Tuesday, December 10, 2013

Drama Air Mata MasterChef Malaysia All Stars

Dari FB Master Chef Malaysia

Siapa siapa yang menonton MasterChef Malaysia All Stars tadi? Siapa.... Fuuhhh pasti kalian dapat lihat drama air mata yang berlaku kan.... 10 minit akhir ketika untuk mengumumkan peserta yang bakal tersingkir merupakan slot yang penuh drama air mata dan debaran.... 

Masakan Raja Azmi dan Azwan Ali dalam MasterChef Malaysia All Stars merupakan masakan yang kurang mendapat perhatian juri. Sepanjang sesi penyingkiran, Raja Azmi telah membantu Azwan Ali. Kita dapat lihat pengorbanan itu. Namun, ketika juri seperti menyatakan Raja Azmi yang bakal tersingkir. Reaksi Raja Azmi sedikit berbeza daripada tindakannya... Di mana, Raja Azmi meminta Azwan Ali menarik diri  kerana Azwan Ali kurang sihat dan mungkin tidak dapat perform terbaik pada episod akan datang... Hooooooo

Nampak juga riak kecewa di muka Azwan Ali dalam MasterChef Malaysia All Stars pada hari ini.  ayat Azwan Ali "mungkin tak semua orang boleh buat apa yang Raja Azmi buat." Ada 2 makna yang boleh kita tafsir di situ... Hoooo fikir sendiri lah yer...

Episod MasterChef Malaysia All Stars pada hari ni cukup drama bagi leeza... Bukan sahaja drama air mata malahan drama tindakan serta perlakuan.. Episod MasterChef Malaysia All Stars minggu ni penuh dramatik.. Akhirnya, TIADA SIAPA TERSINGKIR... sungguh mengejutkan Raja Azmi dan Azwan Ali....

Apa-apapun, MasterChef Malaysia All Stars banyak membantu leeza dalam dunia masakan. Angan-angan pun tinggi supaya hebat dalam memasak... ceh ceh ceh .....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Jommmmm masak ....

8 comments:

  1. Amboi akak... sukanye dia dgn rancangan ni..ehhe...dkt rumah sini takdak astro so xnmpak la..isk..isk..hehehe..:)

    Jum baca entry terbaru Lyeen kat sini: http://ciklyeen.blogspot.com/2013/12/anugerah-terindah.html

    ReplyDelete
  2. kalau korang prasan lah kan...
    yang so called all star melayu tu kalau apa2 sikit sikit oh my god...
    sikit sikit oh my god...
    .. tapi awek aku si vinci tu buley plak cakap insyaAllah... saya redha..
    .. x insaf ker si melayu melayu tu...
    yang telah menambahkan kemeluatan aku nonton..

    ReplyDelete
  3. Memang nampak sangat SKRIP betul la si AZWAN tu... time tengah masak boleh pulak gerak sana sini... itu Micheal Ang pun menyampah dengan perangai dia tu

    ReplyDelete
  4. alaa xtgk yg artu punya..haha...ulangan nnti bru blh tgk ngan hayati..haha

    ReplyDelete
  5. hehe..memang lawak bila tengok 'drama' semalam tu..IbuNoey dok tergelak tgk..kawan makan kawan dah...

    ReplyDelete
  6. SGP mmg suka nengok Masterchef. Mmg gelak habes laa malam tu . hehee

    ReplyDelete
  7. alamak..rumah fiza takde astro.lagipun jarang tgk tv..:(

    ReplyDelete
  8. Fouillez la table de chevet, lisez la note, récupérez le sort et allez dans les cuisines.


    Have a look at my blog :: Incroyable télékinésie explication - YouTube

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.