Thursday, February 7, 2013

Bicara Eksekutif bersama Tun Mahathir

Bicara Eksekutif bersama Tun Mahathir
Tanggal 7 Februari 2013, leeza telah hadir ke BICARA EKSEKUTIF bersama YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. Masa dapat surat diarahkan pergi, leeza terus senyum dan cakap "Tun Mahathir!! Saya nak pergi..." Suka dan sangat bersemangat tau... 

Kali ni leeza share sedikit info sepanjang Bicara Eksekutif ini berlangsung. Bagi leeza, banyak nilai yang dipelajari daripada cerira-cerita Tun Mahathir. Seperti kita sedia maklum, bila Tun Mahathir berbicara pasti ada unsur kecindan diselitkan dalam penyampaiannya. Hampir dua jam Tun Mahathir berbicara, leeza lihat semangat itu sepanjang masa.

Apa yang leeza perolehi daripada Bicara Eksekutif bersama Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad

Mari Lihat Ke Belakang  
  • Di awal bicara, Tun Mahathir menyatakan kita seharusnya menoleh ke belakang, perlu melihat ke belakang untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan masa akan datang. Kita perlu lihat asal usul kita, agar kita tahu masa akan datang. 

Perlu Ada Sistem & Kualiti  
  • Dalam pekerjaan mahupun organisasi ataupun sesuatu pentadbiran, kita perlu ada SISTEM yang tersusun. Sistem yang dibuat itu juga boleh diubah agar ianya serasi dengan keadaan.
    Dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan, kita perlu jaga KUALITI. Kualiti sesuatu yang dilakukan itu haruslah berkualiti.
     
  • Pihak pentadbir juga perlu mengikuti SISTEM yang mereka laksanakan. Ikut serta SISTEM yang dibuat, bukan hanya orang bawahannya sahaja.

Perlu Ada Nilai Yang Tinggi  
  • Seseorang perlulah mempunyai nilai diri yang tinggi, sikap malu yang tinggi, barulah individu itu terbendung daripada melakukan sesuatu yang tidak elok seperti rasuah dan sebagainya.
     
  • Dahulu, hanya bapa yang bekerja manakala ibu mendidik anak dengan nilai-nilai kehidupan agar anak terbendung daripada gejala negatif. Namun kini, ibu bapa bekerja, nilai yang baik itu kurang berjaya diterapkan dalam kalangan anak-anak. Anak-anak terikut-ikut dengan TV dan gejala yang tidak baik.
  • Dahulu, masyarakat hidup dengan saling membantu dan mengambil tahu. Sekiranya, kita melakukan sesuatu yang buruk, satu kampung boleh tahu. Maka, kita akan rasa malu dan tidak melakukan perkara tidak elok. Namun kini, jiran-jiran atau masyarakat tidak mengambil tahu akan perkara yang dilakukan oleh orang sekelilingnya. Demikian, perasaan malu atau takut itu tidak ada pada individu maka mereka tidak kesah melakukan perkara tidak elok.
  • Demikian, anak-anak atau mereka yang tidak diberi didikan nilai yang baik ini akan menganggotai dalam kerajaan mahupun swasta, maka mereka akan membawa nilai yang tidak baik.
     
  • Masyarakat kita ini mempunyai sifat "Kalau orang lain tidak nampak, maka saya boleh buat". Perkara ini perlu diubah.


Perlu Ada Latihan  
  • Sebenarnya, kita seharusnya memberi latihan tentang sesuatu pekerjaan agar sesuatu pentadbiran boleh menjadi lebih berkesan. (Perlu ada latihan yang khusus dalam sesuatu bidang) 
  • Apabila kita sebagai pemberi arahan, kita perlulah memberi arahan dengan jelas dan pendengar arahan haruslah menerima arahan yang betul. Skill komunikasi itu perlu ada pada setiap orang. Orang yang menjalankan tugas sewajarnya memahami dengan tugasnya.

