Wednesday, November 28, 2012

KELABU by Nadia Khan: Karya yang buat aku rasa geram

Salam Sejahtera ...

Leeza sebenar dah lama sangat tak baca novel. Sejak praktikel agak sibuk dengan beban kerja dan komitmen terhadap blog telah menghalang leeza daripada membaca novel. Leeza mula baca novel KELABU ni sebab nak balas dendam kat paper leeza yang terakhir iaitu KESUSASTERAAN MELAYU. Sebabnya leeza tak tahu nak baca apa dan leeza agak bosan dengan subjek tu. So leeza baca novel ni sehari sebelum leeza exam. Agak kurang sopan tindakan ini. Beberapa jam sebelum exam pun, leeza baca novel ni juga tanpa leeza fikir tentang exam. Serius lepaskan geram!


Actually pada mereka yang tidak pernah membaca novel ini. Leeza sangat mengalu-alukan u all membacanya. Well, sehingga satu ketika itu, leeza baca.. kira-kira jam 2 pagi.. Perghh... leeza rasa macam nak lempar buku ini. Ouch... Dalam hati dah maki-maki dah... Kalau bukan sebab 2 pagi, rasanya leeza dah jerit kot.....

Kalau u all baca pun, u all akan rasa sama seperti leeza rasa. U all baca lah dulu dan u all akan faham perasaan leeza. dan leeza mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH KEPADA NADIA KHAN sebab berjaya menghasilkan karya yang begitu unik sekali. "Apakan daya aku telah menjadi salah seorang pembaca tegarmu yang juga telah berjaya masuk ke perangkap kata-katamu. Ohh Nadia Khan.... sungguh kelabu barisan penulisanmu!"

Oklah... Pendek kata.. Belilah KELABU, Penulis NADIA KHAN, Keluaran FIXI. Leeza jamin pasti anda sendiri kelabu dengan perasaan anda. hoooooo...... 

TITIK SANTAI :  
Kini aku sangat mengerti erti kelabu.....

Saturday, November 24, 2012

The Twilight Saga: Breaking Dawn: Part 2

Salam Sejahtera ...

Hari ni memang satu kepuasan lah sebab akhirnya berjaya menonton filem yang dinanti-nantikan ini. Paling terbaik sebab leeza bertemu dengan peminat filem ini juga. Hari khamis hari tu kawan leeza dah beli tiket. Semangat giler.... Secara keseluruhannya memang TERBAIK dan pada mereka yang memang minat siri The Twilight Saga akan berasa sangat berpuas hati walaupun pada sekerat perjalanan cerita, u all rasa macam nak campak jer pop corn yang u all tengah makan atau u all akan jerit "aaaaaaaaaaaaaa"..... 

1. Aspek latar filem ini sama sekali tidak dapat kita pertikaikan lagi. Seperti siri-siri yang lepas, bagi leeza ianya cukup memuaskan dan rumah mereka - menjadi rumah idaman leeza

2. Aspek pelakon - ramai orang menyatakan peminat utama siri The Twilight Saga ni majoritinya kaum wanita atas sebab barisan pelakon lelaki di dalam siri The Twilight Saga ini terdiri daripada mereka yang memiliki rupa paras yang thumb up. Perkara ini tidak dapat disangkal sama sekali. Kisah romantik, kisah cinta sebegini pastinya memerlukan pelakon yang tampan lagi bergaya. Tidak kiralah Jacob mahupun Edward, bagi leeza kedua-duanya thumb up. Siri The Twiligt Saga Breaking Down Part 2 kali ini akan kelihatan begitu ramai vampire dan berbagai-bagai jenis. Bermata merah dan memiliki kelebihan yang tersendiri. Kalau u all nak tahu... Tengoklah nanti...

3. Kalau nak diikutkan jalan cerita dalam buku, berbeza dengan jalan cerita yang ada pada filem ini. Perubahan dilakukan atas sebab apa, leeza sendiri tak pasti. Yang penting cerita di dalam novel dan filem, kedua-duanya tidak mendukacitakan peminat. Haaaaaa.... Bella masih HIDUP dalam siri kali ni dan adakah Bella masih kekal sebagai manusia? atau sebaliknya? dan apakah status anak yang dilahirkan itu, manusia? vampire? 

