Thursday, February 28, 2013

Empire Shopping Gallery: Anda Berani Cuba Ni?

Empire Shopping Gallery: Anda Berani Cuba Ni?

Siapa yang pernah pergi Empire Shopping Gallery?? Setiap kali leeza pergi sana, mesti leeza nak cuba permainan ni. Tapi setiap kali tu juga, leeza dah makan sampai kenyang kat Restoran Serai, so takut termuntah plak pavlova yang awesome di Restoran Serai, Empire Shopping Gallery.

Rasa-rasanya u all berani tak cuba benda ni... Haaaa 
 RM10 sekali naik..
Kalau dua kali naik .. RM15

Dari tingkat atas sekali ... 
emmm, leeza tengok jer lah.. nak main.. entah bila...

** siapa-siapa yang nak main ni, sila ingat jangan sesekali anda menjerit walaupun anda takut saat itu. Sebabnya, nanti satu mall tu dengar suara anda dan menoleh ke arah anda... Huuuuu...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kalau anda rasa anda berani, jom cuba... Rasanya next time, leeza kena main ni dulu baru makan.
#Tengah Cari Masa Nak Blogwalking 

Tuesday, February 26, 2013

Novel DOSA Memang Berdosa [Review]

Novel DOSA Memang Berdosa [Review]

Buat masa ni leeza pilih NOVEL KELUARAN FIXI untuk dibaca iaitu DOSA. Sebabnya hanya SATU.. JALAN CERITA yang lain daripada lain. Berbeza dengan penulisan NOVEL sekarang yang "SARAT" dengan kisah CINTA... 

Siapa yang tidak pernah membaca NOVEL keluaran FIXI, korang boleh baca review novel Fixi yang pernah leeza baca iaitu KELABU dan LICIK. *klik kat tajuk tu erk!

Novel DOSA penulisan Nuril Basri [REVIEW]:

"GAYA BAHASA" 
     Leeza tak tahu DOSA menggunakan gaya bahasa Indonesia. Jadi, leeza mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel ini. Secara keseluruhan, sememangnya menggunakan bahasa yang mudah difahami, namun terdapat sedikit penyerapan atau penggunaan Bahasa Indonesia, menjadikan tempoh membaca novel ini sedikit lama. Apa-apapun ada bahagian DEFINISI perkataan kat depat novel. So korang boleh rujuk!

"JALAN CERITA"
     Keseluruhan jalan cerita yang digambarkan adalah sangat terperinci. Dari satu babak ke satu babak tiada jarak yang terpisah.Oleh sebab itu, leeza makan masa untuk habiskan novel ini.

"DOSA memang BERDOSA"  
     Dosa membawa kita ke dunia budaya songsang. Jejaka separuh telanjang dan jejaka yang lembut ala perempuan (pondan) dan mereka ialah pelajar sekolah agama (sekolah pondok). Bagaimana mereka boleh terlibat dalam dunia yang serba BEBAS lagi BERDOSA ini. Sedangkan mereka merupakan pelajar sekolah pondok.

     Kerana WANG RINGGIT mereka sanggup menjual diri namun bukanlah sampai tahap menjual teruna mereka. Namun, kerana satu insiden segalanya berubah... ...

Keseluruhannya, leeza puas hati dengan novel DOSA ini. 

REVIEW NOVEL KELUARAN FIXI : 
1. KELABU
http://www.santaileeza.com/2012/11/kelabu-by-nadia-khan-karya-yang-buat.html
2. LICIK :

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza nak habiskan novel MANGSA pula !!

Friday, February 22, 2013

Rawang Burger Bakar

Rawang Burger Bakar Bandar Sri Permaisuri
Rasanya ramai mengenali Rawang Burger Bakar (RBB). Rawang Burger Bakar bukan sahaja dibuka di Rawang, tapi dah merata. Anda boleh baca SINI. Salah satu tempat yang paling dekat dengan leeza ialah di Bandar Sri Permaisuri. Leeza rasa gerai di Bandar Sri Permaisuri ni baru lagi kot, jadi gerai dia nampak very simple jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. 

Gerai Rawang Burger Bakar ni berdekatan dengan JPJ Bandar Sri Permaisuri, kat area car park sebelah dengan JPJ tu.

Dua jenis burger sahaja yang leeza pesan. Sebelum datang sini, leeza dah survey kat laman web RBB:SINI. Leeza dapati burger bakar yang disediakan agak besar. Jadi order dua sahaja untuk 3 orang makan. Jommm roll sebentar...