Demikian serba sedikit info yang leeza dapat kongsikan. Ada lagi satu sesi soal jawab oleh Tun Mahathir. Sesi ini sangat menarik. Baca entri akan datang untuk mengetahui soalan yang dikemukakan oleh penonton dan jawapan Tun Mahathir yang buat leeza berfikir lebih jauh ke hadapan. 
SOAL JAWAB BICARA EKSEKUTIF OLEH TUN MAHATHIR : akan dikemaskini

Bicara Eksekutif bersama Tun Mahathir
Sampai-sampai jew, snap gambar ni... Haaaa.... 

LINK LAIN BERKAITAN TUN MAHATHIR : 
"Perlu atau Tidak Kita Ucapkan TERIMA KASIH kepada Tun Mahathir" LIHAT SINI
Tahun Lepas first time leeza jumpa depan depan dengan Tun Mahathir, masa sambutan Merdeka di Dataran Merdeka. LIHAT ENTRI NI

Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah
Tersengih-sengih jew tengok Tun lalu depan mata.....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza rasa bertuah kerana Penolong Kanan sekolah leeza, hantar leeza pergi dengar bual bicara ni. Thx to to my PK.. heeeee :-)

28 comments:

  1. wah, best tu kak leeza. beruntung akk dapat pergi :D

    ReplyDelete
  2. Aaaaaaa!!!!!! jeles3!!! nak jumpa tun jugak! jeles T_T

    ReplyDelete
  3. wah...leeza pegi ker??bertuahnya..company lan pun anta 2 wakil setiap division tapi bos2 jer laa yang pegi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. hehe suka ye cekgu dapat beramas mesra dgn insan hebat di Malaysia... ;)

    ReplyDelete
  5. seronok lah dapat jumpa Tun. jeles jeles! :(

    ReplyDelete
  6. Dr Mahathir mmg seorang pemimpin yang berwibawa..die memikir smpai ke depan..bnyak yang die bngunkan tuk negra..kata2 die mmg bgus..

    ReplyDelete
  7. perghh ini betul2 jeles..haha..klo tun wjib jeles..nak jmpa jugaaa

    ReplyDelete
  8. WAHHH .. bestnya . bukan senang kan :D

    ReplyDelete
  9. bertuah nya leeza.... tunggu entry remy besok...bersama tun jugak....... he3.....

    ReplyDelete
  10. Yelah, untungnya leeza dpt turut serta. tahniah dpt tgk in real

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum.

    Leeza, lana dpt rasa semangat n excited leeza!! hahaha. Sebab lana berpeluang juga pergi program mcmni setahun dua lepas.

    The feel is diffrnt kan dpt jumpa negarawan. Lagi2 Che Det, he's so simple.

    Sblm pergi tu ada rasa risau jugak, tpi bila dah dlm dewan tu, rasa seronok. Cara tun bercakap, buat kita rasa nak dengar dn nak dengar lagi apa yg dia nak smpaikan.

    ReplyDelete
  12. untungnya kak..bestnya...hehehe:D turn lyeen ni bila la kan..

    ReplyDelete
  13. bertuahnya dpt jumpa Tun M... jelesnya ^_^

    ReplyDelete
  14. Wah!!! Best ler.. iq Tun mmg gempak..

    ReplyDelete
  15. orang yang menulis ni pun bersemangat juga nampaknya..

    ReplyDelete
  16. wah.. bestnya.. nak pegi jugakkkk :D

    ReplyDelete
  17. wah bestnya!!

    Aroi Locking!
    Pernah dengar?Pernah try tak?
    Cepat LIKE & leave a COMMENT dekat blog!TQ

    http://safiyahezora.blogspot.com/2013/02/aroi-lokcing.htm

    ReplyDelete
  18. wak pon teringin bebenor nk jumpa tun nii., iHIks

    ReplyDelete
  19. I'm reading your posts and an excellent way to promote your content came to my mind.

    Search in google for: Willard's Tips - SM Traffic

    Feel free to visit my web blog: Wilbert

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.