4. Siri kali ini tidak ada yang menyentuh emosi sangat, hanya terdapat satu insiden di mana satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada Cullens, membuat leeza agak kecewa... kenapa kenapa berlaku begitu? Tapi perasaan itu tidak lama membelenggu ... sebabnya... u all tengoklah sendiri... sorry ...

5. Apa pula berlaku pada Jacob?? U all pasti tidak sangka jalan cerita siri The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2, Jacob bercinta dengan  Renesmee Cullens .. siapa dia ni... haaaa 

6. Secara tidak langsungnya dalam cerita ini ramai vampire yang mati kerana mereka bertarung antara mereka. Namun secara langsungnya, hanya ada seorang sahaja yang mati. Pasti u all pening dengan ayat ni kan... Haaaaa... kalau u all ingat watak Alice.. u all akan faham kenapa leeza cakap macam ni... la la la la

Demikianlah coretan leeza tentang The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2. Pada mereka yang memang berminat, silalah pergi menonton. Pada mereka yang tidak ikut siri ni, pada pandangan leeza, kalau tak tengok yang lepas-lepas pun, u all boleh faham.. .. 

Ringkas + Cinta + Pengorbanan + Strategi 

Lepas habis tengok filem ni, leeza terfikir satu perkara.. Kesian dengan ayah Bella iaitu Charlie Swan kerana dari awal sampai akhir siri, Anaknya si Bella ni asyik merahsiakan itu ini. Melihat dari persepsi seorang ayah, pasti rasa kesian pada Charlie Swan kerana anaknya banyak menyimpan rahsia dengannya.


Thursday, November 22, 2012

Pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah Dilanjutkan?

Salam Sejahtera ...


Pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah yang berlangsung pada 9 hingga 19 November di Istana Budaya mendapat sambutan yang hangat. Siapa yang menonton pementasan ini pasti berasa seperti mana yang leeza rasa sekarang.

Semalam leeza terbaca tweet dan status FB rakan leeza yang menyatakan pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah ini akan dipentaskan sekali lagi pada 28 November hingga 3 Disember. Waaaaa.... Siapa sangka teater ini akan dipentaskan lagi, tambahan dalam jangka masa yang terdekat pula tuuu... Jadi pada mereka yang terlepas peluang melihat pementasan ini, haaa peluang datang sekali lagi untuk kalian... Hoooooooo

Leeza tak pastilah sejauh mana kebenarannya, kawan leeza yang terlibat dalam pementasann ini memaklumkan berita gembira ini. Kalau ada berita yang terkini, leeza maklumkan...


Teater Tun Siti Hasmah akan disambung tarikh pementasan pada 28 November hingga 3 Disember di Istana Budaya atas permintaan ramai.

#Alhamdulillah


dan ini tweet seorang blogger MR QARL (tengok 20 gambar sekitar pementasan berlangsung)


Teater Tun Siti Hasmah bakal menemui penonton sekali lagi 28 Nov - 3 Dec ini! Yay! Tahniah @Umieaida @erma_fatima @LisaSurihani @NazimOthman


Tentang Tribute Teater Tun Siti Hasmah : 

Apa-apa pun u all tunggu dulu perkembangan berita gembira ini ya... Leeza harap ianya benar-benar terjadi....


Monday, November 19, 2012

Lepak Makan: EspresSoup, BSC. Lepak Terakhir Kami

Salam Sejahtera ...

Sebelum melabuhkan tirai semester 8, leeza dan roomate tersayang sempat berjimba, habiskan baki-baki elaun, spend time together dan bersama-sama mengimbau kembali kenangan selama 5 tahun setengah bergelar roomate. Well, kami kelihatan seperti tiada apa yang mahu dibicarakan. Tapi tahukah kalian bahawa kami telah menjadi partner yang banyak berceloteh bila berdua.

