Monday, August 26, 2013

Pertandingan Badminton Guru-guru & Kakitangan 2013

Pertandingan Badminton Guru-guru & Kakitangan 2013
 Santai Leeza hanya memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Badminton Guru-guru & Kakitangan 2013 yang berlangsung pada 25 Ogos 2013 di SJKC Tai Thung. Kejayaan terbaik dicatatkan oleh pasukan sekolah leeza. Leeza juga berjaya mengharumkan nama sekolah... Syukur dan berasa sangat berpuas hati.

      Leeza tewas di peringkat saparuh akhir dengan pasukan sendiri.
Set 1 berpihak kepada leeza dengan mata 21-14, Set 2 tewas 20-22 dan Set 3 tewas 19-21... Kecewa tapi disebabkan tewas dengan team sendiri, tak kesah lah..... 

     Tahniah kepada bergu utama team SJKC Tsun Jin yang berjaya mendapat JOHAN!!

     Secara kesulurahan pasukan leeza (SJKC Tsun Jin) telah menang dalam kategori  ;
  • Bergu lelaki - Johan
  • Bergu perempuan - Johan dan Tempat Ketiga
  • Perseorangan perempuan - Tempat Ketiga

Piala K.A.M.I
TITIK SANTAI :: :: ::  
Seterusnya .... Teruskan latihan... Target menang perseorangan dan kekalkan prestasi bergu.... yeah zaaaa.........

Thursday, August 22, 2013

Hazwan Hairy dalam Santai Leeza

SaLam Sejahtera ........

Siapa tak kenal blogger yang meningkat naik namanya ... "Hazwan Hairy" .... Tengok tu... siap ada orang cari lagi keyword Hazwan Hairy..... Menunjukkan anda memang HEBAT.....


 Moga Hazwan Hairy terus sukses.... !
Siapa yang belum kenal Hazwan Hairy.... SILA TERJAH .... >>>SINI<<<<

TITIK SANTAI :: :: ::  
3 Hari lagi tournement..... hmmmmmmm

Monday, August 19, 2013

Tonton Adnan Sempit 3 : Lawak dan Santai

Tonton Adnan Sempit 3 : Lawak dan Santai
Kita semua sedia maklum bahawa filem ADNAN SEMPIT 3 kali ini akan mencerita kehidupan rumah tangga Adnan dan kawannya. Sebelum menonton filem ni lagi, leeza telah menjangkakan mesej berunsur "double meaning" pasti diselitkan. Ternyata jangkaan tu tepat... :-p

    Beli tiket di saat-saat akhir melalui e-ticketing, leeza tiba agak lewat dan terlepas menonton 5 minit awal cerita... Haaaaa padan muka...!!

     Keseluruhan Adnan Sempit 3 lawak dan ceritanya sungguh ringan. Tak rasa stress langsung malahan tak kering gusi melihat gelagat para pelakon..... Memandangkan sehari sebelum dah stress dengan filem THE CONJURING, so layan Adnan Sempit ni memang boleh hilang segala sesak otak ... Haaaaa

    Pada mereka yang belum menonton, boleh lah terjah panggung dan menggamatkan suasana. Herk herk....... Actually leeza pun dah lama sangat tak tengok filem melayu.... :-p

KESELURUHAN : 
4 / 5 BINTANG
FILEM RINGAN
TITIK SANTAI :: :: ::  
Nak menghitung hari next filem melayu yang bakal leeza tonton.......

Friday, August 16, 2013

Tonton The Conjuring : SERAM Yang BENAR

Tonton THE CONJURING (Filem Seram Yang Benar) : Layan filem seram di panggung merupakan satu aktiviti yang sudah lama leeza tak buat. Ajakan seorang kawan telah memecah rekod peribadi leeza yang sudah lama tidak menonton filem seram di panggung wayang. Ouch sungguh malas mau layan cerita seram sebab nanti terbawa-bawa dalam mimpi sehingga menghantui kehidupan seharian. Perghhhhhhh
Tonton The Conjuring : SERAM Yg BENAR

    Tempoh masa filem ni agak panjang dan sepanjang waktu leeza boleh katakan tiada ruang untuk berasa TENANG... Tak ada peluang untuk awak awak dan awak semua untuk tarik nafas lega...

