Monday, December 31, 2012

CZ12: Awesome! Terjah Cepat

CZ 12 memang AWESOME !!
Dapatkan DVD / Panggung Berdekatan.

CZ12 - bermaksud Chinese Zodiac 12.. Jumaat malam, leeza terjah panggung untuk menyaksikan filem terakhir Jackie Chan, CZ 12. Seriusly, filem ni memang best... Gabungan AKSI + SEJARAH + LAWAK.. Bagi leeza filem ni antara filem yang terhangat untuk bulan ni... 

Siapa tak kenal dengan aksi lakonan Jackie Chan, mana pernah mendukacitakan para penonton yang hadir dengan harapan menggunung (leeza lah tu salah seorang penontonnya) ...
Jackie Chan !!
LATAR : 
Aspek latar, memang Jakie Chan hebat meilih tempat dan kawasan untuk diaplikasikan aksi lawan-lawannya. Bingkai gambar, camera, kerusi dan seumpamanya sering digunakan dengan sepenuhnya oleh pelakon ini untuk beraksi cemerlang di dalam sesebuah filem. Permulaan yang awesome daripada Jakie Chan... Thumb Up!!

PELAKON : 
Tak perlu diulas panjang lebar sebabnya setiap pelakon memainkan peranan dengan baik. Best!!

NILAI : 
Nilai patriotik sangat jelas. Bagaimana seharusnya kita menghargai khazanah negara sendiri. Janganlah menjual ataupun memusnahkan nilai dan khazanah negaran. 

Nilai kasih sayang / kekeluargaan -- contohnya Jakie Chan yang usaha untuk memujuk isterinya. Selain itu, ada lah watak yang berbaik semula demi anak... nak tahu, tengok lah nanti erk.

AKSI : 
LAWAN -- 5 bintang
LAWAK -- 4.5 bintang
tak dapat nak ulas banyak sangat.. sebab nanti tak surprise lah kan....

KESELURUHAN : 
Leeza bagi 4.5 bintang.......

 


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza rasa macam nak tengok lagi sekali movie ni.. Kalau beli DVD macam tak best... hmmmm....
 

Thursday, December 27, 2012

Resberry Sandwish Terhebat : Serai Empire

Terjah Serai Empire untuk mengisi kekosongan perut ni. Haaaa... Entah kenapa, terasa nak makan di Serai Empire lagi. Yang paling berkobar-kobar, pastinya leeza mahu merasa pilihan kek yang ada di situ. Kali ni Resberry Sandwish menjadi pilihan leeza... 

Ok, jom kita tengok apa yang leeza makan. Saat leeza buat entri ni, terliur dan terasa lapar terus... ha ha ha

 Nasi Ambeng - Sorry tak ingat harga... huuu... 
Menu ni boleh makan dua orang, sebab leeza makan berdua dengan akak leeza, malangnya tak habis juga. 
Ada mee, mihun, daging yang sedap!, ikan masin dan apa lagi tah tu... hehehe

Seterusnya, ni lah Resberry Sandwish ... Nampak tak resberry yang mengalir tu... 
Pergh terliur tengok gambar ni haaa.....
Harga RM14.80 (harga kek ingat ajer erk)

Minuman kami - Yang warna oren tu.. Jus Nenas (5 bintang)
Yang merah ni ... biasa-biasa jer... 

Kami dah kenyang.. 
Hati pun senang..
Jalan lenggang-lenggang..

Menu yang ada di Empire Serai ....
Jommm serbu!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Serai Empire telah menjadi salah satu tempat makan pilihan leeza. Macam-macam nak dicuba rasanya. Lagi-lagi kek yang ada di situ. Yahoooooo
 

Saturday, December 22, 2012

Jom Order Pop Cake Awesome: Area Bangsar!

SaLam Sejahtera ....
Mula dengan definisi pop cake - A cake pop is a form of cake dipped with chocolate and styled as a lollipop. Haaa faham kan... Tak faham pun, buat-buat faham jer lah... :-p

      Sebelum leeza cakap banyak, leeza nak beritahu perkhidamtan ni untuk limited time. Penjual ni akan datang ke Kuala Lumpur pada 6hb Januari 2012 , sebab ada pesanan untuk doorgift, bunga konvo, hantaran dan hadiah birthday, so cik Filzah akan datang KL dan bertemu anda di sekitar Bangsar. Tapi kalau yang lain nak order pun boleh.. Singgah jer page cik Filzah.

