

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Ketumbit dah sebati dengan diri leeza. Setiap tahun pasti kena punya. Dulu lagi lah selalu sangat kena sampai dah malas nak dilayan penyakit ni. Tapi 3 tahun kebelakangan ini, leeza dah jarang kena. Setahun sekali atau 2 kali. Berdasarkan pengalaman leeza lah kan... Leeza akan kena ketumbit ni bila leeza silap makan atau cuaca terlalu panas dan leeza kurang minum air.

Bagi pendapat leeza, ketumbit ni lebih kepada faktor makanan. Contoh,

1. Bila cuaca panas dan leeza sendiri jenis kurang minum air. Comform naik punya. Leeza pergi kedai ubat cina, mereka pun sarankan leeza minum air banyak. Sebab badan leeza panas. Leeza mengesahkannya lagi bila bahagian telinga leeza juga rasa sakit bila di tekan. (macam ada rasa sesuatu lah, susah nak cakap.. hehehe)

2. Bila leeza makan seafood yang berlebihan... Comform naik juga. Pernah sekali leeza makan seafood banyak, tak ingat dunia masa tu..... Selang 2 3 hari.. naik ketumbit... 2 minggu berturut-turut kot masa tu. Tambahan dengan diri ini yang TAK MAKAN SAYUR, KURANG MINUM AIR dan TERAMAT JARANG MAKAN BUAH... punca segalanya jadi ketumbit.

3. Masa kena ketumbit tu, u all jangan makan benda pedas, minum air banyak-banyak, sebanyak yang boleh.. air putih tau... Elakkan makan seafood... hmmmm
Leeza cakap ni berdasarkan pengalaman lah... Sekarang ni leeza tak pergi farmasi atau klinik pun ambil ubat... Leeza pergi kedai ubat cina, beli ubat yang namanya "Yong Dam"... Kalau nak lebih berkesan, bila u all rasa ada sakit2 jer dan pastinya seperti mahu tumbuh ketumbit, teruslah lah makan... 5 biji sekali telan... leeza dah cuba.. dan alhamdulillah tak membesar dan tidak berasa sakit.. hanya ada merah sikit dan tidak ketara teruknya.

Ini ubat yang namanya Yong Dam
Harga ubat ni depend pada kedai ubat yang anda kunjungi... Macam tampat leeza RM18/pack. 1 Packet tu utk sehari lah.. ada 6 biji yang panjang dan bulat tu ada 9 biji... 
Bila kena ketumbit RM54 pasti melayang.. haaaaaaaaaa

    TITIK SANTAI :  
Sebenarnya cara tuamkan dengan bawang leeza pernah cuba, sapu tembakau pun leeza pernah cuba. Pakai ubat sapu yang dibeli di farmasi pun  pernah cuba.. Semuanya ok, tp lambat baiknya.. Tapi paling ok bila leeza makan ubat cina kat atas ni. 
Teringin juga nak tahu kandungan dan maklumat lebih lanjut tentang ubat ni. 

Monday, September 24, 2012

Lirik Lagu Usah Berhenti OST Dan Bila Esok

Salam Sejahtera ...

Search kat goodle (Kepala Getar)

U all tahu cerita Dan Bila Esok : Slot Azalea TV3. Lakonan Kak Rita Rudaini... Sekarang leeza tengah layan drama ni. Not bad lah cerita ni. Tak lah unik atau istimewa sangat, cuma leeza tengok sebab ada kak RR jew... 

Nak share lagu yang selalu leeza dendangkan sebelum naik lif pergi kuliah... Leeza cari lirik lagu ni kat google, tak jumpa.. tu yang taip sambil dengar lagu ni... ha ha ha


TAJUK : USAH BERHENTI 
NYANYIAN : DALILA

Selagi matahari masih terbit
Selagi jantung masih berdegup
Selama itu hatiku pasti 
Melangkah mencarimu mimpi

Biar menangis sendiri
Biar aku belajar berdikari
Selagi belum waktuku mati
Akanku kejarmu wahai mimpi

Nak dengar <SINI : UTUBE>

SINOPSIS Dan Bila Esok : 
Mengisahkan pergorbanan Syafiera ( Rita Rudiani )untuk membahagiakan suaminya (Zamarul Hisyam ). Demi cintanya pada Firdaus, Syafiera membenarkan suaminya berkahwin lagi walaupun Firdaus melayannya bagai menatang minyak yang penuh.Ramai yang cemburu kepada mereka bahagia dan kaya.Berlakulah pergolakan untuk memisahkan mereka dan perebutan harta.

