Wednesday, July 31, 2013

Lukisan dan Teknik Warna Yang Terbaik

Kali ni berkongsi lagi koleksi lukisan yang terdapat di sekolah leeza mengajar... Kalau nak tengok koleksi sebelum ni >>SILA BERKUNJUNG DI SINI : Lukisan Yang Cantik<<

    Lukisan kali ni ialah Lukisan Yang Terbaik, Warna Yang Menarik ... Jom Lihat ....

Lukisan Kanak-kanak : Tema PINK
Lukisan : Di Sebuah Kampung
Lukisan : Angkasalepas...

Lukisan kehidupan nelayan

Lukisan : Angkasalepas ...
Jom Melukis : Asah Bakat
Sekian  ~ ~
PART 1 : Lihat Sini
PART 3 : Akan Datang

TITIK SANTAI :: :: ::  
Jommmm asah tangan ni agar tak keras macam kayu... Then boleh lah melukis dan mewarna seperti di atas.. herk herk....

Monday, July 29, 2013

Perasmian Gelanggang Bola Keranjang dan Hari Sukan

Minggu lepas sekolah leeza telah mengadakan Hari Sukan... Hari yang sama kami juga ada event perasmian gelanggang bola keranjang yang baru siap dinaik taraf.... Tak banyak yang boleh dikongsi... Sebab leeza sendiri sibuk memerhati apa yang jadi pada hari tu.. Jadi pemerhati jew... ki ki ki ki

Roll gambar dulu erk....
Raptai sepanjang minggu
 Leeza tengok dari belakang dewan.. Dah letih ke hulu ke hilir ....

Berapa gulung riben digunakan ni?
Terkejut beruk leeza tengok.... hoooooo "yang pasti bukan leeza buat benda ni!"

Dirasmikan oleh barisan VIP...
Lama dah mereka tunggu ni.....
Dari gelanggang bola keranjang, leeza bergegas ke skuad pengakap... Guru pengiring untuk perbarisan lah katakan...

Selepas pancaragam masuk, skuad pengakap bergerak...
Sampai di sini sahaja leeza sempat snap snap.... 

TITIK SANTAI :: :: ::  
4 hari lagi sekolah... then enjoy 16 hari cuti k.....

Wednesday, July 24, 2013

Lukisan Yang Cantik

Kali ni nak kongsi pasal Lukisan yang menghiasi papan kenyataan di sekitar sekolah SJK (C) Tsun Jin. Leeza rasa kagum dengan hasil murid... Bagi leeza kalau dijual lukisan-lukisan ni, rasanya ada yang nak beli ....


Seriusly, leeza terasa nak beli jew hasil lukisan murid ni.. Hoooo........

Hasil Lukisan Murid – PART 1

Lukisan Bangau
Lukisan Kanak-kanak Bermain Wau
Lukisan Ikan dan Cinta
 Wallpaper Handphone leeza .. lukisan ni....

Hidup sungguh lukisan ni...
Bersambung dengan Part 2 dan Part 3


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza suka tengok lukisan yang diletak di papan kenyataan SJKC Tsun Jin.

Monday, July 22, 2013

Powerbank Free

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah......

PowerBank dan T-Shirt sempena ulangtahun ke-100 SJKC Tsun Jin....

PowerBank
 Akhirnya leeza dapat juga powerbank... herk herk

TITIK SANTAI :: :: ::  
Terus kerja kuat lah ya... dah macam2 dapatnya.

Sunday, July 21, 2013

Bina Ayat Suasana Kelas

Berhujung minggu dengan koleksi latihan yang di "scan" dari buku keluaran Cemerlang (warna pink).... Kali ni gambar latihan Bina Ayat "Suasana Kelas"... Leeza sendiri tak ajar lagi sebenarnya. Isnin ni baru nak ajar.....

Bina Ayat "Suasana Kelas"
Sila buat latihan bina ayat ini... Suasana Kelas ....
Untuk gambar yang tidak mempunyai watermark dan disimpan dalam Microsoft Word, Sila RUJUK SINI.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Mari berkongsi -- Moga terus sukses :-)

Saturday, July 20, 2013

Bina Ayat "Tepi Jalan"

Bahasa Melayu Kertas 2 SJK(C) : Bahagian A (Latihan 1) Bina Ayat "Tepi Jalan"
Leeza upload untuk rujukan umum... Dipetik daripada sumber - Buku Berwarna Pink keluaran CemerLan.... Latihan Bina Ayat "Tepi Jalan"
 
Bahasa Melayu - Kertas 2 - Bahagian A
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Dalam bentuk Microsoft Word dan Tiada Watermark!

Bina Ayat "Tepi Jalan" Sila KLIK SINI

TITIK SANTAI :: :: ::  
Ilmu Bukan Milik Kita Selamanya - Mari Berkongsi

Wednesday, July 17, 2013

Kad Ucapan Rekaan Moden

Hasilkan kad ucapan era globalisasi – kad ucapan zaman moden... Inilah hasil murid tahun 5 di sekolah leeza. Kad ucapan yang reka bentuknya sungguh unik dan sesuai dengan perkembangan zaman sekarang....


Leeza ajar asas sahaja untuk buat kad yang sebesar dua A4.. tapi hasil yang ditunjukkan oleh murid sungguh berbeza. Ada ketikanya di luar jangkaan leeza....

Sharing hasil kerja murid (Kad Ucapan Era Globalisasi)
Kad Ucapan Design Ipad :-)

Pelik - Ada Mee Sedaap... !!!


TITIK SANTAI :: :: ::  
Akhiri dengan Pantun Melayu
   Banyak orang pergi menjala,
             Menjala udang di dalam parit,
        Jagalah diri jangan tercela,
              Rosak nama bangsa tercalit.

