Tuesday, June 11, 2013

Fara Fauzana dalam Teater Nyonya and The Gang

Fara Fauzana dalam Teater Nyonya and The Gang
Teater 2 dalam 1 iaitu Nyonya and The Gang menampilkan barisan artis seperti Amy Mastura, Fara Fauzana, Misha Omar, Rozita Che Wan, Mardiana Alwi dan Taiyuddin Omar. Teater yang melibatkan penyampai radio HOT.fm ini akan dipentaskan dari 14 Jun hingga 20 Jun 2013. 

Teater 2 Dalam 1: Nyonya and The Gang
HARGA TIKET adalah seperti berikut : 
Tajuk : Nyonya and The Gang
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 14 - 20 Jun 2013
Masa : 3 PM / 8.30 PM
Tiket : RM35, RM55, RM85, RM185, RM105, RM155
Maklumat Lanjut:
http://www.airasiaredtix.com/ atau http://redtix.airasia.com/

SINOPSIS Teater 2 dalam 1: Nyonya and The Gang :

SINOPSIS NYONYA

SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia. [Selanjutnya SINI]

SINOPSIS THE GANG

THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.

Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas. [Selanjutnya SINI]

BOLEH DAPATKAN TIKET SEPERTI BERIKUT :  maklumat daripada laman INI
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets: The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Mid Valley (TEL: 03 - 2201 1423)
KLCC (TEL: 03 - 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
One Utama (TEL: 03 - 7733 5667 / 03 - 7725 5667)
3. Victoria Music outlets: Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
BSC (TEL: 03 - 2093 1093)
4. KL Life Centre TEL: 03 - 2162 2570
5. Tune Store Low Yat Plaza
6. AirAsia Travel Service Center KL Sentral
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza nak pergi tengok juga lah kalau tak ada apa-apa halangan.....

5 comments:

  1. the best part is ada Anuar Zain...

    ReplyDelete
  2. tak sangka ada anuar zain...apa yg penting...sabtu nie remy pi tgk...yahoo.....

    ReplyDelete
  3. alahai..shida xbkesemptan nk main..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.