Thursday, June 27, 2013

Terima Kasih Nuffnang!

Terima Kasih Nuffnang!
 Rezeki datang tanpa leeza ketahui... Apa-apaun, terima kasih nuffnang... Bertahun lamanya juga leeza tunggu nak dapat CPUV... herk herk herk.....

Sebenarnya leeza baru perasan jer benda ni.. hmmmmmm Sorry juga kepadapihak nuffnang sebab lambat sedar.. hehehe....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Hujung minggu ni Sambutan ke 100 tahun SJKC TSUN JIN....

Wednesday, June 26, 2013

Sekolah Di KL Dibuka

Kredit Google.... Tak sempat nak snap sekolah sendiri!

Tajuk "Sekolah Di KL Dibuka" - Tajuk entri leeza ni berkaitan sepenuhnya dengan sekolah leeza sahaja iaitu SJKC Tsun Jin.... Sekolah yang lain tak pastilah lah yer... Sekolah kami berjalan dan bergerak serta berfungsi seperti biasa ... heeeeeee ..... Tapi bilangan murid yang hadir ke sekolah tidak seramai biasa....

     Negara kita dilanda jerebu begitu jugalah sekolah leeza dilanda "jerebu kerja"... Minggu ini sibuk dengan persiapan SAMBUTAN ULANGTAHUN YANG KE 100 Sekolah Tsun Jin... 100 tahun der... Punya lama sekolah nie bertapak di bumi ... 

     Seperti biasalah, sepanjang minggu ni sibuk dengan persiapan dan raptai.. raptai dan terus raptai... Terbawa-bawa dalam mimpi perjalanan program yang melibatkan hampir 2000 orang... Nak susun kerusi lagi ... Aigoooooo......

     Ekoran jerebu jugalah, kelas petang minggu ni dibatalkan... Lega rasanya.. ada masa nak buat persediaan... Leeza cerita macam sibuk sangat kan.. padahal leeza bertugas AJK KEBERSIHAN SELEPAS PROGRAM... ki ki ki ki...... Tumpang "menyibukkan diri jew lah" .... :-p

     Apa-apapun, leeza berharap majlis ni berjalan dengan lancar pada 29 Jun 2013. Seterusnya, Hari Terbuka Ibu Bapa juga diharap tidak menimbulkan sebarang masalah.....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Masih kekalkah aku di sini?

Tuesday, June 25, 2013

Airmata Syura Sungguh Bermakna

Airmata Syura

Sebak juga hati leeza melihat airmata Syura dan bicaranya tatkala beliau dinobatkan sebagai pemenang MasterChef Selebriti Musim Kedua.  Apa yang berlaku pada Syura boleh kita kategorikan USAHA mampu membuah hasil... Tapi leeza tak bermaksud bahawa Cellina tak Berusaha.. 

    Ramai yang tidak meramalkan bahawa Syura akan dinobatkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Musim Kedua ini. Siapa sangka selebriti yang pernah "blur" bila diminta masak western ini mampu menjadi juara. Leeza kategorikan Syura sebagai seorang peserta yang SUPERB.... Tahniah Syura...

    Yang paling best, Syura dapat pergi PARIS... Ouchh part ni memang leeza jelesss gilerrrrr...... Pergh Paris beb... Siapa tak nak pergi der.... haaaaaaa......

     Kepada Cellina pula... Leeza seriusly lah nak rasa desert yang dibuat... Pergh nampak sedap sangat! Terbayang-bayang jew rasanya!