     Jadi pada mereka yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan berminat untuk order Pop Cake boleh contact Cik Filzah. Bukan Pop Cake jer, malahan banyak lagi yang boleh anda order. Tengok sini sekarang - leeza nak order juga ni...

      Sebelum ni pada seseiapa yang order kena charge postage kan, tapi sekarang Cik Filzah turun KL dan akan singgah area Bangsar, Universiti Malaya dan sekitar Mid Valley. Pada mereka yang nak order, anda digalakkan berbincang dengan cik Filzah. Jangan risau, cik Filzah ni ramah orangnya. Gambar bawah ni Pop Cake...


Boleh klik gambar untuk view detail... (TOP ORDER)
TERLARIS !!
Warna boleh pilih...
20 sticks - rm35
30 sticks - rm45
40 sticks - rm55
(try lah tawar harga ... mana tahu cik filzah bermurah hati)

Lain-lain yang menarik :

GIFT BOX
 rm40 *free card * wording
wording ialah huruf-huruf tu.. Cik Filzah tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk wording tu. Free katanya... Waaaa murah hati nyer cik filzah...
Contoh atas ni kotak paling besar,  ada 35 kaviti = 35coklat... Masih terdapat banyk lagi jenis kotak.. Anda boleh pilih mana anda mahu dan warna. Pendek kata, singgah lah page yer.. Senang ..

Cik Filzah sekarang sedang belajar untuk meningkatkan lagi kualiti hasil coklatnya. Bukan leeza nak puji Cik Filzah tau, tapi hasil coklatnya sedap dan menarik. Harga pun berpatutan. Untuk pengetahuan kalian semua, cik Filzah memang gemar dengan coklat. Pendek kata, boleh digelar 'Hantu Coklat' ... Kalau plastik coklat bersepah tu, memang dah tahu siapa punya angkara...

INFO : (order sekarang.. jangan lepaskan peluang)
Page :  http://www.facebook.com/pages/FamilyHOMEchocs/273112072791933 [LIKE LAH SEKALI]
**basic coklat ade 3 jenis, white, milk & dark. Dijamin halal dan dijamin memuaskan hati pelanggan.. customer 1st..

TITIK SANTAI :: :: ::  
Apa kata kita jangan lepaskan peluang ni. Khususnya yang duduk sekitar KL. Kalau kali ni tak sempat nak order, tak per lah, lain kali boleh order juga, tapi kena bayar postage. 
 

Thursday, December 20, 2012

Fahami Ayat Cinta Lelaki Itu

SaLam Sejahtera ...
"Ayat Cinta Seorang Lelaki Kepadaku".. Siapa tak pernah terima ayat cintakan? Hooo begitu juga lah leeza, tapi kali ni ayat cinta yang diluahkan buat leeza terbang ke bulan lah. So sweet... Pergh cair hati mak... ki ki ki.... Lebih-lebih lagi ayat cinta yang diluah di wall Facebook. Pergh satu dunia nak kasi habak beb ... "Pasti ada yang mula mengata "gedik" "poyo" kat leeza kan... Whatever.. Yang penting, leeza happy ni..

     Meh sini baca dulu luahan cinta itu sebelum anda semua tersalah tafsir ertinya .... 

Luahan seorang jejaka rebutan malaya (rebutan lah sangat!! tak punnn)

Kesempatan ni, leeza nak cerita sikitlah pasal jejaka rebutan malaya yang leeza sangat sangat kasihi ini. Dialah pelindung leeza, insan yang mampu buat leeza marah tahap maxima juga seorang yang mampu buat leeza merendahkan ego leeza yang setinggi KLCC ini. Kadang-kadang leeza rasa dia ni boleh tahan gakk arrr.. Manja dan actually sangat caring !! 

Yang paling best, dia seorang yang pandai memasak jika nak dibandingkan dengan leeza. Malangnya dia akan kalah bermain badminton dan main game PES dengan leeza. Hooo hello bro, apa team pun u pakai, u tak mungkin dapat kalahkan i (Man Utd) dalam PES.. haaaaaa 

Paling tak boleh lupa, "kalau aku nak kahwin nanti, kau pilihkan jer lah mana-mana perempuan untuk aku. Yang penting, iras-iras ema maembong!" Kata-kata my lovely bro yang tak akan dapat dilupakan! Perasannnn nyerrr ......