Yang Pertama : OMBAK RINDU
Rawang Burger Bakar : OMBAK RINDU
 HARGA : RM8.00 tanpa Cheese
Dengan Cheese RM9.00

Rawang Burger Bakar : BURGEMBIRA
HARGA : RM8.00 tanpa Cheese
Dengan Cheese : RM9.00

 NAK TENGOK BURGER BAKAR LAIN : >>>SINI<<<

Suasana Gerai Rawang Burger Bakar Bandar Sri Permaisuri

**Minuman yang disediakan di sini, hanyalah minum tin... (pendapat leeza, perlukan penambahbaikkan dari aspek minuman)

RESPON SANTAI LEEZA:: :: ::  
Sedap sehingga menjilat jari tangan! haaaaa...... boleh terjah lagi... 
~Sekian~

Tuesday, February 19, 2013

Aseana CafeBar KLCC

Aseana CafeBar KLCC
Teman kawan pergi KLCC then lepak makan kat satu cafe kegemaran husband kawan iaitu Aseanna CafeBar KLCC. Leeza masa tu dah kenyang so tak lah order makan, just order air untuk cuci-cuci mulut. Heheehehe.... Jom roll gambar makanan simple kami ni....

 Ni air pilihan leeza... Minum ni pun dah kenyang lah korang...
Apa nama air ni tah, lupa lahh... adoi....... sorry ~

Aseana CafeBar KLCC
Ni spegetti kawan leeza tu...
satu perkara yang leeza nak puji tentang akak ni, dia seorang yang TEGAR kalau bab makan.
Memang best lah layann kerenah akak ni... 
Moga kita kekal berkawan selamanya kak... Sampai anak cucu cicit pun. hehehe

Menu - Aseana CafeBar KLCC
 Dari tadi dok mengomel, ni lah kedainya...
ASEANA CAFEBAR 
Ada masakan melayu dan western..
Yang best ada kek.. Tapi leeza tak try lah.. Sebab serius kenyang masa ni..

Jom Pergi - Aseana CafeBar KLCC
 Ni bunga hidup tau... cantik jer tengok bunga dua kuntum ni. 
Apa nama  bunga ni erk? 
(FAIL lah bab-bab bunga ni)

NAK CERITA LAGI NI PASAL KLCC....
KLCC memang satu tempat yang jarang sekali kaki leeza jejak. Nak tahu sebab apa leeza tak suka pergi KLCC....
  • Butik-butik kat situ serius bukan citarasa leeza. Maksud citarasa leeza ialah leeza belum mampu nak beli pakaian kat KLCC tu. huuuu..... kering kontang dompet kalau shopping kat sana rasanya.
  • Parking kat KLCC ni HOT sangat erk.. Kali ni leeza dan kawan terjah KLCC kena RM10.50... dari kul 10am smpai lunch hour gitu lah.. tak ingat sangat..
  • KLCC ni boleh tahan ramai orang gak erk.. Sama lah macam Mid Valley dan Times Square (hujung minggu)....
1 Sebab jer suka pergi KLCC... sebab nak terjah kedai buku KINOKUNIYA yang ada kat KLCC.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza jarang sekali ketemu jodoh dengan KLCC.... la la la la
Apa cabaran yang akan aku lalui hari ini di sekolah? 
 

Monday, February 18, 2013

Kaligrafi China di SJKC Tsun Jin

Kaligrafi China di SJKC Tsun Jin
Pertandingan Kaligrafi China telah berlangsung sebelum menjelang Tahun Baharu Cina. Suasana dan keadaan di sekolah sungguh meriah. Lagi-lagi bilangan murid sekolah leeza amat ramai. Nak kawal disiplin murid pun agak susah sekali. Budak kalau dah ada event macam ni, perangai mereka pun lain macam. Haaaaa.....

Apa itu Kaligrafi China? 
Tulisan China ada macam-macam variasi. Pada pertengahan abad ke 20 an, variasi ini telah diringkaskan. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi di China dan ianya dianggap lebih tinggi atau lebih bernilai berbanding lukisan gambar ataupun muzik. 

Kaligrafi sebenarnya telah disamakan penggunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar dan ianya menjadi komersial dan tulisan mereka menjadi barang berharga.

Itulah serba ringkas yang boleh leeza jelaskan. Jom lihat contoh Kaligrafi China oleh murid SJKC Tsun Jin. 
Kaligrafi China: Cukup panjang tak?
Dari depan pagar sampai lah ke hujung. 

