Sunday, December 15, 2013

Azwan Ali Hanya Diam Dengar Penyingkiran

Azwan Ali Hanya Diam Dengar Penyingkiran  - Kredit FB

MasterChef Malaysia All Stars yang berlangsung selama 2 jam malam ni amat menarik sekali. Leeza pun berkampung depan TV selama 2 jam. Sampai terlepas nak tengok perlawanan Hoki Malaysia vs Belanda. 

Soo Winci yang telah memenangi cabaran kotak misteri dan diberi peluang untuk tidak memasak, telah memilih jalan sukar apabila Soo Winci tetap mahu memasak dalam ujian cipta rasa. Persembahan cemerlang Soo Winci dalam kotak misteri tidak berterusan apabila dalam ujian cipta rasa, Soo Winci merupakan antara yang perlu melalui sesi penyingkiran. 

Oklah, leeza nak fokus semula dengan sesi penyingkiran. Hidangan yang perlu disediakan nampaknya tidak menyebelahi Azwan Ali. Hidangan yang perlu dihasilkan bukanlah sebuah hidangan yang dikuasai oleh Azwan Ali. Kelihatan Azwan Ali banyak meminta tunjuk ajar rakan-rakan dan ada ketikanya hanya mendiam diri dan berusaha untuk menghasilkan hidangan yang terbaik.

Usaha yang berterusan nampaknya telah dipintas oleh Brian. Tatkala hanya Brian dan Azwan Ali yang telah menghidangkan hidangan yang kurang baik, nama Azwan Ali telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Reaksi Azwan Ali hanya membisu dan menerima dengan hati terbuka. Tiada bicara yang panjang dan lebar daripada Azwan Ali

Manakala, perasaan bersalah menyelubungi Brian dan Soo Winci pula terasa kehilangan. Soo Winci menyatakan bahawa dia sangat rapat dengan Azwan Ali dan suka bergambar dengan style rambut Azwan Ali yang pelbagai itu. 

Walau apapun yang berlaku, sudah menjadi lumrah bahawa MasterChef Malaysia All Stars pasti akan berkurangan ahlinya dari minggu ke minggu. Kita juga tidak sabar menanti milik siapakah JUARA MASTERCHED MALAYSIA ALL STARS .... 

** S e K i A n **


4 comments:

  1. geram sgt2 tau tgk smlm drama sggoh dia tuh..hahaha..btw dh xceria dh lah masterchef..haha...

    nnti hh snap pic ngn rita..haha :p

    ReplyDelete
  2. Fuh! King of drama dah keluar. nasib baik Michealle Ang ada lagi..huhu

    ReplyDelete
  3. x sempat nak tgk .. apapun AA selalu menceriakan MC kan.. done nuffnagx2 yer

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.