Saturday, February 9, 2013

Risiko Kanser Wanita: Kanser Payu Dara

Risiko Kanser Wanita: Kanser Payu Dara
(tiap kali dengar pasal kanser payu dara, jantung berdegup kencang) 



RISIKO KANSER WANITA : KANSER PAYU DARA
Dipetik dari Berita Harian, 12 Januari 2013
Apakah sebenarnya kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah sejenis ketumbuhan “tumor malignan” yang bermula pada sel kanser yang boleh tumbuh hingga menembusi tisu badan di sekelilingnya (invasi) atau merebak ke bahagian tubuh badan yang lain (metastasis).

Apakah yang mungkin menyebabkan ketumbuhan ini ?
Walaupun kadang kala dikaitkan dengan genetik atau sejarah keluarga, namun penyebab sebenar ketumbuhan sel kanser payu dara masih sukar diketahui. Walau bagaimanapun beberapa faktor yang mempengaruhi risiko sel kanser payu dara dapat dikenal pasti.

Faktor risiko kanser payu dara?

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan kanser payu dara adalah peningkatan usia, sejarah keluarga terutamanya yang mempunyai pertalian rapat atau pertalian darah, pernah menghidap kanser payu dara (kemunculan semula), permulaan kitar haid yang awal atau lewat putus haid, tidak pernah mengandung walaupun umur lebih 30 tahun, tidak pernah menyusukan anak, pengambilan alkohol yang berlebihan, pemakanan yang tinggi lemak dan kurang serat, terapi hormon selepas putus haid dan juga obesiti selepas putus haid.

Tanda-tanda dan gejala kanser payu dara?
Ketulan di sekitar payu dara atau di bahagian ketiak, perubahan dari segi saiz, bentuk atau rasa pada puting atau payu dara, lelehan luar biasa dari puting payu dara, rasa sakit pada payu dara, ulser kulit, bengkak pada lengan (bersebelahan dengan payu dara yang dijangkiti kanser) ruam pada payu dara.

Marilah sama-sama amalkan Gaya Hidup Sihat. Saling berpesan, saling berkongsi maklumat... Demi kesejahteraan dan kesihatan diri.!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Pengalaman bisa menjadi teman sejati kita. Tidak kira pengalaman buruk atau sebaliknya, ianya pasti seiring bersama kita menuju kejayaan dan kegagalan.

14 comments:

  1. seramnya.. mintak dijauhkanlahh

    ReplyDelete
  2. kaum hawa kene take note nie :)
    nice sharing kak leeza :D

    ReplyDelete
  3. takot dgn penyakit ni . :/ jom join : http://shiydaaqma.blogspot.com/2013/02/hijabster-giveaway-by-shidaizy-boutique.html

    ReplyDelete
  4. lelaki juga tidak terlepas dari kanser nie......kena berhati2 dan buat checking juga.....

    ReplyDelete
  5. mmg selalu amik bert pasl ni..kdg2 ce cek gak..hehe

    ReplyDelete
  6. mohon gi buat mamogram at least setahun sekali

    ReplyDelete
  7. pernah baca lelaki pun leh kena kanser payudara...tapi syukurlah jarang2...

    ReplyDelete
  8. semoga kita semua dihindari dgn penyakit ni :)

    ReplyDelete
  9. bahaya kanser payudara ni,lelaki pun ada risiko untuk kena...elakkan makan kulit ayam masa makan ayam tu,salah satu penyebab kena kanser payudara juga

    ReplyDelete
  10. kalau boleh semua kaum Hawa taknak dapat kanser. minta dijauhkan lah ye

    ReplyDelete
  11. saya baru je menjalani right mastectomy dan axiliarry clearance operation, dalam proses pemulihan sekarang ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.