Ramai  orang cakap perempuan ni kalau bersembang pastinya bergosip. Haaaa... kami ni bukan bergosip jer, macam-macam dah kami bualkan. Isu paling hot yang selalu kami bualkan.... Pasal tempat makan, wayang dan ARTIS. Malahan boleh bersms antara kami sekadar nak cakap sesuatu yang tak penting (cth, "buka tv skrg, si A punya baju tu, kau tgk... bla bla bla) Merapu-rapu jer kadang-kadang kami ni.

Kadang-kadang leeza fikir, antara kami tak ada minat yang sama atau buat aktiviti yang sama. Kami ni berbeza, langit dan bumi. Tapi bila duduk dalam bilik, mak ai.. macam-macam dibualnya. KALAH mak jemah.. kami ni banyak isu dunia nak dibincangkan sebab tu jiran kiri kanan depan bilik pun TAK KENAL. Dah penghujung semester, baru tahu "ohh dia ni duduk depan bilik aku!" Well we are not a busy body girl. Just suka gosip-gosip antara kami. Banyak berceloteh ni.. Jomm roll menu perpisahan kami .....

Ini KAMI punya... KAMI ....

Ini DIA punya.. maksudnya DIA.. 
Yeah roomate i ni suka bebenor spaghetti and leeza terbalik...

Ohh yeah.. this is mine.. Mean MINE..
Tak habis pun, siap bawa balik asrama ... huuuuu tamak sangat!

 Air yg ala-ala coklat (mcm neslo jew rasanya) DIA punya. Siap dia warning kat leeza... "Jangan Mintak !!" kedekut punya kawan.. The end dia cakap "Kau nak, aku macam nak pecah perut..." ouch... 

Inilah kedainya...
ESPRES SOUP kat Bangsar Shopping Centre...
Makanan kat sini biasa jer.. Harga pun oklah.. Tak mahal dan tak murah...

Sebelum KAMI balik.. beli kek dulu.. Side dish bak kata roomate leeza..
Kek ni memang thumb up lah yer..
Harga RM9 gitu.. kalau tak silap lahh...

Sebenarnya bak berjimba pasal perut ni... roomate leeza memang sekepala lah dengan leeza. Bak nak melabur duit dalam makanan.. serahkan kat kami. Walaupun leeza makan tak banyak dan selalu tak habis (kategori membazir), tapi leeza suka makan. haaaa... Sebab tu leeza kena pergi makan dengan orang yang KUAT MAKAN.. Contoh my roomate salah satu calonnya..

  TITIK SANTAI :  
Sometimes we need  someone to simply be there. Not to say anything or fix eanything, but to let us know they're on our side and that they care for us. 

TAMAT

Sunday, November 18, 2012

Keputusan Penuh AIM 19

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


  1. Anugerah Album Terbaik - SalamMusik
  2. Anugerah Lagu Terbaik - Patah Seribu - Shila Amzah
  3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita - Jaclyn Victor
  4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki - Bahagia Sementara - Jamal Abdillah
  5. Anugerah Sri Wirama dianugerahkan kepada Alleycats!
  6. Anugerah Kembara AIM 19 - Tahniah kepada Mizz Nina!
  7. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Penyanyi Luar Negara - Sudah Cukup Sudah
  8. Lagu Rock Terbaik - Idola
  9. Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu
  10. Video Muzik Terbaik - Sparkle - Yuna
  11. Vokal Berkumpulan Terbaik - Forteen
  12. Artis Baru Terbaik - MOJO
  13. Anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days
  14. Lagu Nasid Terbaik - Doa

1. Siapa yang menonton AIM 19 pada malam ini. Silalah kongsi pengalaman anda. ceh ceh ceh.... 
2. Leeza "teruja" dengan ucapan daripada Shila Amzah... Siap diperli oleh Pak Nil lagi tu... No matter what ... i hope both of u will happy together (shila n shanaz)... "cinta hati" .. "penari latar" .. Biasalah gurau-gurau gitu..... 

TITIK SANTAI :  
Tahniah kepada semua pemenang dan leeza like sangat ucapan daripada Alleycat ...  