Kaligrafi China: Asal buat jer budak-budak ni... :-(

Yeah.. anda nampak siapa itu?
Kaligrafi China: Antara yang baik.
Itulah suasananya. Mengajar di SJKC, banyak pengalaman baharu. Dahulu mempunyai pengalaman belajar di SJKC, sekarang merasa pula MENGAJAR di SJKC. Serius sangat menarik. Menarik yang dimaksudkan bukannya hanya bertumpukan pada yang bahagia2.. yang duka juga ada. Tapi itu namanya DUGAAN. 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Guru itu sudah kerja mendidik, membimbing, mengajar. Kalau semua murid memang bijak, tak perlulah Guru. 
Chaiyok2..
 

Sunday, February 17, 2013

Blogger Adam Faiz

Blogger Adam Faiz
Kali ni nak review blog http://sibodohjangankacau.blogspot.com/  ... Pertama kali terjah, leeza rasa blog ni sangat kemas. Alunan muzik pun tidak serabut sangat. Tapi ada sesetangah pihak menyatakan kalau letak lagu boleh berat blog. Tapi leeza rasa depend lagu kot. Yang paling penting, terpulanglah pada pemilik blog itu sendiri.

Adam Faiz, apa-apapun, leeza nak ucap TAHNIAH kat Adam Faiz sebab menang dalam segmen yang dianjurkan oleh NFH... 

Jomm terjah ADAM FAIZ >>>>. SINI <<<<

TITIK SANTAI :: :: ::  
Bila Hati mula berbicara pasal segala benda yang dirasa, Maka Hari kamu akan merubah menjadi PELANGI atau MALAP tanpa BULAN... 
~Aku cuba untuk bersahabat baik dengan KESABARAN~

Saturday, February 16, 2013

Labu Sayung Ada Di KL

Labu Sayung! 
RABU, maka kurang berbicara. Leeza hadiah gambar ini. Labu Sayung...
Labu Sayung Ada di KL
 Nak dijadikan entri ni, leeza nal cerita pasal Labu Sayung ni. Satu hari tu leeza makan kat area Taman Len Seng, Cheras. Gerai tu ada Labu Sayung. Teruja plak tengok. Haaaaa...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Bukan senang nak jumpa Labu Sayung ni tau. Semestinya dalam tu berisi air dan ianya sejuk!

 Antara percaya atau tidak, MASA itu selalu mencemburui kita......

Friday, February 15, 2013

Blog Pilihan REMAJA 15 Feb 2013

Blog Pilihan Remaja 15 Feb 2013
Kali ni bukan leeza dan Yaaaa memang bukan blog leeza yang terpapar dalam Majalah Remaja keluaran 15 Feb 2013. Kalau dah bukan blog leeza, maka leeza nak berkongsi dengan kalian blog pilihan Majalah Remaha 15 Februari 2013. 

Jom tengok gambar di bawah ini. Kalau rajin, jom kita singgah sebentar di laman-laman terpilih ini. Sebarkan, Lebarkan Sayap blog kita... Jommmmmm


BLOG Pilihan REMAJA 15 Feb

KANAN :
http://afzalsukasuki.blogspot.com/

Jom singgah laman-laman yang terpilih ini. Tahniah !!


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza nak ucapkan TAHNIAH kepada ketiga-tiga blogger! Terus sukses... Chaiyok !!

Thursday, February 14, 2013

A Good Day To Die Hard [REVIEW]


Semalam sempat juga terjah panggung sebab nak tengok filem A Good Day To Die Hard. "Bertungkus-lumus" leeza nak dapatkan tiket tau. Nak beli on9, hampir 10 kali leeza refresh page TGV, akhirnya GAGAL juga beli secara online.. Serius berapi dah hati.

Angkat kaki, terus drive pergi TGV Cheras Selatan, beli kat kaunter, terpaksalah beratur panjang. Sampai depan kaunter, biasalah seat memang hampeh. Penyelesaiannya leeza terpaksa duduk berasingan dengan My Lovely bro... Tak per lah.. layankan jer lah....

Ok, tutup kisah nak dapatkan tiket. Sekarang, nak berceloteh pasal filem A Good Day To Die Hard.


MOTIF KURANG KUAT  
     Pada pendapat leeza, jalan cerita A Good Day To Die Hard kali ni kurang kuat!. Jalan Cerita filem ni TAK KUAT. Maksud leeza motifnya tak berapa kuat untuk dijadikan cerita. *Pendapat peribadi leeza lah. Tapi masih OK dan tak lah merapu ker apa. Masih boleh ditonton. Mungkin leeza harapkan lebih hebat kot.

