Sunday, March 31, 2013

De Asian Cafe Bandar Tun Hussein Onn

De Asian Cafe, Malaysian Flavours Delights l Satu malam meronda kawasan perumahan area Bandar Tun Hussein Onn, ternampak sebuah "CAFE" yang kelihatan begitu menarik sekali iaitu De Asian Cafe. 
De Asian Cafe Bandar Tun Hussein Onn
1. Kawasan Restoran De Asian Cafe, Bandar Tun Hussein Onn ini sungguh SANTAI... Angin malam betul-betul mengembalikan mood yang tengah menjunam-junam .... :-(

2. Aneka makanan ada kat De Asian Cafe dan semestinya menu KEK menjadi santapan paling lama leeza tenung ar..... 

Jomm singgah tengok makanan De Asian Cafe pilihan leeza yer.... >>>

Vegetarian Wan Tan Mee: De Asian Cafe
HARGA : RM9.50 
Tengok tu, leeza makan type vegetarian... Sebenarnya tak tahu pun tu vegetarian, main belasah jerr order sebab bukannya nampak sangat pun menu masa order. Haaaaa

Disebabkan angin malam sepoi-sepoi bahasa (ayat skema jap), akak leeza order bubur...
Teow Chew Porridge: De Asian Cafe
HARGA : RM7.50 
Minuman leeza... kali simple sahaja.. silap pilih air, sepatutnya pilih air panas.. ni pergi order air sejuk tengah malam... uinaaaaaa....

Winter Melon Longan Ice: De Asian Cafe
HARGA : RM 5.90  

Tengah-tengah malam pun leeza nak bedal juga cake.. Ice Cream Cake plak tu...
Cookies Ice Cream Cake: De Asian Cafe
HARGA : RM5.90 
Keseluruhannya, leeza rasa puas hati dan akan berkunjung lagi untuk mengisi ruang-ruang kosong perut ini. Haaaaa......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kita boleh berkorban demi sebuah kebahagiaan yang kita mahu, namun pastikan pengorbanan itu tidak disia-siakan kemudian hari. Fikirkanlah adakah ianya berbaloi?
 

Sunday, March 24, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara ... Waaaa ni 1st time join segmen daripada Mak Dara. Minta-minta lahhh LANGKAH kanan erk.. haaaaaa......

Kepada yang sedang membaca entri ni, jommm lah join, tarikh tamat 31 Mac 2013. Lambat lagi kan... Meh lah memeriahkan majlis yang MEMANG SEDIA MERIAH NI... haaaaaa

MANGSA tag leeza : (leeza dahulukan dengan kata maaf erk)

CIK LYEEN CUP CAKE!
HAZWAN HAIRY
MR REMY

TITIK SANTAI :: :: ::  
Cuti seminggu tapi kerja bertimbun atas meja lah... aduhai.... :-(

Monday, March 18, 2013

Trauma Bila Aku Baca Ni

Trauma Menguasai Diri Aku Apabila Aku Menatap Sepi Karangan Ni. Bagaimana Mahu Dibaca ya....
Trauma Bila Aku Baca Ni
 Yang paling leeza rasa nak pengsan... Part akhir sekali ada "zzzzzz" ka atas tu....
Tajuk karangan ni ialah Aku Sebuah Beg.. 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza tengah cari jalan penyelesaian bagi masalah seumpama ini. Ya Allah Permudahkan Segalanya.
 

Sunday, March 17, 2013

Blog Pilihan REMAJA 1 MAC

Blog Pilihan REMAJA 1 MAC
http://messyserabut.blogspot.com/
3.5 / 5 diberikan 

Blog Pilihan Remaja 1 Mac : No 2

http://pucukandubi.blogspot.com/
4 / 5 diberikan oleh REMAJA

Seterusnya,
http://icecreamandcola.blogspot.com/
4.5 / 5 diberikan oleh REMAJA  

3.5 / 5 diberi oleh REMAJA 

Akhir sekali ...
http://www.ieyzaafieyna92.my/
4 / 5 diberi oleh REMAJA

Jomm berkenalan dengan mereka ... Leeza dah follow mereka dah.. Tahniah diucapkan..
 
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza punya blog bila erk.... Haaaaaa tunggu lorh....
 

Thursday, March 14, 2013

Pavlova at Delicious Cafe, Mid Valley

Delicious Cafe Mid Valley
Berhujung minggu di Mid Valley, Delicious Cafe menjadi kunjungan leeza. Hujung minggu kalau kat Mid Valley memang lah sendat dan "dibanjiri" dengan manusia. Owwww sungguh sesak. Leeza just lepak kat Delicious Cafe tanpa hayun kaki ronda mall tu. Haaaaaa

Nama pun Delicious Cafe, maka di sini leeza melalui proses membesarkan perut. Haaaaa Jom Roll gambar ....

Pavlova ni kelihatan menarik kan?
Belasah Pavlova ni sorang-sorang!
Ini bukan saya punya.. Nasi Kerabu

Demikianlah santapan santai leeza. Hmmm Rindu giler nak berblog macam dulu-dulu. Aktif seaktif-aktifnya dulu... Tapi sekarang.... Asyik nak ngadap standard prestasi, segala macam fail, segala macam minit mesyuarat yang nak disunting bahasa. Ohhh My LIFE.... haaaaaa

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza minta maaf yer dah lama tak BW. Leeza tengah BW sikit2 setiap hari. Mungkin tak seaktif dulu sebab sibuk kat sek... Macam nak tambah lah 3 4 kaki & tangan. 
"Cikgu Baharu di sekolah.. itu ini kena buat.. " Hoooooo 

Monday, March 4, 2013

William Mamak @ Italian Mamak 2.0

Sekali lagi terjah William Mamak kat area Taman Mayang Jaya ni. Nak ngomel banyak-banyak pun tak best, apa kata kita tengok gambar menu yang leeza belasah. Haaaaaaa........