Tuesday, July 16, 2013

Surat Daripada Anak Murid



Minggu lepas dapat surat daripada seorang anak murid. Selalunya leeza terima surat dan ucapan daripada murid melayu jew kat sekolah. Tapi kali ni surat diberi oleh murid cina. Terharu dibuatnya.....

Yang paling leeza rasa “sweet” bila murid tu lukis gambar seorang guru dan seorang murid. Sudah pasti gambar guru itu ialah leeza.. Yang manisnya sebab guru tu sedang pegang ROTAN...

Terdetik dalam hati “Garangkah aku sehingga anak didikku ini boleh lukis macam tu”.... errrrrr

Sharing lukisan anak murid yang bernama Law Kah Yee... 

Surat Daripada Anak Murid

Cikgu bersama ROTAN
Welcome Dear

Yang leeza tak boleh lupa ... dia bagi surat tu then dia terus lari.... hai hai bye bye cikgu liza... haaaaaa.......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Thx dear... I love u all ....
Moga anak didikku menjadi insan yang berjaya kelak....
:-)  

Sunday, July 7, 2013

Aktiviti Mewarna Baju PBSM

SaLam Sejahtera ....
Kali ni leeza nak share gambar baju Persatuan Bulan Sabit Merah yang tiada warna... Tujuannya untuk murid mewarnakan baju PBSM ini.... Hmmmm ..... Sesi perkenalan dan memperkenalkan perkara asas tentang PBSM..... 
Baju PBSM Hitam Putih
Sekolah leeza tengah sibuk ni..... Berlari-lari masuk kelas... kemudian turun ke padang... lari ke bilik guru pula untuk makan... belum sempat nak habis makan, datang pula anak murid panggil... Boleh tercekik tulang ayam lah macam ni.... -.- !!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Hari Sukan 19 Julai... Puasa der... Gasak jew lah.....

Wednesday, July 3, 2013

Berhati-hati Beli Simcard l Perlukan Bantuan

Kali ni leeza nak story pasal kes kelalaian & DITIPU semasa membeli SIMCARD... Bila difikirkan semula, rasa seolah-olah diri ini TERLALU LALAI dan CUAI semasa MEMBELI....

     Leeza pergi beli SIMCARD XX.. Penjual beri dua pilihan SIMCARD XX... Leeza pun tanya juga kenapa dua dan kenapa nombor tak berapa nak lawa ni. 

    PENJUAL tu kata ni simcard lama yang ada bla bla kelebihannya.. Leeza dengar jew lah... Dalam SIMCARD ni ada kredit RM25.... I jual pada u RM35... Biasanya I jual RM50... ... Leeza pun angguk-angguk jew lah... 

    Then leeza telefon kawan tanya pendapat... dup dup dia dah patahkan SIMCARD tu.. leeza pun macam dah was was.... Tapi sedapkan hati jew lah... Then leeza nak bayar dan nak bagi IC untuk REGISTER lah konon.. Dup dup dia cakap tak payah IC... Tak perlu REGISTER... 

    Leeza pelik tapi leeza fikir mungkin ker sekarang ni sistem dah berubah.. Al-maklum dah lama giler tak berurusan hal macam ni.... Then leeza pun bayar dan bla...... (ngong tol)

     Dah sampai rumah.. Leeza nak try lah call, SMS and register nombor yang selalu dihubungi supaya dapat lah murah nantikan... Dup dup TAK BOLEH CALL OUT, TAK BOLEH SMS!!! Perghh masa tu dah angin satu badan!!!! 

    Check baki ....>>>> ADA RM25... Tapi tempoh dah tamat 5 hari lepas rupanya... WHAT!!! Pusing kepala wooooo.... So leeza kena top up...!! Yang buat leeza tertanya-tanya sebenarnya, nombor fon ni didaftar atas nama siapa ???? Sebab bila leeza call pada rakan-rakan yang lain, mereka kata mesti kena register dan beri IC.. .... 

    Dilema leeza sekarang ... 
1. NAK TERUS GUNA ......
2. Transfer kredit pada kawan  dan beli sahaja SIMCARD BAHARU....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Perlukan pendapat kalian... TQ....

Monday, July 1, 2013

100TH ANNIVERSARY OF SJK(C) TSUN JIN

100TH ANNIVERSARY OF SJK(C) TSUN JIN
 29 Jun 2013, Sabtu telah berlangsungnya Sambutan Ulangtahun ke 100 SJK (C) Tsun Jin. Seawal 7.30 pagi lagi leeza dah kena berada di sekolah untuk buat persediaan. Tugas yang diberi tidak lah seberat mana.. Jaga pameran dan kena jual bunga orkid... 

     Seriusly, leeza memang tak pandai nak menjual ni... Tapi leeza gigihkan jugalah jual bunga yang ada tu.. Tak pandai nak tarik customer dan nak promote bunga mana yang tahan lama dan baik... Berkat kerjasama antara kawan-kawan, maka dapat lah juga dijualnya bunga orkid tu dalam 30 pasu... fuhhh.....

      Oklah, jommm kita tengok gambar 100TH ANNIVERSARY OF SJKC TSUN JIN ....
Persediaan Dewan Sebelum Majlis
Tetamu mula tiba

Tetamu mula memenuhi Dewan
 
Menanti Ketibaan VIP

Pancaragan SJK(C) Tsun Jin

Majlis Tamat
Kemas Dewan ler...
Demikian berakhirnya Sambutan Ulangtahun Ke 100 SJK (C) Tsun Jin... Tahniah kepada pihak sekolah, guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Mencatat untuk masa depan.....