Tuesday, December 10, 2013

Kempen "Smelly to Smiley" Ambi Pur

Kempen "Smelly to Smiley" Ambi Pur
Kempen "Smelly to Smiley" telah berlangsung di Berjaya Times Square. Kempen "Smelly to Smiley" berlangsung di LG Concourse Berjaya Time Square pada 1hb hingga 3hb Disember 2013.  Masa berlangsungnya kempen ini ialah dari 10 pagi hingga 10 malam.


Kempen "Smelly to Smiley" turut melibatkan beberapa orang selebriti  tempatan iaitu Hani, Hafiz, Ray dan Haniff. Kehadiran barisan selebriti pada 3hb Disember telah memeriah dan menghangatkan lagi suasana di Berjaya Times Square.

Walaupun pelancaran Kempen "Smelly to Smiley" diadakan dalam jangka waktu yang singkat, namun sungguh meriah sekali. Majlis dimulakan dengan pengenalan berkaitan Kempen "Smelly to Smiley". Diikuti ucapan Goh Seng Jone (P&G Communications Manager), seterusnya Video YoutubePotongStim” oleh Hanis dan Hafiz Hatim.

Hani, Hafiz, Ray dan Haniff
 Berikutnya, eksperimen tentang  "Smelly to Smiley". Diikuti Sesi fotografi dan Video Ambi Pur Car. Eksperimen "Smelly to Smiley" telah dijalankan dalam sebuah bilik yang berkonsepkan ruang tamu. Di situ terdapat makanan ringan. Para penguji perlu menyatakan keadaan di bilik tersebut. Demikianlah eksperimen yang dijalankan.
 
Eksperimen Room - Ambi Pur
Tiada manusia di atas muka bumi ini yang suka akan bau yang kurang enak. Pasti semua orang suka bau yang menenangkan dan sedap dihidu!! Pandangan peribadi leeza, jenama Ambi Pur sememangnya merupakan salah sebuah produk yang tahan lama dan lasak.

Sebelum hadir ke pelancaran Kempen "Smelly to Smiley" , leeza sudah pun menggunakan produk ini. Khususnya produk Ambi Pur Car Starter, Ambi Pur Gel Fresh dan Febreze. Ketiga-tiga produk ini sememangnya leeza guna pakai dalam kehidupan harian leeza.

Sekian saja coretan mak kiah yer... haaaa tetiba tukar mak kiah... Apa-apapun marilah kita sokong Kempen "Smelly to Smiley". Siapa tidak suka bau wangi! :-p


TITIK SANTAI :: :: ::  
Ambi Pur antara pilihan yang terbaik. . . .

6 comments:

  1. saya peminat tegar Lavender.. hehehe

    ReplyDelete
  2. harummmm....macam best jer nih..mcm best jer ni..cikgu leeza...weee :D

    ReplyDelete
  3. Wanginya tu..hehe..sy pun pakai juga benda ni, cuma tak kerap sgt sbb wangian ni ada bahan chemical..

    ReplyDelete
  4. suka bauan yang lembut dan wangi....

    ReplyDelete
  5. Ambi Pur ni kalau guna memang tahan lama. Dalam 2 bulan baru habis.

    ReplyDelete
  6. It is not my first time to visit this website,
    i am visiting this web page dailly and take nice
    information from here all the time.

    My homepage lasertest

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.