     TITIK SANTAI :  
Leeza pernah mengalir air mata untuk beberapa part yg sedih. Misalnya masa Fira (RR) melihat sendiri suaminya bernikah dengan perempuan lain.

Sunday, September 23, 2012

Pembentangan Penyelidikan Tindakan

Salam Sejahtera ...

Tanggal 27 dan 28 September ini, kelas leeza akan membentangkan penyelidikan masing-masing. Hari yang bersejarah dan pastinya mendebarkan kami. Sepanjang minggu ini iaitu dari 24 hinggalah 28 September, hampir setiap dewan di IPG Kampus Bahasa Melayu dipenuhi dengan pembentangan penyelidikan tindakan. 

Baiklah, leeza ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan. Diharap kami dapat bersedia dari segi mental untuk menjawab apa jua soalan yang bakal diajukan oleh barisan penilai serta pensyarah.

 
Giliran leeza bentang hari Jumaat jam 10 pagi... Mendebarkan namun apakan daya, tetap perlu diharungi. Masa tu roomate leeza dah tergolek-golek jatuh katil, leeza baru nak lalui debaran. Roomate leeza bentang hari Selasa... Bahagianya dia merdeka dulu nanti.. hehehehe.....

Oklah.. Leeza harap segalanya berjalan dengan lancar. Moga Rakan seperjuangan dapat mengharungi rintangan ini sebaik yang mungkin. Bawalah bekalan ilmu yang dipelajari sepanjang 8 semester ini.. Fighting!!! 

Leeza nak ucapkan terima kasih juga kepada barisan pensyarah yang sedia memberi bimbingan dan rakan-rakan yang tidak jemu menyokong serta berkongsi ilmu.... :-)

        TITIK SANTAI :   
Moga segalanya berjalan lancar dan Doakan yang terbaik untuk semua.... Moga dipermudahkan segala urusan.

Saturday, September 22, 2012

Asian Wave: Nyanyian Shila Amzah Mantap

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...
FINAL ASIAN WAVE : SHILA AMZAH - SINI

Pertama sekali, leeza nak ucapakan jutaan TAHNIAH kepada Shila Amzah. Sebab menang dalam pertandingan ASIAN WAVE... Saat leeza tulis entri jam 3 pagi. Baru lepas tengok nyanyian Shila Amzah kat Youtube.

Seriusly, tak pernah leeza rasa kagum sebegini. Kalau dalam sukan pernah lah rasa kagum macam mana sekarang ni.. Bila DLCW menang game... Pandalela menang.. kagumnya sama lah macam mana leeza tengok Shila Amzah menang... Haaa kagum melambung-lambung macam leeza pula yang menang... 

Apa leeza boleh cakap... u all perlu tonton video pertandingan tu. Leeza yang tahu bertutur mandarin pun tak boleh nyanyi lagu mandarin.. (sebabnya satu jer, suara ke laut der) ha ha ha.....

Teramatlah kagum bila dengan Shila Amzah nyanyi lagu cina ini... waaaaa ... rakyat di China pun sorak dengan kuatnya apatah kita ini....  


SET THE FIRE TO THE RAIN... <SINI SINI SINI>

ZHEN FU : FINAL SONG <SINI SINI SINI>

U all boleh search kat utube : ASIAN WAVE .... Mungkin u all tak kagum mana tapi sedikit tu pasti ada. Lagipun Shila Amzah berjaya mengharumkan nama negara.. 

Tahniah Shila Azmah.. Great n awesome!

