Wednesday, September 25, 2013

Bunga Mekar di Dalam Cawan

Kali ni leeza nak share sikit pasal air yang unik. Masa mula-mula order air ni, teruja benor nak tengok bunga tu berkembang di dalam cawan... Setiap detik leeza perhatikan... Haaaaa.....

    Jom tengok bunga yang mekar di dalam cawan ni....
Bunga Mekar di Dalam Cawan

Bunga Mekar di Dalam Cawan

Bunga Mekar di Dalam Cawan
Bunga Mekar di Dalam Cawan
Bunga Mekar di Dalam Cawan
Lihat perubahannya tak??? Untuk pengetahuan semua... Rasanya... Biasa jer.. tak ada rasa!!! haaaaa
Teh apa nama tah....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Minggu yang sungguh moody... Macam malas nak pergi sek...

Monday, September 23, 2013

Lukisan dan Poster: Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Kali ni berkongsi entri Lukisan Poster Bangsa Membaca Bangsa Berjaya... Kreatif dan Inovatif hasil karya anak-anak didikku ini.....

Leeza memilih tema Bangsa Membaca Bangsa Berjaya sebagai tugasan minggu itu. Daya imaginasi dan pemikiran anak-anak muridku boleh tahan hebat. Kalah cikgunya... Lihat hasil Lukisan Poster Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

Lukisan dan Poster: Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Reading, Membaca
MARI MEMBACA
Perpaduan dalam Membaca !!
Ada 3 keping lukisan yang terbaik telah leeza kirimkan ke DEWAN PELAJAR... Moga lukisan mereka terpilih..... Chaiyok!!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Minggu yang penuh dengan onak duri.....
 

Friday, September 20, 2013

Lawak: Gelagat Kucing

Kehidupan yang dilalui kini selari dengan peribahasa yang sering diungkapkan iaitu Panas yang disangka sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.... Tidak leeza sangka rutin harian leeza semakin beronak duri. Fuuhhh... beban kerja di sekolah adakalanya tidak tertanggung.. Bimbang dan gementar silih berganti bila kotak fikiran ini memikirkan tahun depan.... Amanah yang sungguh besar!  

      Ouch... merapu dan lari dari tajuk plak... Oklah... Tak perlu sadis sangat, mari leeza nak kongsi gambar kucing yang mencuit hati..... 

Lawak: Gelagat Kucing
OK ... dia tengah cari lubang
Yeaahhhh... Napa susah sangat ni nak masuk!
Leeza rasa punggung dia berat sangat lorh!!!

Finally, dia tak dapat juga masuk.. Kah kah kah....

PART 2 : Dia duduk atas kepala kerusi... Haaaaa
Borink lah ... Tah apa-apa jew semua orang!!
Heiii U !!! apa tengok-tengok...
Kerja paling baik pernah dia buat... Tah apa-apa!!

TITIK SANTAI :: :: ::  
Balik rumah terasa penat ... lihat gelagat kucing ni, sungguh menghiburkan hati..... Terima kasih manja sebab selalu buat leeza tersenyum!

Tuesday, September 17, 2013

Jam Murah or Jam Mahal?

Kali ni leeza nak share dengan u all pasal koleksi jam santai leeza. Koleksi jam ni kategori hobi leeza lah... Sejak kecil parent pun suka hadiahkan jam untuk leeza. Dari situlah minat nak kumpul jam dan sampai tahap "alahan tengok jam"... mesti nak beli ...... Kalau tengok jam Zalora Malaysia , lagilah teruja nak membelinya, Serius......  

     Sebenarnya nak kumpul jam ni tak semestinya kita nak beli jam yang mahal-mahal ajer... Tak salah beli jam murah... Yang penting kita suka... rite?? Ada sesetengah orang lebih suka jam yang mahal.. Tapi bagi leeza yang minat kumpul jam ni... Leeza lebih melihat reka bentuk dan keunikan jam itu... Ada ketika beli jam mahal tu okey juga... Misalnya jam CASIO LDF-20-1AVDR BLACK, harga OK dan Design SIMPLE.

          Jam yang Pelik dan Unik yang leeza ada buat masa ni : 
Koleksi Jam Tangan
Yang dalam kotak hijau -Unik dari segi susunan nombor....

Kalau jam macam di bawah ni pun leeza suka... Bentuk tu unik sikit... Teruja nak memilikinya... Selain tu, u
Sekarang ni ramai orang beli barang secara online... Honestly banyak jam leeza beli secara online... 

Soalan: 
Siapa ada sikap suka kumpul jam??? Komen sikit.... Mari share laman yang anda kunjung untuk mencari jam yang unik dan diminati.....
Siapa minat kumpul beg???? 

TITIK SANTAI :: :: ::  
Menarikan jemari dalam entri yang khas tentang jam.......
Have a nice days.... :-)

Wednesday, September 11, 2013

Tonton Derhaka Seorang Madu, Bikin Emo

Slot Azalea - DERHAKA SEORANG MADU yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4 petang di TV3, telah menghiasi petang leeza. Kadang-kadang petang tu rasa mengantuk sangat, tapi digigihkan juga nak tengok...

