Wednesday, June 26, 2013

Sekolah Di KL Dibuka

Kredit Google.... Tak sempat nak snap sekolah sendiri!

Tajuk "Sekolah Di KL Dibuka" - Tajuk entri leeza ni berkaitan sepenuhnya dengan sekolah leeza sahaja iaitu SJKC Tsun Jin.... Sekolah yang lain tak pastilah lah yer... Sekolah kami berjalan dan bergerak serta berfungsi seperti biasa ... heeeeeee ..... Tapi bilangan murid yang hadir ke sekolah tidak seramai biasa....

     Negara kita dilanda jerebu begitu jugalah sekolah leeza dilanda "jerebu kerja"... Minggu ini sibuk dengan persiapan SAMBUTAN ULANGTAHUN YANG KE 100 Sekolah Tsun Jin... 100 tahun der... Punya lama sekolah nie bertapak di bumi ... 

     Seperti biasalah, sepanjang minggu ni sibuk dengan persiapan dan raptai.. raptai dan terus raptai... Terbawa-bawa dalam mimpi perjalanan program yang melibatkan hampir 2000 orang... Nak susun kerusi lagi ... Aigoooooo......

     Ekoran jerebu jugalah, kelas petang minggu ni dibatalkan... Lega rasanya.. ada masa nak buat persediaan... Leeza cerita macam sibuk sangat kan.. padahal leeza bertugas AJK KEBERSIHAN SELEPAS PROGRAM... ki ki ki ki...... Tumpang "menyibukkan diri jew lah" .... :-p

     Apa-apapun, leeza berharap majlis ni berjalan dengan lancar pada 29 Jun 2013. Seterusnya, Hari Terbuka Ibu Bapa juga diharap tidak menimbulkan sebarang masalah.....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Masih kekalkah aku di sini?

3 comments:

  1. Moga majlis berjalan lancar.
    Dan tiada lagi jerebu ~ :)

    ReplyDelete
  2. Moga majlis berjalan lancar.
    Dan tiada lagi jerebu ~ :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. boleh sekolah dgn baik dh pasni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.