Sunday, October 28, 2012

Teater Tun Siti Hasmah: Dari Hari Seorang Perempuan

Salam Sejahtera ...
Dipetik Daripad Twitter Lisa Surihani
Dah lama leeza tunggu detik ini, hari tu bukan main leeza berkobar nak tengok teater ni. Well, ada Erra Fazira kan.. Namun, yang terkini teater ni dibintangi oleh Lisa Surihani dan Eja. Tak sabar rasanya nak serbu Istana Budaya. 

Actually entri ni kategori nak promote teater ni. Sebelum ni leeza dah tengok 2 kali Teater Muzikal Tun Mahathir. Sekarang mana mungkin leeza nak lepaskan peluang keemasan ini. Ikutkan jadual pementasan ini adalah pada 30 Ogos - 9 September, tapi ditunda ke tarikh 9 hingga 19 November. Teater ini diarah oleh pengarah tersohor iaitu Erma Fatima.

Jom ramai-ramai serbu Istana Budaya
Dari Instagram Lisa Surihani

Tiket dah boleh beli sekarang : <SINI>
Harga Tiket :  
Jumaat & Sabtu malam - RM35, 75, 95, 125, 185, 305

Selain Jumaat & Sabtu malam - RM35, 55, 75, 105, 155, 305 
Masa : 3 petang dan 8.30 malam
      TITIK SANTAI :  
Marilah kita menyokong pementasan ini. Kita lihat hati seorang perempuan. Ada yang memaklumkan teater ini memaparkan perjalanan kisah yang agak sedih. Leeza sendiri sedang mencari sinopsisnya.
Cuba baca pesanan Tun Siti Hasmah kepada isteri-isteri pemimpin... <SINI>


Saturday, October 27, 2012

Pertandingan Bola Tampar: Untuk 1 Hari

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

18 Oktober 2012.. Leeza join pertandingan bola tampar kat tempat leeza belajar ni. Pertandingan yang mula jam 4 petang ni berakhir ketika azan magrib. Perghh...... Masa penyampaian hadiah... golap gelita der... 
 
 Kali ni papan kekunci stuck sikit, so tak dapat nak taip banyak-banyak. haaaaaaa.... Apa-apapun event macam ni memamng best sebab ... dah lama leeza tak beriadah di petang hari. Selalunya... zzzZZzzzzz....

Kepada team leeza "Untuk 1 Hari" .. apapun kita happy jer hari ini. Walaupun hanya naib johan, itu dah kira baik sebab dah berapa lama kita berkubur dalam pentas bola tampar ni haaaa... hihok..

TITIK SANTAI :  
Nama team leeza ni, sebenarnya leeza yang letak. Kalau tidak kami kekal dengan nama popiah untuk beberapa tahun dulu. Tapi sekarang dah tukar. Ceritanya, sebab kawan leeza tanya, nak letak nama apa. Kebetulan leeza baru jer lepas tengok filem Untuk 3 Hari. So leeza cakap lah Untuk 3 Hari. Tak tahu pula kawan leeza take serius dan dia buat ubah suai jadi 
UNTUK 1 HARI. 




Thursday, October 25, 2012

Teater Pelangi: Tema Kepahlawanan vs Coklat

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Seperti yang leeza maklumkan sebelum ini, minggu lepas IPG Kampus Bahasa Melayu ada KARNIVAL PEMENTASAN TEATER. Sebelum ni dah share pasal TEATER TAMAN LAUT <sini> ... Baiklah, sekarang teater PELANGI... yeahhh.......

Sebelum tu leeza cuma nak maklumkan, entri ni bukan bertujuan untuk menilai kelemahan, mencai kekurangan. Tapi perkongsian idea dan rujukan kepada sesiapa yang bakal membuat pementasan pada tahun hadapan. Ok dear..... Jommm tengok gambar....
 

