Saturday, December 7, 2013

ESCAPE Bawa Anda Tonton Lawak Ke Der 3


ESCAPE Bawa Anda Tonton Lawak Ke Der 3
Rasanya ramai yang sedia maklum dengan pementasan Lawak Ke Der 3 di Panggung Sari, Istana Budaya. Pementasan bermula pada 4 hingga 8 Disember 2013. Tuah manusia siapa yang tahu kan, begitulah leeza umpamakan diri leeza yang bertuah kerana mendapat peluang untuk menonton Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE.

Leeza boleh kategorikan sebagai satu kerugian kepada mereka yang tidak sempat menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka.

Rakan kenalan ada juga membuat banding beza tentang Lawak Ke Der ni. Ada yang berkata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok sendiri. (tu lah jawapannya) .. 

Leeza nak ucapakanTerima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang kepada Leeza untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. hmmmmm

Walau bagaimanapun, ada berita baik yang leeza nak kongsi bersama para pembaca khususnya peminat Lawak Ke Der 3. Peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini kalian boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! Maka, kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
 
Lawak Ke Der 3
Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Mari sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE.

Apa itu ESCAPE?
  • ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja
  • Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu. 
  • Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! 
  • Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). 
  • Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
  • Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
  • Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. 
  •  Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Kelebihan ESCAPE: 
  • Henti & sambung tayangan 
  •  Pelbagai peranti
  • Bila-bila masa,
  • di mana-mana jua
 Untuk maklumat lanjut, 
layari www.ESCnow.com sekarang.


 *** SMILE ***

9 comments:

  1. Kak Leezaaa! Suka jealous kan orang tau T_T

    ReplyDelete
  2. Nak try gak tengok sebab member semua kata best hehehee.. :D

    ReplyDelete
  3. wahh seronok lawak ke der 3... dah tengok

    ReplyDelete
  4. lawak ke der 3 tu konpem best sebab yang sbelum2 ni pun da best.

    ReplyDelete
  5. bestnya.. saya ni selagi anak kecik selagi tu la tak dapat nak tgk teater

    ReplyDelete
  6. syoknyer..sob..sob..mesti tak dapat join

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.