Sunday, May 12, 2013

Datuk Aznil Tarik Diri Bersebab

Berdebar juga menanti siapa yang akan tersingkir pada minggu ni. Siapa yang menonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua, pasti sudah tahu bahawa yang tersingkir ialah Michael Ang.. Tapi.....!

Datuk Aznil Tarik Diri Bersebab
Datuk Aznil iaitu lebih dikenali dengan Pak Nil telah menawarkan diri untuk mengundur diri daripada gelangang Masterchef Selebriti pada kali ini.

Sebab Pak Nil mengundur diri dalam Masterchef Selebriti kerana ibunya sedang sakit. Leeza kagum dengan ketabahan, kekreatifan dan kegigihan Pak Nil sepanjang beliau berada dalam Masterchef. Semangat juang dan daya berfikir yang cukup tinggi. Setiap masakan beliau pasti ada kelainannya.

Bagi leeza keputusan Pak Nil untuk menarik diri pada kali ini adalah satu tindakan yang wajar. Sememangnya andai leeza berada di tempat Pak Nil, leeza akan memilih ibunda leeza terlebih dahulu. Itu sudah pasti.
 ****
Sesi pembentukan kumpulan - Nampak seperti satu situasi yang kurang senang ditonton. Celina selaku pemenang telah memilih NK sebagai ketua kumpulan pihak lawannya. Celina menyatakan bahawa dia terdengar bahawa NK menyatakan "choose me choose me".... 

Kelihatan seperti ahli kumpulan NK "terpaksa" melangkah kaki untuk menyertai kumpulan tersebut.
AHLI KUMPULAN NK



 AHLI KUMPULAN CELINA
 
 TITIK SANTAI :: :: ::  
Mampukah kumpulan NK mengalahkan kumpulan Celina???? 
Mampukah Celina menggunakan kelebihan ahli kumpulannya untuk menjuarai pertandingan esok??
Setiap hari tengok orang masak, malangnya tak pandai-pandai diri ini memasak.

9 comments:

  1. mmmpphhh... umah sy tak der astro..
    :(

    ReplyDelete
  2. Pak nil selalu berfikir positif even dia mengundur diri bukan beerti dia kalah.btw,enjoy sangat tgk masterchef even banyak drama.huhu

    ReplyDelete
  3. tak apalah.. mungkin tak ada rezeki dia dalam ni. ibu lebih penting daripada segala-galanya..

    ReplyDelete
  4. macam ramai tak senang dengan NK...tapi NK ok pe...pandai masak...pandai mengurus kumpulan walupun ramai yg ckp dia suka mengarah...buat keje tak abis...mmg ssh jd ketua ni..apa yg mereka nk sebenarnyer ketua buat ha?.. tengoklah nanti...bunda teka tak NK..mungkin celina yg menang masterchef selebrity ke 2 ni..

    ReplyDelete
  5. smlm smpat tgk kjap ja...msa pemilihan ahli..kehkeh

    ReplyDelete
  6. masterchef dah nak sampai ke penghujungnya.......tak sabar remy nk tgk...sebab remy pun terlibat sama....

    ReplyDelete
  7. kesian pak nil. moga ibu dia cepat sembuh :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.