1. Pencerita kita selaku pengarah teater.... So cute pencerita dia tu tau....
2. Tengok tu tarian mereka yang bukan main lagi. Well so nice pereka tari tu.. Like
3. Paling lawak watak coklat, tentera coklat yang hujung sekali tu, kepala terkeluar tu.... Yes itu best frenz i. haaaaaaa 
Bukan lawak apa, tp sebab kelakar tengok kawan sendiri jadi macam tu. Mengalir air mata i ... haaaaa

1. Watak antagonis (jahat) pada petak 1st tu... suaranya sungguh besar dan jelas... Agak chubby ar orang nya... la la la... jangan mare erk....
2. Petak 2nd tu, itulah watak tentera coklat. kepala terkeluar di tengah-tengah coklat, lucu lah leeza tengok.. ganas tau sebenarnya ... Make up pun cun cun gitu...
3. Petak 3rd ramai-ramai tu... yang berbaju petak itu, pensyarah pembimbing ... dulu beliau juga merupakan pensyarah pembimbing leeza... Puan Kamaliah... Serius sempoi .... tiba-tiba rindu pada teater mesin leeza....
4. My best frenz with her lovely mom. Jauh maknya datang tau.. Moral support... happy family!!

1. Leeza nak ucapkan tahniah kepada PRODUKSI FORTE dengan PEMENTASAN TEATER PELANGI. Semua kelihatan happy selepas satu tanggungjawab selesai... Syabas...
2. Buku komen dipenuhi. Walaupun ada komen yang negatif, abaikan dan jadikannya sebagai bekalan untuk mengharungi masa akan datang. Setiap sesuatu yang kita buat, mana mungkin sempurna dan tak dapat puaskan hati semua pihak. Bravo geng....

TITIK SANTAI :  
1. Apa pun yang kita buat, hanya diri kita dan DIA yang tahu SEBENARNYA.
2. Adakala satu perkataan yang kita cakap, boleh disalah tafsirkan oleh mereka-mereka yang sememangnya ada perasaan "tidak suka, iri hati mahupun cemburu" dengan kegembiraan kita. Jadi, renungkan 1 perkataan itu dengan positifnya. Jangan hanya menerima yang tidak baik dan terus menghukum tanpa usul periksa. Kerna itu cukup membuat hati terluka.

Wednesday, October 24, 2012

Hasilkan Buku Skrap Yang Baik

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Kali ni leeza nak share berkaitan kekreatifan kita menghasilkan buku skrap. Masa zaman sekolah dulu, main taram jer buat buku skrap. Semester ni ada assignment yang suruh buat buku skrap. Hadoii.. malas der.... 

   1stly, leeza nak bagi tahu gambar2 yang leeza upload kan ni, bukanlah hasil leeza tau. Tak sempat nak snap lah hasil group leeza. Actually hasil kami tak sehebat gambar-gambar yang leeza snap ni.

   Nak menghasilkan buku skrap tidak lah susah sangat pun. Yang penting kita kena KREATIF dan ada DAYA IMAGINASI yang unik. Haaaa... Lepas tengok contoh-contoh kawan ni, barulah leeza terfikir, kenapa lah leeza tak pernah terfikir untuk buat semua tu. 

1. Kita mestilah dah tahu tema warna kita. Janganlah pilih satu jer warna. Pilihlah dalam 3-5 warna. Jangan terlalu banyak warna. Serabut nanti. 
2. Pastikan kita ada lah letak gambar-gambar yang cute-cute ni.. Macam contoh kat atas ni. haaaaa

3. Tengok hasil kawan leeza ni. kreatif bebenor. Rajin pula tu gunting-gunting... Hasil yang thumb up!

4. Page yang ok lah... ada gambar-gambar. Macam album dah jadinya ni... 

5. Kalau untuk muris sekolah, tak perlulah letak bibliografi (yang page warna hijau tu).

Demikianlah contoh buku skrap. Harap mereka yang bakal menghasilkan buku skrap. Buatlah sekreatif yang mungkin. Bagi ada timbul-timbul, terkeluar gambar 3D ker... comform teruja cikgu yang mengajar. 