PERTAMA : Mix Grill (RM40-50) 
William Mamak @ Italian Mamak 2.0 - Mix Frill
Makanan paling otai kat tempat ni. 
Makan sampai pecah perut... Aduhai.....
Nak tahu apa di pinggan tu >>SINI<<

Santapan seterusnya di William Mamak @ Italian Mamak 2.0 
Cheese Naan - William Mamak
Harga : RM5.00
Leeza bagi 5 bintang untuk Cheese Naan ni... Serius sedap.. 5/5 bintang!

Minuman di William Mamak pada petang ini
Blueberry - William Mamak
 Harga RM8.00 - RM10.00
*Tak ingat harganya sebab bukan leeza bayar... haaaaaa

Demikian santapan petang di Taman Mayang. Akan ke sana lagi untuk merasa menu lain pula. Yeah zaaa.. Best!!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza agak sibuk dengan aktiviti sekolah. Minta maaf kalau tak sempat nak terjah blog kengkawan seperti dulu. Hooooo
 

Saturday, March 2, 2013

Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR)

Entri kali ini lebih kepada dunia pendidikan. Pada yang tidak memahami, leeza mohon maaf, leeza buat entri ni sebab nak berkongsi dengan mereka yang mencari cara mudah untuk menulis ulasan nilai. Penulisan ulasan nilai merupakan salah satu soalan yang ditanya dalam  Kertas 2 Bahasa Melayu (bahagian C), UPSR.

Kertas 2 Bahasa Melayu mempunyai 3 bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Penulisan kali ni, leeza fokuskan kepada penulisan ulasan nilai (bahagian C) juga merupakan tajuk penyelidikan tindakan leeza untuk ijazah sarjana muda. 

Terlebih dahulu leeza nak mohon maaf kalau entri ini terdapat kekurangan. Cara yang disenaraikan di bawah telah leeza aplikasikan dan ianya khusus untuk murid yang kurang menguasai bahagian ini. Leeza mengajar di SJKC dan leeza masih mengaplikasikannya. Sebarang penambahbaikkan boleh dilakukan.

JADUAL PENULISAN ULASAN NILAI : 
Pak
Kasim
Kata
Nini
Seperti
Bulan
Penanda Wacana
Kita
Kata Bantu
Nilai
Seperti
Bukti
-
Kita
mestilah



seperti,

Berikutnya,
kita
perlulah



seperti,

Seterusnya,
kita
haruslah



seperti,

Akhirnya,
kita
perlulah



seperti ,

 **Untuk SJKC : 4 nilai**
 *Murid hanya perlu pindahkan maklumat di dalam jadual ke dalam bentuk perenggan*

      Kita mestilah ................................ seperti, ...(ambil daripada petikan)........ . Berikutnya, kita perlulah .................. seperti, ...(ambil daripada petikan)....... . Seterusnya, kita haruslah ................... seperti, ....... (ambil daripada petikan)....... . Akhirnya, kita perlulah ................................... seperti, .... (ambil daripada petikan)..... .
  1. Pada mulanya, murid memang sukar memahami dan mengingati... Murid perlu membuat latihan berulangan untuk melengkapkan jadual ini. 
  2. Petak berwarna biru, leeza selalu meminta murid melengkapkannya terlebih dahulu.
  3. Kemudian, leeza akan meminta murid mengenal pasti nilai dan bukti yang terdapat dalam petikan.
  4. Tulis nilai dan bukti yang telah dikenal pasti pada petak hijau dan kuning.
  5. Lengkapkan jadual dengan jawapan yang betul.
  6. Salin semula ikut jadual.
Sememangnya kelemahan murid ialah untuk mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam petikan. Perkara ini sememangnya memerlukan masa untuk memastikan murid menguasai kemahiran mengenal pasti. Namun sekurang-kurangnya murid mengetahui cara menulis ulasan untuk menjawab soalan bahagian C  ini.

SENARAI NILAI MURNI SEBAGAI RUJUKAN >KLIK SINI<: boleh buat penambahbaikkan jika perlu.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap perkongsian di atas dapat membantu rakan-rakan yang lain. TQ....

Friday, March 1, 2013

Burger & Roti John Terbaik di Cheras

Sepanjang pengalaman leeza lepak makan di serata ibu kota ni, leeza berpendapat burger dan roti john yang paling terbaik adalah di Taman Len Sen, Cheras. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik. Tahap terbaik tu leeza bagi 10/10 bintang !!

Burger Double kepunyaan Hero Leeza

     Servis memang SANGAT BAIK. Yang paling best, boleh call pak cik ni order then lepas tu datang pick up order. Menarik kan, tak payah susah-susah nak tunggu. 

     Boleh makan kat kedai tu tapi pilihan air hanya ada air gas jer dan suasana agak romantik (maksudnya tak lah terang-benderang suasananya).

     Sepanjang pemerhatian leeza, selalunya memang ramai orang lah beli kat kedai pak cik ni. Tapi tak lah sampai orang beratur panjang, macam nak beli burger bakar. Heeeee..... So kalau anda semua tinggal berdekatan, bolehlah cuba burger, roti john dan seangkatan dengannya di kedai pak cik yang tidak leeza ketahui namanya ini. he he he

Roti John Milik Leeza ~ Perghhh

TEMPAT INI : 
Area Taman Len Sen, Dekat dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik, Ada Petronas berdekatan kedai pak cik tu dan berhadapan dengan gerai buah-buahan.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza terasa nak pergi serbu kedai pak cik ni lah... Ouch.... Yummie nyer..