Thursday, December 26, 2013

Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri

Red Wok Restaurant Miliki Ciri Tersendiri
Red Wok Restaurant yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor memiliki ciri tersendiri. Berkonsepkan warna merah sememangnya mewujudkan satu suasana yang unik. Seoalah-olah kita berada dalam misteri... ceh ceh ceh ayat....

Pemilik Red Wok Restaurant merupakan seorang mualaf yang bernama Awang Hashim Bin Abdullah. Red Wok Restaurant beralamat di Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi Red Wok Restaurant :
Isnin hingga Khamis :  12pm hingga 3pm
Isnin hingga Jumaat : 6pm hingga1 2am
Sabtu dan Ahad : 12pm hingga 12am
**Jumaat : Masa makan tengah hari, Red Wok Restaurant ditutup

Red Wok Restaurant - Seafood
Leeza datang ke Red Wok Restaurant ni bertujuan untuk meraikan Hari Lahir adik leeza a.k.a boyfrenz sejati leeza ni... Haaaaaa ... Memandangkan adik leeza nak makan steamboat, maka sampai ke Bangi leeza bergerak... Macam lah kat area Cheras dah tak ada steamboat...
Kami tiba Red Wok Restaurant pun dah lewat, maka kami tak pandang kiri kanan dan terus menjamu selera.... Haaaa gelojoh bebenor... al-maklum.. lapar ~ ~ ~

Red Wok Restaurant "KETAM"

Red Wok Restaurant "Steamboat"
Sedang asyik + khusyuk menikmati steamboat di Red Wok Restaurant ni, leeza ternampak peserta MasterChef Malaysia All Stars iaitu Che Lah... Ewaahhhh Che Lah pun makan sini der... Kategori terbaek lah Red Wok Restaurant ni kan.....
Che Lah di Red Wok Restaurant
Tak akan lah leeza nak snap gambar dengan Che Lah masa tengah-tengah makan tu kan... Tengok jer lah dari jauh... (kredit picture FB)

Selain menyajikan steamboat, Red Wok Restaurant yang memilki ciri tersendiri ini juga ada ala-carte.. Di samping itu, kalau kalian ada yang nak buat event, tapi tak ada tempat, juga boleh datang ke Red Wok Restaurant. Hal ini kerana di sini turut menyediakan khidmat tersebut.... Lihat Laman Red Wok Restaurant >>sini<<

HARGA BUFFET STEAMBOAT + SIZZLING RED WOK RESTAURANT:
DEWASA : RM33
KANAK-KANAK : RM21

Himpunan di Red Wok Restaurant

TITIK SANTAI :: :: ::  
Selamat Menjamu selera di Red Wok Restaurant Bangi Yang Menampilkan Ciri-cirinya tersendiri.

7 comments:

  1. memang best kat sini... selalu pergi time2 awal bulan hehe... lagipun dekat ngan umah... ;)

    ReplyDelete
  2. Steamboat dia tu macam sedap je kak Leeza? Nakkk! So far tak pernah pergi lagi restaurant ni

    ReplyDelete
  3. bagus restoren ni rehat Jumaat..

    btw, Bahayanya Wanita itu best! :-)

    ReplyDelete
  4. Nanti nak try steamboat dia..

    P/s:Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

    ReplyDelete
  5. whooaa.... nak datang sini laa... untung2x jumpa che lah lagi ke...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Quality articles is the important to attract the visitors to pay a quick visit the site, that's what this website is providing.



    my website; CNC Machines

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.