       TITIK SANTAI : 
Terima kasih kepada rakan leeza yang sudi memberi leeza snap gambar buku skrap dia ni. Seterusnya, menjadikan contoh dalam entri ni. Sesungguhnya, kawan leeza sorang ni memang kreatif pun. Daya imaginasi di luar kotak fikiran adakalanya. haaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, October 22, 2012

Taman Bukit Tawau Kawasan Apa?

Salam Sejahtera ... HeLLo0o0o...


Tawau ohh Tawau... kampung halaman rakanku... Rindu nyer Sanggar Cheese... Makanan laut segar-segar di sana. Waaaa... yummie..... dan pastinya murah... Kalau di sini... mahal sedikit lah kan...

Kali ni kita roll percutian atau persinggahan di Taman Bukit Tawau a.k.a “Table” ... Tah lah, kawan leeza cakap nama tempat tu lebih komersial dengan TABLE.. meja ker apa.. Padahal tempat mandi manda... Masa pergi sana, we all tak mandi pun, just main-main air. Haaaaa.. kalau kat sini ala-ala Sungai Gabai, Sungai Congkak n so on.

Masuk berbayar yer di sini.. RM3 per person!

Jom Roll Foto.... Snap Sana Sini Situ ....
Snap gambar area-area nak masuk....
Nak mandi-mandi, silalah lalu jambatan ni dulu. Gerun sih!!
Pokok tumbang ker apa ni.. Tah lahhh...

Waaa seronok nyer mandi manda..
Monyet nyet nyet....
 Tunggu masa jer tu nak "ambil" makanan di situ.... haaaaaaaaaaaa

Nak roll story masa kat sana ...

Ada story sikit, masa leeza pergi tempat ni, baru lepas hujan. Tapi hujan tak lah lebat, mcm renyai-renyai jer.. Masa leeza nak balik, tetiba ada penyelamat ni dok jerit suruh orang yang tengah mandi tu semua naik... Leeza terkejut gak.. penyelamat tu siap pergi tarik budak-budak kecik yang ada. Masa tu keadaan sekeliling, atas, bawah, kiri, kanan, semua ok jer..

Dup dup... uiiii naaaaaaaa...... Air sungai tu jadi keruh, air laju giler... Dari air jernih jadi air teh tarik dah warnanya.. Deras yang amat lah air.. Pergh bahaya nyer... Kawan leeza ada juga cerita yang tempat tu bahaya juga. Kena hati-hati dan sentiasa berwaspada... hmmmmm ...


Titik Santai :  

Agak-agak berpeluang ker lagi leeza ke sana... Kalau lah kan, kalau dapat pergi lagi.. Leeza nak sanggar cheese dulu! Haaaaaa.......

Soalan Santai :  
Pandangan u all tentang blog santai leeza setakat yang u all pernah singgah.. Komen-komen sikit, nak buat penambahbaikkan....

Saturday, October 20, 2012

Master Cook Bandar Sri Permaisuri

Berhujung minggu di MASTER COOK, BENDAR SRI PERMAISURI.... Thumb up lah bubur dia... masyuk der... serius yummieeee sangat2..... Jom roll gambar yang sempat leeza rakamkan... 

  Berterabur makanan ni der... haaaaa

Juadah di Master Cook Bandar Sri Permaisuri

Actually leeza tak sempat nak snap gambar bubur sedap yang disediakan Chef di Master Cook Bandar Sri Permaisuri ni.. haaaa.....  Pada mereka yang minat makanan CINA.. Restoran ni sesuai dikunjungi dan HALAL juga... 

Tengok tu kawan leeza makan... Serius menikmati tol arr dia ni... 