Sis Cellina, can u make for me this.. plz plz....
Ayat merayu... macamlah kak Cellina baca entry ni leeza oii....
Yang ni pun leeza sangat tertarik
Kepada Sis Cellina, tempat kedua pun adalah yang terbaik... Tak kira apa pun.. Kak Cellina still ada kelebihannya... Sepanjang MasterChef Selebriti Musim Kedua ini, beliau telah menyediakan pelbagai hidangan yang buat perut leeza kruk kruk krukkkk... haaaaaaaa

TITIK SANTAI :: :: ::  
Akan merinduia MasterChef Musim Kedua.. Selebriti yang terlibat memang best dan sempoi... Micheal Ang thumb up.. heeeee :-)

Monday, June 24, 2013

CheTa Tetap Tersenyum Kerana

Pusingan SEPARUH AKHIR MasterChef Selebriti Musim Kedua menampilkan Syura, Cellina dan CheTa... Mereka diberi masa selama 3 jam untuk menyediakan hidangan. Jumlah hidangan adalah untuk 10 orang. Para Selebriti agak kurang serasi dengan dapur yang disediakan.

Seperti kita sedia maklum, CheTa telah tersingkir dengan kutipan mata 35 / 50 .. Manakala Syura menjadi pemenang dengan 46 / 50 dan Celina dengan 39 / 50....

MasterChef Separuh Akhir
CheTa ada mengatakan... "Rakan-rakan yang lain dan bergelak tawa di luar, i masih perlu memasak.. i mahu bergelak tawa juga...
Hidangan oleh CheTa

Tahniah kepada CheTa kerana berjaya menjadi 3 yang terbaik... Tabik spring!!!

Ramai juga yang meramalkan Syura bakal menjadi juara MasterChef Selebriti Musim Kedua.... wowww... Namun kita tak boleh menolak bahawa Celina juga berpeluang.. cuma pendapat leeza Celina ada kelebihan dalam hidangan western dan dessert.... Celina juga suka menyediakan sesuatu yang berlainan... yang adakala meletakkan dirinya sungguh berisiko... 

Apa-apapun, kita nantikan esok....
TITIK SANTAI :: :: ::  
esok sekolah yaaaa.... ouch ouch....
Jumpa esok.... 
gambar kredit di 

Sunday, June 23, 2013

CheTa Mendahului !!

CheTa Mendahului !!

Selasa ni berakhirlah MasterChef Selebriti Musim Kedua... Malam ni mereka akan bertarung untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Antara Celina, Che Ta, Syura dan Kenchana Devi, siapakah yang akan tersingkir....????????

Markah bagi setiap Selebriti adalah seperti berikut:
  1. Che Ta ---- 7.5
  2. Celina ---- 6.5
  3. Syura ---- 6.5
  4. Kenchana ---- 5.5
Ramalan anda --- Siapa tersingkir maLam ni?
Ramalan anda --- Siapa pemenang musim kali ni?

TITIK SANTAI :: :: ::  
Rasanya mcm Che Ta atau Celina yang menang musim ni.... Hoooooo

Wednesday, June 19, 2013

LADAP di D'Hillpines Resort Bukit Tinggi

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN singkatannya LADAP, setiap sekolah di Malaysia ni pasti ada LADAP. Begitu jugalah dengan sekolah leeza ni. LADAP kali ni telah diadakan di D'Hillpines Resort, Bukit Tinggi. 

      "Paksa Rela" leeza menyertai LADAP kali ni. Bukan apa, leeza terfikir pasal makanan jew.. Sama ada makanan HALAL disediakan... Hoooo... Tapi memandangkan ada juga beberapa orang guru melayu senior yang hadir, leeza ikut jew lah....

      LADAP kali ni bertemakan pasal kesihatan diri... Fuhhhh....... Macam-macamlah aktiviti menenangkan diri dan slot mencungkil masalah seseorang.. Kategori "hangat" juga slot ni... Air mata, luahan perasaan terbuku dapat dicungkil... Leeza sebagai guru baharu ni, dengar jew lah... 

     Emmm oklah, jomm roll suasana di sana.. Serius terpencil dan memang kategori jauh dari bunyi kereta dan segala bunyi yang ada kat bandar!!!!