Saturday, November 17, 2012

Lepak Makan: Serai Empire (The Best Pavlova)

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Kali ni entri berkaitan makan, tekak dan perut. Haaaa.... Kepada peminat Pavlova, Leeza nak introduce kat u all agar terjah restoran Serai Empire Shopping Gallery. Awesome gilerrr taste Pavlova kat sini. Bagi leeza... Leeza lebih suka kat Serai Empire compare to Alexis. He he he... But both of it still in a good taste. 

2. Oh yeah bulan november ni murah rezeki leeza. Kawan leeza belanja leeza makan pavlova. Terima kasih yer kak Noraini. Actually kak noraini ni cikgu kat sekolah leeza praktikel and im so happy tat kita masih kekal berhubung. Love u and thx so much...... 

3. Tak perlu nak bebel banyak sangat. Jom kita roll gambar yang boleh buat perut leeza menjerit lagu Muara Hati (tetiba muara hati plak.. belasah jew lah).... hehehe

Dua-dua sedap... yummmieeee...
Air yang sebelah kanan tu ada batang serai. Tak ingat lah nama2 tu semua. Sebab rancak berbual dgn kak noraini. hehe

Ohh yeahh.. nama apa ni. Alamak dah lupa lah.. 
Tapi taste dia.. Ok.. not so bad...

Fish and Chip 
Sedap, lembut dan menyelerakan. Boleh cuba...

Ini kemuncak segalanya.
Sebelum pavlova ni sampai, punyalah leeza dah kenyang... Dah menjerit kesempitan perut ini. Tapi bila Pavlova ni sampai.. Tetiba perut ni cakap "meh lah masuk.." Apa lagi bedal jer lah kan..
Serius sedap!!! Sangat sedap.....

4. Ok.. kalau u all nak tahu lebih lanjut tentang Serai Empire ni. Lawat Sini... Website Serai !

TITIK SANTAI :  
Oklah yer.. setakat ini sahaja yang mampu leeza bebelkan. Moga ketemu lagi yeah .. Selamat Menjamu Selera... waaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 15, 2012

Tribute Teater Tun Siti Hasmah: Bermadu Dengan Rakyat

Salam Sejahtera ...

Pasti ramai yang sedia maklum minggu ini Istana Budaya sedang berlangsungnya pementasan TEATER TUN SITI HASMAH. Sudah lama leeza menanti pementasan ini. Perasaan leeza lepas tengok pementasan ni "Bagai Kera Dapat Bunga". Tidak sia-sia rasanya leeza menanti dan terus menanti pementasan ini. Pendek kata, dari Mata menonton, turun ke Hati kesannya itu. Pertama sekali leeza nak ucapkan TAHNIAH kepada barisan pelakon, krew pementasan dan semua warga yang terlibat. Awesome. 

2. Barisan pelakon yang membarisi pementasan ini, fuhhhhhh..... memang perfect lah. Serius tak rugi. Siapa sangka, jangka masa 2 jam 30 minit itu ada detik yang membuat kita mengalir air mata. Ditambah dengan suasana yang gelap dan hanya kedengaran bisikan hati seorang wanita itu, hati siapa yang tidak tersentuh. Ouch... yeah.. leeza sebak. Tidak dapat dinafikan sama sekali. Hati berdetik "Hebat Pengorbanan Wanita Itu. Andai Setiap Wanita Miliki Hati Seperti Beliau... Bahagianya Hidup Ini. Yeahhh BELIAU IDOLAKU... I'm Proud Of U."

3. Leeza sangka hanya leeza yang menahan sebak. Rupanya penonton di sebelah sudah ligat tangannya mengesat air mata. Penonton di hadapan leeza seperti sedang mencapai tisu di beg tangannya. Yeah.. nampaknya teraju utama EIRMA FATIMA dan barisan pelakon telah berjaya menyentuh hati kecil para penonton.

4. Yeah... talk about music. Music yang simple TAPI LIRIK yang sangat berkesan. Di sini benar-benar menguji kepekaan kita mendengar. Setiap lagu menceritakan, juga menyampaikan. Mohon para penonton mendengar dengan teliti. 