Menu leeza di Master Cook Bandar Sri Permaisuri: 
  1. Kedondong asam boi - RM4.50
  2. Chinese Tea Pot - RM3.00
  3. Mushroom Chicken Porridge - RM6.20
  4. Scallop Porridge - RM6.20
  5. Germany Twister Rolls - RM6.20
  6. Crispy Crabmeat Wanta - RM6.20
  7. Chinese Fried Rice - RM5.50
  8. Red Bean Dessert - RM6.20
LOKASI : 
Master Cook
H19, JALAN DWITASIK 2, 
DATARAN DWITASIK, 
BANDAR SRI PERMAISURI, 
CHERAS, KL.

   TITIK SANTAI :  
Makan itu perlu bagi kami.. hehehe
Selamat Menjamu Selera kengkawan !!!

Friday, October 19, 2012

Kuih Bulan dan Kenangan Dulu

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Kuih bulan adalah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bertujuan untuk upacara sembahyang qamari dan memerhati bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa pada peristiwa ini. (info wikipedia, terus membaca)

   Leeza suka juga makan kuih bulan ni. Lagi-lagi yang inti kacang merah. Kalau inti telur masin, kurang suka. Ingat lagi masa zaman budak-budak dulu, siap main tang long dengan jiran-jiran. Paling best, bila datuk leeza hadiahkan leeza & adik tang long. Kalau leeza tak silap, leeza dapat tang long ikan emas. Haaaa.... Kelakar bila terkenang zaman tu. 

   Pernah setahun tu, papa leeza buat tang long sendiri. Tapi bentuknya bulat jer.. Warna warni permukaan bulatan itu. Rasanya kali terakhir main-main benda tu semua masa umur 10 ker 11 tahun. Cepat masa berlalu... Hmmm rindunya kenangan arwah mama leeza ada... :-(

   Rasanya tahun lepas tak berkesempatan nak makan, sibuk dengan praktikel dan musim raya aidilfitri. Yeahh tahun ni dapat makan kuih bulan hasil pemberian dan hadiah orang... Inti kaya.. Sodap juga rupanya... 

1st sekali tgk kotak, halal ker tidak.. haaaaa
Oklah... Dah besar panjang, so main tang long, pasang lilin-lilin dah tak ada dalam kamus hidup ni. Haaaa.... Apa-apa pun, kenangan sentiasa indah buat kita dikenang.

    TITIK SANTAI :  
Moga u all juga dapat mengenangkan yang indah-indah dalam hidup u all. Jangan jadikan kenangan pahit itu sbg penghalang kita untuk terus maju. Yang pahit boleh dijadikan manis jika kita berfikir ianya satu yang manis. Ok babe....


Wednesday, October 17, 2012

Teater Taman Laut: Kehidupan Laut Yang Comel

Salam Sejahtera ...
Minggu ni IPG KBM dipenuhi dengan pementasan teater. Setiap malam ada pementasan teater kanak-kanak. 15hb Oktober 2012 menyaksikan pementensan teater Taman Laut oleh kumpulan 6C (2012). Oklah, leeza pun tak nak conteng banyak-banyak kat sini. Jom roll gambar dulu.

1.. Yeah ini lah watak-watak antagonis. Selalu dalam teater kanak-kanak, leeza memang suka watak antagonis. Kenapa? Sebab dulu leeza pun pegang watak jahat. Kah kah kah ... Make up yang BRAVO der.

2.. Ini watak-watak penyelamat. Ikan duyung, sotong, ikan apa tah.. Masa ni leeza gelak sampai mengalir air mata tengok sotong pink. kenapa erk? entahlah.... 

3.. Pembukaan dengan persembahan silat yang menarik. Kapal tu plak, memang reka bentuknya sangat menarik, kreatif. Tengok tu ada watak bunga tau. Siap menari-nari lagi tu. U all boleh menari ker?

4.. Tamat sudah pementasan. Tahniah diucapkan. Usaha yang baik untuk adik-adik di IPG KBM. Watak paling leeza gemar, semestinya SI GIGI SENGET. ki ki ki

Untuk pengetahuan para pembaca, IPG KBM menawarkan kursus Kesusasteraan Melayu dan pementasan teater ni merupakan salah satu assignment yang wajib dilaksanakan. So, setiap tahun di IPG KBM mesti ada pementasan teater. Tahun ni ada lima kelas major BM, so ada 5 malam pementasan teater. 

