Saturday, March 2, 2013

Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR)

Entri kali ini lebih kepada dunia pendidikan. Pada yang tidak memahami, leeza mohon maaf, leeza buat entri ni sebab nak berkongsi dengan mereka yang mencari cara mudah untuk menulis ulasan nilai. Penulisan ulasan nilai merupakan salah satu soalan yang ditanya dalam  Kertas 2 Bahasa Melayu (bahagian C), UPSR.

Kertas 2 Bahasa Melayu mempunyai 3 bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Penulisan kali ni, leeza fokuskan kepada penulisan ulasan nilai (bahagian C) juga merupakan tajuk penyelidikan tindakan leeza untuk ijazah sarjana muda. 

Terlebih dahulu leeza nak mohon maaf kalau entri ini terdapat kekurangan. Cara yang disenaraikan di bawah telah leeza aplikasikan dan ianya khusus untuk murid yang kurang menguasai bahagian ini. Leeza mengajar di SJKC dan leeza masih mengaplikasikannya. Sebarang penambahbaikkan boleh dilakukan.

JADUAL PENULISAN ULASAN NILAI : 
Pak
Kasim
Kata
Nini
Seperti
Bulan
Penanda Wacana
Kita
Kata Bantu
Nilai
Seperti
Bukti
-
Kita
mestilah



seperti,

Berikutnya,
kita
perlulah



seperti,

Seterusnya,
kita
haruslah



seperti,

Akhirnya,
kita
perlulah



seperti ,

 **Untuk SJKC : 4 nilai**
 *Murid hanya perlu pindahkan maklumat di dalam jadual ke dalam bentuk perenggan*

      Kita mestilah ................................ seperti, ...(ambil daripada petikan)........ . Berikutnya, kita perlulah .................. seperti, ...(ambil daripada petikan)....... . Seterusnya, kita haruslah ................... seperti, ....... (ambil daripada petikan)....... . Akhirnya, kita perlulah ................................... seperti, .... (ambil daripada petikan)..... .
  1. Pada mulanya, murid memang sukar memahami dan mengingati... Murid perlu membuat latihan berulangan untuk melengkapkan jadual ini. 
  2. Petak berwarna biru, leeza selalu meminta murid melengkapkannya terlebih dahulu.
  3. Kemudian, leeza akan meminta murid mengenal pasti nilai dan bukti yang terdapat dalam petikan.
  4. Tulis nilai dan bukti yang telah dikenal pasti pada petak hijau dan kuning.
  5. Lengkapkan jadual dengan jawapan yang betul.
  6. Salin semula ikut jadual.
Sememangnya kelemahan murid ialah untuk mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam petikan. Perkara ini sememangnya memerlukan masa untuk memastikan murid menguasai kemahiran mengenal pasti. Namun sekurang-kurangnya murid mengetahui cara menulis ulasan untuk menjawab soalan bahagian C  ini.

SENARAI NILAI MURNI SEBAGAI RUJUKAN >KLIK SINI<: boleh buat penambahbaikkan jika perlu.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap perkongsian di atas dapat membantu rakan-rakan yang lain. TQ....

25 comments:

  1. dah lama rasanya tak pegang buku sekolah rendah,huahua

    ReplyDelete
  2. lama dah tinggal study..
    jadi blur2 je baca ni..hihi

    ReplyDelete
  3. x ingt ade ke bljr ni sume..hehe

    ReplyDelete
  4. salam..leeza...sy nak share kat blog sy boleh?

    ReplyDelete
  5. salam..leeza...sy nak share kat blog sy boleh?

    ReplyDelete
  6. anak dara wedok pompuan wak pon nak amek UPSR SJKC tahun niii.iHHIkks

    ReplyDelete
  7. remy pun turut belajar online bila baca nie.... ilmu jugak nie..... mekasih leeza

    ReplyDelete
  8. walaupun susah skit nak paham entry nie tapi apa salahnya membaca kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. hehehe
    bila tengok rasa malas nak fikir dah
    dah lama ku tinggalkan
    hehehe

    ReplyDelete
  10. Anak aku darjah 4...
    Boleh ler buat aku faham sekolah budak2 ini..kikiki
    Thanks...

    Giveaway saya dah sampai tak. .
    Siri ler..terlupa selitkan nama saya masa hantau..

    ReplyDelete
  11. mcm taw2 je tgh buat keja en lokman..ahahha

    ReplyDelete
  12. jom kite belajar penulisan. heee, dah lame tak belajar nie semua

    ReplyDelete
  13. rasa cam balik kesekolah semula ni hehehe

    ReplyDelete
  14. hehee..bila bca entri ni terasa duk lam kelas hehee..cikgu leeza :)

    ReplyDelete
  15. yuppp sgt membantu utk org2 yg ada di sek ren mcm CiM nie...

    ReplyDelete
  16. Faham faham jgk pe yg leeza ajar kat atas tu

    ReplyDelete
  17. Salam.... cik leeza...
    pandangan >>>> seperti merupakan salah satu kata hubung yg blh dgunakan dgn disusuli contoh dalam petikan...

    kita juga boleh guna.... kerana, agar, supaya, untuk dll dan disusuli dgn huraian.
    cth -Kita hendaklah menghormati guru kerena mereka yang memberikan kita ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huraian utk bhagian c perlulah berdasarkan petikan sahaja.begitu juga dgn contoh.jd kita tidak perlu menghuraikan kenapa nilai itu penting secara umum spt.menghormati guru keran mereka telah mendidik kita.penyataan mereka telah mendidik kita sudah tidak d perlukan lg.tp tdus ambik cth atau hrai dlm petika . Hal ini bg mngurngkn bil.perkataan.

      Delete
  18. teringat pula zaman sekolah..huhu..aku dah tua

    ReplyDelete
  19. terimbas masa sekolah dulu
    baik cikgu!

    ReplyDelete
  20. Saya mengajar di sekolah menggunakan penanda wacana, antara nilai murni, selain itu, seterusnya, di samping itu dan akhir sekali.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.