LADAP di D'Hillpines Resort
 Pemandangan dari Tempat Berkumpul kami... Semua kereta tu, kereta cikgu sekolah leeza. Masa kami datang sini, memang satu resort ni kami yang "kongker"... Fuhhhh

Ni resort Pihak Pentadbir...
Dari Tempat Makan ...
Suasana Sekitar D'Hillpines Resort Bukit Tinggi
Sekitar D'Hillpines Resort Bukit Tinggi
Suasana Malam - Dari Bilik Leeza ...
Memang tak ada apa boleh buat tengah malam... zzZZZzzz jew lah....

Selamat LADAP warga SJKC TSUN JIN
Akan datang Aktiviti di KUANTAN pula.... hmmmmmmm

TITIK SANTAI :: :: ::  
Usaha untuk tingkatkan prestasi kelas.......

Tuesday, June 18, 2013

Perubahan MasterChef Selebriti

Perubahan MasterChef Selebriti
Perubahan dalam MASTERCHEF kali ini

  1. Keempat-empat peserta perlu bersaing antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
  2. Tiga peserta yang mengumpul markah paling tinggi akan layak ke pusingan seterusnya.
  3. Seorang akan DISINGKIRKAN....
  4. Mereka perlu bersaing dalam 3 pusingan dan kumpulkan markah 

MARI MENIRU
 Inilah CABARAN PERTAMA :
(COKLAT)   CINTA TIGA SEGI
    TITIK SANTAI :: :: ::   
    Bestnyer coklat kat atas ni... waaaaa yummieee nyer........ 
    Kredit GAMBAR : SINI SINI SINI

    Sunday, June 16, 2013

    Syanie Tersingkir Kerana

    Add caption
    HIDANGAN SYURA
    KENTANG lebih daripada KETAM ...
    PAI KETAM LEMBUT
    HIDANGAN KENCHANA DEVI :
    Simple .... KETAM sangat dirasai
    POPIA KETAM MASALA BERKEJU

    HIDANGAN SYANIE :
    Sedap tapi Masin lebih sikit ... Isi kering... Hoooooo
    Syanie hanya guna 2 ketam...
    KETAM BAKAR

    YANG TERSINGKIR :
    SYANIE !!! 
    2 ekor KETAM sahaja yang DIGUNA
    (Inilah sebabnya...)
    Sayang seribu kali sayang....
     Apa-apapun, Kak Syanie ada bakat tersendiri!!!
    TERHEBAT!! 
    SYANIE TETAP TERHEBAT...
    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Kredit untuk FB Masterchef juga... 
    Tak sabar nak tunggu esok....

    ..

    Air Mata Kenchana Devi

    Masterchef: 15 Bahan, 30 Minit
    PETI SAJI MISTERI :
    Pantri Ditutup
    15 Bahan dalam Peti Misteri
    30 Minit sahaja diberikan untuk sediakan hidangan !!

    Kenchana Tidak Nyanyi dan seperti tiada mood...
    PEMENANG PETI SAJI MISTERI : 
    MILIK
    ROZITA CHE WAN


    SETERUSNYA : 
    Masak HANYA Guna MICROWAVE

    Kenchana Devi mengalirkan air mata kerana tema masakan untuk bapa.... kedua, apabila masakan yang dibuat tidak sempurna masaknya..... Papa Joe pula tidak merasa masakan Kenchana Devi.

    PEMENANG PETI SAJI MISTERI : 
    CELINA

    PUSINGAN PENYINGKIRAN : 
    Kenchana , Syanie dan Syura

    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Lihat Gambar lagi lagi lagi DI SINI



    Wednesday, June 12, 2013

    Bicara Micheal Ang Tentang CheTa Bernas!

    Episod penyingkiran minggu ini menyaksikan satu peristiwa yang sungguh menyentuh hati. Leeza dapat lihat nilai PERSAHABATAN dan PENGORBANAN dalam episod kali ini. Kata-kata Micheal Ang tentang CheTa sangat BERNAS sekali. 

