Friday, November 1, 2013

SPPBS Uji Sabar Guru, Tidur Bangun Masih Di Situ

SPPBS Uji Sabar Guru, Tidur Bangun Masih Di Situ

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Awal OKTOBER leeza dah selesaikan semua prestasi murid... Sungguh malang apabila ada sedikit kealpaan dan kecuaian semasa key in prestasi murid... Malang dan sungguh malang sekali...... Kecuaian yang leeza lakukan apabila leeza terlupa yang ada murid baharu dalam kelas tersebut... dan prestasi murid masih kosong...

Al-maklum kelas Pendidikan Jasmani ... .... seminggu masuk sekali, buat leeza benar-benar lupa... Aduhai malang sekali kerana sekarang kena bersesak-sesak dan berhempas pulas menunggu sistem itu running ..... Sistem tu pun 'cemerlang" sekarang ni.. tahap lambat kalah kura-kura

Masa Bulan September buat, laju macam kilat jer... Seronok mouse ni tick sana tick sini..
TAPI SEKARANG !!!

Teramatlah 'lembap' dan menguji kesabaran leeza.... Tahap nak tunggu berjaya key in data tu seperti leeza menggunakan line di pedalaman... Barangkali line pedalaman lebih laju.... Fuhhhhhhh...... 

Apakan daya.. leeza kena buat dan sabar jer lah.. sempat iron baju dan mop lantai sementara tunggu nama murid keluar, prestasi murid keluar dan nak simpan prestasi murid... Walaupun leeza bangkit pukul 6 pagi untuk key in prestasi, tetap lambat.... Sedih...............

Next time kena peka dan setlekan awal-awal..... Sabarlah wahai hati... dunia pendidikan sekarang!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Sabar lah labu.......

0 Yang Ikhlas:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.