Wednesday, January 30, 2013

Rainbow Cake: 1st Try

Rainbow Cake: 1st Try
Masa adik leeza cuti semester lepas, sempat juga Leeza berkasih sayang dengan dia... Leeza suruh hero leeza buat kek untuk leeza. Pertama, leeza suruh dia buat Pavlova, jawapan dia "kek tu leceh lah... complicated.." jawab dia.

Ok fine... Nak Red Velvet... dia jawab "OK.. Small matter." Leeza tabur lagi kasih sayang, leeza suruh dia buat rainbow cake kalau boleh... Hero tu senyum jer... dan jawab "Semua kek nak buat... mana satu nak dimakan tah..." dia membebel... serius macam mak nenek woooo.... :-p (dalam hati, ada aku kesah, yang penting aku nak makan kek... la la la ~)

Akhirnya, leeza dapat rainbow kek sahaja.. Red Velvet ada bahan-bahan yang tak cukup... (kecewa sih) .. So jom tengok gambar rainbow cake pertama yang tak berapa nak jadi. ni. Haaaaaa

 Bancuhan warna..
Macam nak buat mural kat dinding sekolah.. 

Hero leeza tu baking cake ni satu-satu.. dan cantumkan macam kat atas ni.
Tinggi semacam jer kek ni.

Proses mencantikkan sisi kek. Haaaaaa

Atas kek, leeza telah memburukkannya...
Liza - Arif (nama adikku) - Ima (nama kakakku)
Kehidupan 3 beradik...

Rasa kek ni boleh lah... MASIH PERLU DIBUAT PENAMBAHBAIKKAN...
Tapi still happy, 1st try ...

Ni ada satu kek lagi yang hero leeza buat ...
Apa nama kek ni... Kek pelangi kot....
Sebenarnya masa buat kek ni, leeza lah dok suka suki nak bubur warna..
Rasa kek ni sama jer pun.. hehehehe

** Hazwan Hairy, Kamu bukan suka warna wani ker... Haaaaaa**

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza tak sabar nak suruh hero balik KL lagi, sebab nak suruh dia buat red velvet plak.... Layannnnnn
 

Friday, January 25, 2013

Masalah Bila Murid Tidak Faham

Masalah Bila Murid Tidak Faham
Leeza nak cerita sikit pasal masalah yang paling kronik yang dihadapi sepanjang minggu ni. Masalah yang buat leeza rasa nak "menangis" bila difikirkan semula.. Apa leeza cakap, murid langsung tidak faham.
SITUASI 1 :  
Cikgu : Semua senyap dan pandang depan !! (nada suara dah cukup lantang dah, sebab bengang murid bising bukan main lagi)

Murid : Tiba-tiba satu kelas angkat dua-dua belah tangan!

(Leeza hanya mampu diam, nak gelak ada, nak marah pun ada. Akhirnya, leeza cakap turunkan tangan dan duduk... Leeza sendiri blur dah nak buat apa!!!)

SITUASI 2 : (Kategori kurang BUDI BAHASA)
Cikgu : Beratur dan senyap.
Murid : (bertutur dalam bahasa Mandarin) Cikgu ni leceh.. giler!
Cikgu : Menoleh dan terus sound budak tu.

SITUASI 3 : (Di mana hilangnya adab)
  1. Bila seseorang murid begitu selamber untuk berkata buruk tentang cikgu. Contoh perkataan yang selalu leeza dengar, "cikgu ni giler" ... "ba**an*... c*l*k* .... 
  2. Bila murid boleh berlari sambil makan nasi berlauk???? 
  3. Bila seorang guru menegur sesuatu yang tidak wajar dilakukan, mereka akan menjawab "saya tidak suka"...
Pendek kata, leeza sendiri tengah usaha untuk positifkan diri leeza. Tidak kira apa pun, itu semua tanggungjawab. Try to be happy, then maybe my life will be more colourful.
 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Masa buat entri ni, leeza rasa sayu sangat. Sedih memikirkan anak-anak bangsa yang demikian. Leeza harap satu hari mereka sedar akan apa yang mereka lakukan ini. Leeza cuba yang terbaik.... :-(
 

Thursday, January 24, 2013

FamilyHomeChoc's Pop Cakes Paling Sedap

FamilyHomeChoc's Pop Cakes Paling Sedap 

2 3 minggu ni leeza ada dengar akak leeza membebel-bebel yang dia stress, kerja banyak n so on. Leeza pun plan lah untuk buat kejutan kat akak leeza ni. Leeza order Pop Cakes dan delivery ke sekolah di mana akak leeza ngajar. Honestly, memang akak leeza tak tahu langsung plan leeza ni.

Semalam (23 Januari 2013), pemilik FamilyHomeChoc's telah pergi ke sekolah akak leeza dan buat kejutan itu. Jommm baca komen pemilik FamilyHomeChoc's masa buat kejutan tu.