        Menyentuh hati leeza apabila CheTa tampil untuk keluar daripada MASTERCHEF SELEBRITI pada kali ini. Di situ, kita dapat lihat kesetiaan dan keakraban dalam persahabatan mereka. Yeahhhh.....! Sepanjang episod penyingkiran juga, Micheal Ang ada menyatakan dia sengaja menyebut "ikan masin" kerana dia mahu merealisasikan impian CheTa untuk menjadi TOP 5...... 

    MICHEAL ANG MEMANG TERHEBAT!!!
    Penonton tidak sewajarnya mengkritik CheTa kerana kita tidak pernah merasa atau makan masakan yang dihasilkan oleh CheTa. Berkaitan cintanya,biarlah.. itu hal peribadinya.. ...
    Kepada Micheal Ang : 
     Anda memang HEBAT... Dalam KEBISINGANNYA, beliau telah menghiburkan hati leeza. Paling tak boleh lupa ialah NADA MICHEAL ANG memberi komen dan berbicara. Sangat comel... Haaaa dan Yang BEST bila Micheal Ang cakap Kenchana seperti BIBIK rumahnya dan CheTa "Bimbo"... Haaaaa Turut TAK LUPA, MICHEAL ANG FOBIA dengan PETROL PAM!!! :-)
    5 YANG TERHEBAT


    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Seterusnya kita saksikan lagi kisah demi kisah yang sebenarnya ada nilai dan pengajaran yang boleh dipelajari. Lihat sesuatu secara tersirat!!

    Tuesday, June 11, 2013

    Fara Fauzana dalam Teater Nyonya and The Gang

    Fara Fauzana dalam Teater Nyonya and The Gang
    Teater 2 dalam 1 iaitu Nyonya and The Gang menampilkan barisan artis seperti Amy Mastura, Fara Fauzana, Misha Omar, Rozita Che Wan, Mardiana Alwi dan Taiyuddin Omar. Teater yang melibatkan penyampai radio HOT.fm ini akan dipentaskan dari 14 Jun hingga 20 Jun 2013. 

    Teater 2 Dalam 1: Nyonya and The Gang
    HARGA TIKET adalah seperti berikut : 
    Tajuk : Nyonya and The Gang
    Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
    Tarikh : 14 - 20 Jun 2013
    Masa : 3 PM / 8.30 PM
    Tiket : RM35, RM55, RM85, RM185, RM105, RM155
    Maklumat Lanjut:
    http://www.airasiaredtix.com/ atau http://redtix.airasia.com/

    SINOPSIS Teater 2 dalam 1: Nyonya and The Gang :

    SINOPSIS NYONYA

    SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia. [Selanjutnya SINI]

    SINOPSIS THE GANG

    THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.

    Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas. [Selanjutnya SINI]

    BOLEH DAPATKAN TIKET SEPERTI BERIKUT :  maklumat daripada laman INI
    1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
    2. Rock Corner outlets: The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
    Mid Valley (TEL: 03 - 2201 1423)
    KLCC (TEL: 03 - 2181 5560)
    Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
    The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
    One Utama (TEL: 03 - 7733 5667 / 03 - 7725 5667)
    3. Victoria Music outlets: Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
    Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
    Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
    BSC (TEL: 03 - 2093 1093)
    4. KL Life Centre TEL: 03 - 2162 2570
    5. Tune Store Low Yat Plaza
    6. AirAsia Travel Service Center KL Sentral
    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Leeza nak pergi tengok juga lah kalau tak ada apa-apa halangan.....

    Sunday, June 9, 2013

    Sebab ENOT Tersingkir Minggu Ini

    Sebab ENOT Tersingkir Minggu Ini
    Pemanis mulut berasaskan herba. Serius di luar jangkaan para selebriti. Micheal Ang kelihatan blur sungguh manaka Enot pula kelihatan begitu yakin... Waaaa.... Pemanis mulut kan senjata Enot ....

