Sunday, March 31, 2013

De Asian Cafe Bandar Tun Hussein Onn

De Asian Cafe, Malaysian Flavours Delights l Satu malam meronda kawasan perumahan area Bandar Tun Hussein Onn, ternampak sebuah "CAFE" yang kelihatan begitu menarik sekali iaitu De Asian Cafe. 
De Asian Cafe Bandar Tun Hussein Onn
1. Kawasan Restoran De Asian Cafe, Bandar Tun Hussein Onn ini sungguh SANTAI... Angin malam betul-betul mengembalikan mood yang tengah menjunam-junam .... :-(

2. Aneka makanan ada kat De Asian Cafe dan semestinya menu KEK menjadi santapan paling lama leeza tenung ar..... 

Jomm singgah tengok makanan De Asian Cafe pilihan leeza yer.... >>>

Vegetarian Wan Tan Mee: De Asian Cafe
HARGA : RM9.50 
Tengok tu, leeza makan type vegetarian... Sebenarnya tak tahu pun tu vegetarian, main belasah jerr order sebab bukannya nampak sangat pun menu masa order. Haaaaa

Disebabkan angin malam sepoi-sepoi bahasa (ayat skema jap), akak leeza order bubur...
Teow Chew Porridge: De Asian Cafe
HARGA : RM7.50 
Minuman leeza... kali simple sahaja.. silap pilih air, sepatutnya pilih air panas.. ni pergi order air sejuk tengah malam... uinaaaaaa....

Winter Melon Longan Ice: De Asian Cafe
HARGA : RM 5.90  

Tengah-tengah malam pun leeza nak bedal juga cake.. Ice Cream Cake plak tu...
Cookies Ice Cream Cake: De Asian Cafe
HARGA : RM5.90 
Keseluruhannya, leeza rasa puas hati dan akan berkunjung lagi untuk mengisi ruang-ruang kosong perut ini. Haaaaa......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kita boleh berkorban demi sebuah kebahagiaan yang kita mahu, namun pastikan pengorbanan itu tidak disia-siakan kemudian hari. Fikirkanlah adakah ianya berbaloi?
 

25 comments:

  1. asalkan berbaloi, puas hati :)

    ReplyDelete
  2. sodap3 kang kite g sne

    dah tgk akk kat remaja.. ^_^

    ReplyDelete
  3. INSYALLAH KALAU P SANA AKAN SINGGAH SEBAB SEMUA NMPAK SEDAPPPPPP

    ReplyDelete
  4. mee tu banyak betol. 3 orang makan ka seorang makan? apa2 pun kek tu menarik betol.. nak nak

    ReplyDelete
  5. sume nampak sedap..tq for sharing:)

    ReplyDelete
  6. harganya boleh tahan yea...sesuai...

    ReplyDelete
  7. kenape mood menjunam tu? alolo.. seleranya tengok wan tan mee tu.. slurrpppp.. kalau puas hati tak pe, tengok pun tahu mesti sedap.. hehe. :)

    ReplyDelete
  8. Terliur pulak tengok ice cream cake tu...

    ReplyDelete
  9. macam menarik..tak pernah plak terpikir nak makan kat BTHO nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. wah..sedap2 semua..harga pun berpatutan....

    ReplyDelete
  11. sedap pulak nampak bubur tu...perut mula berbunyi dahhh

    ReplyDelete
  12. aaaa, sedapnyeeee.. lapar plak... huhu

    ReplyDelete
  13. Tmpt mkn menarik.. Blh cuba ni..

    ReplyDelete
  14. kek tu nampak menggoda. hehe :D

    ReplyDelete
  15. adoi sedapnya leeza..bila kita leh lpk ni?

    ReplyDelete
  16. sedapnya leeza...porridge dia klasik sungguh...semua ada....

    ReplyDelete
  17. Nak tau 1 hal je, restoran ni ada jual Hazelnut White Coffee dop? Kalau ada, nak try. :)

    ReplyDelete
  18. Restoran ni kepunyaan Pelakon SHAHEIZY SAM, skang ni makcik nyer yg menguruskan..sekali sekali SHAH akan dtg ke restoran...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.