Tuesday, December 17, 2013

Micheal Ang Selamatkan Diri & Drama Air Mata Lagi!

Karl TERBAIK - kredit FB
Fuhhhh episod penyingkiran kali ni penuh dengan air mata. Para peserta diselubungi rasa sedih yang mendalam. Semestinya kita yang tidak berada dalam situasi mereka, maka kita tidak tahu apa yang mereka rasa. Seorang demi seorang peserta (khususnya peserta wanita) telah menitis air mata... 

Azlina merupakan peserta pertama yang mengalir air mata apabila Micheal Ang tidak memilihnya untuk diselamatkan pada espisod penyingkiran. Juadah yang disediakan oleh Azlina pada episod sebelumnya merupakan salah satu hidangan yang terbaik dan memberi markah kepada kumpulan. Malangnya, Azlina kelihatan kecewa kerana dirinya tidak diselamatkan. Malahan, Micheal Ang mencalonkan dirinya sendiri untuk diselamatkan daripada pusingan penyingkiran! Waaaa Micheal Ang ada strategi tuuu.... Dah lah buat muka tak bersalah dan "peace" masa mengumumkan dirinya sendiri. 

Walau bagaimanapun, penyingkiran Ah Hong pada minggu ini merupakan satu keputusan yang amat sukar dibuat. Para peserta dalam penyingkiran pada kali ini sememangnya hebat-hebat. Nasib tidak menyebelahi Ah Hong yang telah mengheret Ah Hong tersingkir.

Pandangan leeza secara peribadi episod kali ini : 
  1. Micheal Ang pasti memikirkan masa depannya juga. Setiap peserta yang menyertai MasterChef Malaysia All Stars mempunyai matlamat yang sama. Jadi strategi Micheal Ang memang tepat cuma dinilai dari aspek hati.. hoooooo jawab sendiri lah yerk..
  2. Atas sebab apa Azlina begitu sedih? Leeza kurang pasti.. Mungkin Azlina kecewa dengan keputusan Micheal Ang... mungkin??
  3. Leeza sungguh kagum dengan Karl kerana dapat hasilkan keropok lekor dengan micorwave... Serius kreatif dan awesome.... TeRbAek......! 
  4. Hari ni episod penuh kesedihan dan air mata juga. Namun air mata yang mengalir ada pelbagai makna... Setiap orang mempunyai sebab tertentu apabila mengalir air mata. Gembira pun boleh nangis apa... kan kan kan??

*** s E k i A n ***


2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.