Tuesday, April 23, 2013

Dunia Seni Visual Tahun 3: Kolaj

Masa di IPG dulu tak amek kursus pengajaran Dunia Seni Visual pun. Masuk sekolah kali ni, menjadi insan yang bertuah sebab diberi mengajar Pendidikan Seni Visual. Nak tak nak kena perah juga otak ni untuk lahirkan seni kreatif yang pelbagai. errrrr ... (mata bulat masa dapat kelas SENI, kawan-kawan kelas sedia maklum akan "kebutaan seni" leeza!)

INI SALAH SATU PENGAJARAN SENI LEEZA

MODUL : MENGGAMBAR 
AKTIVITI : KOLAJ
TEMA : ALAM SEMULA JADI
TAJUK : KUMBANG 
(Leeza ajar Dunia Seni Visual ni ikut buku panduan yang disediakan, tak sangka menjadi juga)

1. Guna KERTAS MERAH dan lipat dua.
2. Lukis semi BULATAN dan gunting.
3. Tampal kertas bulat merah pada kertas lukisan.
4. Guna tali (lihat gambar) untuk buat badan kumbang.

Kolaj : Dunia Seni Visual Tahun 3
Jadikan Seperti di Atas : Kolaj Dunia Seni Visual

Boleh Warna TALI / Guna Marker Pen
Leeza lebih cadangkan guna water calour ... berbanding guna marker pen. Tapi kalau tak nak jadi berterabur suasana kelas, boleh guna marker pen. Kemudian, baru bimbing guna water colour.

Demikian HASILNYA : KOLAJ KUMBANG
Sepanjang mengajar Dunia Seni Visual ni, leeza sendiri pun banyak belajar untuk menghasilkan karya seni kreatif. Daripada buta tuli tentang seni, nampaknya dapat juga leeza mengajar dan melihat hasil murid berpandukan pengajaran leeza yang tidak seberapa ni.

*Mohon maaf sekiranya kurang jelas mahupun ada langkah-langkah yang kurang tepat. Leeza sendiri dalam proses belajar untuk menghasilkan karya.
**Sepanjang mengajar ni, ada juga yang kita belajar. Terima kasih anak-anak muridku!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Setiap kali fikir kelas Dunia Seni Visual, aku ketandusan idea. Namun aku cuba untuk menyampai sesuatu, hasil penerokaanku dalam laman sesawang ini. (skema ayat)

18 comments:

  1. besar punye kumbang, hihi. cantik + comel ^_^

    ReplyDelete
  2. wahhh!! look AWESOME! bri saya idea nk wat aktviti utk bdk2 nnti.. thanks akak!! ^^

    ReplyDelete
  3. Bila tengok hasilnya ras puas hati sabgatkan Leeza?

    ReplyDelete
  4. wah. besar nya kumbang.. kalau ade yang betul2 besar ni, mau laariksss semua.. hehe..

    [sorry leeza sebab korn jarang dtg sini, rase serba salah bila leeza dtg blog korn, tp korn x sempat nak lawat blog leeza. thanks sangat2]

    ReplyDelete
  5. wah mcm menarik wt kumbang tu. adik ara suka main buat bnda2 gini. kena g bguru ngn cikgu leeza. hehe

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kumbng tu..he..salam kenal..saya folo blog leeza..klu sudi singgahla blog saya ya..

    ReplyDelete
  7. comelnya kumbang. pandai cikgu leeza buat yer. kena kreatif utk P&P yg lebih berkesan kan?

    ReplyDelete
  8. cantik!! pndai leeza buat..awesome sgt...

    ReplyDelete
  9. cantik.. hehe.. takde la buta seni pun kan.. yg penting belajar.. hehe

    ReplyDelete
  10. besar nyer ...terasa cam remy pulak......remy kan kumbang....he3

    ReplyDelete
  11. serius cantik kolaj kumbang nie.. siapa kata buta seni, nie ha kumbang leeza menjadi ok. hehe.. Tahniah! betul kadang2 murid yang ajar kita untuk jadi lebih kreatif.

    ReplyDelete
  12. seni visual cara mengajar kena kreatif ekk...

    ReplyDelete
  13. Kreatif cara akk buat.. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yang baik untuk aktiviti pelajar saya. Terima kasih

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.