Thursday, September 20, 2012

Untuk 3 Hari: Baik Ditonton

Salam Sejahtera ...

Mungkin ada di antara kalian yang tidak sedar akan Tayangan Filem UNTUK 3 HARI. Sebenarnya leeza sendiri kurang dan jarang sekali mengambil tahu akan kemunculan filem-filem Melayu. Namun, kali ini sedikit berbeza dan pertama kali melihat poster filem ini, hati ni meronta-ronta nak tengok. He he he...

Tayangan pertama di Mid Valley, jam 11.15 pagi, leeza dah serbu panggung... Waaaa... semangat nampak.... So leeza nak kongsi sikit lah pasal cerita ini. 

  1. Overall cerita ni memang ada pengajaran dan lawak. Cerita yang ROMANTIK dan UNSUR LAWAK yang berpanjangan.
  2. Aspek lakonan pelakon... Semuanya Ok. Tiada komen negatif cuma sedikit komen untuk watak Zizan. Lakonan Zizan kurang ummm... hehehe Tapi mungkin itu sekadar untuk mengimbas kembali kan. Tidak mencacatkan cerita.
  3. Lakonan Vanidah, Rashidi dan Afdlin... THUMB UP.. Kelakar... Ayu Raudhah.. agak kesian leeza melihatnya.. huuuuuu
  4. Nilai dan pengajaran cerita ni leeza bagi 5 bintang.. Sebab banyak nilai yang boleh dilihat dan dipelajari. Contohnya, Kasih Sayang dan Pengorbanan. 
  5. Latar tempat semuanya ok.. Rumah Balqis tu amat menggambarkan setinggan... Sayu tengok...
Lepas tengok filem ni, leeza terfikir...    

Bila kita diberi ruang dan masa untuk membuat keputusan, buatlah keputusan sebaiknya. Bukanlah bila dah buat sesuatu keputusan dan kita mahu patah semula pada masa lalu.

Bila kita dah buat suatu keputusan, kita perlu beri ruang pada diri kita untuk belajar menerima apa yang ada daripada keputusan yang dibuat.

Kasih itu boleh dipupuk dan semuanya bergantung pada diri kita untuk menguruskan perasaan kita. 

Oklah ya.. Cakap banyak-banyak kang tak surprise lah kan.. U all perlu try lah menonton cerita ni. Ombak Rindu ada keistimewaannya dan Untuk 3 Hari juga begitu. Dua cerita yang romantik tapi ada kekuatan yang tersendiri. Mari terjah panggung k......

Saya sokong lakonan Vanidah Imran, Afdlin Shauki dan Rashidi .... hehehehe

RATING :  4-4.5 Bintang untuk genre romantik.  

        TITIK SANTAI :   
Cerita yang di penghujungnya membuat leeza berfikir jauh .. Jauh sekali ...  

Wednesday, September 19, 2012

Kenanga Wholesale City Sebagai Pilihan

Salam Sejahtera ... 

 KENANGA WHOLESALE CITY
Dah lama tempat ini dibuka, tapi leeza tak berkesempatan untuk menjejak kaki ke sini. Hujung minggu lepas, barulah leeza berkesempatan untuk pergi. Sebelum ini hanya dengar sahaja cerita tentang tempat ini. Kawan-kawan leeza ramai yang dah pergi, leeza yang tinggal di KL 23 tahun ni pun tak pergi lagi... 

Bagi leeza tempat ini ala-ala Jalan TAR... bolehlah dijadikan sebagai salah satu tempat untuk dikunjungi. Fesyen dan rekaan baju yang pelbagai. Dalam satu banggunan sudah memuatkan semua jenis pakaian... Bagi leeza, tempat ini boleh dijadikan salah satu tempat yang boleh dikunjungi. 

MAKULMAT LANJUT : LEPAK SINI 



Gambar kat sebelah ni senarai yang ada dalam bangunan ini... Haaaaa..... Simpan tenaga untuk ronda satu bangunan k...