LETUPAN MANTAP  
     Letupan banyak lah dalam cerita ni. Pendek kata, tak ada kekurangan dari aspek letup sana sini. Aksi letupan memang puas hati lah dalam cerita ini. Aksi lawan dan tembak memang sangat puas hati. Walaupun luka yang ada pada para pelakon sikit tapi aksinya lebih-lebih. Itu menunjukkan bertapa hebatnya hero dalam cerita tu. Haaaaaa......

NILAI KEKELUARGAAN 
     Walaupun A Good Day To Die Hard ni cerita aksi, tapi tidak lari daripada nilai kasih sayang. Kasih Sayang seorang ayah dan anak lelakinya. Nice moral value!! Leeza suka part ni.

Secara keseluruhan, 
leeza bagi 
3 BINTANG untuk 
A Good Day To Die Hard!
 
TITIK SANTAI :: :: ::  
Cerita seterusnya cerita apa yer?? Tak sabar nak tengok Fast Furious 6!
 

Tuesday, February 12, 2013

Beli Antivirus Terkini SINI

Beli Antivirus Terkini SINI


Semalam leeza buntu nak cari antivirus kat mana, akhirnya bertemu kat satu laman ni ada jual Antivirus yang TERKINI dengan harga yang baik. Nak pergi Plaza Low Yat atau The Mines, serius malas nak keluar rumah. Dah seminggu gak lah lap top ni tak ada Antivirus. 

Leeza beli  Bitdefender Internet Security 3 PC (3 Years) @ RM65. Antivirus ni telah direkeman sendiri oleh penjual tersebut. Mula-mula ingat nak pakai jer Kapersky, tapi yang ini harganya lebih baik dan perlindungannya lebih baik. Jadi layann jer lah... Jenguk SINI jika berminat.

Lega rasanya dah ada ANTIVIRUS dan 3 tahun pulak tu. Actually leeza guna 1 PC jer.. lagi 2 tak guna pun. Sebab harga Bitdefender Antivirus 1 PC (3 Year) @ RM54. Beza RM10 .. Jadi leeza beli jer yang untuk 3 PC, kot kot nanti kalau ada kawan-kawan or desktop kat rumah punya antivirus dah tamat, boleh ler guna terus yang ini.


Bitdefender Internet Security 2013
DOWNLOAD PRODUCT BITDEFENDER INTERNET SECURITY dan PRODUCT YANG LAIN, SILA KLIK SINI ...

CARA MEMBELI ANTIVIRUS : 
1. Isi borang di SINI 
2. Tunggu CD KEY : dihantar melalui E-mel
3. Dalam masa yang sama, korang boleh download antivirus terkini yang korang beli tu. SINI
4. Dah ada CD KEY, dah ada perisiannya, maka INSTALL seperti biasa.
*Pembayaran boleh guna AmBank, Bank Rakyat, Bsn, Bank Islam, Cimb, Maybank , Public Bank, Rhb Bank, Hong Leong Bank.
**Kami hanya menjual KEY ACTIVATION sahaja tanpa melibatkan produk fizikal.. 
**Setiap key antivirus adalah * ORIGINAL * VALIDATE * GENUINE * dan perlu diaktifkan secara online. Setiap key yang mempunyai masalah boleh ditukar key yang baru..Itu jaminan kami


Kalau korang ada pertanyaan, sila rujuk maklumat berikut.
Kamarul
H/p : 0129382599
Email : redleaz@yahoo.com

*Masa leeza mesej dan tanya macam-macam, Mr Kamarul ni dengan baiknya menjawab persoalan-persoalan leeza. TQ bro!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kadang-kadang perasaan malas nak beli kat kedai melebih2. Dunia sekarang mudah, semua ada kat on9. Leeza beli produt ni pukul 9pm... Dalam sejam setengah leeza dah dapat CD KEY. 
 

Monday, February 11, 2013

Tips Berguna Untuk Kurangkan Risiko Kanser

Tips Berguna Untuk Kurangkan  
Risiko Kanser Payu Dara


Tips Yang Berguna Yang Boleh Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian
*Kanser Payu Dara
Pengesanan awal dan saringan. Kenal pasti pertumbuhan tumor pada peringkat awal adalah lebih baik. Kita dapat mengurangkan risiko sel kanser merebak ke organ lain dengan menyingkirkan tumor tersebut.

