Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Ada Bisanya


Lawak Ke Der 3
Bertarikh 4 Disember 2013 dan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, leeza telah diberi peluang untuk menonton pementasan Lawak Ke Der 3. 2 keping tiket diberi kepada setiap blogger oleh escape #escnow. Setinggi-tinggi terima kasih leeza ucapkan.

Tepat jam 8.30 malam, semua penonton dijemput masuk ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3. Pembukaan Lawak Ke Der 3 diterajui oleh Nabil. Kalian pasti boleh bayangkan gamatnya suasana ketika itu. Komedi yang tersusun rapi oleh Nabil disekalikan juga dengan nyanyian “merdu”nya, berjaya membuat kami terhibur.

Yang dinanti-nanti oleh leeza ialah persembahan JAMBU. Hoooo mai, selama ni tengok dalam TV, tapi kali ni live tengok persembahan JAMBU dalam Lawak Ke Der 3. Serius rasa teruja tu lain macam lah. Macam nak tabik laju-laju jer. Keseluruhan persembahan JAMBU juga mempunyai bisanya tersendiri. Tidak perlu tutur bicara yang banyak, cukup sekadar aksi dan memek muka yang boleh membuat para penonton tergelak. To JAMBU, U all the best.. modal JAMBU simple tapi meninggalkan impak.

JAMBU-Lawak Ke Der 3
Persembahan Douglas.. Siapakah dia? Leeza pun tertanya, siapa ni siapa ni..? Hooo mai... Antara sedar atau tidak, sebaik sahaja Douglas berdiri atas pentas Lawak Ke Der 3, Douglas tidak memberi ruang untuk leeza bernoktah gelak tawa. I dont have chance to fullstop loughing. Mr Douglas... please please please teruskan dalam arena komedi ni. Tak puas tengok Douglas ... Macam nak tengok lagi! Lawak Douglas malam itu, tahap cemerlang! A+ dan 100%.
 
Douglas - Lawak Ke Der 3
 Akhir sekali persembahan Harith Iskandar.. Siapa tak kenal Harith Iskandar kan. Lama juga beliau berdiri di pentas Lawak Ke Der 3 dan membuat para penonton terhibur. Bertemakan kisah hidupnya dan keluarga, Harith Iskandar masih dapat membuat kami tergelak. Haaaa... Ada ketikanya, memek muka beliau juga buat kami tergelak.

Lawak Ke Der 3 - Barisan Pelawak
Tamatnya pementasan Lawak Ker Der 3, leeza tengok jam dah pukul 11.30 malam. 3 jam leeza bergelak tawa dalam Panggung Sari, Istana Budaya. Ada peluang tercabut rahang, gigi dan londeh pipi macam ni. Haaaa ~

Keseluruhannya, Lawak Ke Der 3 leeza bagi macam ni ......

Sebelum tu, Leeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada escape #escnow kerana menaja tiket kami dan semestinya Bro Framestone yang membuka ruang untuk pemilik blog santai leeza menyaksi Lawak Ke Der 3. Leeza setuju dengan moto Bro Framestone untuk event Lawak Ke Der 3 iaitu “Sayangi Bro Framestone”.. Again, special thanks to escape.. Thx u very much! 
Terima Kasih Escape dan BroFramestone
Kata-kata akhir, kalian nak happy, kalian nak gelak, kalian nak hilang stress? Silalah pergi tengok Lawak Ke Der 3. Satu tahap kalian boleh gelak sehingga menitis air mata! Jom dapatkan tiket Lawak Ke Der 3 >>SINI<< atau >>www.ticket2u.biz<<

Terima kasih semua!!
MARI SERBU LAWAK KE DER 3

8 comments:

  1. bestnya dapat tengok live..mesti sangat enjoy gelak sakan :D

    ReplyDelete
  2. Wow, bila baca pengalaman Cik Leeza ni rasa macam nak pergi je.

    Tapi ..

    As a Blogger, kenapa Asyrof tak dapat tiket percuma tu.

    Sedihnya ..

    Apapun Cik Leeza, nanti ada benda free, share la kat Asyrof ya.

    ReplyDelete
  3. bestnyerr.. teringin nak tgok gak

    ReplyDelete
  4. wah...untung laa leeza..rasa cam nak pergi tengok jugak laa nanti...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. wah pasti senang banget nie bisa bertemu langsung dan berfoto dengan mereka ya mbak ..

    ReplyDelete
  6. perghh..untungla kak leeza kan?hehehe..
    kalaulah syirah ada kat cheras lagi..haha..
    p/s:FA da tlg penuhkan dua tabung nuffnang akak ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.