Thursday, November 21, 2013

Tonton CARRIE

Siapa yang dah tonton filem CARRIE?? Mungkin ada yang tak tahu filem apakah ini? Tengok poster dulu k....
CARRIE
Ok... Kalian dah tengok CARRIE?? Leeza baru tengok filem ni Rabu lepas. Tak plan pun nak tengok filem apa. Tapi dah filem ni sahaja yang ayah dan mak cik leeza tak tengok.. So terpaksalah layannn filem ni....

Mula-mula leeza ingat CARRIE ni filem hantu lah konon... Alahai rupanya bukan.... Jom baca lebih lanjut ringkasan keseluruhan .. >>

CARRIE WHITE ni ada kuasa luar biasa ... Carrie sering dipandang rendah ... 1 hari dia diajak pergi ke prom. Malangnya suatu kejadian yang tidak diingini berlaku dan Carrie telah "mengamuk" dan menggunakan kuasanya untuk membunuh semua orang yang membulinya.
Itu ringkasannya... Pandangan leeza ....
  • Ending filem CARRIE ni.... aduhai..... tidak memuaskan hati.
  • Tak faham ibunya atau carrie yang bermasalah???
  • Impak yang terbaik selepas menonton filem ni ialah Setiap orang ada tahap KESABARAN... Apabila ianya tidak dapat dibendung, maka sesuatu keburukan berlaku.
  • Impak lagi satu ialah Apabila manusia dikuasai dengan perasaan marah dan dendam, mereka sanggup buat apa sahaja walaupun sampai tahap membunuh...
Demikianlah penulisan leeza.... Leeza beri 3 bintang untuk CARRIE..........
CARRIE CARRIE
TITIK SANTAI :: :: ::  
Siapa yang dah tengok filem CARRIE??
-Kesabaran ada tahapnya, ingat tuuuuu!!!!!!!

14 comments:

  1. Dah lama tak tengok wayang...tengok poster Aina pun ingat cerita hantu tadi.

    ReplyDelete
  2. ida lau tgk gerenti xtido malam..termimpi2 nanti...dedarah ni bagai...;))

    ReplyDelete
  3. carrie ni citer lama..diberi nafas baru.hmm setahu saya si carrie ni ada something pada diri dia rasanya la.. boleh memudaratkan orang lain

    ReplyDelete
  4. rasanya dah lama dah citer carrie ni..tapi ni versi baru.yang versi dulu rasanya dia boleh cetuskan api bila marah..

    ReplyDelete
  5. mesti stress kn kak tgok movie ni? ahahhaa...mcm kena sabar2 tu..haahha

    ReplyDelete
  6. wah mcm nak tengok jugak
    bahayanya carrie, jgn main bunuh2, x baik..hehe

    ReplyDelete
  7. singgah komen sat: ana tak minat sgt cerita seram ni..nnt teringat2,satu review yg bagus dari leeza...

    ReplyDelete
  8. adik cakap tak best. dia tengok pun sebab ingatkan cerita hantu.. sekali, hampeh.. bukan rupanya.

    ReplyDelete
  9. Aishhh menyesal pulak datang sini memalam ni. Kak Leeza!

    ReplyDelete
  10. last week ade membar ajak tengok..nasib baik tak pergi..kalau tak mesti kecewa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pergi tgk wyg.. haritu, kawan pergi.. dy kata, bese je.. kalo nk tgk, xyah bazirkan duit gi tgk kt wyg.. tunggu download sudah...

    ReplyDelete
  12. hari tu nak tgk citer ni dah. tp baca2 review, org kata x best pulak. terus x jd nak tgk.

    ReplyDelete
  13. tengok carrie tahun 1976 , yang 1976 lagi padat, cerita carrie yang tahun 2013 nie dah disingkatkan, just kepada orang yang tau kisah carrie nie, kalau tak disingkatkan, larat ka nak tengok 2-3jam, lagi pening nanti. lagipun cerita nie banyak moral.. so better tengok yang first 1976.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.