       Baru nak suap "pop corn" dah datang setan dan segala ahli sihirnya... Baru jer nak sedut air dah bunyi pintu tarik dan pintu ketuk... Tak sempat jantung nak berehat der ....

      Sebenarnya leeza kurang minat nak menonton cerita seram sebab MALAS NAK STRESS KAN DIRI SENDIRI... awak awak semua rasa STRESS tak tengok cerita seram??? hmmmmmmm......

      TAPI The Conjuring ni memang THUMB UP.... Ikut apa yang leeza faham, THE CONJURING ni kisah benar... Kalau betul lah memang pernah berlaku... seriusly tertelan berketul-ketul air liur... errrrr........

     Pendapat leeza pada mereka yang minat dengan filem seram, SILALAH TONTON THE CONJURING yang tidak suka dengan cerita seram... "ADAKAH ANDA BERANI UNTUK CABAR DIRI ANDA?" ... "BERSEDIAKAH ANDA DENGAN TEKANAN APABILA MENONTON THE CONJURING?" heeeeee........

KESELURUHAN : 
4 / 5 BINTANG...
THUMB UP
WATCH THE CONJURING NOW!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Malam leeza menonton filem ni - leeza terasa-rasa seperti ada org tarik kaki ler....
Kawan leeza plak - 2 hari tidur buka lampu...
Ho0o0o0omaiiiii ... ~

Thursday, August 15, 2013

Majlis Persaraan Guru Besar

Minggu akhir sebelum cuti sekolah lepas, sekolah leeza telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar... Sayu rasanya hati.. Walaupun leeza tidak lama berada di bawah pimpinan beliau, leeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.... 

     Terfikir seketika, adakah leeza akan sampai ke umur seperti beliau untuk berkhidmat kepada anak bangsa??? Persoalan yang cukup bermakna..... Doakan segalanya dipermudahkan dan moga dipanjangkan umur untuk mendidik anak bangsa... 

     Rupa-rupanya Guru Besar leeza ni dulu bersekolah rendah di sekolah yang sama dengan leeza... Waaaa kecik bebenor dunia nie... Ayah leeza pula dulu sekolah di sekolah tempat leeza mengajar ni... Putar-putar situ ajer erk... H0o0o0o0o0o......

      Meh leeza bawa kalian semua tinjau-tinjau suasana Majlis Persaraan Guru Besar di SJKC Tsun Jin 2013.

Majlis Persaraan Guru Besar : AJK SAMBUTAN

Kehadiran GB SJKC di KL : 36/41

Para Pengiring Tetamu VIP
Kemasukan Tetamu VIP diiringi Pacaragam Sekolah

Guru Besar SJKC Tsun Jin 2013
INILAH BELIAU YANG SUNGGUH BERJASA
Penghujung Majlis - Selamat Bersara
Selamat Bersara Tuan Guru Besar
~ Sekian ~
Daaaaaaaaaaaaaa

TITIK SANTAI :: :: ::  
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Monday, August 12, 2013

Pertandingan Badminton 2013

SaLam Sejahtera ........ Tahun ini leeza menyertai Pertandingan Badminton 2013 Terbuka KL. Pertandingan ni untuk guru-guru SJKC di Kuala Lumpur. Tarikh pertandingan 25 Ogos 2013. Dup dap dup dap jantung ni sebenarnya. 

    Leeza join dua kategori  Perseorangan Perempuan dan Bergu Perempuan... Doa-doakan leeza dan pasukan leeza dapat bawa balik pingat dan mengharumkan nama sekolah kami... wacha wacha

    Meh tengok baju pasukan kami yang ditaja oleh pihak sekolah yang baik hati..... 

BAJU HOME haaaa....
Ni baju 1st team kami... Yang akan dicetak nama... Ingat nak tulis nama SANTAI LEEZA.. Tapi macam panjang... akhirnya tulis LIZ jew lah....

Baju 2nd
Baju 2nd kami.... Main satu hari dapat 2 helai T-Shirt... Terima kasih SJKC Tsun Jin..... XOXO.....

Demikian saja... Dua minggu nak game.. dan dua minggu juga leeza berhenti TRAINING... haaaa malas kan... Setakat angkat dumbbell kecik jer kat umah.. Sementara on9, leeza ringan2 kan lah tangan angkat dumbbel.. kah kah kah......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Wish me luck... Chaiyok chaiyok.......

