Thursday, December 12, 2013

Tonton Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri

Tonton Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri (kredit here)


Semalam leeza cuba juga mencari sedikit ruang untuk menonton wayang. Disebabkan Lisa Surihani lah, leeza gagahkan juga menonton filem Ular ni. Tambahan, rekemen daripada Tengku Syukri seolah-olah filem Ular lakonan Lisa Surihani dan Yusri ni berbaloi ditonton... 

Bertempat di Cheras Selatan, jam 8.30 malam, leeza masuk panggung untuk layan iklan filem yang ada. 5 hingga 8 minit kemudian, filem pun mula. Malangnya kisah lain yang keluar. Para penonton dah pandang kiri kanan dan bersoal antara satu sama lain. Sebabnya cerita cina yang sedang dimainkan. Masing-masing ingat mereka salah masuk panggung, termasuklah leeza. Haaaaaa Tak lama kemudian, filem dimatikan dan terus ditukar kepada filem Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri.

Baiklan, berbalik kepada pandangan peribadi leeza tentang Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri ini, leeza berasa permulaan filem Ular ni sedikit membosankan. Itu pendapat leeza lah, sebabnya hanya satu kerana terlalu fokus kepada adegan-adegan yang 18 SX diiringi dengan "ubat kuat" serta bunyi-bunyian seumpamanya. Rasanya kalian faham maksud leeza... :-p

Selain itu, Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri juga menampilkan jalan cerita yang kurang kuat. Alangkah baik sekiranya pemilik resort tersebut ditelan ular itu sendiri. 

Walaubagaimanapun, filem Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri juga mempunyai kekuatan tersendiri. Antaranya termasuklah adegan Izzue Islam dan isterinya (dalam filem ular) yang terkorban dimakan ular. Adegan tersebut menampilkan pengorbanan yang cukup mendalam.

Tambahan lagi, setiap aksi ular memakan dan melilit mangsanya dihasilkan dengan baiknya. Perkara ini merupakan kekuatan yang paling terserlah sekali. Leeza kagum dengan hasil seni ini. Terbaiklah Ular Lakonan Lisa Surihani & Yusri... 

Demikian sahaja kata-kata leeza.. Moga filem tempatan dapat dimajukan lagi... Teruskan usaha dan moga terus sukses.....

Dua minggu yang dipaksa dan terpaksa berkampung di sekolah.... Haaaaaaa


*****

9 comments:

  1. tengok trailer filem ni macam menarik...

    ReplyDelete
  2. cerita ni lain dari yang lain buat orang nak tengok kan..

    ReplyDelete
  3. Filem malaysia mmg dah improve tp bykkk lg boleh ditmbh baik lg

    ReplyDelete
  4. Uhh tak ada der nak pegang ular ....

    ReplyDelete
  5. geli la tengok ular tu kak...last syirah pegang ular masa tingkatan 3.hehe

    ReplyDelete
  6. at first memang rasa macam tak nak tengok tapi lepas baca review rasa macam not bad plak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. sapa tak suka tengok kalau lisa berlakon..comel je..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.