Sunday, April 28, 2013

Zain Tersingkir, Luahan Perasaan Berlaku

Zain Tersingkir, Luahan Perasaan Berlaku
Siapa yang menonton MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KEDUA tadi, pasti tahu apa ceritanya... Penuh fokus leeza mendengar kata-kata Zain dan Juri. Apa yang jadi pada Zain tu harus kita jadikan ikhtibarlah. Pendek kata, kita ni adakala kena jaga bahasa bila bertutur terutamanya bila nak meluahkan perasaan yang terpendam. Kalau diikutkan marah di hati, agak-agak boleh gempa bumi lah dapur MASTERCHEF tu...

Nobody is perfect.. sama-samalah kita jadikan ikhtibar apa yang jadi. Sesungguhnya, kita haruslah menghormati seorang Guru. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa... Badan binasa.... Moga episod akan datang tidak ada isu yang "hot n spicy" begini... 

Isu ini kecil sahaja sebenarnya, di luar pengambaran pun boleh diselesaikan... :-) 
Moga Zain sabar dan have fun dengan life di luar sana....

TITIK SANTAI :: :: ::  
--- ---- ---- MUTE --- --- ----

Wednesday, April 24, 2013

Rezeki Tanpa Diduga, Terima Kasih

Terima kasih SUARA PEMIKIR !!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza merakam jutaan terima kasih buat pemilik blog SUARA PEMIKIR.

Tuesday, April 23, 2013

Dunia Seni Visual Tahun 3: Kolaj

Masa di IPG dulu tak amek kursus pengajaran Dunia Seni Visual pun. Masuk sekolah kali ni, menjadi insan yang bertuah sebab diberi mengajar Pendidikan Seni Visual. Nak tak nak kena perah juga otak ni untuk lahirkan seni kreatif yang pelbagai. errrrr ... (mata bulat masa dapat kelas SENI, kawan-kawan kelas sedia maklum akan "kebutaan seni" leeza!)

INI SALAH SATU PENGAJARAN SENI LEEZA

MODUL : MENGGAMBAR 
AKTIVITI : KOLAJ
TEMA : ALAM SEMULA JADI
TAJUK : KUMBANG 
(Leeza ajar Dunia Seni Visual ni ikut buku panduan yang disediakan, tak sangka menjadi juga)

1. Guna KERTAS MERAH dan lipat dua.
2. Lukis semi BULATAN dan gunting.
3. Tampal kertas bulat merah pada kertas lukisan.
4. Guna tali (lihat gambar) untuk buat badan kumbang.

Kolaj : Dunia Seni Visual Tahun 3
Jadikan Seperti di Atas : Kolaj Dunia Seni Visual

Boleh Warna TALI / Guna Marker Pen
Leeza lebih cadangkan guna water calour ... berbanding guna marker pen. Tapi kalau tak nak jadi berterabur suasana kelas, boleh guna marker pen. Kemudian, baru bimbing guna water colour.

Demikian HASILNYA : KOLAJ KUMBANG
Sepanjang mengajar Dunia Seni Visual ni, leeza sendiri pun banyak belajar untuk menghasilkan karya seni kreatif. Daripada buta tuli tentang seni, nampaknya dapat juga leeza mengajar dan melihat hasil murid berpandukan pengajaran leeza yang tidak seberapa ni.

*Mohon maaf sekiranya kurang jelas mahupun ada langkah-langkah yang kurang tepat. Leeza sendiri dalam proses belajar untuk menghasilkan karya.
**Sepanjang mengajar ni, ada juga yang kita belajar. Terima kasih anak-anak muridku!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Setiap kali fikir kelas Dunia Seni Visual, aku ketandusan idea. Namun aku cuba untuk menyampai sesuatu, hasil penerokaanku dalam laman sesawang ini. (skema ayat)

Friday, April 19, 2013

Texas Steak House

Penat berhujung minggu mengemas rumah, dapat lah habuan dibelanja makan di TEXAS STEAK HOUSE Banda Tun Hussein Onn. Dari jauh mata dah pusing-pusing tengok Restoran ni... Haaaaaaa

Texas Steak House
Restoran ni terletak di Bandar Tun Hussein Onn, berdekatan dengan taman rekreasi (taman permainan) kat area Bandar Tun Hussein Onn...
Menu Texas Steak House Bandar Tun Hussein Onn
 Sorry kalau blur... Haaaaa Teruja tengok makanan dan sekeliling kedai...

Suasana Restoran Texas Steak House Bandar Tun Hussein Onn

Chicken Chop Texas Steak House
Chicken apa ni erk.. Adushh lupa lah.. Sorry
SERUPA macam atas tapi sebenarnya TAK SAMA
 Keseluruhannya, perhiasan kedai ni OK, ada mmod cowboy gitu.. Tapi masa leeza datang ni, kelemahan service lah.. *Masa ni kedai ni serius penuh orang... Jadi kita tak boleh lah nak pertikaikan.. 
Yang penting makanan yang disediakan memuaskan hati dan mengenyangkan perut yang sedia lapar ini.

Epal Asam Boi ni...
Oklah.. itu sahaja.. tetiba jew gambar air sebagai penutup blog.. 
Layannn jer lah... He he he
TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap semua org disisi leeza akan gembira dan leeza nak share semua kegembiraan itu dgn mereka. :-)
 

Monday, April 15, 2013

Santai Leeza Dalam Majalah

Santai Leeza Dalam Majalah
Bersyukur  kerana telah dipilih untuk menghiasi ruangan "blogspot" dalam majalah REMAJA untuk keluaran 15 Mac 2013. Santai Leeza telah diberi markah 4.5/5.. Pastinya ada bunga-bunga di hati ini. Haaaaa....

Leeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sifu-sifu yang pernah membimbing leeza untuk menjadikan blog leeza lebih baik dari semasa ke semasa. Hazwan Hairy, Miss Eca dan mereka yang membantu leeza secara tidak langsung. Tak lupa juga kepada komentor yang setia menari jejari anda dan pembaca yang singgah bersantai di laman Santai Leeza. Heeeee :-p Terima kasih semua...

Sejak dah mula berkhidmat ni, masa dipenuhi dengan penyediaan bahan mengajar, tanda buku, mesyuarat sana sini, kursus sana sini.. Sekarang ni dah tak sempat nak ikut perkembangan para blogger 100%... So sorry ... :-(

Santai Leeza Dalam Majalah REMAJA

TITIK SANTAI :: :: ::  
Thx kepada semua pembaca dan majalah remaja!

Thursday, April 11, 2013

Hidangan Di Kg Boyan Kuching Sarawak

Cuti sekolah lepas, leeza "bawa" diri ke Kuching, Sarawak... Hidangan malam pertama di sana adalah di Kg Boyan.. Suasana di sana seperti food court dan ramai orang melepak...

Makanan yang dipilih tak lah unik mana, cuma rasanya jer yang sampai menusuk kalbu ... Serius sedap..... Jomm roll gambar.... (asyik gambar makanan jew erk.. hehehe)
Hidangan Di Kg Boyan Kuching Sarawak
 Ini bukan hidangan leeza.... Air tu pelik rasanya... Ada longan, ribena dan susu.... Rasanya sungguh tidak terduga. Ikutkan leeza kurang boleh terima rasanya... 

Ikan Bakar di Kg Boyan Kuching Sarawak
Ini hidangan leeza.... Simple sahaja... Ikan bakar di sini sungguh puas hati... Enak rasanya....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza minta maaf yer kalau jarang bebenor BW.....
Moga kalian semua sihat sejahtera... :-) 

Monday, April 8, 2013

Serai Empire Still The Best

Serai Empire Still The Best
Rasanya ni dah entah ke berapa kali leeza tulis pasal RESTORAN SERAI @ EMPIRE ni... Tempat leeza lepaskan geram dan stress... Maka leeza singgah sini untuk "balun" kek kek yang ada. Perghh ayat!!

Kali ni bukan sebab stress or apa-apa tapi sebab nak bawa ex-roomate leeza menikmati kelazatan Pavlova Serai EMPIRE. Serius yummy... Tak pernah ubah rasanya.. (tetiba terliur plak)

Jommm roll gambar hidangan kami... Yeahhh zaaaaa.....
NASI AMBANG : SERAI EMPIRE
 RM 20.00

BERRY PAVLOVA : SERAI EMPIRE
RM14.80

HAZELNUT ROCHE : SERAI EMPIRE
RM14.80 

CAPPUCCINO : SERAI EMPIRE
RM 9.00 
* Nak dijadikan cerita, air Cappucccino ni air ex-roomate leeza... Then dia cakap dengan leeza ...
Ex-roomate : kau cuba rasa air ni... Ada sesuatu yang sangat istimewa... (muka yakin jew)
Leeza : amek dan rasa... sedap... tapi pahit sikit lah...
Ex-roomate : haaa cannot go lah.. aku tak boleh lah minum air ni... Pahit sangat... 
Leeza : (dengan baik hatinya), kami tukar minuman...

Tengok air leeza plak... lagi tak boleh bla.....
VANILLA & BANANA SHAKE : SERAI EMPIRE
RM 11.00 
Air ni lagi lagi lagi berganda-ganda leeza tak boleh terima... Dah lah makan kek hazelnut, nasi ambang yang dengan daging bagai semua.. Tetiba nak telah air pisang ni... Memang boleh muntah balik... Haaaaaaaa
Syukurlah boleh tukar minuman dengan ex-roomate tersayang... Thx roomate n love love u... haaaaaa

Tapi gigih berusaha jugak leeza tengok dia habiskan...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Lepas makan, kami ronda-ronda dan singgah Toys Rus... Main mainan-mainan yang ada dalam tu.. Lawak sangat...

Wednesday, April 3, 2013

PROMOSI Victoria's Secret

Entri pendek berkaitan PROMOSI di Victoria's Secret!! Entri kali ni kategori nak review barangan Victoria's Secret yang best ni. 

Apa-apapun kita tengok gambar dulu yaaa .... Inilah yang dibeli.... laaaaa~
PROMOSI Victoria's Secret
 HARGA SEBOTOL : RM53
BELI 3 : HARGA JADI RM43 SEBOTOL. 

Leeza bagi rating 4 / 5 bintang ... Suka sangat baunya....
Pada yang berminat, silalah terjah Pavilion Kuala Lumpur untuk pergi kedai Victoria's Secret ni. Haaaaaaa


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza beli perfume kat atas ni gara-gara hasutan ex-roomate lah... Huuuu.... Padahal kat rumah ada 2 botol lagi perfume tak habis...