5. Latar, prop dan seumpamanya.... Memang tabik... Memandangkan leeza duduk 4 barisan di hadapan tu. Segalanya leeza nampak. Di sini leeza nak ucapkan TAHNIAH kepada para krew. Tanpa mereka siapalah yang nak gerakkan set tu semua. Leeza pernah terlibat dengan pementasan, jadi leeza rasa pengorbanan dan jasa barisan krew ni memang sangat perlu diberi penghargaan. 

6. Seriusly teater ini sememangnya wajar ditonton. Siapa tahu lepas tengok ni, ada di antaranya yang mahu menjadi seperti Beliau.. Opss... dah banyak sangat lah pulak leeza tulis ni. Kalau u all nak tengok gambar sepanjang pementasan, u all view blog SINI : QARL (sbb dia ada keistimewaan tertentu untuk snap pic sepanjang pementasan) .... Leeza cuma boleh dapat share picture yang di bawah ni jew.. sorry readers....

Tun Siti Hasmah : Idolaku ~


Tahniah ~ ~

Tahniah sekali lagi ~ ~

Ok fine... i tak dapat tido malam k... Ouch... kenapa tak boleh tido ni... adoiii....

TITIK SANTAI : 
Pengalaman yang sangat bernilai sepanjang menonton pementasan ini. Yeahhh.... Sebaris dengan Irma Hasmie and Husband.. So cute ar kak irma & ofcozlah hubby dia hansem kan... lalalala... 
 

Monday, November 12, 2012

Penyelidikan Tindakan: Sudah selesai

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Rasa lega sangat sebab dah habis segala rintangan di IPG KBM leeza lalui. Segala suka duka.. silih berganti bertandang. Buat rakan-rakan, tahniah sebab dah berjaya tamatkan pengajian. Sekarang kita tunggu dan lihat perjalanan seterusnya. Di mana kita ditempatkan? Dugaan lebih besar perlu kita lalui. haaaaaaa

Lama tak menulis entri, rasa kaku pula... haaaaaaaaaa.....

Gambar tu ... penyelidikan tindakan leeza, roomate n fren.. hehehe.... akhirnya dah berjaya...
Oklah yaaa... insyaallah lepas ni akan kucoretkan entri yang lebih bermakna. Daaaa~

LAIN-LAIN BERKAITAN PENYELIDIKAN TINDAKAN :
PT: Soalan Yang Ditanya Semasa Pembentangan Penyelidikan Tindakan
PT: Tips Buat Pembentangan Penyelidikan Tindakan

Thursday, November 8, 2012

Halangan Update Blog & Cara Atasinya

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Bukan mudah nak kekalkan trafik atau nak pastikan blog kita setiap hari ada entri. Kekangan masa dan bebanan kerja setiap hari memang menjadi penghalangnya. Leeza tulis ni berdasarkan pengalaman leeza lah, tak ada rujukan buku mana-mana pun....

ANTARA PENGHALANG UNTUK KITA UPDATE BLOG SETIAP HARI :  
  1. Broadband/internet rosak... Memang akan panas hati lah kan...
  2. Tiba-tiba ada pula komitmen lain. Contoh, perjumpaan, meeting ker, outing dengan kawan-kawan sampat tak sempat nak tulis entri.
  3. Tak ada idea pulak.. Mood spoil... hoooooo
  4. Kerja bertimbun, assignment dah due date ker apa... 
Tu semua antara penghalang leeza nak tulis entri setiap hari ... Dulu leeza memang tak akan mampu menulis blog setiap hari. Kalau dah nak update blog pun tak sempat, apatah lagi nak BW kan... 

