Friday, December 13, 2013

Hari Keusahawanan Sekolah

Dah berbulan-bulan berlalunya Hari Keusahawanan Sekolah (SJKC Tsun Jin). Tapi sekarang baru leeza berkesempatan untuk menulis tentang sambutan tersebut. 
BERDISIPLIN : Macam tak percaya jer!
Masa perhimpunan dan waktu berkumpul, bukan payah suruh budak-budak ni beratur. Tapi sekarang !! Hooo maiiiii

Hari Keusahawanan Sekolah  Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin berbeza dengan Hari Keusahawanan yang pernah leeza lalui sebelum ini di Sekolah Kebangsaan. Perbezaan yang paling ketara ialah makanan yang dijual sudah pastinya kami (guru melayu + murid melayu) tidak dapat menikmatinya. Walau bagaimanapun, masih ada sebilangan gerai yang menjual makanan HALAL dan dilabel secara besar-besaran bahawa makanan yang dijual adalah HALAL.
 
Permainan Baling Bola Masuk Bakul
Memancing Tuah Adik-adik ini
 Habis basah sekeliling lantai di sini... Boleh tahan licin ....

         Satu lagi yang leeza lihat ialah ketika Hari Keusahawanan Sekolah, kantin di sekolah leeza tidak dibuka. Maka, guru-guru dan murid-murid perlu membeli makanan yang dijual oleh murid-murid Tahun 6. Kelemahannya hanya 1, pada jam 10 lebih, makanan yang dijual bertambah kurang dan murid Tahun 5 yang hanya dibenarkan turun pada jam 10 lebih itu tidak dapat menikmati jualan yang diadakan dengan baik. 

      Tambahan dengan guru-guru yang turut membeli di gerai jualan Hari Keusahawanan Sekolah ini... Leeza  kurang pasti sama ada makanan yang dijual mencukupi atau sebaliknya ..  Apa-apaun, kelemahan boleh dibaiki dan dibuat penambahbaikkan... Manakala yang positif kita terus amalkan... Itu sahaja...

HALAL HERE
 Masa ni sempat juga leeza beli 3 pack untuk murid melayu tahun 3 leeza. Budak-budak kalau dah main.. lupa nak makan.. so leeza belikan lah siap-siap sebelum habis. Sebab nasi lemak yang dijual pun dah habis.... haaaaaa


Hari Keusahawanan

Agak Lenggang di sini
Demikianlah Hari Keusahawanan Sekolah leeza iaitu di SJKC Tsun Jin bagi tahun 2013.... 


TITIK SANTAI :: :: ::  
Masa berlalu dengan pantasnya, adakah kita dapat mengejar masa atau sebaliknya yang terjadi??
 

9 comments:

  1. teringat juga hari keusahawanan masa sekolah2 dulu, seronok rasanya...

    ReplyDelete
  2. wahh meriahnya ..rindu zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
  3. wah...seronoknya..eringat plak zaman2 sekolah dulu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. memang bagus diadakan hari keusahawanan di sekolah sejak sekolah rendah. Moga akan lahir ramai usahawan kelak di negara kita. Insyaallah!

    ReplyDelete
  5. anak2 wak pon soklah cina jujgakk.,ahHKs

    ReplyDelete
  6. kakak..baca entri ni,teringat zaman sekolah..hahahha

    ReplyDelete
  7. Meriah. Hehee lama tak jenguk sini :D

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah ya, menarik hari usahawan sekolah Leeza. Ada juga yang prihatin jual makanan halal ya. Bagus tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.