Monday, November 18, 2013

Kursus Kejurulatihan Badminton Peringkat Kebangsaan

Kursus Kejurulatihan Badminton Peringkat Kebangsaan
Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 2013 Peringkat Kebangsaan telah leeza hadiri pada 11 hingga 15  November 2013. Mula-mula dapat berita ni leeza berasa sangat gembira.. Tambahan, hanya 2-4 orang guru bagi setiap negeri sahaja yang akan dihantar ke kursus ini setiap tahun. 

Leeza berasa bertuah sangat sebab dalam usia yang "sangat" muda ini, leeza terpilih untuk hadir Kursus Kejurulatihan Badminton ini. Kursus Kepegawaian Badminton Tahap 1 juga sudah dihadiri dan leeza berjaya LULUS dalam ujian menulis. Malangnya leeza belum sempat buat prektikel untuk dapatkan SIJIL Kepegawaian Badminton Tahap 1 ...

Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 Peringkat Kebangsaan ni diadakan di Port Dickson Negeri Sembilan. Yang buat leeza terkejut ialah para guru yang menyertai kursus ini jauh perbezaannya umur dengan leeza. Serius leeza macam kanak-kanak ribena saja di sana... Berdebar sangat kerana mereka sungguh hebaat, banyak pengalaman dan ilmu sains sukan di hujung jari. dan leeza????? telan air liur saja...
Sesi kuliah Kejurulatihan Badminton
Jadual kursus ni sangat sangat sangat padat.. Dari jam 8 pagi hinggalah 10 malam... Pada 14 dan 15 November, leeza perlu menduduki ujian menulis, ujian amali yang merangkumi skill test dan ujian mengajar (coaching) ... Result belum keluar lagi... Doa-doalah leeza lulus...... 

Coaching Test
Rancangan Mengajar Yang Dibuat (10%)

Sedihnya, leeza rasa masa ujian mengajar, leeza buat dengan TERUK SEKALI... Tak yakin boleh lulus.. Im Toooooo Nerves !!!

Demikian lah.....

Bersantai bersama-sama bakal coach Malaysia.. haaa ~
Bakal-bakal Coach Nak Lepak Starbuck!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Harap lah lulus..... huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

7 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.