      TITIK SANTAI :   
Ada duit lebih, ada masa lebih... boleh lah terjah sini... Kalau tidak, sebagai cuci mata jer lah jawabnya. 


Tuesday, September 18, 2012

Pavlova at Alexis The Garden

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Penghujung semester lepas (Sem 7), leeza akhiri semester dengan lepak makan di Alexis Bangsar bersama-sama rakan leeza. Bukan kepalang lah melantak makan... (Terjah Sini).....

Di hari lahir leeza, kek pavlova menjadi sebutan lagi. Maka, Alexis diserbu lagi untuk meraikan peningkatan usia leeza. Tapi kali ni kita lepak di The Garden pula. 

Aduhai... Dahhh bertambah angka usia leeza. Tapi yang pastinya.. raut wajah ni masih lagi kelihatan muda.. kah kah kah (angkat bakut daaa) 

Jomm serbu gambar Lepak Makan kami

Decor Alexis The Garden

Antara Menu kami. Air teko tu THUMB UP
Kemuncak : Pavlova ...
Peleraiannya
Antara makanan yang THUMB UP : 
  1. Pizza Pollo
  2. Pavlova
  3. Passion Fruit Tea
Nak tahu pasal Alexis lagi... Boleh lah singgah sini juga..... ALEXIS
 

         TITIK SANTAI :   
Rasanya tahun hadapan pula lah leeza makan PAVLOVA... dan tak rasa nak makan.. hihok....
Lepas ni nak try RedVelvet... mana mau dapat ni... wa wa wa

Monday, September 17, 2012

Tarikh Lahir Dia Pula

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Sebenarnya leeza ketandusan idea nak letak tajuk entri ni. Sebenarnya nak wish birthday kepada MR xXx ni.. Haaaa.... Sorrylah, this year agak sibuk dengan tugasan-tugasan final sem. Sorry yer bos... 

Kek birthday kawan leeza.... Kelihatan sodap nie.... 
Jom kita try nak???  Order order cepat !!!


Ucapan diringkaskan, selebihnya simpan tahun depan. Ha ha ha.....   
  1. Moga gembira dan ceria selalu, apa yang dihajati tercapai dan pastinya terus tabah menghadapi setiap dugaan dalam hidup ini.
  2. Moga dapat menghasilkan Penyelidikan Tindakan yang baik dan segalanya diharapkan dapat berjalan dengan lancar.  

      TITIK SANTAI :  
Ucapan kontroversi ni... haaaaa
I love you. Like a fat kid loves cakes.
Teeettttttt~~~~

Jom main tarik tali... haaaaaaa


Sunday, September 16, 2012

Resident Evil, Retribution: Kecewa Dibuatnya

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Menjelang penghujung sambutan hari lahir leeza, sempat juga leeza terjah panggung sebagai penutup hari. Haaaa... macamlah rasmi sangat kan... Apa-apapun, terima kasih kepada yang sudi meraikan dan meluangkan masa bersama-sama leeza. 


Oklah, entri kali ni nak review movie Resident Evil: Retribution .... Leeza memang minatlah cerita ni, tapi respon yang boleh leeza bagi kali ni. Mendukacitakan leeza. 

  1. Aspek yang mendukacitakan itu, bukanlah dari aspek grafik atau aksinya... Tapi JALAN CERITANYA.. Pada mereka yang dah tengok, apa pendapat u all tentang JALAN CERITA Resident Evil pada kali ini.... Suka? Duka?  
  2. Bagi leeza, jalan cerita tidak cukup "kaw" lah... Leeza menanti juga Alice tu keluar dari tempat "Umbrella" itu dan beraksi pada dunia realiti... Malangnya hampa...
  3. Kalau aksi, grafik dan khusunya aksi Alice.. Memanglah leeza suka sangat! 

