Thursday, August 8, 2013

Persiapan Menjelang Aidilfitri

SaLam Aidilfitri ... Persiapan Menjelang Aidilfitri - Sebenarnya tak banyak pun Persiapan Menjelang Aidilfitri yang leeza perlu sediakan. Keluarga pun tak lah besar mana... Jadi tak ada lah nak bakar lemang berderet, ketupat satu kuali... Memadai untuk beberapa orang ahli keluarga.

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Pertama ::: KEMAS RUMAH
Bila cakap pasal kemas rumah ni... perkataan KEMAS RUMAH ni macam lah RUMAH bersepah sangat... sampai bila menjelang Aidilfitri.. orang semua akan ngomel "nak kemas rumah lagi, nak tukar langsir, nak lap kipas ... bla bla bla bla...."  Macam beberapa bulan sebelum Aidilfitri, kita tak kemas rumah... Bila Aidilfitri berkunjung tiba, mula lah orang rumah khususnya kaum hawa bersilat mengemas setiap pelusuk rumah... Ouch....

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Kedua ::: BAJU RAYA 
Ni part yang sejak dulu, leeza tak akan beli last minute... Baju raya tahun ni leeza dah beli awal lagi .. Nak tahu bila..? Haaaa Bulan Disember 2012..  Semestinya design baju raya leeza tak up to date pun... Lantak lah.. Asalkan ada baju kurung untuk disarung di pagi hari raya...

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Ketiga ::: DUIT RAYA 
Ni part yang leeza uruskan saat-saat akhir tahun ni... 2 hari sebelum Aidilfitri baru leeza pergi bank tukar duit... Tak ker kena sound tepat kat muka dengan pekerja bank "Last-last minute macam ni tak yah tanya tukar duit lah dik oi...

     Leeza senyum kambing jew lah..... Cari bank lain ajer lah....

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Keempat ::: KUIH RAYA / KEK RAYA
Tangan leeza yang kayu bab memasak ni, akhirnya Aidilfitri tahun 2013, leeza turun ke dapur untuk buat kuih dan kek.. .. Excuse me bakal mak mertua.. " i tahu masak tau... " (Dengar bakal mak mertua--- sah sah kena reject + kena ketuk dengan kuali)....


Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Kelima ::: KAD RAYA
Part ni paling best.... Kiriman kad raya paling banyak leeza pos pada tahun ni.... Ada kemajuan dah cik santai leeza... Uiiinaaaa.......

 Terima kasih semua

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza mohon maaf sekiranya sepanjang penulisan blog leeza ini, leeza ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mohon maaf dan salam lebaran....

5 comments:

  1. terima kasih kad dah sampai. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. betul2 persiapan ni... terbaik..

    ReplyDelete
  3. Waaaahhhh awalnya siap baju dia :)

    Salam lebaran,
    Ampun dan maaf sepanjang perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    sebelum raya mengemas rumah, balik dari cuti ke kampung mengemas rumah lagi...kan...hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.