    Pemanis Mulut Celina - Puding Kukus Serai
    Mendapat pujian daripada Juri...Harmoni, Sedap dan Idea yang Kreatif! 

    Pemanis Mulut Rozita Che Wan - Brulee Purut
    Minuman yang dihasilkan dicadangkan lebih baik sekiranya minuman itu suam. Keseluruhan pemanis mulut baik.

    Pemanis Mulut Enot - Tiramisu Serai
    Pemanis mulut Enot tidak menunjukkan rasa herba. Hasil Enot seolah-olah jalan mudah untuk keluar. (kesian Enot.....)

    Pemanis Mulut Micheal Ang - Hidangan Tart
    Komen daripada juri kurang memberangsangkan. Tema herba ada, namun masakan yang dihasilkan tidak pasti sama ada ianya pemanis mulut atau tidak.
    ENOT TERSINGKIR.
    ENOT tidak berjaya meneruskan perjuangannya dalam MasterChef Selebriti kali ini. Beliau telah menyumbangkan RM7500 kepada badan kebajikan yang diwakili... 
    KUMPULAN BIRU
    KUMPULAN MERAH
    Ohh yer sempat juga kamera rakam  Syanie buat Qwiyomi oooo....... comel....

    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Esok... Mampukan Rozita Che Wan memimpin kumpulan Biru yang dibarisi oleh Kenchana dan Micheal Ang.
    Kumpulan Merah macam kuat jew... herk herk herk

    MasterChef Selebriti: Siapa Yang Tersingkir

    MasterChef Selebriti: Siapa Yang Tersingkir
    Micheal Ang dengan masakan yang bertemakan Jepun telah membawa dirinya ke pusingan penyingkiran. Begitu juga dengan Celina iaitu masakan bertemakan negara China, Rozita Che Wan dengan masakan bertemakan negara Filiphina ..... dan Enot dengan masakan bertemakan negara India......

    Keempat-empat selebriti ini perlu mengharungi pusingan penyingkiran pada hari ini. Siapakah yang bakal tersingkir dan semestinya seorang daripada mereka akan meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua ini...!!

    Saingan semakin HEBAT dan MasterChef Selebriti Malaysia juga semakin MENDEBARKAN...

    Juri ada juga menyatakan bahawa Syanie seperti memilih rakan ketika menentukan bahan masakan. Contohnya Syura dan Enot. Namun, nasib tidak menyebelahi Enot dan TUAH mengiringi Syura apabila Syura dinobatkan sebagai pemenang pada Ujian Cipta Rasa... Tahniah Syura...

    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Leeza harap Celina selamat malam ini..... Hooooo.........

    Saturday, June 8, 2013

    Persembahan di Kampung Budaya Sarawak

    Berkongsi lagi pasal Sarawak. Yeah Kisah Bulan Mac di Sarawak belum melabuhkan tirainya lagi di laman Santai Leeza. Kali ni leeza berkongsi tentang Persembahan Di Kampung Budaya Sarawak. Tak perlu conteng banyak-banyak, leeza teruskan entri dengan rakaman gambar... Roll it Plzzzz......

    Persembahan di Kampung Budaya Sarawak
    Terus menonton persembahan sambil kenali budaya Sarawak

    Tarian Budaya Sarawak

    Jejaka Sarawak menunjukkan aksi tarian mereka
    Tidak mendukakan di Kampung Budaya Sarawak

    Mari menyumpit di pentas Kampung Budaya Sarawak
    Leeza akhir dengan jejaka tampan Sarawak .... Haaaaa ayat cair tol ler...... dush dush!!