Next suprise ni admin wt kt KL. Tempat kali ni, SMK Dato Onn, Jalan San Peng, 55200, Kuala Lumpur. Insan yg di'suprise'kn ni seorang guru kat sne. Name beliau, cikgu Raja Halimah bt Raja Yakob. Org yg wt suprisenye lak kwn admin sndiri Cikgu Liza. Sgt seronok lah sbb ble msuk bilik guru admin tnye la siapa tuan punye badan, tp ramai yg mengaku diorang Raja Halimah. Yela dah nmpk admin bwk jambangan bunga cntik2 kn.. Hehe kecoh jap bilik guru semua mata tertacap kt bunge admin.. Lagilah seronok Cikgu Raja Halimah ni sbb beliau la insan yg bertuah tu.. ^^ Wish sy, semoga cikgu happy2 selalu!
Masa pemilik FamilyHomeChoc's buat hantaran ni, rupa-rupanya ramai sungguh yang mengaku diri mereka "Cikgu Raja Halimah"... Amboi amboi...... Ni lah gambar Pop Cakes Paling Sedap !

 
Pop Cakes ni memang sangat sedap... Tak tipu!!!
 HARGA : RM45 untuk 30 sticks...

Leeza rasa harga ni OK dan tak mahal, kalau kita beli bunga lagi mahal. Tapi kalau Pop Cakes Paling Sedap ni, kita boleh makan... Haaaaa (kerjanya makan jew)

So kali ni leeza nak promote, kalau u all berminat nak beli coklat, nak tempah coklat ker apa ker...
u all KLIK BANNER COMEL BAWAH NI
 FAMILYHOMECHOC'S

FamilyHomeChoc's ni ada buat untuk door gift, hantaran untuk perkahwinan, untuk konvo dan seumpamanya. Sila-silalah berkunjung ....
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza sangat berpuas hati dengan layanan FamilyHomeChoc's. Harga dan rasa juga sangat bersesuaian... Terima kasih kepada cik Filzah sebab bagi free 5 sticks.. Bertuahnya rasa.. Rasa happy sangat! Love u Filzah! Thx thx thx!!
 


Leeza akhir dengan ruat wajah gembira penerima dan pemberi...
 
Pop Cakes Paling Sedap dengan Kejutan buat akak tersayang!
 

Wednesday, January 23, 2013

Cinta Itu Misteri Blogger Paling Santai 2012

Cinta Itu Misteri Blogger Paling Santai

Pemilik Blog Cinta Itu Misteri iaitu kak Shidar merupakan pemenang utama Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza. Seperti yang korang tahu, segmen yang leeza buat bulan Disember 2012 tu dinilai berdasarkan keaktifan peserta sepanjang segmen berlangsung. Inilah Juara Jari di Santai Leeza sepanjang segmen berlangsung.

Kenali blogger ini dengan KLIK BANNER ~

Blogger yang sudah berkeluarga ini tidak sangka begitu aktif berkunjung ke laman santai leeza. Terima kasih kak cinta misteri... Anak-anak akak comel-comel... Haaaaaa..... Sebenarnya blog akak ni tak lah secara keseluruhan bercerita tentang cinta. Bagi leeza banyak tentang keluarga. Bisik hati leeza "bekalan untuk masa depanku ni... " haaaaaa

Leeza akhiri entri dengan "Cinta memang manis, Tapi kadang kala pahit ditelan" (ciplak cogan kata kak misteri jap erk)... Haaaa ... Kadang-kadang dengar perkataan cinta pun ada sesetengah orang nak termuntah.. Tapi bila orang itu dilamun cinta... Jiwang sangat... Madah puisi lancar dibicarakan... Ewahhh... 

Kenapa ada orang begitu sensetif dengan perkataan CINTA... lagi-lagi ayat "AKU CINTA PADAMU" ... Tapi tak pulak sensetif dengan ayat "I LOVE U".... hmmmmm

Oklah, korang jangan buat-buat lupa terjah CINTA ITU MISTERI...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Cinta Hati
Cinta Muka Buku
Bukan Cinta Biasa
Cinta di Pantai Merdeka (ada ker tajuk lagu ni)
yang lain sambung sendiri lah erk.... 
**mohon maaf kalau ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan mana-mana pembaca.

Monday, January 21, 2013

RockCorps Malaysia at Pasar Seni

"RockCorps Malaysia at Pasar Seni Memang Sempoi"
 Dah lama rasanya leeza tidak berhujung minggu di Kota Raya yang sibuk dan sarat dengan warga asing itu. Semalam, leeza join RockCorps Malaysia di Pasar Seni dan menjadi sukarelawan untuk membersihkan kawasan sekitar Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengecat, membersihkan papan tanda, pondok telefon dan seumpamanya yang mengandungi "contengan jalanan" (istilah baharu yang direka selepas join aktiviti ni)... :-p

Leeza mula bergerak sekitar Pasar Seni, Petaling Streeet jam 10.30 pagi dan kembali semula ke Pasar Seni jam 1 petang. Sangat penat tapi best! RockCorps Malaysia kali ni memang sempoi.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan, bila dah jam 12 tengah hari, area Pasar Seni dah sarat dengan manusia. Masa tu nak bergerak pun rasa sangat susah. Haizzz....