Nak cakap banyak pun tak dapatlah, sebab agak kecewa dengan cerita ini. So tak nak kritik banyak sangat.. Leeza bagi 2.8 bintang... 
  •  Jalan cerita ------ 2.5 / 5 Bintang
  • AKSI ------- 3 / 5Bintang
  • PELAKON  ------ 3 / 5 Bintang
  • Latar ------ 2.8 / 5 Bintang 
JUMLAH : 11.3 / 20

       TITIK SANTAI :   
Minat Alice dalam cerita ini. Aksi yang mantap dan seorang wanita yang kuat... haaaaaaa


Lepak Makan: Restoran Wong Solo, Sri Permaisuri

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Antara restoran yang boleh diterjah oleh insan-insan yang suka makan... RESTORA WONG SOLO, iaitu bertemaka ayam bakar dan lain-lain lagi lah. Kalau leeza datang sini, leeza makan ayam bakar jew. heeee....

 Menu yang simple sahaja.... Boleh lah nak cuba kelainan kan....

       TITIK SANTAI :   
Kali kedua singgah Restoran Wong Solo ni... haaaaaaaaaa..... area sri permaisuri....


Friday, September 14, 2012

Buat bakar-bakar di rumah

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Bestnya kalau dapat buat bakar-bakar di rumah kan... Haaaa dulu leeza selalu makan kedai jer... Buffet satu kepada RM25 ke atas.. ada juga harga RM19.90 satu kepala kat area Gombak.. Tapi kali ni leeza nak buat sendiri di rumah.. Masyukkkk.... relax depan TV sambil bakar-bakar kan...

Senang jer nak buatnya... perap jer bahan-bahan yang u all nak bakar... setle lah kan.. Menu leeza masa ni, pastinya ada UDANG... wajib juga ada KAMBING... daging dan ayam.. haaaaaaaa......

Mak aii nak pecah perut tau .... hihok..... Puas hati rasanya buat sendiri semua ni.. Perap dengan sos black paper memang thumb up arrr.... (my bro sediakan semua bahan ni)... leeza tolong tengok dan potong-potong jer.. Kemas pun leeza tau.. he he he ...

Jommm roll gambar kami.... tadaaaaaa~

 Ni baru susun-susun, belum mula bakar.. haaaaaaaa

Oklah mula dah.. juga diuruskan oleh my bro lah... chef di rumah..

Kesimpulannya.... habis semua, tak ada yang tinggal melainkan tempat masak.

         TITIK SANTAI :   
Pada sesiapa yang berminat makan ala-ala gini, boleh try di rumah.. tak banyak pun budget digunakan. tmpat masak tu RM10.90 (yang hitam tu, mcm tmpat masak burger tu)...
Oklah, selamat mencuba... sedap nyer.. macam nak buat lagi lahhh


 

Thursday, September 13, 2012

Serangga lebih hebat daripada Kucing?

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

 Kesayangan adik aku si belang yang bernama MANJA

Sempat jugalah leeza snap gambar si manja ni .. Leeza tengok jer dari jauh mula-mulanya. Lama juga lah leeza perhatikan, apalah yang nak dibuatnya itu..? Mana tahu dia tampar ke serangga tu......

Perghhh.... the end kan... leeza tak sabar, leeza tolak serangga tu ke arah si manja ni... tup tup dia lari terus.. penakut punya kucing..

Leeza ambil pula serangga tu dibawa ke arah dia, dia lari lagi..... 

Kesimpulannya.... ohhh my cat... haaaaaaaa

         TITIK SANTAI :  
Kucing yang dibela sejak adik leeza berumur 12 tahun, dan kini adik leeza dah pun berumur 20 tahun.... sudah tua kucing ini.. sebab tu dia asyik tido, makan dan tolong menyepahkan rumah kami. 
 

 

Wednesday, September 12, 2012

Happy Birthday My Love

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

kredit untuk Mr Google!!

Kawanku kawanku... 
Aku tahu kau sedang dilanda badai,
Diduga oleh "dia" yang merasakan diri serba tahu,
Andai "dia" menyelitkan ketidakprofesionalan dalam situasi ini,
Aku menjadi insan paling bersalah buat kamu.