    HO HO HO HO.... hilang kata!! kah kah kah

    Masuk Kampung Budaya Sarawak : 
    DEWASA : RM60
    KANAK-KANAK : RM30
    Kalau ada kad pelajar : RM15

    Masa Operasi :
    9 pagi hingga 4.45 petang

    Masa Persembahan di atas : 
    11.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
    4.00 petang hingga 4.45 petang

    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Leeza akan kongsi lagi apa yang ada dalam laman Kampung Budaya Sarawak ni. Tunggu.......

    Friday, June 7, 2013

    Artis Juga Beli Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah

    Sesiapa sahaja yang ke Sarawak pasti mencari kak lapis Sarawak. Masa leeza pergi Sarawak bulan Mac lepas, pemandu pelancong leeza telah mencadangkan leeza untuk membeli kek lapis Sarawak Dayang Salhah. 

    Artis Juga Beli Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah
         Sebelum menjejak kaki di Sarawak, leeza selalu rasa 3 4 ketul kek Sarawak yang dibawa oleh rakan kelas. Tapi sekarang dah boleh makan kek Sarawak tu sampai lebam! Hoooo.... 

         Bila sampai jer kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni, rambang mata nak beli yang mana satu, semuanya cantik-cantik. Kalau dirasa setiap tester yang disediakan, boleh keliru lidah ni. Belum lagi dengan nama-nama kek lapis yang pelbagai tu... Sekarang jom roll gambar... Rolling plz.............

    Pelbagai Jenis Kak Lapis Sarawak Dayang Salhah
    Mari Pilih Kek Sarawak Dayang Salhah

    Antara Artis Yang Berkunjung!
    Ada rezeki, leeza nak ke Sarawak lagi. Sangat seronok ke sana....
    Moga para pembaca ceria di Hari Jumaat ini. Banyakkan sedekah .....
    TITIK SANTAI :: :: ::  
    Sabtu dan Ahad - kemudian mula melangkah kaki ke sekolah...

    Thursday, June 6, 2013

    Buat Sendiri Roti Bakar Aiskrim

    Dulu kalau orang jual aiskrim, salah satu yang dijual ialah roti aiskrim kan.. Kali ni leeza try menu sendiri iaitu "Roti Bakar Aiskrim" .. Idea ni leeza dapat masa makan kat Old Town White Coffee... Pendek kata, u all boleh cubalah.. Sebab, sedap sangat.. Makan1 set dah kenyang perut dibuatnya... Slurp.... :-p

    Roti Bakar Berserta Aiskrim Oreo 



    TITIK SANTAI :: :: ::  
    ~Wordless~ Suka makan, tapi makannya sikit jer. -Ms Leeza
     

    Wednesday, June 5, 2013

    Bahan Untuk Pengajaran Bahasa Melayu

    Bahan Untuk Pengajaran Bahasa Melayu: Zaman sekarang ni kan dah moden. Murid-murid lebih advance daripada cikgu adakalanya. Itulah realiti sekarang, sebagai guru kita memanglah kena banyak belajar. Kali ni leeza nak share sikit pasal bahan yang pernah leeza aplikasikan kepada murid. Sebenarnya tak lah gempak sangat cuma bolehlah menghilangkan kebosanan murid. 

       Masa leeza buat ni, syukur anak murid leeza excited dan keadaan kelas pun, emmm tak yah cerita lah. Sibuk bebenor mereka nak jadikan Iphone mereka paling cantik... Leeza pun layan kan jer lah... Jomm roll gambar....

    Contoh murid
       Masa murid mula-mula dapat ni.. perghh... siap berebut satu hal.. ada yang siap tekan-tekan huruf (keypad) tu.. padahal kertas jer pun. Excited bukan kepalang.


    Oklah ya semua.... Leeza harap semuanya ceria dan sentiasa berfikiran positif. Apa yang kita cuba lakukan, pastikan kita letakan usaha 100% andai kita mahu ianya berjaya.

          TITIK SANTAI :   
    Hidup ini kena kreatif tapi perlu juga bergantung pada keadaan.