Respon leeza : Macam ada rasa gempar bumi kat area Cheras ni. Huishhh... mimpi sampai ke marikh tol lah mamat ni... Haaaaaaa.....

Thx for ur caring and
I Love U so much my dear hero !!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Yeahh, rumah leeza akan meriah kembali. Sebab adik leeza cuti. So, nak plan event untuk mengisi masa lapang dan new year nanti. Apa aktiviti best? 
 

Tuesday, December 18, 2012

Petua Mengukuhkan Kasih Sayang

SaLam Sejahtera ...
Isu perceraian, pergaduhan dan pergolakan rumah tangga semakin menjadi-menjadi. Kali ni leeza ingin berkongsi dengan anda semua tentang Petua Mengukuhkan Kasih Sayang. Perkongsian kali ini bukanlah daripada buah fikiran leeza sendiri, tetapi daripada hasil bacaan leeza dalam majalah Astro (majalah astro pun aku layannn). Leeza cuma berpendapat maklumat ini sangat berguna untuk kita.
Kasih Sayang ~ Carian Google

Majalah Astro keluaran Disember 2012, Halaman 23 menerangkan 12 Petua Mengukuhkan Kasih Sayang.
  1. Bersyukur dikurniakan pasangan. Terima dan sayangi pasangan seadanya.
  2. Kekalkan sifat-sifat positif dan bentuk sifat-sifat baharu yang disukai. Cinta yang murni seharusnya berteraskan iman dan taqwa.
  3. Jadikan pasangan kawan paling akrab. Pamerkan kasih sayang melalui perkataan, perbuatan dan hadiah. Puji dan hargailah sekerap mungkin.
  4. Sentuhan dan belaian sayang adalah kaedah asas yang penting.
  5. Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan reda. Kebanyakan konflik rumah tangga tercetus akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya.
  6. Ambil berat tentang dirinya dengan kaedah sesuai atau disukai pasangan
  7. Bersangka baik, bermaaf-maafan, belajar berbual dan mendengar.
  8. Hubungan seks yang sihat dan memberi kepuasan kedua-dua pihak.
  9. Nyatakan kebenaran dengan hikmah. Ada perkara tak perlu diucapkan.
  10. Berubah secara positif agar pasangan teruja untuk sama-sama berubah.
  11. Lakukan kerja ruma htangga bersama-sama.
  12. Elak melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan.
Demikianlah perkongsian leeza ... Tak dapat amalkan semua, dapat 6 pun ok. Tidak akan ada perubahan andai kita tidak mula melakukan.
TITIK SANTAI :: :: ::  
Jarang selak buku astro, tapi sekali selak, memang baca betul-betul. 
2. Sekarang tengah sibuk dengan part time (uruskan kedai buku), paling stress ialah masa tutup akaun, buat lejar tak sama dgn duit yg masuk. Dah 5 tahun tinggalkan dunia "prinsip akaun"... tak akan nak bawa buku rujukan prinsip akuan form 5 kot... Cepatlah habis disember ni.. haaaaa

 

Tulisan Tun Mahathir:Buku Tribute Tun Siti Hasmah

SaLam Sejahtera ....
TULISAN TUN MAHATHIR : Kali ni leeza nak share tentang kandungan buku Teater Tribute Tun Siti Hasmah. Lama juga leeza membelek buku ni, baca-baca apa yang ada dalam buku ni.. Ok, jadi kali ni nak berkongsi lah kan dengan anda semua kandungan buku ni. Tak banyak yang leeza nak kongsi. Gambar dan ucapan Tun Mahathir serta anak-anaknya. Jommmm....

 Tun Siti Hasmah Idolaku!!!

Mampukah aku menjadi seperti beliau..
Bukanlah isteri PM.. TAPI
Berjaya dan seorang yang sangat memahami..??

So sweet.......

Siapa tulisan macam nie??
Ada harapan jadi PM.. he he he..
Yeah leeza ada.. errrr???

Yeah anak perempuan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah

Susah leeza nak baca.. herk herk...


