Tuesday, May 21, 2013

DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri

Kali ini leeza berkongsi tentang KAD UCAPAN BUATAN SENDIRI. Biasalah bulan Mei ni kan ada sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Kemudian, bulan Jun sambutan Hari Bapa pula. Leeza pun terfikirlah nak ajar anak murid buat kad sendiri. Simple jer......

DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri
 1. Lakaran bentuk hati di atas ni adalah untuk buat kad ucapan yang ada ada bentuk hati yang timbul semasa kad ucapan dibuka. (Idea sahaja)
2. Lipat kertas kemudian buat lakaran seperti di atas.
3. Gunting lakaran sebentar tadi kecuali bahagian yang ada lakaran garisan putus-putus.
* Semakin besar hati dilakar, semakin comel hasilnya. (pendapat leeza)

Kad ucapan timbul
1. Kemudian, tolakkan ke dalam bahagian hati yang digunting. Gunakan garisan putus-putus tadi sebagai panduan. (lihat gambar di atas.
2. Gam bahagian tengah (tempat lipatan kertas ini) pada kad yang lebih keras.
3. Saiz kertas  ialah A4.

Bentuk Hati: Kad Ucapan
1. Hasil melekatkan kertas pada kad yang lebih keras adalah seperti gambar.
2. Kemudian, warnakan bentuk hati tadi mengikut kesesuaian.
3. Gambar dan pemilihan warna kertas yang baik  dapat menghasilkan kad ucapan lebih menarik.

Warnakan Hari Anda : Kad Ucapan Sendiri

Buat Gambar Jadi Timbul
1. Kalau nak mudah gunalah double sided seperti gambar.
2. Atau boleh guna sponge (kelemahan, susah nak lekat)

Bahagian Depan Kad Ucapan
1. Demikianlah Hasil Kad Ucapan leeza.
2. Murid bolehlah tulis pada hadapan kad ini SELAMAT HARI IBU.. HARI BAPA atau HARI GURU.

BELAKANG KAD UCAPAN
1. Bahagian belakang kad ucapan : Sebenarnya leeza tak tahu lah nak buat apa. 
2. Terfikir.. budak-budak mesti suka lukis tangan mereka.. Belasah jew lah...
3. Sekian sahaja!!

BAHAN-BAHAN : 
1. Kad keras (manila kad pun boleh).. saiz A4 or A5
2. Gam, gunting, pensel warna, magic colour
3. Gambar yang hendak digunakan.
3. Double sided / sponge

LAIN-LAIN BERKAITAN SENI YANG TAK BERAPA NAK SENI : 
DUNIA SENI VISUAL >>KLIK KLIK<<

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza mohon maaf di atas setiap kekurangan. Leeza masih dalam golongan pendidik yang sedang berusaha memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Esok akan ke VIVATEL untuk SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WILAYAH (wakil sekolah)...

28 comments:

  1. Assalamualaikum, saya singgah sini :) blh cba ni, mmg mnarik

    ReplyDelete
  2. wah, kreatif la cikgu... dah lama sgt tak buat kad sendiri ni :)

    ReplyDelete
  3. Wah!! kreatif dan ber imaginasi yang baik!!

    ReplyDelete
  4. simple tp menarik..nmpak 3D bt kad gtu kan leeza :)

    ReplyDelete
  5. haiii.. nice entry...
    jom join sini... byk hadiah menarik menanti ! :D

    http://lindafuad.blogspot.com/2013/05/duo-big-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. slm cikgu...saya cukup suka create sdri kad.masa blm kawin buat kad sdri utk pakwe(skrg dialah hubby saya he3)

    anak2 pun bijak n kreatif buat sdri kad utk cikgu,utk saya dan hubby ^^

    p/s-->ttg weeclicks tu ramai kwn blog share dlm entri..tak effect nuff ^^



    ReplyDelete
  7. kreatifnya leeza...klo hery susah nk mnjdi..haha

    ReplyDelete
  8. kretip.. bagus2.. mmg cmtu la yg jual kat kedai2.. hehehe

    ReplyDelete
  9. suka tengok kada buatan sendiri...kreatif yea...

    ReplyDelete
  10. kreatif betul leeza nie :) cantiknye

    ReplyDelete
  11. Pendek kata - kreatif dan menjimatkan wang... :)

    ReplyDelete
  12. tomey nya! hahaha. :D
    dah lama saya tak buat kad ucapan.

    ReplyDelete
  13. kreatif gak yang part lekat kat tengah tu.. hehe.. nnti bolehlh leeza buat bagi kt lyla.. hehe

    ReplyDelete
  14. dulu kalau takde bajet, memang buat sendiri la guna bahan apa yang ada.hehehe

    ReplyDelete
  15. Very good article! We will be linking to this particularly great content on
    our website. Keep up the good writing.

    Also visit my blog - high pr back links

    ReplyDelete
  16. baikk cikguuu. kretif okay. hihi,

    ReplyDelete
  17. <---- tangan tak berapa nak berseni. jadi, alternatif terbaik, beli kat kedai jerla jawabnya :P

    ReplyDelete
  18. lawa laa... kreatif sungguh cikgu leeza ni....!

    ReplyDelete
  19. wah..tq fo sharing thats idea. boleh la apply kat sekolah nanti, budak-budak mesti suka. nak pulak yang darjah 1 kan..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.