Wednesday, July 3, 2013

Berhati-hati Beli Simcard l Perlukan Bantuan

Kali ni leeza nak story pasal kes kelalaian & DITIPU semasa membeli SIMCARD... Bila difikirkan semula, rasa seolah-olah diri ini TERLALU LALAI dan CUAI semasa MEMBELI....

     Leeza pergi beli SIMCARD XX.. Penjual beri dua pilihan SIMCARD XX... Leeza pun tanya juga kenapa dua dan kenapa nombor tak berapa nak lawa ni. 

    PENJUAL tu kata ni simcard lama yang ada bla bla kelebihannya.. Leeza dengar jew lah... Dalam SIMCARD ni ada kredit RM25.... I jual pada u RM35... Biasanya I jual RM50... ... Leeza pun angguk-angguk jew lah... 

    Then leeza telefon kawan tanya pendapat... dup dup dia dah patahkan SIMCARD tu.. leeza pun macam dah was was.... Tapi sedapkan hati jew lah... Then leeza nak bayar dan nak bagi IC untuk REGISTER lah konon.. Dup dup dia cakap tak payah IC... Tak perlu REGISTER... 

    Leeza pelik tapi leeza fikir mungkin ker sekarang ni sistem dah berubah.. Al-maklum dah lama giler tak berurusan hal macam ni.... Then leeza pun bayar dan bla...... (ngong tol)

     Dah sampai rumah.. Leeza nak try lah call, SMS and register nombor yang selalu dihubungi supaya dapat lah murah nantikan... Dup dup TAK BOLEH CALL OUT, TAK BOLEH SMS!!! Perghh masa tu dah angin satu badan!!!! 

    Check baki ....>>>> ADA RM25... Tapi tempoh dah tamat 5 hari lepas rupanya... WHAT!!! Pusing kepala wooooo.... So leeza kena top up...!! Yang buat leeza tertanya-tanya sebenarnya, nombor fon ni didaftar atas nama siapa ???? Sebab bila leeza call pada rakan-rakan yang lain, mereka kata mesti kena register dan beri IC.. .... 

    Dilema leeza sekarang ... 
1. NAK TERUS GUNA ......
2. Transfer kredit pada kawan  dan beli sahaja SIMCARD BAHARU....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Perlukan pendapat kalian... TQ....

20 comments:

  1. huhu..bahaya gax an.. hurm.. beli y baru je laaa..

    ReplyDelete
  2. Jgn pakai da..aritu sy pun terkena..siap sya topup..sejam pastu bes kedit sya..apa yg dipotongnya tak tau..teruk betul..

    ReplyDelete
  3. Salam sis, selalunya macam tu la , if kita beli simcard seharusnya berdaftar bagi no ic. ada juga yang tak nak daftar sebab nak guna no tu sekejap je. Better sis cari no lain dan daftar sebab apa2 berlaku senang nak refer nanti.

    ReplyDelete
  4. kene tngok juga sim tu didaftar atas nama siapa. kot2 hasil curian ke. kan niaya nanti klau jadi apa2.

    btw, err dia tu reseller sim ke? ke just entah siapa2 yg tetiba approach kita suh beli?

    ReplyDelete
  5. uwaaaa.!! Lama nyee x singgah sini.! Simcard sekarang kan kak, eiqa rse dah lain tp x tau laa kan sebab adik eiqa beli tp kecikkk ajeee. Akak tumbukk jee muka org tu kak.

    #sabar yee kak :)

    ReplyDelete
  6. kalo kita geng dgn yg keje bhgian tu, senang nak check,, dorang ni, sy pn penah kena sal simcard ni,,huhu

    ReplyDelete
  7. Kena buat report ni. Senang saja mereka ni nak tipu pengguna.

    Bila yang baru. Takut nanti simcard tu dah didaftar ke nama orang lain. Nanti sia-sia saja topup. Senang orang tu nak sabotaj.

    ReplyDelete
  8. aik.. ini sangat-sangat pelik lah..

    ReplyDelete
  9. leeza, simcard celcom gtau eca..nnti eca suh bf cek simcard tu atas nama siapa....klu lain2 tu,xleh tlg...celcom leh sbb dia keja kt sana...

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak pakai prepaid, so nak advise pun tak sure. But rasanya perlu transfer cr kot. and no tu sah-sah invalid, coz sekarang ni kena register even prepaid.

    ReplyDelete
  11. better la beli baru je. skg ni simcard pun dah murah leeza. lagipun tak tahu kan dia register atas nama sapa..

    ReplyDelete
  12. beli yg baru je dear.. untuk jangka masa pnjang tkut ada probs plak nti

    ReplyDelete
  13. "Transfer kredit pada kawan dan beli sahaja SIMCARD BAHARU".

    Simcard tersebut adlh clon atau recycle...

    ReplyDelete
  14. sim kad sudah didaftarkan. Masalah kelak. jangan kerna mahu untung sepuluh dua puluh ringgit, dan berbangkit masalah pula esok lusa.

    Beli saja yang baru. selesai.

    :)

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  15. kalau rasa was was beoli baru je kak. kang kalau lain jadinya nanti susah juga

    ReplyDelete
  16. beli baru je..kesian org lain

    ReplyDelete
  17. pengajaran brguna ni..lepas ni kite nk hati2 lakalau nk bli card sim ...sbr jela leeza..da nasib..better bli lain,,drpd nanti lg byk problem kn..

    anwy,,tq sharing,,rajin2 singgah la blog kite !
    http://mashitahrosli.blogspot.com/


    ReplyDelete
  18. suggestion aku, pergi check kat center. kalo no maxis, check kat maxis la. kalo clcm, check kat clcm. kalo still was-was, baru tukar.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.