Monday, December 2, 2013

Cinderella 2013 arahan Ahmad Idham Tampilkan Plot Tersendiri

Cinderella 2013 arahan Ahmad Idham
Bertarikh pada 30 November 2013, pratonton Cinderella 2013 telah diadakan di Cathay, Cineleisure Damansara. Pengarah Cinderella 2013 iaitu Ahmad Idhan, barisan media dan para pelakon turut hadir menyaksikan pratonton Cinderella 2013. Leeza tertarik dengan ucapan Ahmad Idham tentang filem Cinderella 2013 iaitu filem ini filem “syok sendiri” katanya.. Buat hadirin tersenyum seketika. Cinderella 2013 merupakan sebuah kisah cinta dan romantis.

Cinderella 2013 arahan Ahmad Idham bakal ditayangkan pada 19 Disember 2013. Antara pelakon yang membarisi filem Cinderellah 2013 ialah Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Cinderella 2013 yang diarah oleh Ahmad Idham ini memaparkan kisah Nurul (Nelydia Senrose) yang melarikan diri ke tempat penginapan Salman (Fizo Omar) kerana diburu oleh abang tirinya yang cuba untuk merogolnya. Malang, mereka telah diserbu oleh ketua kampung dan terpaksa berkahwin bagi menjaga nama baik mereka.
 
Gambar Filem  Cinderella 2013
Sejujurnya leeza boleh himpunkan bahawa filem Cinderella 2013 memaparkan jalan cerita yang berbeza. Hampir setiap andaian leeza ketika menonton Cinderella 2013 ini adalah salah. Perkara ini membuktikan bahawa plot Cinderella 2013 tidak seperti yang kita sangkakan. Tahniah kepada Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan Cinderella 2013 yang mempunyai plot cerita yang berbeza.
 
Nelydia Senrose - Cinderella 2013


Barisan pelakon dalam Cinderella 2013 melakonkan watak mereka dengan baiknya. Leeza berasa terhibur dengan komedi yang mereka lakonkan khususnya Fauziah Nawi, Kamal Adli dan Erin Malek. Tahniah sekali lagi!

Fizo Omar dan Kamal Adli - Cinderella 2013
Keseluruhannya, leeza hadiahkan 3.5 bintang / 5 bintang kepada Cinderella 2013. Bagi mereka yang mahu menyaksikan kisah cinta dan romantis, bolehlah ke panggung berdekatan dan menyaksikan Cinderella 2013. Filem cinta, romantis dan boleh dikategorikan santai. Selamat menonton semua!! 

  ****
 
Terima kasih kepada Tengku Syukri kerana menjemput Leeza dalam majlis Pratonton Cinderella 2013. Kepada Kak Nora leeza nak ucapkan terima kasih juga kerana memberi ruang dan peluang kapada leeza untuk hadir. Terima kasih..

Pratonton Cinderella 2013
Senyuman Wanita Bisa Menggegarkan Dunia - Bait-bait ayat ini dalam Cinderella 2013 buat leeza terfikir... Waaa begitu hebatkah senyuman wanita. Yaaa Hebat bagi mereka yang dilamun cinta, yang pernah memalui saat digegar dunianya apabila melihat wanita yang mereka cintai tersenyum manis di hadapan mereka.. Tak ker gitu?? haaaaa


Sekian .. Selamat Menonton Cinderella 2013 mulai 19 Disember 2013 ......


TITIK SANTAI :: :: ::  
Cinderella 2013 mempunyai plotnya tersendiri ...

9 comments:

  1. owh..baca entry nie baru tahu ade felim nie keluar...seems like a good movie tapi kenapa promotion dia macam tak meluas??last week lan ade pergi tengok wayang tapi tak nampak plak thriller movie nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. filem ini terbaik..boleh lawan ombak rindu..:)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dapat pergi tengok :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.