Aku doakan kamu terus cekal,
Aku masih di sini menantikan kita menyulam keindahan hidup ini,
Apa jua rintangan yang dihadapi,
Aku yakin kau kuat dan seorang yang tabah.
Percayalah, DIA YANG MAHA ADIL.

Di hari yang mulia ini,
Aku ucapkan agar kau sihat sejahtera... 
bahagia selalu... 
dan pastinya berharap perkenalan kita kekal sehingga akhir hayat. 
SELAMAT HARI LAHIR MY DEAR LOVELY FREN... Yang ke 23...!!! hihokkkk

       TITIK SANTAI : 
Pilihan makanan sempena birthday...
1. BOMB ALASKA (William's)
2. PAVLOVA (Alexis)
3. MINUM PETANG (Buffet)
4. Restoran Haven 
5. Panorama



Monday, September 10, 2012

Open House dan Masalahnya

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Tahun ini mencatatkan lagi kenangan buat leeza dan kawan-kawan. Tahun lepas beraya ke rumah pensyarah. Leeza dan kawan-kawan berjaya menjadi running man / running girl... Tahun lepas dari Port Dickson ke Puchong dan berakhir di Sri Kembangan.

Tahun ni hanya 1 rumah diterjah dari PJ ke Shah Alam.. Namun perjalanannya ibarat ke Port Dickson... Stress tahap maxima melihat keadaan jalan raya yang sangat sesak.... Dari jam 3 petang keluar rumah, pick up kawan di PJ. Jam 4 baru bertolak ke Shah Alam dan Jam 6.20 petang bergerak balik.  Jam 7.40 malam baru leeza sampai rumah dan terus ke Wedding kawan yang bermula jam 8.20 malam <SINI>.  Ni kategori cepat lah, sebab leeza drive mmg macam org gila... haaaaaaaa

Jomm roll gambar proses mengenyangkan perut. Detik ini perut ini sangatlah laparrrr......

  Tengok mamat baju hijau... waaa hooo liao nyer makan der...!!!

My dear geng.. sesugguhnya, leeza sangat faham nyanyian kegembiraan perut kalian tatkala segalanya diisi penuh dan sendat... haaaaaaaaaaaaaaa

Next time kalau ada open house musim raya ni, kita perlu bijak mengatur perjalanan dan rancang masa dengan baik. Jangan jadi macam leeza yang berkejar ke sana ke mari. dan hampir cium bontot kereta orang beberapa kali derrrr...... Keadaan jalan raya yang senak kan hati dan kepala.

 

      TITIK SANTAI :  
Oklah, next week ada open house lagi ker nak dipergi erk???
ermmmmmmm

Friday, September 7, 2012

Lepak Makan: Jeselton Park, Kota Kinabalu

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Cuti bulan 6 lepas, leeza pergi ronda bandar Sabah ni. Pergi mana-mana pun, tempat utama yang dicari pastinya tempat makan yang THUMB UP. Biasalah kan... he he he... Kat KL ni pun dah mula teroka-teroka tempat makan yang BEST-BEST gitu. haaaaa..... 

Jom Roll Makanan di Jeselton Park : 

 
Gambar : Kawasan Jeselton Park....

 Gambar : Menu dibelek-belek yer.....


Gambar : Minuman kami.... yeah... dahaganya....


Gambar : Sayur ni nampar menyelerakan. Tapi leeza, "Katakan TAK NAK pada SAYUR." hi hi hi


Gambar : Ikan seekor mai sini... ditutupi dengan sayur-sayuran... Jom selak.. tengok tu, siap pisau lagi dia bagi.... ui naaaaaa

 Gambar : Tomyam Kelapa ..... sedap + pedas... jadi nak hirup pun.. aiyaaaaa..... manyak pedas.

Gambar : Ni sotong... apa nama tah... Sedap juga... he he he semua sedap.. lapar kot masa ni.
Demikianlah, lepak makan kenyangkan perut ... he he he..... Jom lah terjah JESELTON PARK... Sabah ni, memang banyak tempat makan. Thumb Up.

Total makan... RM1++.00

       TITIK SANTAI :  
Sabah  dah pergi... Sarawak... tunggu saya... herk herk...