Thursday, August 8, 2013

Persiapan Menjelang Aidilfitri

SaLam Aidilfitri ... Persiapan Menjelang Aidilfitri - Sebenarnya tak banyak pun Persiapan Menjelang Aidilfitri yang leeza perlu sediakan. Keluarga pun tak lah besar mana... Jadi tak ada lah nak bakar lemang berderet, ketupat satu kuali... Memadai untuk beberapa orang ahli keluarga.

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Pertama ::: KEMAS RUMAH
Bila cakap pasal kemas rumah ni... perkataan KEMAS RUMAH ni macam lah RUMAH bersepah sangat... sampai bila menjelang Aidilfitri.. orang semua akan ngomel "nak kemas rumah lagi, nak tukar langsir, nak lap kipas ... bla bla bla bla...."  Macam beberapa bulan sebelum Aidilfitri, kita tak kemas rumah... Bila Aidilfitri berkunjung tiba, mula lah orang rumah khususnya kaum hawa bersilat mengemas setiap pelusuk rumah... Ouch....

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Kedua ::: BAJU RAYA 
Ni part yang sejak dulu, leeza tak akan beli last minute... Baju raya tahun ni leeza dah beli awal lagi .. Nak tahu bila..? Haaaa Bulan Disember 2012..  Semestinya design baju raya leeza tak up to date pun... Lantak lah.. Asalkan ada baju kurung untuk disarung di pagi hari raya...

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Ketiga ::: DUIT RAYA 
Ni part yang leeza uruskan saat-saat akhir tahun ni... 2 hari sebelum Aidilfitri baru leeza pergi bank tukar duit... Tak ker kena sound tepat kat muka dengan pekerja bank "Last-last minute macam ni tak yah tanya tukar duit lah dik oi...

     Leeza senyum kambing jew lah..... Cari bank lain ajer lah....

Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Keempat ::: KUIH RAYA / KEK RAYA
Tangan leeza yang kayu bab memasak ni, akhirnya Aidilfitri tahun 2013, leeza turun ke dapur untuk buat kuih dan kek.. .. Excuse me bakal mak mertua.. " i tahu masak tau... " (Dengar bakal mak mertua--- sah sah kena reject + kena ketuk dengan kuali)....


Persiapan Menjelang Aidilfitri Yang Kelima ::: KAD RAYA
Part ni paling best.... Kiriman kad raya paling banyak leeza pos pada tahun ni.... Ada kemajuan dah cik santai leeza... Uiiinaaaa.......

 Terima kasih semua

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza mohon maaf sekiranya sepanjang penulisan blog leeza ini, leeza ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mohon maaf dan salam lebaran....

Tuesday, August 6, 2013

Mari Buat Kad Sendiri

 Sambungan Entri sebelum nie......

Kad Raya daripada Eca...
 Jom terjah Eca >>SINI SINI<<
Terima kasih eca.....
Kad Hari Raya Daripada DuniaShida
Mari Singgah blog Kak Shida...... >>SINI SINI<<

Sekian.... In sha allah, leeza berkongsi lagi.....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Selamat Hari Raya Aidilfitri --- Maaf Zahir dan Batin

Monday, August 5, 2013

Buat Sendiri Kad Hari Raya

Tahun ni leeza menerima beberapa keping kad raya yang dibuat sendiri oleh pengirim (blogger)... Rasa kagum dengan bakat terpendam para blogger... Heeeeee..... Pertama sekali, leeza nak ucap ribuan terima kasih sebab sudi mengirim kad raya kepada leeza.... TQ...

Jommmm tengok design yang awesome ini.... ~ ~ ~

Buat Kad Raya Sendiri macam FIZGRAPHIC
 
Kad Raya Design Sendiri
Kad Raya Terbaik ... Meh singgah blog pengirim ini MR APIT

Kad Daripada AFZALSUKASUKI
JOM TERJAH BLOG INI... >>SINI SINI<<

Kad Raya Buatan Hazwan Hairy
Meh singgah SINI SINI

Bersambung lagi ..... NEXT ENTRY....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Jumpa Lagi yeah.....