      TITIK SANTAI :  
Tahniah semua... Leeza menanti 3 lagi teater. Tahun terakhir tengok teater di IPG KBM. huuuuu
TAHNIAH PRODUKSI AQUA C -- PISMP 6C (2012)

Tuesday, October 16, 2012

Sungai Congkak: Aktiviti Berkelah Yang Santai

Salam Sejahtera ... 

Bila mamat macho yang membakar
Siapa sangka sudah 5 tahun setengah leeza dan rakan-rakan menimba ilmu di IPG KBM. Pelbagai dugaan, rintangan dan halangan yang kami tempuhi bersama. Semester akhir ini, kami padatkan masa dengan melakukan aktiviti bersama-sama. Mana mungkin tahun depan dapat dirasai seperti ini lagi. Betul tak geng.

   Leeza mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala kekurangan dan keterlanjuran bahasa. U all memang awesome dan banyak menjadikan leeza lebih baik. Sebelum mengenali u all sehinggalah kini, u all memang terbaik dan insyaallah segala ilmu yang pernah dituntut bersama-sama akan leeza ingati. Moga kenangan lima tahun ini terpahat baik dan kemas di setiap ruang fikiran kita. 

   Kenangan tercipta lagi tahun ni, mandi manda di Sungai Congkak. Well, Mr Ferdy, leeza nak ucapkan terimassss banyak-banyak sebab aturkan 1 event yang awesome dan pastinya menjadikan kami semua di situ seperti seorang kanak-kanak ribena yang terlupa bahawa kita semua bakal menjadi seorang pendidik. Will miss this moment so much.

Oklah.. jommm roll gambar ...... 
Tengok sosej tu, teruk tol... errrr
Gambar yg keempat tu, pertandingan.
Kapal leeza yang kedua dari kiri. Pakai daun jer.. Menang juga tau nombor tiga.. Well... Kesian yang pakai buluh tu, tenggelam masa pertandingan. haaaaa.......

Pertandingan kapal guna kertas, leeza menang 1st. yeah... like arrrr.... herk herk....

Oklah u all... Moga segalanya baik-baik belaka. Ceriakan hari-harimu... Smile...



    TITIK SANTAI :   
Setiap detik yang berlalu andai dikenang kembali, rasa sangat rindu dan adakala kesal kerana tidak menghargai masa yang berlalu itu.


Monday, October 15, 2012

Pertandingan KUGIRAN Rentak Kampus

Salam Sejahtera ...

Malam Sabtu, IPG KBM telah mengadakan pertandingan KUGIRAN Rentak Kampus. Ni 1st time lah leeza tengok pertandingan ni. Sebab sebelum-sebelum ni leeza tak pernah pun nak pergi tengok. Hoooo.... Tahun ni dah last berada di IPG KBM, maka pulun lah berkunjung semua event yang ada. hihok...

Jom roll gambar yang sempat leeza snap : 

1.. Gambar yang sempat snap... Oh yer, pertandingan ni tak ada unsur lighting sangat pun. Ada masalah teknikel....

2.. Yang penyanyi perempuan tu, main gitar berbaju hitam tu dan yang main kibod baju putih tu, classmate leeza. Diaorang ni semua berbakat lah, leeza jer tak ada bakat dalam muzik-muzik ni. Men"sumbang"kan lagu boleh lah...

4. Team semester 8 dapat 2nd. Yang tengah-tengah tu. Yang atas sekali (The Ruthin's) juara pada tahun ini. Tempat ketiga team semester 6 tu.

5. Ada persembahan jemputan (siapa berbaju putih tu? he he he), persembah pensyarah dan staff... Ada juga anugerah khas tau. dapat gitar. Dua buah gitar menjadi rebutan. Perghh masyuk der....