     Tonton Derhaka Seorang Madu ni seriusly bikin gue emo sih!! Kisah ini penuh konflik dan mengusi emosi penonton. Lebih-lebih lagi lakonan Farahdhiya... Betul-betul buat sakit hati lah dia ni... Lakonan yang SEMPURNA daripada Farahdhiya.... 
Tonton Derhaka Seorang Madu, Bikin Emo

      Manakala lakonan Lisdawati pulak, aduhaii..... seorang yang susahnya nak melawan ... Kadang-kadang bengang pulak tengok Lisdawati... Haaaaaa leeza yang lebih-lebih....

UNTUK LAGU OST DERHAKA SEORANG MADU : 

MARI MENONTON DERHAKA SEORANG MADU :
EPISOD 1 hingga EPISOD 20

EPISOD 1 hingga EPISOD 20 

Tak sabar nak tunggu ending DERHAKA SEORANG MADU....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Blogwaking dan terus blogwaking.......

Tuesday, September 10, 2013

Pernah Anda Terfikir? 1 Minit Untuk Baca Ni

Pernah Anda Terfikir? Luangkan Masa 1 Minit Sahaja...
kredit : FACEBOOK



TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza mohon maaf kalau leeza silap kata.... Sekadar renungan bersama...
Apa yang ada pada leeza hari ini adalah atas bimbingan guru-guru dan didikan ibu bapa. 
Terima kasih guru-guruku!

Monday, September 9, 2013

Anak Muridku Berpakaian Baju Melayu

Sedia maklum leeza mengajar di SJKC dan 80% murid-murid di sekolah ini ialah berbangsa cina. Ada manisnya dalam mendidik mereka. Ada ketika buat leeza tidak kering gusi mendengar dan melihat gelagat mereka.... 

      SJKC Tsun Jin juga tidak melepaskan peluang meraikan sambutan aidilfitri, di mana semua murid beragama islam bersalaman dan memohon maaf dengan seluruh warga pendidik di sekolah ini. Sambutan yang singkat dan ringkas namun mencoretkan warna pada hari tersebut....

Anak Muridku Berpakaian Baju Melayu

Amboi, tolak-tolak nak masuk kamera
Antara murid Melayu di kelasku...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Anak buaya pergi bertenung
      Singgah ke lubuk memakan bangkai
Hendak hati memeluk gunung
      Gunung dipeluk tangan tak sampai

Friday, September 6, 2013

Seni dengan Tanah Liat

Salam sejahtera semua. Entri yang bertajuk Seni dengan Tanah Liat penghias blog leeza kali ni. Leeza cuma sempat nak share 3 keping gambar hasil seni kreatif murid dengan menggunakan Tanah Liat.....

Entri Seni dengan Tanah Liat ini andai terdapat Sebarang kekurangan leeza dahulukan dengan maaf.....

Seni dengan Tanah Liat

Ajar Seni dengan Tanah Liat

Seni Kreatif Tanah Liat
Sekian daripada Santai Leeza

TITIK SANTAI :: :: ::  
Aku akhiri dengan serangkap pantun ......

Ke hulu memotong pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Jangan jadi sesal kemudian

Wednesday, September 4, 2013

Sambungan: Hasilkan Lukisan Yang Cantik

Sambungan Daripada Entri 1 dan Entri 2 (Silalah tengok hasil lukisan yang leeza kongsikan sebelum ini) ... Kali ni leeza berkongsi sekali lagi hasil lukisan anak murid di SJKC Tsun Jin.... Jomm roll.....

Sambungan: Hasilkan Lukisan Yang Cantik

Sebuah Kampung Yang Damai

Malam Yang Indah
Demikian Perkongsian Santai Leeza tentang Hasil Seni Murid.... Mohon maaf atas setiap kekurangan....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Tak sempat nak blogwalking sejak berkhidmat sebagai pendidik ni.

Tuesday, September 3, 2013

Brainstorm Books Online Store

Mungkin peluang di bawah ini anda telah terlepas.... 
 Tapi tak per... Ada peluang yang lain pula... Teruskan baca ... :-)


Hari ni nak promote sebuah laman jualan buku secara online... BRAINSTORM BOOKS ONLINE STORE (click and view now) ....
VIEW NOW ....

BEST SELLER : 

SPECIAL OFFER :

Ringan-ringakan tangan anda untuk singgah .....
Kalau boleh marilah berkongsi maklumat entri ini. Terima kasih semua... :-)

BOLEH BELI SECARA ONLINE ...
 VIEW HERE NOW .....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza tolong orang buat promote laman ni. Tanpa sebarang bayaran...
Sharing is caring babe~ 

Monday, September 2, 2013

Santai Leeza Dalam Akhbar Sin Chew

Santai Leeza Dalam Akhbar Sin Chew - Kemenangan besar SJKC Tsun Jin dalam Piala Sasbadi: Pertandingan Badminton Guru-guru dan Kakitangan 2013 yang berlangsung di SJKC Tai Thung, telah dipaparkan dalam akhbar Sin Chew ( 星洲日報 ) .... 

     Gambar yang utama semestinya bergu lelaki SJKC Tsun Jin..... 

Santai Leeza Dalam Akhbar Sin Chew
 Seterusnya gambar para pemenang... Kecik jew....

         
Hujung sekali leeza !!!
TITIK SANTAI :: :: ::  
Orang tak penting.... So hujung ler... haaaaa ~