Bersenam selalu

Sentiasa ceria / uruskan stres dengan baik. Ketawa adalah penawar yang terbaik.

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jangan memilih janya makan “anti-kanser” sahaja.

Pengambilan probiotik setiap hari. Pengambilan probiotik seperti Yakult setiap hari dapat mengekalkan kesihatan yang baik. Yakult telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan risiko kanser payu dara seperti yang dilaporkan oleh Dr Masakazu Toi, Profesor Jabatan Pembedahan (Kanser Payu Dara), Sekolah Siswazah Perubatan, Universiti Kyoto di Jepun. Makanan berasaskan soya juga boleh mengurangkan risiko kanser payu dara.


Dipetik dari Berita Harian, 12 Januari 2013


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza taip info ni sebab untuk diri leeza juga. Banyak penyakit berpunca daripada makanan yang kita ambil. 
 

Saturday, February 9, 2013

Fear Factor Malysia:Gambit dan Alif Hadi Bernasib Baik

Fear Factor Malysia:Gambit dan Alif Hadi Bernasib Baik
Rata-rata penonton Fear Factor Malaysia kurang senang dengan sikap Gambit yang seakan-akan berlagak itu. Leeza juga tidak ketinggalan berpendapat adakala Gambit agak keterlaluan dalam rancangan ini. Adakah itu sikap sebenar jejaka itu atau dia terlalu excited untuk menjadi JUARA PERTAMA FEAR FACTOR MALAYSIA kali ini. Haaaaa.......

Gambit dan pasangan yang tidak dapat menyempurnakan cabaran kedua minggu ini. Kesilapan mereka ialah  terhilang kunci untuk membuka gari di tangan Gambit. Huuu....

Tuah menyebelahi Gambit dan Alif Hadi kerana minggu ini TIADA PENYINGKIRAN. Kelihatan raut wajah kecewa pada beberapa pasangan artis. Tak per lah, rezeki mereka minggu ini... 

Pemenang Minggu ini Fear Factor Malaysia

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza suka tengok cabaran yang dilalui oleh setiap kumpulan. Kecuali Gambit. huuu... Not sure kenapa kureng suka.. sorry... hi hi hi

Risiko Kanser Wanita: Kanser Payu Dara

Risiko Kanser Wanita: Kanser Payu Dara
(tiap kali dengar pasal kanser payu dara, jantung berdegup kencang) 



RISIKO KANSER WANITA : KANSER PAYU DARA
Dipetik dari Berita Harian, 12 Januari 2013
Apakah sebenarnya kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah sejenis ketumbuhan “tumor malignan” yang bermula pada sel kanser yang boleh tumbuh hingga menembusi tisu badan di sekelilingnya (invasi) atau merebak ke bahagian tubuh badan yang lain (metastasis).

Apakah yang mungkin menyebabkan ketumbuhan ini ?
Walaupun kadang kala dikaitkan dengan genetik atau sejarah keluarga, namun penyebab sebenar ketumbuhan sel kanser payu dara masih sukar diketahui. Walau bagaimanapun beberapa faktor yang mempengaruhi risiko sel kanser payu dara dapat dikenal pasti.

Faktor risiko kanser payu dara?

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan kanser payu dara adalah peningkatan usia, sejarah keluarga terutamanya yang mempunyai pertalian rapat atau pertalian darah, pernah menghidap kanser payu dara (kemunculan semula), permulaan kitar haid yang awal atau lewat putus haid, tidak pernah mengandung walaupun umur lebih 30 tahun, tidak pernah menyusukan anak, pengambilan alkohol yang berlebihan, pemakanan yang tinggi lemak dan kurang serat, terapi hormon selepas putus haid dan juga obesiti selepas putus haid.

Tanda-tanda dan gejala kanser payu dara?
Ketulan di sekitar payu dara atau di bahagian ketiak, perubahan dari segi saiz, bentuk atau rasa pada puting atau payu dara, lelehan luar biasa dari puting payu dara, rasa sakit pada payu dara, ulser kulit, bengkak pada lengan (bersebelahan dengan payu dara yang dijangkiti kanser) ruam pada payu dara.

Marilah sama-sama amalkan Gaya Hidup Sihat. Saling berpesan, saling berkongsi maklumat... Demi kesejahteraan dan kesihatan diri.!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Pengalaman bisa menjadi teman sejati kita. Tidak kira pengalaman buruk atau sebaliknya, ianya pasti seiring bersama kita menuju kejayaan dan kegagalan.