6. Vokalis terbaik semestinya pelajar yang bersuara ala-ala anuar zain tu... hoooooo

Oh yer sorry lah yerk sebab kualiti gambar low lah. Masa edit tak letak high quality. kesilapan yang tidak disengajakan....

     TITIK SANTAI : 
Apa-apapun, leeza enjoy dengan performance malam ni. 
Moga tahun depan terus sukses event ni. Buat siap ada lighting, mestilagi thumb up ar....

Sunday, October 14, 2012

PT: Soalan Yang Ditanya Semasa Pembentangan Penyelidikan Tindakan

Salam Sejahtera ... HeLLo0o0o...

Mula-mula sekali leeza nak cakap sorry kat mereka yang mungkin tak faham apa leeza terangkan di bawah ni. Pada pembaca yang santai-santai singgah, leeza buat entri ni untuk rakan-rakan guru yang bakal membentang PT mereka bulan November nanti.


Entri kedua berkaitan Penyelidikan Tindakan. Kali ni leeza nak share berkaitan soalan yang ditanya semasa pembentangan. Senarai soalan-soalan ini bukanlah semestinya ditanya. Sepanjang pemerhatian leeza, inilah yang leeza sempat catatkan soalan yang ditanya oleh barisan penilai.

1.. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini?
(Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.)

2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran? 
(soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan)

3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti.

4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda? 
(leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal)

5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda? 
(soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.)

6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang tidak anda terangkan dalam dapatan kajian? Maksudnya, Terangkan fungsi item yang tidak menjawab soalan kajian anda. Apakah kegunaannya?

7.. Sekiranya kumpulan sasaran anda tidak melibatkan setiap pelajar dalam kelas. Soalan seperti ini mungkin ditanya, 
  • Mengapa kumpulan sasaran anda hanya 10 orang? 
  • Bagaimanakah dengan murid yang lain? Adakah mereka tidak perlukan intervensi yang dirancang?
  • Apakah aktiviti yang anda lakukan kepada murid lain yang tidak terlibat dalam kajian anda?
  • Bilakah anda laksanakan intervensi/tindakan anda ini? Semasa pnp / di luar waktu pnp?
8.. Sekadar maklumat tambahan : Apabila 2 alat kajian menjawab satu soalan kajian, itu dinamakan SEMAKAN SILANG. Apabila 3 alat kajian menjawab 1 soalan kajian, itu dinamakan triangulasi.

9.. Mengapakah anda menggunakan alat kajian (soal selidik, temu bual, ujian / analisis dokumen) dalam kajian anda ini? 
(Untuk menyokong & membuktikan instrumen yang direka dapat membantu murid meningkatkan kemahiran .........)

10.. Bagaimana anda mencipta rumus/akronim tersebut? Misalnya, kalau anda cipta rumus MATBPAKOP untuk membezakan fungsi kata sendi dari / daripada. 
(Di sini anda ceritakanlah bagaimana anda cipta rumus tu.... Sebaiknya dengan sokong literatur...)

11. Kajian anda menggunakan rumus/akronim PKKNSB untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penulisan, anda meminta murid menghafal ayat (Pak Kasim Kata Nini Seperti Bulan) untuk murid ingat PKKNSB itu. Soalan ini boleh ditanya, Apakah nama kaedah ini
(Dalam erti kata lain, anda kena kuasai juga keadah anda itu, tinjauan literatur berkaitan kaedah ini.)

12. Dalam kajian ini, teori apakah yang anda pegang?

13. Slide cadangan seterusnya, soalan yang selalu buat pembentang keliru. Anda mahu lanjutkan tempoh pelaksanaan kajian / tempoh penyelidikan tindakan? 
(Kebanyakkan jawapan ialah tempoh pelaksanaan kajian / intervensi untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam kemahiran .......) 

: : : : TIP PEMBENTANGAN PT <SINI> : : : :