Wednesday, September 5, 2012

Lepak Makan: Restoran Murni

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Lepak makan lagi bersama santai leeza. Haaaa... memandangkan badan leeza yang kecil dan tak membesar-besar ni. So "saya boleh makan apa saya suka"... (berlagak der)....

RESTORAN MURNI / MURNI DESCOVERY tempat kunjungan leeza seterusnya. Ni semua pengaruh rakan-rakan lah yang menyatakan air di kedai pelik-pelik. 

Pastinya mereka menyatakan kedai ni seperti WILLIAMS.. kira macam lebih kurang tak jauh bezalah...

1stly, mari tengok airnya : 

 Segala macam air. rasanya pun semacam jer...

Mee Raja katanya

Ni nasi goreang apa tah, siap ada ketam satu kat situ.

Grill apa pun tak tahu lah...
hehehehe

Bagi leeza, 3 bintang untuk Restoran Murni.

    TITIK SANTAI :  
Leeza lebih prefer williams.. hehehe
Tapi dua-dua kedai ni ada kelebihannya tersendiri.
Nak tahu lebih lanjut pasal RESTORAN MURNI. <SINI>

Monday, September 3, 2012

Merdeka 55: Kenanganku

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Tahun ini merupakan tahun terakhir leeza sebagai pelajar, kesedaran tentang kemerdekaan negara datang dengan sendirinya. Leeza mengajak rakan-rakan untuk berkampung di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan sambutan merdeka yang ke 55. Penuh semangat patriotik.


Seawal 6 pagi lagi, leeza dah bangun... Well, pergi kuliah pun tak bangun awal macam ni der... Ingatkan leeza awal, rupanya Dataran Merdeka dah penuh.. haaaaaaaaa....

Gambar Kemerdekaan 55 (2012)
Agak kejam lah, leeza menyelit kat budak-budak dan duduk depan budak-budak tu gara-gara nak tengok perarakan sangat. Teruk perangai!! Siap ada pak cik ni cakap “Yang besar-besar tu pergi belakang lah..” tapi leeza duduk masa tu, bukan berdiri. Herk herk.. sorry pak cik!

Habis perbarisan, leeza join kawan leeza pergi serbu depan pentas.. Konon kami nak serbu tengok barisan menteri, alek-alek kami yang kena himpit dengan luatan manusia.. FRU jerit... “Ke balakang ke belakang”.. Macam sardin der... huuuuuuuu.... Actually kami nak tengok DR M jer.. like him so much...

Ok then, nak angkat kaki cau lepas tengok DR M dekat-dekat... Tup tup kena lagi dgn FRU... “KE TEPI KE TEPI” ... aiyaaa... mahu marah dibuatnya...

Sekali lagi leeza stuck, rupanya, PM, Timb PM & Dato' Seri Utama Dr RAIS YATIM di hadapan kami... leeza pun mengambil kesempatan  ini untuk melihat pemimpin negara secara dekat...... tak ketinggalan, Datin Sri Rosma..  


TITIK SANTAI :  
Leeza bangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur berada di bumi bertuah ini.

Sunday, September 2, 2012

Perjalanan ke IPG KBM

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Setiap minggu leeza pasti melalui perjalanan seperti ini. Kadang-kadang kalau rasa nak cepat tu, memang stress lah. Padahal tak ada lah sesak apa-apapun.  Cuma tak faham kenapa banyak kereta... haaaaaaaa



Kalau leeza ada driver kan bagus, nak pergi kampus orang hantar, orang ambil. Kita duduk belakang tidur.. ki ki ki ki......


      TITIK SANTAI :  
Lampu meter kereta yang ditukar oleh adik... 
Merah seperti keretanya... dan i like red, white n black... sorry roomate, memang i suka black lah.


Kehilangan

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Hati aku rasa KEHILANGAN....
Dalam keriuhan, otak aku terus berfikir ....
Mencari kebenarannya ...
Pada siapa amarah yang mahu ditunjukkan ....