Monday, November 4, 2013

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan

Sabtu lepas sekolah leeza telah mengadakan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini telah melibatkan 45 orang murid dan 8-10 orang guru. Seharian di sekolah dari 7.30 pagi sehinggalah 6 petang... Seharian yang memenatkan...

Sepanjang hari Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ni, banyak  yang telah leeza pelajari... Walaupun leeza sebagai guru pembimbing dalam kem ni, leeza turut belajar pelbagai aktiviti kecergasan dan pergerakan yang "menyeksa" tubuh badan dan otot-ototku... 

Bajet hebat ... so leeza join lah murid-murid sekali buat.... uuuinaaaa... mahunyer tak sakit badan.... isyh iysh ... nampak sangat dah berumur!! haaaaaaaa ~ ~ ~ Terbaeklah Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan di sekolah leeza.... haaaaa

Selain itu, Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ni juga dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid.... Leeza gembira dapat beramah mesra dengan para pelajar... Leeza sempat juga lah mengambil kesempatan menasihati murid yang leeza ajar agar mereka banyak membaca untuk meningkatkan kemahiran mengarang.. Haaaaaa..... "Sambil berenang minum air kaaa???"

Sebelum melabuhkan tirai entri ni.. Leeza nak share gambar-gambar yang sempat dirakam.... 

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan

Taklimat di Awal Pagi

Regangan bersama Encik Pijol

Krak krak pinggang den ...

Anda dah bersedia ker???

Kecergasan dulu yer cik abang!

Menjaring lah wahai anak-anakku!
Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan

TITIK SANTAI :: :: ::  
Serius penat hari tu.. Lepas isyak leeza dah melelapkan mata... Sambil meratap sabtu yang sudah berlalu... :-p

4 comments:

  1. teringat zaman2 sekolah dulu ni... bila masa bersukan...seronoknya pengalaman itu.. walaupun saya bukanlah sports person... he he he...

    ReplyDelete
  2. ummmmm.....best layan kanak2 riang rebina nie hehehe http://Cash4Visits.com/ref.php?refId=294754

    ReplyDelete
  3. Haha..buat senaman sekali dgn student ke, kalau dah berumur elok sgt lah tu utk kesihatan :P

    ReplyDelete
  4. Teringat kembali zaman di alam persekolahan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.