TITIK SANTAI :: :: ::  
Cakap pasal tulisan ni kan. Sebenarnya leeza punya tulisan dari sekolah sampai skrg, aduhai.. tak ubah.. dah tua2 mcm ni, tulisan macam budak2..
memalukan.....  Kalau ROOMATE leeza, perghh tulisan dia thumb up.. Macam mesin fotostat... Like it so much.
 

Monday, December 17, 2012

Bantuan: Terdelete Akaun Google, Hilang Blog

SaLam Sejahtera ...
Dengan besar hati leeza ingin membantu rakan blogger leeza ni. Rata-rata orang mengatakan hujung jari mampu untuk memilki semua maklumat, namun sebaliknya terjadi kepada cik Azwa kita ni. Dengan hujung jarinya, blog kesayangannya telah TERDELETE. Kecuaian yang tidak dapat dielakkan... 

Jadi kali ni leeza nak maklumkan kepada semua yang selalu terjah blog azwarsyuhada.blogspot.com, blog tersebut telah TERDELETE oleh Azwa. Namun, blog tersebut telah diterbit baharu dengan alamat http://azwarsyuhada94.blogspot.com/ ... Leeza harap mereka yang terkejut dengan kehilangan blog azwa yang lama, diharapkan melawat link baharu yang diberi itu.

Anda boleh rujuk entri ini untuk mengetahui cerita lanjut. Sila sila membantu rakan blogger. (Baca Sini)



Kepada Azwa, leeza hanya dapat membantu mana yang boleh. Moga cekal dan senyum selalu. Chaiyok chaiyok... All da best!

Kepada blogger lain dan juga diri leeza sendiri, moga lain kali jangan gatal tangan.. Huuuuu

TITIK SANTAI :: :: ::  
Siapa tak pecah kepala kalau blog terdelete... Huuuuu

Friday, December 14, 2012

Erra Fazira Juga Rasa Berat Sebelah: Selamanya Harimau Malaya

SaLam Sejahtera ........
Harimau Malaya dah berusaha dengan sebaiknya. Apakan daya, dalam pertandingan pasti ada menang dan kalah. Selepas habis sahaja perlawanan Harimau Malaya vs Gajah Perang, leeza ngadap FB dan Twitter. Tanpa leeza sedar, masa bergerak dengan pantasnya. Jadi kali ni leeza nak share dengan anda semua tweet sebilangan penyokong Harimau Malaya .. Tidak lupa juga Tweet Erra Fazira. 

"Dah Terang Lagi Bersuluh" - Semua orang berpendapat yang sama. 


Sedih tgk permainan mcm ni.. Berat sebelah!! Ni lawan bola ke lawan tomoi... DuhhHhhhhhh 


Lepas ni, kalau Malaysia tak dapat masuk final. Nampak orang Thailand dekat Malaysia, bukan sawadikap dah, masukkan mereka dalam lokap. Aman

Sabar rakyat Malaysia. Sebelum tamat permainan Malaysia masih lagi berpeluang utk menang. 'Pantang melayu berundur sebelum berjuang'

Stadium Supachalasai, Bangkok ini selain menjadi stadium nasional pasukan Thailand, ia juga menjadi tuan rumah untuk kejohanan laga gajah.

Sebenarnya Malaysia patut gunakan sepenuhnya padang sawah ketika latihan. Nampak gaya padang ni barai gila.

"Inilah tanah tumpahnya darahku.. Negara pasukan biarlah hanya satu… Harimau kami berlari laju.. Belang nak tertanggal dari baju"

 -----------------------------------------------
Pengadil dari Korea? Elok nyanyikan dia lagu KPop,kot2 dia nk sejuk hati jangan asyik layang kad je kan. Sorry sorry neke neke

Thailand bolehla, dah biasa bercucuk tanam. Takda masalah nk padang mcm sawah bendang. Ni Harimau kita, mana biasa berselut2. Penipu la Thai

Tu padang bola ke gelanggang berlatih ongbak .

Kami anak Malaysia. Kalah menang kami tetap sokong Harimau Malaya. TAPI REFF TETAP SALAH.

Ohh thailand , next time sediakanlah padang yang lawa sikit . Ni ronaldo lagi boleh terpelecok . Eh pelecok ? Jatuh

Man of Steel. ‏@sylnaim
Nak compare padang dekat thailand. Lagi lawa padang main bola dekat sekolah aku. Takde pun teruk camtu.


Selamanya Harimau Malaya -- 
Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku