Thursday, May 30, 2013

Fast Furious 6 Masih Ada Sambungan?

Fast Furious 6 Masih Ada Sambungan?

Fast Furious 6 Masih Ada Sambungan? : Fast Furious 6 akhirnya berjaya juga ditonton. "Mantap" dan "Penuh Aksi" - dua kata yang dapat leeza gambarkan bagi keseluruhan filem ini. TAK SEMPAT nak tarik nafas lega dah mula lagi aksi. Dari awal hingga penghujung cerita penuh dengan aksi. 

Penghujung filem ini seakan-akan penghujung Fast Furious 5.. Cuma kali ini watak lain yang hampir mati iaitu Han Seoul-Oh . Jalan cerita filem ini berubah dari satu part ke satu part. Pada mulanya dulu berkisah tentang lumba kereta namun kini dah menjadi satu misi untuk menumpaskan jenayah... emmmmm

Apa-apapun, pada yang belum menonton dan anda meminati cerita aksi.. Silalah menonton filem ini... :-) KESELURUHANNYA : 4 / 5 BINTANG ... :-)

TITIK SANTAI :: :: ::  
Pantun Melayu --->
Hendak makan tidak berikan, 
      Ikan lumba makan juga; 
Hendak berkayuh tiada bersampan,  
      Hati rindu apakan daya.

Tuesday, May 28, 2013

Konvokesyen Kali Ke 3 IPG KPM

27 Mei 2013, satu tarikh yang bermakna buat leeza, iaitu HARI KONVOKESYEN leeza. 5 tahun setengah leeza menantikan hari ini dan syukur berjaya juga leeza harunginya. Terima kasih kepada ahli keluarga, barisan pensyarah dan rakan seperjuangan. 

Konvokesyen Kali Ke 3 IPG KPM

Konvokesyen kali ke 3 : cenderamata dan jubah

MASA RAPTAI
TANPA BUNGA MAKA TAK LENGKAPLAH KONVOKESYEN NI

Satu proses lagi belum selesai iaitu PULANG JUBAH dan AMBIL SIJIL ASLI... Kena bergegas ke IPG KBM lah ni... hooooo........

TITIK SANTAI :: :: ::  
Tahniah kepada semua graduan......

Tuesday, May 21, 2013

DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri

Kali ini leeza berkongsi tentang KAD UCAPAN BUATAN SENDIRI. Biasalah bulan Mei ni kan ada sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Kemudian, bulan Jun sambutan Hari Bapa pula. Leeza pun terfikirlah nak ajar anak murid buat kad sendiri. Simple jer......

DSV: Buat Kad Ucapan Sendiri
 1. Lakaran bentuk hati di atas ni adalah untuk buat kad ucapan yang ada ada bentuk hati yang timbul semasa kad ucapan dibuka. (Idea sahaja)
2. Lipat kertas kemudian buat lakaran seperti di atas.
3. Gunting lakaran sebentar tadi kecuali bahagian yang ada lakaran garisan putus-putus.
* Semakin besar hati dilakar, semakin comel hasilnya. (pendapat leeza)

Kad ucapan timbul
1. Kemudian, tolakkan ke dalam bahagian hati yang digunting. Gunakan garisan putus-putus tadi sebagai panduan. (lihat gambar di atas.
2. Gam bahagian tengah (tempat lipatan kertas ini) pada kad yang lebih keras.
3. Saiz kertas  ialah A4.

Bentuk Hati: Kad Ucapan
1. Hasil melekatkan kertas pada kad yang lebih keras adalah seperti gambar.
2. Kemudian, warnakan bentuk hati tadi mengikut kesesuaian.
3. Gambar dan pemilihan warna kertas yang baik  dapat menghasilkan kad ucapan lebih menarik.

Warnakan Hari Anda : Kad Ucapan Sendiri

Buat Gambar Jadi Timbul
1. Kalau nak mudah gunalah double sided seperti gambar.
2. Atau boleh guna sponge (kelemahan, susah nak lekat)

Bahagian Depan Kad Ucapan
1. Demikianlah Hasil Kad Ucapan leeza.
2. Murid bolehlah tulis pada hadapan kad ini SELAMAT HARI IBU.. HARI BAPA atau HARI GURU.

BELAKANG KAD UCAPAN
1. Bahagian belakang kad ucapan : Sebenarnya leeza tak tahu lah nak buat apa. 
2. Terfikir.. budak-budak mesti suka lukis tangan mereka.. Belasah jew lah...
3. Sekian sahaja!!

BAHAN-BAHAN : 
1. Kad keras (manila kad pun boleh).. saiz A4 or A5
2. Gam, gunting, pensel warna, magic colour
3. Gambar yang hendak digunakan.
3. Double sided / sponge

LAIN-LAIN BERKAITAN SENI YANG TAK BERAPA NAK SENI : 
DUNIA SENI VISUAL >>KLIK KLIK<<

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza mohon maaf di atas setiap kekurangan. Leeza masih dalam golongan pendidik yang sedang berusaha memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Esok akan ke VIVATEL untuk SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WILAYAH (wakil sekolah)...

Thursday, May 16, 2013

Kolaj Mudah Buat Kanak-kanak

Kolaj mudah buat kanak-kanak. Sebelum ni leeza ada buat entri berkaitan seni iaitu Kolaj Kumbang. Kali ni leeza ketengahkan kolaj yang mudah bertemakan tradisional iaitu gambar wau.

Dengan menggunakan cebisan kertas yang digunting kecil, leeza hasilkan kolaj gambar wau ni. Kelemahan hasil seni ini ialah gabungan warna yang kurang baik. Huuuuuuu

Kolaj Mudah Buat Kanak-kanak
Leeza dahulukan dengan draf gambar wau. Al-maklum, bukan semua murid kenal wau. Leeza print out gambar wau ni.

Cebisan kertas untuk kolaj.....
Kolaj Untuk Kanak-kanak
Dah habis gunting jadi cebisan. Leeza letak gam pada bahagian kertas...
Kemudian, taburkan cebisan pada bahagian yang ada gam..
Mudah tapi memerlukan ketelitian!

Kolaj Wau Kanak-kanak
Inilah hasil akhir leeza.... Belum sempat diaplikasikan kepada anak-anak didikku. Ho0o0o0o.... Takut nak buat sebenarnya..bimbang haru-biru jew kelas den nanti....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kalau u all ada idea tentang seni ni.. Share2 lah link kat leeza. Kadang2 buntu nak ajar seni ni. Hiiii......
 

Tuesday, May 14, 2013

Mungkinkah Kesihatan NK Faktor Tersingkir?

Mungkinkah Kesihatan Norish Faktor Tersingkir?
CABARAN LUAR MILIK KUMPULAN BIRU - CELINA 
Kumpulan Biru iaitu diketuai oleh Celina telah menjuarai cabaran luar semalam. Antara kelebihan kumpulan Biru ialah serving yang tepat pada masanya, layanan kumpulan biru terhadap pelanggan juga lebih baik berbanding kumpulan Merah.

Walaupun kumpulan Merah kalah namun tetap ada pujian daripada para juri. Masakan mereka memikat hati juri. Malangnya,penentuan pemenang bagi cabaran luar bukanlah para juri. Malang bagi ahli kumpulan Merah.

CABARAN PENYINGKIRAN - MENU LAKSA 
  • Hidangan Laksa Kenchana Devi "kedebabommmm" -komen chef Jo.
  • Sedar tak sedar kak Lydia rupanya setiap minggu masuk penyingkiran... Syukur kak Lydia selamat lagi...
  • Radhi dan Kenchana Devi yang tak reti masak LAKSA juga SELAMAT....
  • Rozita Che Wan yang merasa dirinya 50-50 juga selamat...
  • Norish Karman melangkah keluar dari MASTERCHEF pada minggu ini....

Adakah faktor kesihatan Norish Karman tersingkir?
Seperti yang kita sedia maklum, NK mengalami masalah kesihatan pada minggu ini. NK demam dan kebarangkalian NK tidak dapat melaksanakan cabaran pada kali ini dengan sempurna. Ya, bukan rezeki NK pada minggu ini. Walau bagaimanapun, kesungguhan NK sepanjang berada di MASTERCHEF cukup meninggalkan kesan kepada penonton...

Norish Karman telah menyumbang RM4000 kepada badan kebajikan yang diwakili. Apa-apapun, NK sudah buat yang terbaik... All The Best To NK... Setiap pertandingan pasti ada kelebihan dan kekurangan.. Apa-apapun NK tetap berbakat.

Aduhai kena tunggu hari SABTU... dan ketika itu leeza berada di The Pine Hill.. ada kursus di sana! Hoooo

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap NK terus sukses! Kepada yang lain terus usaha dan bertarung .... chaiyok chaiyok ... :-)

Monday, May 13, 2013

Cara Buat Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Bertemu dengan entri Kandungan Dokumentasi - Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Peringkat Zon Pudu Tahun 2013. Semasa kat IPG KBM sehinggalah dah berkhidmat di sekolah, tugas sebagai dokumentasi tidak dapat lari jauh daripada leeza. Kali ni perkongsian maklumat berkaitan Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Peringkat Zon Pudu 2013.

Pertama - Kandungan Dokumentasi : 
Cara Buat Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
1. Senarai Ahli Jawatankuasa
2. Senarai Juri Rayuan
3. Surat Pelantikan
4. Surat Panggilan Mesyuarat
5. Senarai Kehadiran Pengurus Pasukan
6. Minit Mesyuarat
7. Data Penyertaan Sekolah Peringkat Zon
8. Surat Makluman Kepada HUKM & Balai Polis
9. Senarai Penyertaan Kejohanan Badminton
10. Peraturan Pertandingan
11. Borang Score
12. Jadual Pertandingan
13.Senarai Penyertaan Kejohanan Badminton 
14. Laporan Keseluruhan
15 Surat Pemilihan Peserta Kejohanan Badminton
16. Borang Pendaftaran Peserta Peringkat Negeri
17. Surat Latihan Pusat
18. Maklumat Pengadil Bertugas
19. Senarai Urusetia
20. Perbelanjaan Mengurus Pertandingan
21 Gambar dan Lampiran 

Cover dan Belakang Dokumentasi : 
COVER DOKUMENTASI oleh Santai Leeza
Partition Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

COVER DEPAN DOKUMENTASI
Leeza nak ucapkan terima kasih juga kepada Penolong Kanan Korikulum yang banyak membimbing leeza untuk menyiapkan dokumentasi ini. Terima kasih......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Moga terus sukses rakan-rakanku.

Sunday, May 12, 2013

Datuk Aznil Tarik Diri Bersebab

Berdebar juga menanti siapa yang akan tersingkir pada minggu ni. Siapa yang menonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua, pasti sudah tahu bahawa yang tersingkir ialah Michael Ang.. Tapi.....!

Datuk Aznil Tarik Diri Bersebab
Datuk Aznil iaitu lebih dikenali dengan Pak Nil telah menawarkan diri untuk mengundur diri daripada gelangang Masterchef Selebriti pada kali ini.

Sebab Pak Nil mengundur diri dalam Masterchef Selebriti kerana ibunya sedang sakit. Leeza kagum dengan ketabahan, kekreatifan dan kegigihan Pak Nil sepanjang beliau berada dalam Masterchef. Semangat juang dan daya berfikir yang cukup tinggi. Setiap masakan beliau pasti ada kelainannya.

Bagi leeza keputusan Pak Nil untuk menarik diri pada kali ini adalah satu tindakan yang wajar. Sememangnya andai leeza berada di tempat Pak Nil, leeza akan memilih ibunda leeza terlebih dahulu. Itu sudah pasti.
 ****
Sesi pembentukan kumpulan - Nampak seperti satu situasi yang kurang senang ditonton. Celina selaku pemenang telah memilih NK sebagai ketua kumpulan pihak lawannya. Celina menyatakan bahawa dia terdengar bahawa NK menyatakan "choose me choose me".... 

Kelihatan seperti ahli kumpulan NK "terpaksa" melangkah kaki untuk menyertai kumpulan tersebut.
AHLI KUMPULAN NK



 AHLI KUMPULAN CELINA
 
 TITIK SANTAI :: :: ::  
Mampukah kumpulan NK mengalahkan kumpulan Celina???? 
Mampukah Celina menggunakan kelebihan ahli kumpulannya untuk menjuarai pertandingan esok??
Setiap hari tengok orang masak, malangnya tak pandai-pandai diri ini memasak.

Wednesday, May 8, 2013

Jang-Gun Fahrenneit 88

Jang Gun Fahrenneit 88
Lepak makan di Jang-Gun, Fahrenneit 88, Kuala Lumpur. Destinasi lepak makan ni pilihan pihak sekolah leeza. Tempat ni serius sempoi... Mula-mula dijemput untuk menyertai jamuan ni, leeza terfikir "halal" or tak tempat yang nak pergi ni. Hooo rupa-rupanya halal dan best...

Jumlah guru di sekolah leeza 92 orang dan tak semua guru yang hadir ke jamuan kali ini. Guru Besar sekolah, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Korikulum turut hadir memeriah sesi bersantai kami pada petang ini.

Pendek kata, perut macam nak pecah walaupun makannya tak lah seberapa. Kambing BBQ kat sini thumb up! Haaaaa.... Oh ya, Restaurant ni HALAL dan pernah masuk dalam JALAN-JALAN CARI MAKAN.

Sebenarnya leeza pun tak snap banyak sangat gambar. Bukan apa, segan lah nak snap sana sini. Al-maklum kita ni guru baharu berkhidmat, kang orang cakap leeza ni tak pernah makan buffet plak. Aiyooo..... 

Korean Buffet Restaurant

Jang-Gun Buffet
Untuk harga lihat bawah : 

PRICE JANG-GUN FAHRENNET 88

"Never Have I seen more than 200 varieties of authentic Korean cuisine under one roof" 
- Albert, Kuala Lumpur

Terima kasih kepada GB SJKC TSUN JIN.... Tak sabar pula nak Latihan Dalam Perkhidmatan di The Pine Hill Resort, Bukit Fraser.... Hooooo

TITIK SANTAI :: :: ::  
Happy bekerja + stress mendidik + tenang menikmati = blur apa aku tulis. Haaaaaaa

Wednesday, May 1, 2013

Lukisan Menghiburkan Hati Pendidik

Lukisan Menghiburkan Hati Pendidik - Mula-mula dulu ajar Dunia Seni Visual, rasa terbeban sangat. Tapi tidak lagi sekarang. Bila ajar seni, leeza rasa sangat seronok malahan dapat release tension. Pendek kata, minat nak ajar Seni lebih tinggi berbanding nak ajar Pendidikan  Jasmani. Hoooo "tetiba selera berubah... I like Drawing!!"

Minat, Suka, Seronok, Happy TAPI Leeza masih tergolong dalam  BUTA SENI. hoooooo...... itu tidak dapat dinafikan sama sekali... Oklah, jom kita lihat hasil lukisan anak-anak yang berusia 9 tahun ini... :-)

ANGRY SHARK :
Teknik mewarna pelajar ini cukup membanggakan leeza. Rasa sangat kagum dengan si anak kecil ini. Daripada lukisan  ni, leeza juga dapat belajar teknik mewarna. Terima kasih anak muridku!

FISH : KISS KISS
Cukup gemuk tak ikan ni... Paling menarik hati leeza.. Part mulut ikan ni. Heeee muah muahh... :-p

RAINBOW FISH
Ikan pelangi dan muncung yang panjang sedepa.... Leeza tertarik dengan kekreatifan murid ini mewarna. Serius buat leeza terfikir, bagus sungguh imaginasi anak kecil ini

Dasar Laut : Waaaa
Kagum dengan kepelbagaian haiwan laut dalam lukisan ni. Thumb Up Babe!

Mata Ikan : Macam pandang aku!
Masa tengok lukisan ni, aduhai... hawat ikan ni macam pandang leeza jew... OMG!

Lukisan Ikan Tersenyum Riang
Tengok ikan ni, gembira semacam jew... 

Demikianlah lukisan-lukisan yang terpilih dan menghiburkan hati leeza. Lepas ni kalau pihak sekolah nak bagi 5 kelas seni pun tak per... Haaaaa sebab rasa ringan otak nak ajar walaupun nak sediakan bahan mengajar tu adakala blur, tapi tetap terhibur... Ceh ceh ceh...

TITIK SANTAI :: :: ::  
3 kelas seni yang leeza ajar, sebenarnya banyak mengajar leeza bagaimana melukis, mewarna dan menjadikan sesuatu hasil karya itu lebih baik. Leeza tak malu untuk mengaku bahawa murid-murid banyak menjadikan leeza seorang guru seni yang lebih baik dari sehari ke sahari. Terima kasih!