Friday, November 22, 2013

Nora Danish Dalam Teater Bahayanya Wanita

Nora Danish Dalam Teater Bahayanya Wanita
Bahayanya Wanita begitulah tajuk teater yang bakal diteraju oleh barisan pelakon hebat seperti Zizan, Umie Aida, Nora Danish, Erra Fazira dan Johan As'ari. Pementasan Bahayanya Wanita ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai bulan depan (Disember). Tarikh pementasan ialah bermula pada 20 hingga 31 Disember 2013. Panjang lagi masa kan untuk dapatkan tiket.... 

Leeza nak terjah Istana Budaya jugalah untuk melihat pementasan Bahayanya Wanita. Dengar kata Nora Danish menyanyi nanti... waaaaa ....... 

Berkaitan tiket Bahayanya Wanita adalah seperti berikut : 
Tiket Bahayanya Wanita
Bahayanya Wanita menceritakan bagaimana seorang tokoh korporat melalui masalah CINTA yang dicarinya... Baca selanjutnya di >>>SINI<<<
Tidak seindah yang diimpikan juga tidak semudah yang disangkakan buat seorang lelaki apabila dia terpaksa mengendalikan 4 cinta dalam satu waktu. KERANA wanita itu adalah pengabdi cinta yang sejati. MANAKALA lelaki tidak pernah puas dengan segala pengabdian itu.
CINTA buat lelaki hanyalah rentak emosi yang mengasyikan TETAPI CINTA buat wanita adalah roh kepada sebuah kehidupan yang tulus dan suci. Bagaimanakah seorang lelaki mengendalikan roh cinta abadi itu mengikut rentak emosinya?

APAKAH BENAR INI CINTA SEJATI SYED MAADON?
KALAU IYA ! APAKAH KEHEBATAN JANDA INI SEHINGGA MAMPU MEMBUATKAN SYED MAADON MENJADI ANGAU DAN SASAU SEPARUH MATI TERHADAPNYA?
Jawapannya adalah BAHAYANYA WANITA…


Mari ramai-ramai dapatkan tiket teater Bahayanya Wanita... Kepada peminat Nora Danish, Erra Fazira, Umie Aida, Zizan dan Johan As'ari, apa lagi yang kalian tunggu..... Mari kita sama-sama sokong pementasan Bahayanya Wanita!! 

Wanita itu seperti mesin penggoda yang tak habis-habis baterinya…
Wanita itu juga bom waktu yang mampu meletop bila-bila masa sahaja….

Lokasi untuk dapatkan tiket juga boleh lihat di laman yang dinyatakan iaitu :
http://redtix.airasia.com/Events/BahayanyaWanita/

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap dapat pergi tonton ..... serius nak pergi nie....

7 comments:

  1. macam menarik tapi nampak gayanya macam tak berkesempatan jer ni.... sebab dalam tempoh tu tengah berpantanglah...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. kena tengok ni.. baru tau mana bahayanya wanita.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. macam menarik jer teater nie..ade nora danish plak tu..meletops..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. nora danish... adusss... si comel itu ... ;)

    ReplyDelete
  5. wah..banyak artis2 hebat..tentu menarik teater ini nanti.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.