Aspek makanan, kalau korang join aktiviti macam ni, haaaaa.. Tak payah lah nak risau.. Memang akan disediakan sampai kenyang. Haaaaa.....

Sebenarnya leeza taip entri ni pun dalam keadaan yang tergesa-gesa. Well hari ni hari pertama leeza daftar diri dan mula mengajar. Ringkasnya, Leeza perlu baca buku MOTIVASI banyak banyak banyak banyak.... Moga satu hari nanti, anak-anak didik di hadapan leeza ini dapat menguasai BAHASA MELAYU dengan baik. 

"Ikhlas mendidik demi mereka harapan negara"

Sebelum noktahnya entri ni, jommm roll sikit gambar aktiviti semalam... Waaaachaaaaaa......

Habis pondok telefon kami bersihkan !!
Orang-orang Bangladaesh melihat kami dengan wajah yang sangat pelik!

Hai Pak Cik !! 
Pak cik ni pun memberi semangat kepada kami.. Haaaaa

Dah penghujung aktiviti. Memang sempoi...

Dah dapat tiket.. Maka berakhirlah Ahad leeza..
Bawa kereta dengan lajunya, sebab nak tengok Badminton!
Kat depan TV jew....

TITIK SANTAI :: :: ::  
*Apa-apapun kita buat, kita kena selitkan sedikit keikhlasan. Tidak kira apa yang kita buat, ikhlas dan jujurkan hati. Leeza sendiri juga mahu berusaha untuk menjadi seorang yg mempunyai keikhlasan yang tinggi.
 

Saturday, January 19, 2013

Pemenang Segmen: Blogger Rojak Campur Aktif Meninggalkan Jejak

Pemenang Segmen: Blogger Rojak Campur (klik untuk view) Aktif Meninggalkan Jejak
SALAH SEORANG PEMENANG Segmen Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza ialah Ms Shasha, pemilik Blogger Rojak Campur...
Sepanjang segmen berlangsung, adik Shasha kita ni banyak meninggalkan jejak dan begitu aktif tarian zapinnya di blog santai leeza.  Dengan itu adik Shasha telah berjaya mendapat tempat kedua dan menerima review / promosi daripada santai leeza. Jom baca sedikit celoteh tentang blogger rojak campur ni.


Header yang simple ini sangat serasi dengan tuan punya blog. Sebab Shasha ni boleh dikatakan simple orangnya. Maksud simple leeza ialah dia tidak banyak kerenah dalam dunia blog. Seorang yang rajin meninggalkan jejak sampai adakala boleh terkejut beruk leeza sebab komen Shasha penuh dalam waiting list... Thanks so much dear....

Tapi sekarang ni Shasha sibuk agaknya, sebab jarang nampak komen daripada pemilik Blogger Rojak Campur ni. Miss u dear!! Rindu Shasha hantar kopi panas setiap malam, rindu roti canai yang dihantar setiap pagi.. petang pula, shasha akan hantar lempeng panas untuk leeza... Waaaaa... untungkan??? Kenalilah mereka mereka ini. Tidak mengharapkan balasan tapi cukup sekadar perhubungan antara blogger.

Kenali juga blogger di bawah ni : (klik untuk kenal mereka)
1. Mr Izwan
2. Hazwan Hairy 
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza suka review blog kawan dalam erti kata actually tengah promote blog kengkawan!
 

Wednesday, January 16, 2013

UNDI: Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Popular Berita Harian: Ramalan Leeza jer, Anda pula? 
Entri kali ni leeza buat sekadar perkongsian bersama. Pendek kata semua finalis memang hebat-hebat... Ada kategori yang sukar dijangka siapa yang sewajarnya. Apa-apapun kita tunggu dan lihat siapa yang menang. He he he

Jom lihat finalis.. Di sini leeza masukkan gambar finalis untuk Artis Lelaki dan Wanita baharu popular. 

ARTIS LELAKI BAHARU POPULAR
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5.Taiyudin Bakar

ARTIS WANITA BAHARU POPULAR
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong 
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
Dah tak ada gambar .... sorry!!  


ARTIS DUO / BERKUMPULAN POPULAR
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5.  Sleeq & Najwa Latif

PENYANYI LELAKI POPULAR
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

PENYANYI WANITA POPULAR
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna 
 
PELAKON TV LELAKI POPULAR
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

PELAKON TV WANITA POPULAR
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Siti Saleha
5. Neelofa

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palare
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. Lisa Surihani 
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Yana Samsudin
5. Nora Danish 

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Norkhiriah
5. Sharifah Shahira 

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
1. AC mizal
2. Aznil Nawawi  
3. Awal Ashaari
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

PENGACARA TV WANITA POPULAR
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
1. A.G.
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Nabil
5. Johan

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura
 
TITIK SANTAI :: :: ::  
Entri ni sekadar suka-suka... Nak undi, jom hantar borang macam kat bawah ni... he he he :-p