Pernah juga ada orang cakap, tulis blog setiap hari ni gila. Siapa nak baca? Ada orang cakap tu semua syok sendiri. Emmm sedikit terpengaruh juga dengan kenyataan tu... Tapi lama-lama leeza tengok, sebenarnya untuk kita memastikan TRAFIK kita maintain, itulah kuncinya, kita perlu update blog setiap hari (untuk yang amatur, kalau dah femes macam Fatin Liyana, tak yah kot update setiap hari.) Ni leeza cakap dari aspek blogger baharu. Bukan yang femes-femes tu. Yang terkenal pun ada juga yang update setiap hari tau.. haaaaa
CARA ATASI : 
  1. Sejujurnya, setiap hujung minggu leeza pastikan leeza akan buat sekurang-kurangnya 3 entri... Yup itu pastinya.. Kalau lebih lagi bagus. Sebagai bekalan untuk weekday yang sibuk.
  2. Kalau u all nak schedule kan pun boleh, tak nak pun tak per. Atleast bila u all sibuk, u all boleh just pergi jer kat draft & post kan entri yang telah dibuat.
  3. Tapi leeza sarankan u all schedule kan..  tapi pastikan u all pantau jugalah. Mana tahu u all ada idea masa tu, u all boleh tundakan entri tu pada masa yang sesuai.
  4. Pastikan u all ni ALERT orangnya. Sejak leeza bergiat aktif dalam dunia blog. Leeza menjadi semakin peka dan sentiasa berfikir. Itu pastinya. Benda yang berlaku itu pasti boleh menjadi modal entri anda. 
  5. Apa yang anda bualkan dengan rakan-rakan pun kebarangkalian boleh dijadikan entri. 
Apa yang leeza tulis ni semua apa yang leeza lalui. Setiap orang berbeza. U all boleh share juga dengan leeza. hehehe....... Terus berblog.. Semoga berjaya.. Sama-sama majukan diri.

        TITIK SANTAI :  
Sekarang ni, leeza sentiasa memastikan leeza ada entri backup di draf... Hooo... Selamat mencuba.. Tiada kejayaan andai tiada langkah pertama dimulakan.



Monday, November 5, 2012

Sekolah di Pulau Mabul, nak?

Salam Sejahtera ...


Pada mereka yang pernah ke Pulau Mabul, pasti mereka dapat gambaran tentang Pulau Mabul. Ya, memang tidak dapat dinafikan pulau ini boleh diketegorikan sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di Malaysia. Tidak dapat disangkal, pemandangan dan lautannya cukup indah sekali. Perjalanan dari jeti ke sini, memakan masa kira-kira satu jam. (rasa-rasa leeza lah... Sebab macam lama jer..) Jauh juga.... NAMUN, pernah tak kalian terfikir, di pulau ini ada sekolah??? Hmmmm.....


Jujur, perasaan yang bertandang dalam diri ini tatkala melihat Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul ialah TERKEJUT BERUK.... haaaaaaaa..... “Macam mana lahhh kalau aku kena mengajar kat sini?” inilah soalan 1st sekali di kepala otak.

Sah-sah leeza kena belajar budaya mereka, bahasa mereka, cara kehidupan mereka. Pasti ada suara menyatakan... “Masa buat perjanjian, tak kesah kena posting mana-mana, tapi bila dah dapat tak nak lah, ngomel sana sini...” Actually bukan itu yang ditakutkan, tapi mampukah diri sendiri itu mendidik dengan baik di tempat orang tanpa mengetahui tentang budaya orang. Tiada istilah tak nak, hanya sekadar luahan rasa mereka tatkala menerima berita yang mengejutkan. Haaaaaaaa....... Pasti segalanya perlukan masa kan....

Sini ada entri yang berkaitan :   

Titik Santai :  
Kalau kita diberi pilihan, kita akan memilih yang terbaik untuk kita. Ada ker orang nak pilih yang tak elok untuk diri sendiri. Cuba renung seketika?

Kalau kita telah ditetapkan untuk sesuatu itu dan kita berasa kita tidak ada pilihan, kita terpaksa. Renung seketika, apa guna perkataan PENGORBANAN. Saat inilah “pengorbanan” itu berguna untuk diaplikasikan.

Apa jua, kita mahu yang terbaik untuk semua orang di sekeliling kita. Bukan mengharapkan perkara yang tidak elok.